17 February, 2010

AWAS!


Jika tiada kekuatan jasmani, jangan bersikap terlalu berani;
Jika tiada kekuatan rohani, usah berlagak meninggi diri.

Lebih baik menyimpan wang membeli rumah;
Daripada habis membela anda di mahkamah. 

 Gambar sumbangan Daud Mili

Pesanan ikhlas daripada babah yang lebih takut pada Allah...










28 comments:

terokai seni said...

hemmmm... senang beno nak masuk penjara sekarang ni ye babah... ada sesapa nak bagi duit pree buat le fitnah.. menang saman sejuta cepat le kita pencen

Rusdi Abd Rahman said...

Salam Tuan Samsudin,
Apa khabar Tuan?
Sempat juga akhirnya menjadi antara 10 orang terawal menghantar komen ke blog tuan kali ini.
Sering tidak sempat menulis komen untuk entri dalam blog Tuan, sungguh ramai pengunjung dan penulis yang mengirim komen... namun blog tuan memberikan seribu ilmu pengetahuan, tahniah tuan... teruskan menyampiakan maklumat berguna buar semua.

wanita mutalib said...

thanks babah :)

rosnanie said...

salam babah

sorry lama benar tiddak tinggalkan jejak

tks babah, satu peringatan untuk kita semua.

Unknown said...

Salam saudaraku Cemomoi. Saya pun dah ada yang ugut nak saman kerana satu entri yang berkaitan dengan dia...

Unknown said...

Hello Mr. Odorica. I fail to understand what are you trying to say. Anyway, TQ for visiting my blog.

Unknown said...

Salam saudaraku RAR. Malu rasanya menerima komen begini daripada tuan. Kelebihan saya hanyalah umur saya lebih tua dan pengalaman hidup lebih sedikit daripada orang-orang muda...

Unknown said...

Salam WI. Sama-sama.

Unknown said...

Salam Ros. Babah doakan Ros, suami dan anak-anak sentiasa dirahmati Allah hendaknya. Babah percaya Ros merupakan seorang yang cekal. Teruskan usaha dengan gigih ok...

Maiyah said...

pikir dulu sblm wat pape.. kalo mnyusahkan kita bakang hr, lebih baik elakkan je

Unknown said...

Salam Maiyah. Terima kasih/

Md Nizar Parman said...

Salam BABAH,
Sesungguhnya berhati-hati itu lebih baik daripada ikutkan hati. Terima kasih atas info ini.

saharul said...

Takde siapa yang berkenan tinggal di dalam penjara, cume kadang2 nafsu mengatasi akal fikiran.....kewarasan sudah hilang pertimbangan...terlajak perahu...hanyut ke hilir...terima ajelah hukuman kalau pasti benar kesalahan dilakukan...

Che' Pit said...

kata org..

makan jangan sebarang makan..
tulis jangan sebarang tulis..
baca jangan sebarang baca..
tido jangan sebarang tido
(tidolah di rumah, jangan pilih untuk tdo di dalam lokap)

daun kesum said...

salam babah,.

kadang2,,kalau nak post ape2 kat blog,,mmg kena fikir banyak kali dulu..
takut nanti..tak pasal2 kena naik court bila ada org nak sabit kesalahan kan,.

Unknown said...

Apabila orang-orang berpengalaman bermadah. Kelu lidah untuk berkata...Terima Cikgu Nizar, Cikgu Jang dan Che' Pit...

Werdah said...

salam samsudin,

terima kasih kerana mengingatkan hal ini. berjati-hati itu lebih baik daripada meletakkan diri dalam kesusahan.

Catwoman said...

Salam Babah.....

Sama2 kita ingat-mengingati sesama kita ye.
Thanks a lot, Babah.

:)

Unknown said...

Salam CikTi. Macam CikTi kena mengadap HEP lagi, silap-silap kena gantung sekolah (pengajian). Itulah bahayanya jika masih budak-budak...

Unknown said...

Salam Werdad dan Zyma. Sebenarnya saya yang perlu nasihat daripada anda kerana kadang-kadang saya ni brutal sedikit...

Melihat Kesunyataan said...

Tuan,
Membela kebenaran itu tidak sama dengan membela orang di mahkamah. Untuk itu pun kita seharusnya berhati-hati, tidak secara membuta tuli.

Unknown said...

Salam Tuan Shapiai. Saya amat bersetuju dengan pendapat tuan...

Unknown said...

pembetulan.

Allah bukan utk ditakuti....
wallahualam.

sahromnasrudin said...

lame tak meninggalkan cap jari disini..

anak ayam makan hati..
hati2 membuat entri..

cik halimah kena santau..
semua blog dah kena pantau..

balik kampong naik bas..
post entri jangan sampai terbabas

Unknown said...

Normah. Bergantung apa yang anda faham tentang perkataan takut. Takwa juga bermakna takut. Bukan takut bermaksud seperti anda takut kepada hantu. Banyak buku-buku agama membicarakan soal takut kepada Allah. Mungkin anda tak jumpa...

Unknown said...

Salam Noh. Cantik pantun dua kerat anda...

Unknown said...

taqwa itu takut membuat dosa...
buku itu bukan guru...
wallahualam...

Unknown said...

Salam Normah. "Takut" membuat dosa juga "takut". Buku juga "guru"yang bergerak yang tak boleh temberang. Guru yang temberang banyak kat dunia ni...Kalau nak tulis panjang sangat. Faham-faham dah le...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...