Cerita yang bakal anda baca di bawah ini telah disahkan oleh seorang ustazah dan seorang guru akademik (isteriku) di sekolah agama yang berhampiran .
Diceritakan kepada saya, seorang Melayu Islam bertaraf pendidikan PhD yang tinggal di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan telah menulis surat rungutan di sebuah akhbar utama tempatan beberapa bulan lalu tentang kesukaran beliau menidurkan anak-anaknya akibat “kebisingan" suara azan dan suara lantang Pak Ustaz ketika menyampaikan kuliah subuh. Masyarakat sekeliling tertanya-tanya siapakah gerangan Si Melayu Islam itu. Dengan menyembunyikan nama sebenar tetapi mendedahkan alamat kediaman tanpa nombor, bukan sahaja meninggalkan rasa resah dan rusuh hati masyarakat sekitar, bahkan menimbulkan sedikit sebanyak perasaan aib dan memberi leta kepada mereka. Jika individu berkenaan bukan dalam kalangan orang Islam, ini mudah dimengerti. Tetapi, di sekitar kawasan kejiranan tersebut, tidak ada bangsa lain yang tinggal di situ, selain Melayu Islam. Ini yang meninggalkan seribu persoalan dalam benak fikiran para penduduk.
Mungkin sahaja alasan yang diberikan oleh Si Melayu Islam “benar” kerana rumah tangga yang penuh didiami hantu jembalang tidak mungkin betah (tahan) untuk menerima laungan azan yang mampu menggegarkan bukit-bukau itu. Lantas syaitan menghasut “Si Bapa Mithali” berkenaan untuk menyalahkan azan (baca: syariat agama) sebagai penyebab anak-anak tidak boleh melelapkan mata, seterusnya mengganggu-gugat keharmonian rumah tangganya.
Siapakah Si Melayu Islam pemberi malu masyarakat ini? Persoalan yang agak lama menghantui fikiran para tetangga akhirnya terjawab. Pada suatu subuh yang hening, muncullah Si Polan dengan perasaan amarah yang tidak dapat dibendung lagi, merentap mikrofon yang tersangkut di leher Pak Ustaz yang baharu sahaja ingin memulakan kuliah subuhnya. Para jemaah terkedu dan terpinga-pinga. Bukan tidak mampu bertindak, tetapi mereka masing-masing nanar, termangu-mangu, tercenggung, terpisat-pisat, melopong dengan tindakan Si Melayu Islam sehingga ramai Si Ibu yang hadir ketika itu menitiskan air mata melihat Pak Ustaz diperlakukan sedemikian rupa. Selepas itu, Si Melayu Islam, pembawa onar pergi tanpa gugur sehelai bulu roma pun. Cerita sadis ini berakhir di situ. Tetapi kesannya, Pak Ustaz tidak lagi berani meninggikan suara ketika berceramah dan beliau begitu berjaga-jaga dengan nada suaranya supaya tidak lagi mengganggu tidur anak-anak Si Melayu Islam. Tentang azan, azan tetap berkumandang kerana syariat agama itu wajib diteruskan.
Jangan tergoda dengan pujukan syaitan!
Siapakah Si Melayu Islam pemberi malu masyarakat ini? Persoalan yang agak lama menghantui fikiran para tetangga akhirnya terjawab. Pada suatu subuh yang hening, muncullah Si Polan dengan perasaan amarah yang tidak dapat dibendung lagi, merentap mikrofon yang tersangkut di leher Pak Ustaz yang baharu sahaja ingin memulakan kuliah subuhnya. Para jemaah terkedu dan terpinga-pinga. Bukan tidak mampu bertindak, tetapi mereka masing-masing nanar, termangu-mangu, tercenggung, terpisat-pisat, melopong dengan tindakan Si Melayu Islam sehingga ramai Si Ibu yang hadir ketika itu menitiskan air mata melihat Pak Ustaz diperlakukan sedemikian rupa. Selepas itu, Si Melayu Islam, pembawa onar pergi tanpa gugur sehelai bulu roma pun. Cerita sadis ini berakhir di situ. Tetapi kesannya, Pak Ustaz tidak lagi berani meninggikan suara ketika berceramah dan beliau begitu berjaga-jaga dengan nada suaranya supaya tidak lagi mengganggu tidur anak-anak Si Melayu Islam. Tentang azan, azan tetap berkumandang kerana syariat agama itu wajib diteruskan.
