18 December, 2009

Komen Sahabat Bernama Izazin...



Komen seorang sahabat bernama Izazin di blog Bujang Susah (klik di sini) tentang artikel saya “Kawan Karibku Murtad” yang diposkan di sana:


Saya salahkan kawan anda itu sekali tetapi salahkan anda 9 kali. Kenapa? Sebab anda tidak berusaha menariknya semula bila dia jatuh, kedua, lidah anda kelu nak ckp walhal jumpa dah byk kali sebab kalau bercakap kang u tak dpt pulak projek2 "baik", ketiga, sebab byk terhutang budi rela kawan gadai agama, keempat dasar lelaki pemalas kerja keras, buat terjemahan pakai otak je, kalau Allah tarik satu fius otak tu, u all dpt buat terjemahan ke?, nabi n sahabat dulu siap berperang, gadai nyawa nak naikkan n mertabatkan Islam, kelima, u pun dah dihasut oleh iblis melengah-lengahkan usaha menariknya ke jalan benar, keenam, kalau buat kerja berlantaikan material, nak martabatkan bahasa Melayu konon, mang tak dapat aper, cuba berlantaikan soleh, jadilah penterjemah soleh, nak martabatkan agama dengan mempergunakan bahasa, ketujuh, u pun dah syok dibuai duniawi, kelapan, u tulis n isi blog dgn petikan yg maha dahsyat tp u sendiri tak baca, anak ketam suruh jln lurus, u pulak jadi mak ketam, kelapan, amalan u sendiri kene perbetulkan, muhasabahlah diri sendiri, dan yang kesembilan, lu pikirlah sendiri........


Komen saya terhadap komen beliau:


1. ”Abang Mat” jatuh sudah lama dulu, iaitu pada tahun 1998 dan beberapa tahun kemudian beliau menjadi paderi. ”Mendakwah” seorang paderi (ulama Kristian) tidak semudah mulut menyebut "menarik semula bila dia jatuh".  Jika saya kenal sahabat ini, nescaya saya akan mencadangkan nama beliau sebagai ”Menteri Agama” supaya gejala murtad dapat segera dibendung.


2.  Antara cara yang berhemah yang dituntut Nabi s.a.w untuk berdakwah dengan menunjukkan keperibadian yang baik, berdakwah mengikut waktu dan keadaan yang sesuai dan berlemah lembut. Cara ”keras” yang disarankan oleh sahabat kita ini sudah tidak relevan, lebih-lebih lagi sehingga menyeru untuk berperang.  Bagi beliau cara berperang boleh menyelesaikan segala masalah agama.  Saya rasa selain daripada menjadi ”Menteri Agama”, beliau juga boleh dilantik menjadi ”Menteri Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Peperangan”.


3.   Projek itu bukan projek ”Abang Mat”.  Dia tidak ada satu projek pun.  Kami berkongsi projek bersama-sama.  Projek terjemahan tidak ada kena dalam soal ini.  Kerjasama kami dalam projek-projek ini berlaku sebelum saya mengetahui ”Abang Mat” sudah meninggalkan agama Islam.  Apa yang saya faham dengan ilmu yang cetek ini, bermuamalat dengan penganut agama lain dibolehkan oleh agama. ”Mubah” kata ulama.  Mungkin “haram” mengikut anutan Sang Sahabat.


4.  Insan ”soleh” hanya diiktiraf oleh Allah bukan makhluk, jauh sekali oleh sahabat kita ini.  Sempitnya pemikiran beliau. Mungkin selepas soleh, beliau akan mengkategorikan orang itu sebagai "keramat” pula.  Wallahualam.


5.  ”Duniawi” juga dituntut oleh Yang Maha Esa selain daripada usaha menyediakan bekalan untuk ”akhirat”.  Teringin sangat saya berjumpa dengan sahabat ini untuk melihat betapa ”zuhudnya” beliau.


6. ”u tulis n isi blog dgn petikan yg maha dahsyat tp u sendiri tak baca”. anak ketam suruh jln lurus, u pulak jadi mak ketam, kelapan, amalan u sendiri kene perbetulkan, muhasabahlah diri sendiri, dan yang kesembilan, lu pikirlah sendiri........ Komen Babah: Ayat carca-marba ini perlu dijawab oleh Bujang Susah kerana ia bukan ditujukan kepada saya. Nadanya macam ada sesuatu yang tidak disukai oleh sahabat kita kepada Bujang Susah dan artikel saya dibelasah dengan semberono (maaf Bujang).


