28 February, 2010

Aduhai Imigresen...


Pukul 7:45 pagi aku sudah terpacak di sini untuk memperbaharui pasport antarabangsa aku.


Kemudian sewenang-wenang, aku diarah pergi ke pejabat  baharu Bahagian Pasport Malaysia, di Presint 14 dengan dibekalkan sekeping peta sebagai panduan.

 

Mujurlah ada beberapa orang pekerja "bangla" yang tahu akan lokasi yang disebutkan, sehingga aku berjaya sampai ke tempat yang mempunyai nama "orang putih" ini:


Chancery Place

dengan pandu arah bercorak Islamik...


Ejaan betul bagi pasport ialah pasport bukan passport (bahasa Inggeris)

Bahagian Pasport telah dipindahkan ke sebuah kawasan pembangunan baharu yang terpencil. Kepala "hotak" aku mula ligat bertanya, mengapa hal ini terjadi. Jawapan aku, kepala "hotak" diaorang ligat memikirkan bagaimana untuk memajukan kawasan baharu, lantas terkucil idea untuk membawa Bahagian Pasport ini ke sana dengan harapan, kawasan tersebut dapat membangun dengan sendirinya. Kepala "hotak" jenis ini, memang kepala "hotak" yang terlalu mementingkan diri sendiri dan menyusahkan rakyat marhaen seperti aku. Maka, bangunan asal yang bernilai jutaan ringgit akan menjadi tugu pameran untuk tatapan pelancong dalam dan luar negeri sahaja. Memang cerdik kepala "hotak" korang...

Semasa menaiki tangga ke tingkat 1 (dari tempat parkir), aku tersentak apabila terpandang:

Ayatul Kursi dilekatkan pada dinding

Pada pendapatan aku, inilah justifikasi mengapa Bahagian Pasport dipindahkan ke sini. Rupa-rupanya, bangunan ini sudah mula berhantu...

He...he...








Nota: Aku terpaksa menghabiskan separuh hari hanya untuk menyerahkan borang pembaharuan semula pasport aku. Punyalah efisien Imigresen kita...Tahniah beb!



27 comments:

azieazah said...

Sebut pasal pasport antarabangsa, risau juga terlepas tarikh nih...

Dulu saya buat kat Damansara jerr.. Tapi menunggu lama juga. Sekerat hari, sebab no hanya dipanggil selepas jam 12 tengahari.. adooooiii..

Unknown said...

Salam Azie. Mula-mula saya bercadang untuk ke Damansara, guna kiosk. Orang kata 2 jam sahaja. Tetapi saya terfikir, kalau cawangan boleh cepat macam tu, HQ lagilah hebat. Dengar cerita pula, 1 jam boleh selesai. Rupa-rupanya...

ikan emas said...

lain kali kalau nak urus hal imi atau daftar..pergi aje la ke pej caw..

Unknown said...

Salam IE. Saya dengar nasihat anda...

najihah said...

HAHA..berhantu rupanya!

Unknown said...

Salam TC. Mengapalah cerita hantu babah ni tak habis-habis...

Che' Pit said...

oooo ada hantu ker babah?
so babah nak memburu hantu kat situ ker?

Maiyah said...

hehe.. mesti hntu ada dlm toilet

|| NaFiRaa || said...

ye ke nih babah??? seram lah plak!!!

Abd Razak said...

Salam...

"Rupa-rupanya, bangunan ini sudah mula berhantu"...tergelak saya dibuatnya, takpe penghuni tu dah lari tgk Mybabah datang..:)

Unknown said...

As salam..
Babah kesukaran kome telah menolong kita orang nantinya utk tidak pi lagi kepejabat berhantu tu heee..
TQ bebanyak..
Depa ni gah je lebihnye..

saharul said...

soooo...bagus tu...tak lama lagi boleh keluar pula cerita pasal hantu tu dlm tv 3...

greenhall said...

salam babah! apa habaq? hope sehat. wa.. saya akui perkhidmatan agensi kerajaan kita sekarang ni memang teruk. masingmasing tak sedar yg tugas yg dipikul tu amanah sebenarnya.





