Kamus Bahasa Melayu Paling Canggih di Pasaran
Fungsi tetingkap untuk menaip kata carian dalam pelbagai kamus pilhan untuk rujukan bahasa
Contoh penggunaan dalam laman web, "double click" pada perkataan "venture" dan e-Kamus akan memaparkan makna perkataan tersebut dalam bahasa Melayu. Anda juga boleh mendapatkan sebutan bahasa Inggeris yang betul bagi perkataan itu.
Fungsi penyemak ejaan dalam bahasa Melayu. Anda hanya perlu "right click"
pada perkataan untuk membetulkan ejaan.
APA ITU E-KAMUS 5.02
E-Kamus 5.02 merupakan perisian dwi-bahasa (Melayu-Inggeris, Inggeris-Melayu) dengan himpunan pelbagai kamus. Ia dilengkapi dengan pelbagai teknik pencarian bergantung kepada cara penggunaan bersesuaian dengan kemajuan teknologi perkomputeran pada hari ini. Fungsi pengimbas (text capture) membolehkan pelajar mendapatkan makna perkataan hanya dalam sesaat melalui sentuhan tetikus (double-click).
Ini merupakan cara yang sangat mudah dan cepat jika dibandingkan dengan pencarian melalui kamus buku yang tebal untuk sesuatu perkataan. Dengan cara ini, para pelajar juga akan bertambah minat untuk mempelajari istilah-istilah atau perkataan baru.
Selain dari itu, e-Kamus 5.02 juga dilengkapkan dengan penyemak ejaan dalam Bahasa Melayu yang bertindak menyemak kesalahan ejaan secara automatik. Oleh itu, semua kerja dan dokumentasi yang dihasilkan menerusi komputer dapat disemak ejaannya. Ini dapat menambahkan ketepatan sesuatu hasil kerja oleh pelajar serta pengguna.
E-kamus 5.02 sesuai digunakan pada semua peringkat usia daripada kanak-kanak (pelajar) sehingga dewasa. Kategori istilah matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris telah dirumus khas untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Ianya dapat membantu pelajar membuat rujukan istilah dengan lebih cepat dan tepat. Begitu juga kamus-kamus istilah profesional seperti kejuruteraan dan kedoktoran dapat membantu pelajar peringkat IPT membuat rujukan dengan lebih mudah.
PENGGUNAAN DAN APLIKASI E-KAMUS DI SEKOLAH / INSTITUSI PENDIDIKAN
Sebagai Bahan Rujukan Kata
E-Kamus boleh digunakan sebagai rujukan apabila para pelajar atau guru yang tidak memahami perkataan di mana-mana sumber media. Ianya bertindak sebagai kamus alternatif kepada kamus buku yang sedia ada.
Sebagai Sumber Penyelesaian kefahaman
Pemahaman kata adalah penting dalam memastikan kefahaman yang tepat. Keperluan untuk merujuk kamus buku yang tebal selalunya membuatkan para pelajar mengabaikan kamus dan hanya mengagak makna sesuatu perkataan. Ini mungkin menyebabkan kefahaman yang tidak tepat ataupun serong sama sekali.
Sebagai Penyemak Kerja
Di dalam program MS Word, hanya terdapat penyemak ejaan dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, semua kerja yang ditaip dalam Bahasa Melayu tidak disemak ejaannya. Dengan penggunaan e-Kamus 5.02, ejaan dalam Bahasa Melayu bukan sahaja disemak tetapi cadangan perkataan yang terdekat juga diberikan (cadangan pintar).
Memudahkan dan mempercepatkan pembelajaran
Sumber maklumat yang utama masa kini iaitu internet merupakan sumber utama pelajar mencari maklumat apabila mengulang kaji pelajaran. Dengan kefahaman dan perbendaharaan kata yang baik, para pelajar dapat memantapkan pembelajarannya dengan lebih cepat dan mudah.
Memupuk semangat memperkaya perbendaharaan kata
Sebelum penggunaan e-Kamus, penguasaan perbendaharaan kata ini biasanya memerlukan kesabaran dan semangat ingin tahu yang tinggi. Namun demikian, dengan penggunaan e-Kamus, setiap pelajar dapat menguasai perbendaharaan kata dengan mudah dan cepat. Ini dapat menanamkan amalan mencari kata baru di kalangan pelajar.
KELEBIHAN KAMUS ELEKTRONIK BERBANDING KAMUS BUKU
Kaedah pencarian yang lebih pantas.
Kamus buku memerlukan kita membelek buku yang tebal sehingga 1500 muka surat semata-mata untuk mendapatkan sesuatu makna perkataan. Kebiasaannya, ia memakan masa sehingga 30 saat untuk mendapatkan sesuatu makna. Tetapi, dengan menggunakan perisian perkamusan, kita hanya memerlukan kurang dari 3 saat untuk mencari makna. Kita hanya perlu menaip pada papan kekunci untuk mencari beribu-ribu makna perkataan dan perisian akan melakukan proses pencarian untuk kita.
Senang untuk kemas kini
Salah satu ciri perisian kamus elektronik adalah kebolehupayaan memasukkan data. Di sini, pengguna boleh memasukkan data sendiri untuk tujuan kemas kini. Ini dapat menjimatkan masa dan ruang. Pengguna hanya perlu menaip pada ruangan yang disediakan untuk tujuan kemas kini.
Lebih informasi dan paparan yang lebih jelas
Kamus elektronik menggunakan skrin (monitor) sebagai media paparan. Skrin berkeupayaan untuk memaparkan pelbagai informasi dalam satu masa. Berbanding dengan kamus buku, ruang paparannya amat terhad dan tulisan terpaksa dikecilkan semata-mata untuk memasukkan informasi dan penerangan. Keadaan ini menyebabkan kamus buku kelihatan tidak menarik.
