18 February, 2010

Aku Pemburu Jin 6


Setiap sesuatu perlu dipelajari, begitu juga ilmu berkaitan dengan jin. Tidak semestinya dengan pandai membaca al-Qur'an, anda sudah boleh diiktiraf sebagai seorang yang arif dalam hal ini. Anda juga belum boleh dinobatkan sebagai Pemburu Jin hanya sekadar anda pernah mengimamkan solat waktu di masjid atau  di surau atau biasa menjadi khatib ketika solat Jumaat. Untuk membolehkan anda memburu jin, syarat ketiga di bawah perlu dipenuhi.



Syarat Ketiga: Mengetahui teknik berhadapan dengan syaitan dan jin jahat.
Teknik bertempur dengan syaitan dan jin jahat perlu dipelajari. Seorang muallim, al-hafiz, ustaz, imam, bilal dan lain-lain tidak semestinya mampu berhadapan dengan syaitan dan jin tanpa ilmu pengetahuan yang mencukupi dalam hal ini. Seperti memburu binatang liar di hutan, teknik-teknik pemburuan dan pertempuran perlu dipelajari. Saya secara peribadi berpendapat bahawa "pemburu jin" boleh menjadi satu profesion jika dipelajari secara bersungguh-sungguh, seperti doktor-doktor perubatan moden.


Kita membaca pelbagai teknik digunakan oleh orang-orang terdahulu ketika berhadapan dengan gangguan syaitan dan jin, antaranya:

i. Teknik yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. yang meludah sebanyak tiga kali ke dalam mulut seorang budak yang diganggu jin.
ii. Kisah Imam Ahmad. Ketika itu beliau sedang duduk di masjid. Tiba-tiba datang seorang teman dari istana Khalifah Al-Mutawakkil dan berkata:  "Di rumah Amirul Mukminin ada seorang jariah sedang dirasuk jin. Beliau mengutuskan saya kepada tuan agar sudi berdoa kepada Allah supaya dia sihat semula". Imam Ahmad memberikan sepasang selipar yang terbuat daripada kayu kepadanya dan berkata: "Engkau pergi ke rumah Amirul Mukminin, duduklah dekat kepada jariah dan kata kepada jin itu: "Imam Ahmad berkata kepadamu, yang mana satu yang engkau suka; keluar dari jariah ini atau dipukul dengan selipar ini tujuh puluh kali". Selepas kembali kepada jariah dan membuat apa-apa yang dipesan oleh Imam Ahmad, jin itu berkata: "Aku mendengar dan taat kepada Imam Ahmad. Sekiranya beliau memerintahkan aku keluar dari negeri Iraq ini, tentu aku akan keluar darinya kerana beliau seorang yang taat kepada Allah, sedangkan barang siapa yang mentaati Allah, dia akan ditaati segala sesuatu". Jin segera keluar.

Bersambung 








17 comments:

Werdah said...

Salam samsudin.

Benar sangat-sangat tentang ilmu ni.. kena betul-betul menghayati baru boleh memburu jin. Bagi kak cukuplah kak amalkan ayat Kursi dan lain-lain yang telah diajarkan dan penting tak perlu takut kepada mereka seperti yang telah saudara jelaskan sebelum ini. kak pernah terlibat dengan beberapa kes histeria di sekolah berasrama, memang betul kebanyakannya pelajar perempuan.. pernah membaca ayatul kusrsi kpd pelajar heisteria tu sebelum (sementara menunggu) ustaz yang pakar hadir.. memang kuat betul hembusan balik daripada mulut dan hidung pelajar yang kena histirea ni.. kena betul2 kuat.. semput jugalah dibuatnya.. apa-apapun memang bertambah ilmu membaca isi blog ini. terima kasih.

yohteh said...

semakin menarik ni Mybabah... semoga di'detail'kan lagi, insyaAllah...

jebat_berani said...

jelaslah sesuatu perkara itu perlu dipelajari dari yang mengetahuinya...memandai-mandai akhirnya akan menjadikan kita sebaliknya (yakni bodoh!!)...

semoga apa yang kekanda babah kongsikan ini menjadi titik mula kepada ilmu yang ingin dipelajari...

Unknown said...

Salam ziarah,singgah baca N3 kejab.Tumpang ilmu.
Sesungguhnya ilmu yang bermanfaat itu tak akan puas untuk di pelajari.
Kata imam Al-Ghazali
"Semakin bertambah ilmuku,semakin sedar aku akan kebodohan diriku"

Unknown said...

