Setiap kali pulang ke kampung, babah sering terserempak dengan seorang lelaki tidak siuman di simpang empat berlampu isyarat, depan masjid, Pekan Hulu Langat. Dia mengejar kereta babah dan mengetuk tingkap kereta. Biasanya, babah berhenti dan melayan hamba Allah itu. Maka terkeluarlah dialog yang berikut:
Orang Gila: Assalamualaikum encik.
Babah: Waalaikum salam tuan.
Orang Gila: Encik ada duit tak?
Babah: Ada. Mengapa?
Orang Gila: Saya nak pinjam sejuta. Nak buat bisnes. Dulu dah rugi berjuta-juta. Orang tipu.
Babah: Dulu bisnes apa?
Orang Gila: Import eksport.
Babah: Wow hebat tu! Nah sejuta, sambil babah menyerahkan sekeping duit seringgit. Cukup tak?
Orang Gila: Terima kasih encik. Sejuta dah cukup (sebelum pergi beliau merapatkan kaki dan memberi tabik hormat, gaya seorang tentera Nazi).
Babah memang bersimpati dengan nasib orang tidak siuman a.k.a. orang gila. Mereka berkata jujur, walaupun biasanya kata-kata mereka tidak betul. TETAPI, adakah Allah bersimpati dengan mereka di akhirat kelak? Babah pernah bertanya dengan seorang ustaz tentang kedudukan orang gila di sisi Allah.
Babah: Ustaz, semasa kecil dulu saya pernah diberitahu bahawa orang gila tidak berdosa. Apa-apa yang mereka lakukan semuanya tidak diambil kira. Kalam mereka terangkat ke langat. Betul ke ustaz?
Ustaz: No way! Orang gila juga akan dihisab oleh Allah. Sebahagian besar daripada mereka akan dihumban ke neraka!
Babah: Biar betul ustaz?
Ustaz: Ya. Tengok punca mengapa mereka gila. Kebanyakan mereka gila kerana perempuan, harta benda, akibat mempelajari ilmu syaitan, hatta dianiaya dengan ilmu sihir?
Babah: Gila kerana teraniaya pun akan dihisab oleh Allah?
Ustaz: Ya. Allah juga akan melihat sejauh mana anda berusaha mempertahankan diri anda daripada dianiayai. Jika tidak ada langsung "defence", anda boleh dianggapkan telah melakukan "suicide".
Babah: Walaupun daripada syaitan dan jin?
Ustaz: Ya.
Bagaimana pula dengan orang tak siuman yang berlagak gila, seperti seorang yang gila talak menerjah e-mel kawan-kawan babah dengan mengatakan cerita babah di sini dusta? Orang yang berlagak gila ini tidak sedar apa yang dia lakukan telah membuktikan bahawa babah bukan membuat cerita rekaan, sekurang-kurangnya pada perspektif babah. Mesej "isteri solehah perlu dihormati" tepat mengenai sasaran.
Nasihat: Saya suka menasihati Si Polan supaya membuka blog sendiri dan mencurahkan isi hati di blog anda itu. Janganlah "menerewang" lagak orang tidak siuman menerjah e-mel orang lain untuk menyampaikan mesej beracun yang akhirnya meracuni diri anda sendiri.
Nota: Selama tiga minggu ini babah sibuk mengendalikan beberapa kursus. Oleh itu, babah tidak berkesempatan untuk mengemas kini blog. Namun, babah tetap melawati blog-blog anda melalui BlackBerry babah. Mana-mana blog yang membolehkan babah komen, babah catat sepatah dua kata. Tetapi rata-rata, blog anda tidak membenarkan babah meninggalkan jejak melalui BlackBerry. Nantii jika ada masa terluang, babah akan menceritakan pengalaman yang "berbunga-bunga" ketika menjadi pengarah program untuk dua kursus yang melibatkan peserta antabangsa dan satu kursus yang melibatkan "unemployed graduates". Memang menarik...