Kesimpulan:
Pada awalnya, respons saya kepada Bujang Susah adalah supaya beliau tidak melayani komen-komen seperti itu. Golongan seperti ini telah wujud sejak dari zaman Nabi s.a.w. lagi. Mereka senantiasa tidak senang dengan usaha kebaikan yang orang lain buat.  Bagi beliau, orang lain semuanya salah kecuali beliau.  Banyak kali juga saya bertemu orang-orang seperti ini dalam hidup saya, tetapi pada amnya mereka ini tidak lebih seperti ”tin kosong” dan sebahagiannya pula seperti ”lalang”.  Akhirul kalam, ingin saya tegaskan di sini, cerita ”Abang Mat” adalah ringkasan daripada cerita yang panjang lebar tentang hubungan kami.  Jika artikel itu ditulis berjela-jela, ramai pembaca semput membacanya atau terus mengabaikannya.  Matlamatnya satu, iaitu untuk menjadi iktibar kepada pembaca blog babah bahawa di luar sana pelbagai perkara yang di luar daya fikir kita boleh berlaku.  Bukan babah mahu mereka membanteras murtad (tugas ini harus dibebankan kepada Jabatan Agama - demi keselamatan) tetapi supaya mereka berwaspada dan memelihara diri dan keluarga daripada kesesatan.  Ini adalah berdasarkan firman Allah s.a.w. yang mafhumnya:


 "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (Tahrim 66:6)”.  



Apo nak dikato lai...


41 comments:

Guru said...

assalammualaikum en samsudn..

antara sebab penganut agama lain tidak berminat dengan Islam adalah kerana terdapatnya insan2 seperti ini.

jangan dilayan je mereka ini.
merasakan mereka lah yang pakar dan tahu semuanya.

Salik said...

sabar jelah dengan perangai orang macam ini...

azieazah said...

Ini contoh-contoh besar betapa beraninya orang2 yg berfikiran sempit mengeluarkan pendapat yang tidak bijak langsung...

Semoga menjadi tauladan kepada kita semua..
Jangan kerana agama dan selisih pendapat, ada pula yang menjadi musuh. Jika boleh diperbaiki, berusahalah..

daun kesum said...

betut babah,.
sama-samalah jaga diri,.
jaga diri sangat besar maknanya

Unknown said...

Salam Normah. Satu ketika dahulu (waktu muda-muda), saya pernah bersikap seperti Izazin. Tidak berhemah dan berhikmah ketika menegur salah seorang daripada anggota keluarga yang tidak bersolat. Saya bacakan hadis yang mengatakan sesiapa yang tidak bersolat dengan sengaja, maka kafirlah ia. Saya dapati pendekatan sedemikian gagal. Akhirnya, selama beberapa tahun saya berdoa memohon kepada Allah supaya dibuka pintu hati ahli keluarga yang lebih tua itu untuk bersolat. Akhirnya, Allah perkenankan doa kami (dengan adik beradik yang lain). Beliau telah pun meninggal dunia dan sempat menunai fardu haji. Jika Allah mengehendaki seseorang itu beriman, Dia dengan mudah mencampakkan iman itu ke dalam dada orang itu. Sebaliknya jika Allah ingin mencabut iman seseorang itu digelapkan mata hati orang itu daripada cahaya-Nya, walaupun kita ingin semua manusia di dunia ini beriman kepada Allah s.w.t. Hal yang sedemikian telah berlaku kepada Nabi Allah Nuh a.s. yang gagal memujuk ahli keluarganya beriman kepada Allah. Wallahualam.

Unknown said...

Salam Asraf. Semasa muda, Babah memang hebat (bangga). Berani tidak kepalang. Bersikap keras pada yang batil dan berjuang (?) membela insan teraniaya. Demo sudah menjadi budaya hidup. Namun sekali sahaja ditangkap ketika memprotes penaklukan AS terhadap Iraq di Kedutaan AS. Babah direman lebih 10 jam. Mungkin ini juga menjadi punca rezeki kenaikan pangkat tertutup. Masakan nama tidak tercatat di Bukit Aman? Satu masa yang sesuai nanti Babah akan ceritakan pengalaman yang "indah" ini kepada saudara-saudaraku semua.