*lately saya hanya jadi silent reader di blog babah ni. tak nak tulis komen selagi tak habis khatam bab pemburu jin tu. sebab tu la lama diam je. tapi saya selalu singgah.
*bagus entry tu. tapi tak ada masa lagi nak habiskan.

pecinta_Islam said...

hmm..kena tnye orng yg keje kt situ ape kes ni..sampaikan camtu sekali jadinya..mmg agak merumitkan lah

Unknown said...

Salam CP, Maiyah dan Nafiraa. Begitulah gamaknya. Jin ni apabila mereka tengok rumah kosong, mereka "happy"...

Unknown said...

Salam Razak. Satu "perangai baik" jin yang saya tengok ialah mereka akan beralah dengan kita apabila rumah kosong didiami. Kebanyakan tak mahu tinggal bersama-sama manusia. Mungkin manusia malu anak-anak mereka tengok perangai buruk manusia (banyak cerita dalam isu ini...)

Unknown said...

Salam Lana dan Cikgu Jang. Rasanya dah ada yang kena sakat. Sebab tu, pihak pengurusan suruh tampal ayatul kursi. Kalau pihak pengurusan keturunan tiong hua, pasti ada tokong dan colok...

Unknown said...

Salam Greenhall. Tak sangka greenhall ikut entri Aku Pemburu Jin. Dah dekat nak tamat. Nanti babah bagi tauliah. Manalah tahu kat utara banyak jin, boleh tengok-tengokkan...

Unknown said...

Salam Syah. Siapa ada kawan di Bangunan itu yang kerja imigresen boleh tanya. Saya pun hairan mengapa mereka tampal ayat kursi pada dinding?

Lin said...

Saya pergi ke bangunan berhantu tu untuk renew permit bibik saya. Dalam masa terdekat mungkin juga nak pergi renew pasport antarabangsa anak-anak...alhamdulillah baca kat entry ni..tak adalah saya buang masa kat sini...

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan Samsudin,
1. Apa makna langsung dan makna tersirat 'Chancery Place' itu?
2. Apakan daya... 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan....?
3. Sekadar bertanya tuan kerana tuan salah seorang yang banyak juga mengetahui hal-hal kewangan; benarkah ekonomi negara kini semakin pulih (dengar khabarnya melalui media perdana ada pertumbuhan 4.5%...) seperti yang dikhabarkan...?

izakhairi said...

mengajar kita erti kesabaran....cuma takut hilang sabar dibuatnya

Unknown said...

Salam Cikgu Lin. Janganlah anggap sangkaan saya ini benar. Nanti marah orang-orang imigresen kepada saya...Hanya saya hairan mengapa tampal ayat kursi...

Unknown said...

Salam RAR. Semenjak bertukar ke Jabatan Latihan BNM, saya tidak berapa mengikuti perkembangan ekonomi negara, seperti sebelum ini (semasa menjadi penceramah kewangan). Namun saya amat menyokong pendapat yang dikemukakan oleh YM Tengku Razaleigh. Pandangan DSAI dalam hal ini agak berlebih-lebihan. Sentimen yang diwujudkan oleh akhbar perdana spt isu Allah, sebat, politik kesukuan telah mendorong "capital flight". Dikhabarkan kepada saya, modal asing (khususnya modal jangka pendek) telah terlalu banyak keluar daripada negara. Ini memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang. Ini sekadar pendapat tanpa fakta dan data...

Unknown said...

Salam Izakhairi. Babah selalu hilang sabar dalam hal-hal begini...

norliza_osman said...

Salam babah..itulah bile dah kena sendiri baru lah kita faham.. hanya kesabaran yang perlu ada bila berurusan dengan kaunter ...

aShaBuLz said...

salam. mungkin ada hikmah di sebalik semua kepala "hotak" mereka...hehe

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...