34 comments:
Salam... selamat kembali berentri buat babah :)
* Kesian dengan 'orang gila' kan... mungkin apa yang ustaz tu kata - hisab dibuat sebelum mereka gila tapi selepas mereka menjadi gila, apa yang mereka lakukan tidak diambil kira - kalau begitu adil kan... ;)
Salam Umi_e. Pada pendapat saya yang tidak berapa arif ini, orang gila akan terus dihisab jika punca "kegilaan" mereka atas kedurhakaan kepada Allah. Adakah mereka akan terlepas daripada mendapat hukuman sekiranya membunuh (seperti berita tentang pembunuhan kanak-kanak TADIKA baru-baru ini) atau mencederakan orang lain. Atau akan dihisab waris kepada orang-orang gila itu. Wallahualam.
Salam...
Menarik sekali cerita ni sahabat. Ni nak tanya sikit tentang 'post comment' sahabat ni, kat mana setingnya?
Salam...
Hilang babah selama ini saya tercari-cari, selamat kembali..:)
Apakah mereka (orang gila) mendapat azab di akhirat kelak sekiranya mereka mendapat penyakit itu sebelum baligh?
Salam saudaraku Ampuan Awang. "Post comment" saya sudah "delete" kerana saya telah perjelas panjang lebar dalam e-mel kepada Si Polan. Malah saya telah berkompromi menukar nama sebenar Si Wanita dalam entri tersebut. Apa-apapun, insya-Allah, kita akan berjumpa di KK pada pertengahan bulan April kerana saya program di BNM Cawangan KK. Itupun, jika AA nak jumpa. Jika tidak, saya merayau aje di Pasar Filipina. He...he...
Assalamualaikum sahabatku Abdul Razak. Allah Maha Penyayang, tiada yang lebih Penyanyang selain Allah. Dia Menganyangi sebelum menghukum dan Tidak Mengasihani setelah menghukum. Anak-anak yang belum baligh seputih kapas dan mereka beruntung jika dipilih menjadi sedemikian oleh Allah meskipun pada pandangan mata manusia, nasib mereka malang...
Salam Samsudin.
Selamat kembali berblog.. menunggu-nunggu ni terutama yang berbunga-bunga. InsyaAllah.
Itulah agaknya guna mizan semasa dhisab.. ditimbang mana yang lebih berat.. selalunya kita dengar tak dikira bila gila..
Tambah satu lagi ilmu. terima kasih.
>>____<<
cool entry babah!
orang gila juga dihisab ..
Salam Babah..
Setiap kali saya jejak ke blog ni,msti ada ilmu baru saya dpt.Terima kasih..
pasal kursus tu,tak sabar saya nak tahu..
:)
Salam Werdah. Setiap orang akan dihisab baik buruk apa yang dilakukannya walaupun sebesar zarah. Itu janji Allah yang tidak akan dimungkiri. Inilah namanya Keadilan Hakiki...
Salam Frodo. Nanti jika bertemu orang gila dijalanan, layan-layanlah juga...Seronok tengok orang gila "happy"...
Salam Tukang Kata. "Resource Person", seorang Prof dari US yang saya bawa berjalan ke Petaling Street di serang "heart attack" dalam kereta saya. GEMPAK!
Salam...
memang ramai sungguh yg jadi gila sekarang ni....sesetengah tu bebudak lagi dah jadi gila disebabkan kuat menghidu gam...
Salam Cikgu Jang. Ketagihan menghidu gam amat berbahaya. Saraf otak akan terjejas dan boleh membuatkan seseorang itu gila. Kawan saya seorang doktor pernah berkata, orang yang ketagih menghidu gam boleh menjadikannya seperti "sayur layu" (vegetables). Hanya mata sahaja yang akan terkebil-kebil sedangkan tubuh badan menjadi lumpuh. Nauzubillah...
salam babah~
wah...menarik benar pengalaman berbual dgn org gila tu.hehe
erm,moga kita yg siuman ni tak gilakan dunia hingga lupakan akhirat
salam,
cerita babah mengingatkan sy kpd seorg senior sms belajar degree dulu. Senior ini pada asalnya baik2 belaka, pelajaran antara the top, tiba2 mengalami masalah mental. Dgr2 cerita terlalu taksub dgn ajaran ttentu. Syg pengajiannya tidak sempat tamat.