Lia3003 said...

assalammualaikum babah..
ada gak yang komen salahkan babah, saya ada gak baca n3 tu kat blog tu.
xpe, babah sabar je ye..babah tulis cara berhemah, tahniah

Unknown said...

Salam Aziezah. "Abang Mat" mula diketahui keluarga keluar agama ketika anak beliau melihat "salib" terpampang di komputer ribanya, setelah beberapa tahun rahsia itu tersimpan. Sedangkan pada masa itu Abang Mat masih lagi "bersama" dengan isteri beliau yang merupakan seorang ustazah. "Abang Mat" juga terus membiayai seorang anaknya yang menuntut di bidang agama (Islam) di sebuah IPTA. Ceritanya macam drama di TV, tetapi itulah realitinya. Saya mengesyaki bahawa perkara ini masih banyak berlaku dalam masyarakat kita. Mohon perlindungan Allah daripada bercakap bohong, saya pernah mengingatkan beliau supaya jangan sama sekali menyesatkan umat Islam kerana buruk padahnya jika diketahui pihak berkuasa. Beliau adalah seorang yang pintar berkata-kata dan bukan sebarang orang yang boleh berhujah dengan beliau. Wallahualam.

Ampuan Awang said...

Salam sahabat...


Saya tak hendak memberikan komen yang panjang sebab perilaku begini sudah kerap kali saya temui. Biarkan saja. Ajak berdepan pasti tak berani (rasanyalah) kalau setakat komen, semua orang pun boleh bagi komen tapi bagilah hak yang bernas dan mengguna jalan yang berhikmah. Adab kita kena jaga; etika tu penting. Dipendekkan cerita; jangan layan komen sebegini. Mungkin belum terbit kefahaman dalam dirinya...

Papa meow said...

Salam,
Itu nama nya sibebal yang perasan pandai. Biarkan saja

Unknown said...

Salam CikTi. Orang-orang muda seperti anda, lebih-lebih lagi wanita adalah menjadi sasaran "pendakyah". "Abang Mat" hanya secara kebetulan hilang imannya kerana disihir, bukan hasil dakyah. Dampingi agama dan pegang erat-erat walaupun tercabut nyawa dari badan.

amalhaj said...

assalamualaikum, tuan.
"dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain."
(Al-Hujuraat:12)

Unknown said...

Salam Lia. Mohon perlindungan Allah daripada berbohong. Saya ingin sekali berjumpa dengan sahabat kita Izazin itu untuk memberitahu dia bahawa ketika dimasukkan di dalam "Black Maria", saya memohon kepada seorang anggota polis berpangkat superintenden untuk menghantar saya ke Iraq. Beliau ketawakan saya dan berkata kamu jangan merepek. Teringin sangat saya mendengar daripada mulut Izazin sendiri setakat mana keberaniannya berjuang untuk Islam dan saudara-saudara Islam yang tertindas. Wallahualam.

Unknown said...

Salam Ampuan Awang. Sekarang umur saya sudah lanjut. 45 tahun. Perjuangan sudah beralih daripada menggunakan tulang empat kerat kepada usaha menyampaikan buah fikiran melalui ceramah dan tulisan. Begitulah lumrahnya. Tetapi, darah "mendailing" dalam tubuhku ini tetap mendidih apabila agama dan bangsaku dihina...

Unknown said...

Salam Papa Meow. Saya juga biasa menerima kritikan. Tidak ada masalah dengan kritikan. Orang yang tidak menerima kritikan ialah orang yang menolak dakwah, jika kritikan itu membina. Saya harap beliau datang ke blog ini untuk memberikan pendapat. Masalahnya, dia tidak cuba membaca artikel saya dengan betul sebelum mengkritik. Nasihat saya kepada semua rakan-rakan, bacalah betul-betul tulisan rakan-rakan anda terlebih dahulu (jangan tergesa-gesa) sebelum membuat komen yang membina (tidak semestinya dengan memuji-muji). Wallahualam.

Unknown said...

Salam Amalhaj. Ayat-ayat al-Quran selalu memberi kelegaan kepada pembaca dan pendengarnya. Jazakaullahu khairan kathira.

mazru said...

sabar je lah dgn org seperti ni..saya anggap babah cuma berkongsi pengalaman bersama pembaca,didalam nya ada peringatan dan pengajaran buat mereka yg sedar.

Unknown said...

Terima kasih Mazru. Darah muda masih mengalir walaupun umur dah tua...

ALRIS said...