Sebelum mendengar cerita ini, saya juga pernah dikhabarkan orang tentang seorang Melayu Islam lain menyalahkan azan sebagai penyebab rumah sewanya yang terletak berhampiran surau tidak disewa orang. Kononnya, para penyewa keluar masuk silih berganti kerana tidak sanggup mendengar “kebisingan” suara azan.
Sebelum itu, saya juga pernah mendengar satu cerita lain yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, iaitu seorang isteri yang sepanjang baki hayat beliau (diberitakan ketika itu beliau telah meninggal dunia) menyalak seperti anjing apabila tiba waktu maghrib. Semua itu berlaku akibat keceloparan (bukan celupar) mulut Si Isteri yang tergesa-gesa mahu pergi ke pasar malam yang berhampiran, sedangkan Si Suami bertegas untuk menunaikan solat maghrib terlebih dahulu. Lalu, apabila terdengar sahaja suara azan berkumandang, Si Isteri berkata ”cepatlah sembahyang, orang kat surau tu dah menyalak dah...”. Akibat kelancangan mulutnya, beliau dianugerahi keupayaan untuk menyalak pada setiap tibanya waktu maghrib.
Pesan Babah: Menjadi kafir (ingkar) bukan semata-mata dengan mengisytihar diri keluar daripada Islam, tetapi dengan melakukan perkara-perkara seperti yang di atas, anda sudah boleh dianggap tidak lagi menjadi penganut agama Islam yang suci ini. Nauzubillah dan wallahualam.
Mengapalah mak bapak aku selalu mengikut telunjuk syaitan?
34 comments:
assalamualaikum
ish
teruk benar la orang tu
jahil
sebenarnya saya rasa
bukan anak dia yang nak tido
tapi dia yang terjaga dari tido dengar azan
patutnya
pergi la smyg
ini mengamuk
layan sangat hasutan syaitan.
phd kalau akal dan agama tiada.
tak gune.
tu sume dunia
haih
maafkan saya kalau bahasa pasar
astaghfirullahalazim..
sy percaya org ni takde langsung hdp sbg org islam atau masih ragu2 atau juga menolak islam dlm hatinya
sy sndri pernah dgr satu tika dulu sorang pakcik peniaga roti canai mngatakan byk ragu ttg wujudnya Allah.. mngucap pnjang sy dlm hati
apalah agaknya yg mrk pikir agaknya
astaghfirullahalazim
terima kasih kerana berkongsi saudara
harap keluarga dan saudara seislam kita yang lain dihindari dari penyakit ini dan diharap saudara polan ini diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah.
amin.
@maiyah
sebenarnya
mereka2 ini mungkin menjadi seperti mereka sekarang kerana kurang ilmu . jika ada ilmu.tidak amalkan.lama-lama membentuk jiwa yang gelap.
semoga Allah melindungi kita dari sifat ini
amin.
assalamualaikum
celopar mulut padah jawabnya....
(errr... tak payah letak tanda bacaan la kot ayat tu..... kira sudah ada wacana le tu :)
Astaghfirullahalazim....
Siapakah gerangannya ya... (saya dok kat BBB) tak dengarlah pulak cerita tu...
Cerita ni macam seolah-olah berada kat luar negaralah pulak...
Memang peliklah kalau sampai marah begitu sebab majoriti kita beragam Islam yang mendiami BBB... kalau saya suka sangat dapat duduk dekat surau/masjid sebab sekarang ni, 'telinga terintai-intai' untuk dengar azan - sebab surau agak jauh juga dari rumah :S
** Semoga Allah memberi taufik dan hidayah NYA kepada orang itu dan kita semua...
salam babah,.
kesal sangat dengan sikap orang islam macam ni,.
harap2,,tak jadi macam tu,.
dahsyat!!
sebenarnya,kalau kita perasan ada banyak hadis yg berkaitan dgn azan.Antaranya;apabila kamu mendengar azan,maka wajib bagi kamu utk bersolat di tempat azan dilaungkan.
Baginda s.a.w mengecam utk memasukkan besi cair yg mendidih ke tilinga org-org yg setelah mendengar azan,masih juga bersolat di rumah.Baginda juga berkeinginan untuk membakar rumah mereka yg tidak bersolat berjemaah tetapi kerana memikirkan adanya kaum wanita dan kanak-kanak,Baginda batalkan.Selain itu,di dalam mazhab Hanafi,solat berjemaah itu wajib.