Org gila ttp dihisab? Menunjukkan keadilan Allah kpd hambanya, sdgkan undang2 manusia, jika disahkan ada gangguan jiwa, membunuh sekalipun boleh terlepas hukuman. Kalau mcm tu agaknya org merogol pn mesti boleh guna alasan tu, "defendant mengalami masalah jiwa (telah disahkan oleh doktor), dia terdengar2 suara yg menyuruhnya merogol mangsa"
ok x ayat tu? Hahahahhahaaaa......
puncanya yang utama yg babah. kalau sedari baby lain pula hisabnya..
kita yg sihat ni manfaatkan sebaiknya..
ada yg x agresif xpe le bleh lyn.. yelah betul kata ustaz tu
selagi mrk x gila mrk akan trus buat dosa
assalammualaikum
barulah terjawab kemana menghilangnya mybabah selama ini
saya baru tahu orang gila pun akan dihisab nanti ya
salam babah..kadang2 x sanggup nak tengok orang2 seperti ini selongkar sana sini..sedih sangat
Salam Igbal. RM1 = RM1 juta. Ada iktibar yang boleh dipetik daripada persamaan ini. Nilai wang hanyalah satu persepsi...
Salam Ros. Macamana dengan bisnes? Banyak orang menjadi gila kerana bisnes. Harap Ros tak menjadi seperti mereka yang terlalu mengejar kebendaan dan gila kerana hilang nikmat dunia. Apa yang kita kejar dalam hidup ialah keredaan Allah...Bilalah agaknya kita berbual secara bersemuka dengan suami Ros sekali.
Salam Tedi. Hisab = hitung. Dihisab = dihitung. Hisap = sedut.
Hisab tidak sama dengan hisap. Pakar ilmu hisab ialah profesor matematik, pakar hisap, ialah penagih dadah. He...he...
Salam Maiyah. Sihat ke? Harap Maiyah sekeluarga sihar walafiat.
Salam Cikgu Normah. Hakikatnya banyak lagi perkara yang berlawanan dengan apa-apa yang kita fikirkan selama ini.
Salam Lia. Golongan ini juga mempunyai peranan dalam kehidupan manusia. Dunia tambah warna-warni dengan kewujudan golongan ini.
Tuan Samsudin,
Benar... sudah lama tidak membaca entri baharu tuan, rupa-rupanya ada tugasan yang lebih utama. Sememangnya diri ini sentiasa berkunjung ke blog tuan ini untuk memperoleh ilmu dan maklumat berguna. Teruskan Tuan.
Akhirnya, setelah sekian lama menunggu dapat juga membaca "sesuatu" dalam entri terbaru babah.
Salam..
OO baru sy tahu yg orang gila jg dihisab...
Tapi kesian sgr bila tengok keadaan diaorang tu...
Salam Tuan RAR. Terima kasih kerana terus sudi melawat blog babah. Apabila membaca komen daripada RAR, saya akan teringat perumpamaan Melayu "Tidak akan hilang bisa ular, walaupun menyusur akar"...
Sent by BlackBerry
Salam saudaraku Eelobor. Sejak berpindah ke tempat baharu, masa saya melayani blog terlalu sedikit. Apabila mengadap PC, badan dah letih sedangkan banyak lagi bahan yang ingin dikongsi dengan kawan-kawan.
Sent by BlackBerry.
Salam Has. Semoga kita dipelihara Allah daripada menjadi gila dalam apa-apa bentuk sekali pun.
Sent by BlackBerry.
salam babah. harap2 sihat wal'fiat.
wah.. babah mesti berjalan merata ni. ada mai utara tak?
Salam Greenhall. Nanti jika babah ke utara, pasti babah call dan belanja Greenhall makan...
Post a Comment