Kaedah teramat mudah untuk mendapatkan makna perkataan.
Kamus elektronik menggunakan kaedah enjin pencarian untuk mencari sesuatu makna. Enjin pencarian ini akan membantu pengguna untuk mencari makna perkataan dalam pangkalan data yang mempunyai beratus ribu maklumat. Dengan bantuan enjin pencarian ini, proses pencarian makna perkataan menjadi lebih mudah. Berbanding dengan kamus buku, pengguna terpaksa mencarinya sendiri dengan membelek kamus buku yang tebal. Proses ini memakan masa yang agak lama dan membosankan.
CIRI-CIRI E-KAMUS 5.02
Kelebihan dan ciri-ciri yang ditawarkan oleh e-Kamus 5.02.
Dilengkapi dengan pelbagai himpunan kamus mencakupi Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris , Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu, Bahasa Melayu – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (Dwibahasa), Bahasa Inggeris-Bahasa Inggeris, istilah Komputer, Matematik, Sains, kedoktoran dan kejuruteraan.
- Berkeupayaan membaca kandungan kamus-kamus terkemuka (yang dihasilkan dalam format .dic) di mana pengguna boleh menambah ataupun membuang kandungan kamus yang dikehendaki.
- Didatangkan dengan fungsi ‘editor kamus’ bagi membolehkan pengguna membina kamus / istilah sendiri.
- Mencari makna perkataan tanpa perlu menaip (hanya double-click). Pencarian makna di hujung jari anda.
- Fungsi sebutan perkataan (suara) dalam Bahasa Inggeris.
- Dilengkapi dengan ciri penyemak ejaan Bahasa Melayu pada MS Word.
- Kandungan yang boleh dikemas kini melalui internet secara percuma.
- Penggunaan yang interaktif.
- Sesuai digunakan pada semua aplikasi yang berasaskan teks.
- Lebih 500,000 kata masukan (kata pencarian).
- Sesuai untuk pelajar-pelajar dan golongan dewasa (profesional).
26 comments:
Salam samsudin,
terima kasih atas info ini
Salam Werdah. Nanti jika berminat hubungi saya.
salam..encik..saya berminat mencari e-kamus dalam bahasa 3 bahasa... Malay-Chinese-English..
Salam Amelia. Rasanya e-Kamus sesuai untuk anda...
salam babah,
kamus ni macam best,
saya berminat dan harganya pun sangat berpatutan.. RM80 kan ? memang berbaloi-baloi.
salam babah, eelobor pernah guna versi trial, tp limited la dia punya function. nak tahu, utk istilah perubatan ada terdapat juga tak dlm e-kamus 5.02 full version? english-english ada tak?
salam...
sekolah saya dah guna dah kamus ni....memang canggih kalau rajin menggunakannya...
perniagaan yang bagus da berkat. tahniah babah! suka sgt produk ni. huhu
Salam..
Ada org dtg promosi tahun lepas. Ramai yg dh guna. Sangat sesuai utk semua!
saya cadangkan supaya saudara menjual produk nie kepada syarikat yang menyelenggara laman web. mereka tentu memerlukannya untuk memudahkan kerja mereka meng'edit' isi kandungan sesuatu laman web/portal especially yang mempunyai dwi bahasa..
psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://www.puteramelaka.co.cc/ . TQ.
psst 2: Miliki buku2 ilmiaah karangan ikon2 terkenal seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah, Dr. Irfan Khairi dan lain2 lagi di http://stormreaders.net/zulfadhli sekarang!
Salam CikTi. Kalau CikTi hendak, babah boleh pos ke KB. Nak bayar ansur pun boleh. Takde hal punya...
Salam saudara Hamzah a.k.a. Lavendari. Dahulu saya guna dewaneja pro, tetapi yang ini saya rasa lebih hebat. Jika berminat hubungi saya di samsudin.jidin@yahoo.com
Salam eelobor. Baru semalam ejen e-kamus datang ofis babah buat "marketing". Babah rasa hebat juga produk bumiputera 100% ini...
Salam Jang. Baru ingat nak buat "marketing" di sekolah Cikgu Jang. Rupa-rupanya dah ada. Nanti sesiapa berminat hubungi saya.
Salam Cinta Al-Aqsa. Kalau berminat hubungi babah. Kalau dapat cari 10 orang yang hendak pasang, babah bagi free pasang di notebook Cinta. "Good deal" tak?
Salam Niza. Niza dah pasang ke? Bila tulis di blog boleh terus buat "spell check"...
Salam Ahmad. Semalam bos syarikat ini datang jumpa saya di pejabat. Pengeluarnya 100% syarikat bumiputera. Buat demo sekali. Saya rasa nak tolong "promote sekali"...
salam babah
ble sy nk gne kamus ni ye..
:)
Salam Ahmad. Sebelum guna kena beli. Hanya RM80 untuk semua ciri-ciri yang dinyatakan. Berbaloi-baloi...
babah jual ye, saya mmg nak cari, senang.
Salam Lia. Kalau minat hubungi babah di samsudin.jidin@yahoo.com
salam babah..
thanks for the info..
hmm maybe leh buat promotion kat makatb CP lak..
Insya-Allah Che' Pit...
...salam Tuan...
rasa terpanggil nak sebarkan maklumat ini...
celaka apakah ini..?? Tok Guru kita dihina lagi... sila terjah ke SINI...!!!
Salam Yohteh. Si celaka itu akan musnah dengan perbuatan tangannya sendiri...
Post a Comment