Azan juga banyak fadilatnya.Antaranya,ialah syiar islam.Dakwah paling istimewa kerana mengajak menuju kejayaan.Muazzin yg mengalunkan azan akan diganjar dgn keampunan dosa-dosa dan akan diganjari pahala solat yg serupa bagi setiap org yg dtg utk bersolat berjemaah,kerana mendengar azannya.Binatang-bintang,yg hidup atau yg tidak hidup yg mendengar azan muazzin akan mendoakan keampunan baginya juga.
**semoga saya dan tuan-tuan dapat mengambil ikhtibar dan dapat mengimarahkan rumah Allah yg semakin hari semakin lenggang**
Assalamu'alaikum w.b.t..
hmm bila baca entri pakcik ini
sy sedikit terkejut dan rasa geram
hmm terkejut sbb yg berkata2 demikian adalah org Islam sendiri..
sedih sbb sampai hati dia bertindak demikian terhadap agama Allah S.W.T..
heee ... seram sejuk dibuatnya ...
takut ...
na'udzubillah himindzalik 3x ...
- wallahu'alam -
Assalamualaikum w.b.t saudara-saudaraku yang memberi komen di atas - Si Pemalu (anonymous), Maiyah, Umar, Sifu67, Umi-e, CikTi, Iqbal dan Hani. Jazakaullahu khairan kathira. Sebenarnya cerita dalam entri kali ini bukanlah sesuatu yang ganjil yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia. Dalam pergaulan saya yang sangat meluas, banyak lagi perkara-perkara yang jauh lebih hodoh daripada itu telah dan akan terus berlaku. Saya akan mendedahkan pengalaman-pengalaman ini satu persatu kelak. Memandangkan konsep blog saya ini berpaksi pada usaha memperjuangkan bahasa Melayu, cerita-cerita itu nanti hanya akan menjadi selingan antara entri-entri tentang bahasa Melayu. Masakan kedai elektrik menjual rojak? Wallahualam.
macam tu pun ada...sedih dengan umat seperti itu.
benar pesan babah.. kafir tidak semestinya murtad tp sikap kita jugak boleh menkafirkan diri.
sbb mulut badan binasa..
semoga kita mengambil pengajaran dari cerita ini.
Salam Kuina dan Fadzilah. Sama-samalah kita saling ingat mengingati dan berpegang pada firman Allah yang mafhumnya, "Pelihara dirimu dan keluargamu daripada api neraka". Terima kasih atas komen anda di blog saya ini.
assalammualaikum
semoga kita dan zuriat terjauh dari perangai begini
Salam Normah. Mohon perlindungan Allah daripada terdetik di hati membenci syariat. Di dunia rugi, di akhirat lebih merana lagi.
Salam Babah,
PHD itu gelaran dunia sahaja, babah. Tidak semua orang yang pandai itu cerdik. Tinggi ilmu dunia tidak bererti tinggi ilmu agamanya. Kita sama-samalah berdoa semoga "si pulan" itu diberikan petunjuk dan hidayah oleh-Nya. Jika itulah kebenarannya cerita babah dalam entri ini, saya berasa amat dukacita. Yalah, orang Islam yang memusuhi azan dan kuliah subuh.
Salam Cikgu Md Nizar. Semoga Allah memelihara kita dan keluarga masing-masing daripada membenci syariat dan perkara maaruf. Biar tidak berpangkat tetapi hidup berkat dan selamat di akhirat. Wallahualam.
tak patut..orang lagi suke dengar suara azan ni,macam anak2 saye semuanye suke..
macam bangsa lain pun tau hormat..diaorg xdela sampai buat macam org td tu..nama je cerdik belajar tinggi2 tp macam setan.
Salam Mazru. Tugas kita sebagai ibu-bapa kepada generasi hari ini semakin mencabar. Kita ditanamkan perasaan benci oleh ibu bapak kita kepada orang-orang yang memperlekehkan agama. Ini dilakukan dengan memantapkan pemahaman terhadap Islam. Jika agama sendiri tidak difahami, sensitiviti begini tidak akan wujud. Alhamdulillah, keprihatinan anda terhadap entri ini, menandakan sensitiviti itu subur mekar di hati anda. Wallahualam.
Salam. Ada yg mengatakan bahawa orang yg tak bangun solat subuh syaitan kencing di dalam telinganya.
Assalamualaikum,
Sedih memang sedih tk terkata.PhD bukan jaminan manusia bijak menggunakan akal.Allah memandang hati seseorang - bukan PhD , besar serban atau panjang janggut seseorang.
Semuga Allah memberi taufiq & hidayah kepada kita dan keluarga tersebut.