Salam Werdah. Al-Quran juga disebut al-Furqan, iaitu pembeza. Diturunkan kepada untuk menjalani hidup yang syumul. Pemantap jiwa manusia yang hidup. Bukan untuk dibaca menghalau jin atau untuk mayat yang terbujur. Jika ada kesempatan nanti babah tulis tentangnya...

Unknown said...

Salam Yohteh. Jika terlalu "detail" nanti orang bosan dan langsung tidak dibaca. Ilmu ini seperti mempelajari ilmu matematik, sains dan sumber alam. Jika tidak bersungguh-sungguh belajar matematik, SPM dapat 9. Jika tekun belajar sains dan sumber alam, pengetahuan hanya setakat tahu bab makan dan minum...

Unknown said...

Salam Jebat. Kerana kesibukan, semalam tidak dapat berbual panjang dengan Jebat. Terima kasih kerana sudi bersusah payah menghantar "perfume" Bulgari Aqua yang lama babah tunggu. Jika ada Bulgari Pour Home Extreme, babah masih mahu. Sebahagian jin, tidak suka wangi-wangian. Persoalannya mengapa wangi-wangian disunatkan oleh Rasulullah s.a.w? Bukankah sebahagian orang juga tidak suka wangi-wangian? Cerita mengenai pengalaman jebat dengan sang beruk amat menarik dan boleh menjadi iktibar tentang isu jin. Sang Anjing yang pancaindera boleh mengesan jin juga menarik jika diteliti. Kalau jin itu handal dan "berkuasa" nescaya senang sahaja kepala sang anjing dipatahkannya...

Unknown said...

Salam saudaraku Ijok. Ada laluan halus di jiwa kita yang perlu dipupuk setiap hari supaya lalang tidak tumbuh melata. Babah nampak Ijok dan kawan-kawan menebas dan membersihkannya setiap hari melalui blog masing-masing. Kebenaran akan jelas di mata jika laluan ini "clear"...

Abd Razak said...

Salam...

Saya suka baca artikel seperti ini tp utk mempelajarinya belum bersedia lagi

Unknown said...

Salam Razak. Perumpamaan yang boleh saya beri dalam hal ini ialah seperti memandu kereta. Kita suka memandu kereta, tetapi tidak gemar mempelajari bagaimana mesin-mesin di dalamnya berfungsi. Apabila kereta "breakdown" baharulah kita akan berkata di dalam hati "ah..mengapa aku tak mahu belajar sekurang-kurangnya perkara asas tentang kereta". Maka kita pun terpaksalah memanggil "pomen" yang mungkin dapat memulihkan kereta kita dan mungkin juga merosakkan kereta itu. Wallahualam.

Sharinginfoz said...

di luar bidang kuasa.....

pecinta_Islam said...

apa yang saya faham disebalik cerita iman ahmad itu adalah jika seseorang yang betul2 beriman dan taat kepada Allah maka jin juga akan gerun kepadanya..

namun jika seseorang itu hanya mempunyai ilmu semata-mata,solat,jadi iman,bilal dan seumpama dengannya semata-mata tetapi masih tidak mempunyai iman yang kuat,kental dan hebat maka ia tidak lah memberikan kesan apa2 pun kepada jin..(kalau salah tolong betulkan)

Unknown said...

Salam SIP. Saja juga selalu menyemak menu masakan walaupun masak memasak di luar bidang saya. Hanya macam SIP, saya tak pandai komen pasal masaka. Hanya tahu makan sahaja...

Unknown said...

Salam Syah. Itulah yang dimaksudkan. Babah pernah berhadapan dengan situasi seorang artis terkenal tempatan yang menggunakan khidmat seorang ustaz terkemukan negara yang tidak tahu selok belok ilmu ini, lantas situasi menjadi lebih gawat. Ada jin tidak tahu apa dia al-Qur'an yang kita baca dan mengatakan "apa perkara mengarut yang engkau buat ni". AL-Qur'an adalah untuk kekuatan dalaman kita bukan untuk menghalau mereka.

Guru said...

assalammualaikum mybabah

saya bab ni memang jahil...
sekadar mendinding diri sendiri tau jugalah

* nak tanya, bunian dan jin tu sama ke?

Cikgu Zam said...

salam, satu penulisan yang sangat bagus dan bermakna, tahniah..!!

Azhar Salleh said...

Salam TUAN SAMSUDIN,
Nampaknya tuan benar-benar memburu jin! Menarik entri sebegini kerana ilmu yang sulit diperoleh dapat dibaca melalui blog tuan ini. Saya dan DBP sekarang sedang ligat memburu 'jin jahat perosak bahasa Melayu'!

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...