Ketika mengulang baca buku "Islam Aqidah dan Syariah" karangan Prof. Dr. Mahmud Syaltut, sheikhul Azhar yang terkenal itu, pada muka surat 27-29, babah terjumpa ayat al-Qur'an, surah Yusuf: ayat 90-92 yang menceritakan kisah Fir'aun yang ditenggelamkan oleh Allah di Lautan Qulzum.
Nota: Sudah berulang kali membaca al-Qur'an masih juga terlepas pandang...
Ayat-ayat itu adalah seperti yang berikut:
Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir´aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga apabila Fir´aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".
Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah derhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan.
Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah daripada tanda-tanda kekuasaan Kami.
Ayat "Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu" mendapat perhatian babah. Lantas babah membuka Tafsir Al-Azhar, karangan Prof. Dr. Hamka, Juzuk 10-11-12, muka surat 310.
...bangkai Fir'aun itu telah menjadi ayat, menjadi peringatan buat orang yang datang di belakang, baik yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri, atau buat raja-raja dan penguasa yang datang di belakang hari, dari zaman ke zaman, dari masa ke masa, bahawa apabila kalimat takwim daripada Allah telah berlaku dan maut telah mendatang, sama sahajalah keadaan bangkai raja, bangkai opsir (pegawai tentera) dan bangkai perajurit.
Wajah Fir'aun Daripada Imaginasi Pakar
Kemusykilan:
Saya masih musykil tentang ungkapan Fir'aun Kecil oleh Y.B. Zulkefli Nordin, wakil rakyat Kulim yang senantiasa berkopiah itu. Adakah dia tahu apa-apa yang dia ucapkan atau hanya mengikut naluri yang bersulam dendam kesumat? Belum lagi panggilan itu ditarik balik, Si Y.B. kini cuba "menyamak" najis menjadikan "seseorang itu" malaikat pula.
17 comments:
sukar difahami dengan org2 politik
Model
Ekonomi Baru
Air
Batu Naik
peristiwa yg sudah berlaku,pengajaran patut diambil supaya manusia tak sesat dan beringat-ingat,.
sy suka baca sejarah firaun
bab politik ni naik nyampah
tertarik dengan isu "kemusykilan"
Orang kita kuat berpolitik sampai lupa anak bini...
Salam...
Kalau pun sudah digambarkan dlm al-Quran tentang firaun, namun ada lagi manusia boleh mengaku dirinya tuhan..
Salam Samsudin.
Memang banyak pengajaran dan berita ancaman dalam al-Quran namun mereka yang mahu ikut nafsu, mereka tahu namun tak mahu ambil pengajaran, lalu carilah alasan untuk kekal berkuasa. Firaunpun diajak oleh Musa dan Harun as tp krn takut hilang kuasa dan kekayaan musnahlah dia, akhirnya nak mengaku mahu beriman ketika dah terlambat itupun tak betul2 mengenal Allah.
Sungguh takut jika terjadi spt Firaun yg sesat itu.
Salam lagi sekali samsudin
takut silap faham pula, kak sama kem dg samsudin insyaAllah. spt kata tadi mungkin dia tahu tp buat tak tahu kut
salam babah =)
erm,firaun itu benar-benar melampai batas.Kezalimannya membunuh anak-anak lelaki mirip sekali dgn firaun moden yg duk berzina,mengandung,buang bayi...
Firaun juga bunuh org2 beriman kpd Musa a.s.Dikejarnya Musa sampai ke laut.Sama kiranya dgn pemerintah masa kini.Jika ada org yg menyuarakan kebebaran,mesti akan ditangkap.Firaun betul laa...
firaun dahulu kala menggunakan I.S.A menangkap semua anak-anak kecil lelaki.
entry yang menarik..terima kasih sudi berkongsi cerita sebegini..
malas tul nak campur orang politik sebab pagi cakap lain petang sudah tukar lain tapi alquran memberi peringatan bagi sepanjang zaman untuk semua orang
Sejarah Firaun memang mempunyai misteri dan banyak pengajaran yg boleh diambil dari kisahnya, supaya manusia tidak lupa diri
Salam Babah.
Lama saya tidak ke sini kerana dicengkam masa yang sepertinya sangat singkat bila kita ada tugas yang menuntut perhatian.
Saya suka ayat Babah yang ini:
"..bangkai Fir'aun itu telah menjadi ayat, menjadi peringatan buat orang yang datang di belakang, baik yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri, atau buat raja-raja dan penguasa yang datang di belakang hari, dari zaman ke zaman, dari masa ke masa, bahawa apabila kalimat takwim daripada Allah telah berlaku dan maut telah mendatang, sama sahajalah keadaan bangkai raja, bangkai opsir (pegawai tentera) dan bangkai perajurit.
"
Betul betul betul. Mayat bekas pemimpin Filipina pun ada yang diawet kan. Saya kurang arif namanya siapa.
Zul tu dah melalut jauh dah...
Sayang dia tertipu dgn gelombang perkataan Allah ciptaan politik umno utk menarik kembali sokongan melayu...
Itulah hasilnya bila masing2 GAH dgn pendapat sendiri..berdalilkan akal dan memandang sinis pandangan bijakpandai agama..
Salam TUAN SAMSUDIN,
Banyak Firaun yang masih hidup di negara ini. Mudah-mudahan mereka pun tercampak ke laut.
Entry En Shamsudin sungguh menginsafkan.....Tkasih atas info yang mahal ini, khasnya wajah Firaun yg disebut sepanjang zaman.
Post a Comment