My comment : Lakum dinukum waliyadin.
Semoga diberi hidayah, kembali kepada iman Islam. Amin.

Sharinginfoz said...

memang betul kena jaga family daripada api neraka.. sama-sama ingat mengingati antara satu sama lain..

Unknown said...

Salam teman seberang Alris. Di Indonesia cerita seperti ini sudah menjadi suatu kebiasaan, betul tak Alris? Dahulu saya sering mendengar, dalam sebuah rumah ada pelbagai anutan agama. Sekarang masih ada tak?

Unknown said...

Salam Sharinginfoz. Dakwah bermula dari rumah. Nabi s.a.w menyebarkan Islam dalam kalangan keluarga terlebih dahulu.

BUJANG SUSAH said...

Salam babah... kerana itulah jua saya x jawab apa2 bila dia komen dalam blog saya.. Saya seringkali tergelak kecil dengan komen2 sepertinya. bukan saya x boleh buang pun komen orang2 spt itu. cuma saya nak biarkan dia melihat dirinya sendiri. Adakah mereka fikir dirinya sempurna atau mereka terfikir dirinya begitu jahil akhirnya nanti.

Babah jangan upset dgn perkara2 spt ini. Seperti babah kata, manusia mcm ni sudah ada sejak zaman nabi lagi.biar saja dia berkokok asal saja dia rasa puas.biar saja dia terbang asal saja dia rasa dia lebih tinggi.

Teruskan menulis demi kebenaran dan kerana Allah. Tahniah utk my babah.

Allahu Akbar...!!!

Unknown said...

Salam Bujang. Takbir! Allahuakbar!

arizWanmerahs said...

Salam babah,

saya tidaklah terkejut atau hairan dengan komen yang sedemikian. Ianya lahir dari mereka yang merasakan dirinya lebih bijak dari orang lain malahan merasa takjub dengan dirinya sendiri. Mungkin niatnya baik yakni nak perbetulkan segala yang salah tetapi sayangnya dia tidak pula dapat meninjau kesalahan yang ada dalam dirinya..
Dalam keadaan ini, jika dia (atau siapa2 saja yang bersifat seumpama ini) berdakwah, maka orang akan larikan diri darinya, jika dia berperang, nescaya dia akan tewas,jika dia memimpin, akan jadi diktator.. Demikianlah adanya..

Unknown said...

Salam Saiful. Berhujah dengan baik menjadikan kita matang, tetapi elakkan menyerang peribadi; dan baca dan fahami penulisan sebaiknya dengan memahami konteks. Kata orang, jangan menjadi seperti anak kambing yang baharu mendapat tanduk. Ke sana ke sini hendak menanduk sahaja tanpa memastikan tempat yang ingin ditanduk. Wallahualam.

terokai seni said...

saya kembali semula ke artikel asal tentang murtad dan menyusuri sengenap perdu rasa.. tersentak jua kalau-kalau orang yang sama pernah saya temui ketika cuba-cuba melibatkan diri dalam program penterjemahan lama dulu... hampir pasti bukan bila babah kata umurnya kini sekitar 50-an kerana rakan yang pernah saya kenal walau tidak rapat agak berumur dan ceritanya pun telah berlalu hampir sepuluh tahun yang lalu. harap rakan babah akan menemui semula hidayah Allah. ingatlah setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajaran dan semuanya ialah ujian untuk mencari siapakah yang terbaik amalannya

Unknown said...

Salam Cemomoi. Jika ada masa baca balasan komen babah terhadap komen-komen sahabat, Di dalamnya ada tersimpul cerita lanjut mengenainya. Fokus babah bukan mencari cara mengislamkan semula kawan itu (yang telah berumur, berpendidikan (ex-petronas staff), mahir berbicara) tetapi untuk menjadikan cerita sebagai iktibar kepada para sahabat bahawa hal yang paling ditakuti mungkin akan berlaku di dalam keluarga mereka. Di sini bukan ruangnya untuk mencari sama benar siapa salah, tetapi ruang untuk pembaca berfikir dan bermuhasabah diri. Wallahualam.

rosnanie said...

salam mybabah

biasa macam ni, bila kita memperjuangkan sesuatu dengan cara yang betul, akan ada yang tiba2 jd batu penghalang. Anggapkan sahaja itu semua cubaan... insya Allah jika kita berada di pihak yang benar, Allah akan tlg kita.

teruskan berdakwah, semoga menjadi ikhtibar kepada semua

p/s abaikan kata2 insan bernama izazin tu.. mungkin jiwanya masih belum matang. Andai kata ada kekuatan pada babah, tarbiah lah dia secara berhemah

BUJANG SUSAH said...

tahniah babah....