Tentu ustaz tersebut ada alternatif lain bagaimana harus menyampaikan kuliah subuhnya sesuai dengan ruang , masa ,tempat dan bilangan audien.Perlukah dibesarkan suara jika nada suara biasa boleh didengar oleh jemaahnya .
Tuan Shamsudin,
Rumah saya juga berhampiran masjid, untungnya rumah dekat dengan masjid kerana banyak manfaat diperoleh, ya... sekurang-kurangnya dan sekecil-kecil manfaat secara langsung diperoleh setiap kali kedengaran azan menyedarkan kita tentang waktu solat pabila azan berkumandang.
Semoga cerita ini dapat dijadikan teladan buat masyarakat Melayu Islam semua.
Bukan mudah untuk menyedarkan seseorang. Lebih-lebih lagi yang belum mendapat hidayah.
Menyentuh tentang Azan. Lima kali sehari Azan dilaungkan. Bermakna lima kali kita menyeru orang Islam menuju kemenangan. Tapi kita tetap kalah. Dalam pelajaran kita kalah. Dalam bidang ekonomi kita kalah. Masalah sosial seperti masalah dadah pun kita kalah. Dalam politik pun kita sudah hampir kalah.
Sebabnya, untuk menghayati Azan pun kita tidak mampu.
Rumah pak mentua saya kira2 50m dari masjid. 10-15 minit sebelum subuh 'depa' dah pasang bacaan alquran, maka org yang hatinya melekat kt masjid sempat bersiap2 utk berjemaah subuh.
Yang 'tidak' tu, usahkan terganggu sedar pun tidak...telinga ditutup oleh setan.
Kalu saya kenal orang tu, nanti saya hadiahkan dia jam dinding yg besar yg ada rakaman azan tu... tiap kali masuk waktu, azan tu bunyi sendiri dgn kuat..
salam abang sudin ittewww..
kadang kadang kita tak perasan kita sedang membuat dosa. Belajar tinggi tinggi pun, tiada nilai biarpun sedikit.
p/s: suka dengan misi dan visi blog ini yang ingin memartabatkan bahasa melayu.syabas.
p/ss: boleh tengok beberapa tutorial tentang blog didalam www.justkhai.com
Assalamualaikum, Abu Muaz, Mama Tanjong, Sifu Rusdi, Melihat Kesunyataan, Wak Parpu, En-Me dan Kuwe, terima kasih kerana hadir memberi komen. Saya dan keluarga sedang bercuti di Pulau Pangkor hingga hujung minggu. Apabila pulang nanti saya akan datang melawat ke blog-blog anda semua. Mesej ini dibuat di sebuah cyber cafe di Teluk Nipah. Wassalam.
Assalamualaikum...
akak selalu baca bloh mybabah tapi tak tinggalkan komen.. tapi kali ini terasa nak menyampuklah pulak...
Agaknya dah tertutup betul hati melayu islam itu untuk menerima hidayah..
Kami sengaja mencari rumah yang berdekatan dengan surau/masjid dan alhamdulillah, betul2 dibelakang rumah saya ada surau yang sering berkumandang azannya 5x sehari...
Kan seronok bila azan berkumandang...
Macam2 manusia ni...
Salam Puan Rahmah. Terima kasih kerana singgah komen. Dah bawa anak-anak jalan bercuti ke? Saya sedang berada di Teluk Nipah Pangkor. Saya akan lawat blog bila pulang hujung minggu nanti.
Salam Puan Rahmah. Terima kasih kerana singgah komen. Dah bawa anak-anak jalan bercuti ke? Saya sedang berada di Teluk Nipah Pangkor. Saya akan lawat blog bila pulang hujung minggu nanti.
Salam saudara Din,
Itulah sekarang ni nampaknya tak boleh dah kita nak tangkap muat yang semua melayu adalah islam.
Berbuat sesuatu yang tak patut dari segi agama pun dah tak malu termasuk menunjukkan perbuatan biadap dalam masjid.
Salam...:)
Moga Allah campakkan hidayah kepada orang-orang begini dan jauhi mereka dari hasutan syaitan...
saya menghantar anak2 saya di sebuah masjid yang menyediakan kelas fardu ain untuk anak2 sekolah rendah...tapi terpaksa dipindahkan ke lain kerana ada org yg berdekatan masjid mendakwa kelas tersebut menyebabkan pencemaran bunyi bising...x tau apa maksudnya orang tu!!
gusar berarti ada rasa bersalah,tak gelisah berarti orang tak beriman lagi
Post a Comment