Azhar Salleh said...

Salam TUAN SAMSUDIN,
Tindakan dan pemikiran tuan dalam mendepani hal ini amat wajar kerana sekiranya dibalas seperti tulisannya, kita pun akan menjadi sepertinya juga. Jadi, mungkinkah Si Luncai itu telah hanyut...!

Unknown said...

Salam Rosnanie, Bujang dan Munsyi Azhar. Terima kasih kerana memahami perasaan saya. Satu perkara yang membuat saya masih terganggu ialah tuduhan beliau yang mengatakan saya mementingkan projek (duit). Jika beliau membaca tulisan ini, saya ingin menjemput beliau supaya selalu membaca tulisan saya dan mengenali siapa saya. Saya boleh sahaja duduk melepak tanpa berbuat apa-apa untuk terus menyara hidup keluarga kami yang ramai. Bukan duit menjadi buruan, tetapi minat yang mendalam terhadap bidang terjemahan memberi "tenaga"luar biasa kepada saya. Saya pernah membuat kerja-kerja terjemahan selama 24 jam terus menerus. Rihat hanya untuk bersolat. Blog ini akan saya jadikan tempat kursus bagi menurunkan ilmu ini kepada sesiapa yang berminat. Tunggulah...

saharul said...

salam babah...

teruskan kehidupan, kes ni memang rumit sebab melibatkan hati dan perasaan... hanya yg dpt saya sarankan, kita sama2lah berdoa dan sembahyang hajat supaya hati abg mat tu kembali sedar bahawa Islam lah Agama yg Benar..

Bab komen tu, gamoknya org tu terlampau hebat dalam semua segi, memberikan komen tanpa mengambilkira perasaan org lain...

Unknown said...

Salam Cikgu. Sebenarnya saya ingin menceritakan perkara yang sebenarnya kepada Izazin jika dia dapat menghubungi saya di samsudin.jidin@yahoo.com. Mungkin salah fokus atau tidak memahami sepenuhnya jalan cerita. Terima kasih atas komen Cikgu.

izazin said...

Salam, hahaha bangganya saya kerana sepotong komen, menjadi fenomena rupanya. Tapi saya sebenarnya nak menduga mybabah, kalau diasak lagi dia pasti akan menyenaraikan semua kebaikannya, apa yg dah didermakan, apa jenis solat yg dia dah buat, berapa jam dia kerja, heheheh cian dia. Tak payah lah bang.Humble je.Tuhan tau u buat. Kalau u senaraikan, u tak dapat apa2 pun. Buat riak je. Anyway, wah, terlebih sudah.T.q heheheh jgn lupa tgk AJL 2009, saya menulis lirik.

Unknown said...

Salam. Pancing saya mengena. Oklah selamat datang. Mungkin apabila anda keluar nanti mungkin ada sesuatu yang manfaat anda peroleh. Hanya satu saya mohon. Apabila membaca artikel sesiapa pun tidak kira blog mana, hati kena terbuka dan jangan tergesa-gesa nak memberi komen. Adat Melayu kena jaga. Beri salam sebelum masuk rumah orang. Anda boleh cakap apa-apa sahaja yang anda mahu di blog sendiri tetapi di blog orang lain kena jaga adat dan kesopanan. Jika terlalu buruk laku, saya mungkin terpaksa men"delete' komen anda. Saya boleh dihubungi di samsudin.jidin@yahoo.com untuk perbincangan lanjut. Tak payah tunjuk siapa handal depan orang lain. Ahlan wasahlan.

UstazCahaya said...

Assalamu'alaikum wrb, Mybabah.

Saya menyokong jawapan Mybabah di atas. Cuma nak tambah sedikit sahaja pada perkara 1 dan 2:

1. ”Abang Mat” jatuh sudah lama dulu, iaitu pada tahun 1998 dan beberapa tahun kemudian beliau menjadi paderi. ”Mendakwah” seorang paderi (ulama Kristian) tidak semudah mulut menyebut "menarik semula bila dia jatuh". Jika saya kenal sahabat ini, nescaya saya akan mencadangkan nama beliau sebagai ”Menteri Agama” supaya gejala murtad dapat segera dibendung.

Mereka (pendakwah) Kristian itu, dari segi psikologi, dan ilmu komunikasi, boleh dikatakan hebat daripada kita. Silap-silap, kita nanti yang dipujuk mereka. silap-silap nak selamatkan seorang kawan yang jatuh, 9 muslim pula ikut jatuh. Cakap memang senang.

Islam itu adil, setiap perbuatan dibalas kepada pelakunya. Kenapa pula salahkan Abg Samsudin 9 kali, tapi salahkan Abg Mat sekali. Itu tidak bijak dan adil.

2. Antara cara yang berhemah yang dituntut Nabi s.a.w untuk berdakwah dengan menunjukkan keperibadian yang baik, berdakwah mengikut waktu dan keadaan yang sesuai dan berlemah lembut. Cara ”keras” yang disarankan oleh sahabat kita ini sudah tidak relevan, lebih-lebih lagi sehingga menyeru untuk berperang. Bagi beliau cara berperang boleh menyelesaikan segala masalah agama. Saya rasa selain daripada menjadi ”Menteri Agama”, beliau juga boleh dilantik menjadi ”Menteri Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Peperangan”.

Itulah masalah klise umat ISlam di mana-mana. Sukar mengawal emosi, dan cakap main lepas sahaja.

Rasulullah (SAW) berdakwah mengikut peringkat demi peringkat. Baginda (SAW) juga berdakwah mengikut tahap seseorang yang didakwahnya. Dengan pemimpin, dakwah gaya pemimpin. Dengan ahli beradu kekuatan, Baginda (SAW) beradu kekuatan, dengan peniaga, Baginda (SAW) berdakwah cara peniaga.

Islam tidak disebarkan dengan emosi dan main pukul rata. Ada adab, ada peringkat, ada bunga, ada pukulnya.

izazin said...

Jangan lupa tengok Anugerah Juara Lagu di TV3. Sokonglah industri muzik tempatan.

alex said...

salam my babah kalian juga..
pertama akoe dahulukan ..
yang satu pertama
-ALLAHUAKBAR WALILLAH ILHAM
2nd
-hasil pena tertulis bujang kiriman tuan sudah ckup memadai segala isipati keseluruhan ats niat hanya menyampaikan hajat sbenar, agar berkongsi waspada akan terjdnya murtad pada sahabat karib e2 (ya, tidak perlu apa memanjanglebar tentang pribadi yang remeh spt yang diungkap my babah akan jelek para pembaca)
third
-tatacara yg benar lagi elok babah menangani isu yg dilewati serta bujang yg cool calm serta collective menerima secara terbuka ats ulasan yang diterjah..akoe respect tatasusila bros!
4th
-meyetujui pendapat tuan atas pasti tiada persoalannya tentang tatacara lawat tamoe utk kehadiran empunya tuanbadan pada para2 bloggers sahabat sejagat yang lain (maka nya seandai tidak punya milik kesopanan dan kesusilaan dari persekelilingan agak rumit tuk memupuk rukun milik negara tmpahnya darah kieta keseluruhannya) akoe hanya mampu bersimpati
5th
-dengan penuh hormat bujang pada para sahabat bloggers yang mendahulukan "istighfar" pada kotak komentar (dimana akoe sndri masih gigil mau ninggal secebis tawa renyah sekata dua, dimana salam menguatkan akoe) sudah kieta jangkakan kriteria yang bagaimana di undang tuk memberi buah aqal fikiran tuk berkongsi sama pd para pengunjung (maka nya, ada yg berbeda2 warna corak aneka pastinya kieta bersyukur yg punya aqal serta naluri buah fikir mohon tuk lihat adakah garisan suatu contengan yang mencemarkan atau ianya menghasilkan karya lukisan yg unik)
-6th
akoe bersyukur punya sahabat blogger spt bujang yang punya sahabat spt babah serta sahabat pejuangan mareka yang dihormati kalian..moga ALLAH SWT merahmati ..anminnn

salam dari akoe makasihhh

p/s baru dpt lihat kekecohan (tdnya blur lalu berpesan pd chatbox mybabah awalnya tadi..hehe ampunnn)

Unknown said...

Salam Alex. Satu komen yang patut saya teliti kerana keunikan bahasanya. Walau apapun, terima kasih atas komen anda yang menarik.

alex said...

trima kasih mybabah..:-) trimakasihhh..salamm..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...