20 December, 2009

Sakit Hatiku Membuak-buak!


Sakit Hati Tahap Pertama.
Hari ini aku mencari ATM Maybank yang masih berfungsi di sekitar Cheras. Dari stesen minyak hingga ke cawangan-cawangannya. Semua memaparkan ”Out of Service”. Perkara seperti ini biasa berlaku pada hujung minggu. Aku yang tak serik-serik mencuba nasib nak keluarkan wang sendiri!



Sakit Hati Tahap Kedua
Sebelum itu, hatiku disakiti dengan peristiwa di bawah.

Lost or stolen card?
Don't worry. Call 1-800-88 3231 or 03-2072 1373 for credit cards and 1-300 88 6688 for ATM cards to report it immediately.



Itu janji Maybank kepada kita. Janji yang dibuat dalam bahasa Inggeris kerana kita sememangnya tidak menjangkakan bahawa mereka berminat untuk menggunakan bahasa Melayu. Laman web maybank2u.com.my 100% berbahasa Inggeris, sedangkan lebih 50% pelanggannya berbangsa Melayu.

“Helo, Maybank. Saya Samsudin Jidin. Saya ingin melaporkan kehilangan kad ATM saya, tetapi saya ingin memohon supaya penggunaan kad itu digantung (suspend) terlebih dahulu sebelum ditamatkan perkhidmatannya bagi membolehkan saya mencari kad tersebut di sekitar rumah. Jika didapati benar-benar hilang, baharulah saya akan membuat aduan rasmi tentang kehilangan kad berkenaan" kata saya kepada penyambut panggilan yang ramah (?).

“Boleh tak Encik memberikan nombor kad yang hilang itu kepada saya” sampuk gadis yang bersuara lunak di sebelah sana.

“Saya tak ingat dan tak semestinya saya perlu mengingati nombor sebanyak 16 digit itu. Nombor itu tidak penting, kecuali nombor akaun dan nombor pin” kata saya yang mula naik angin.

” Ini prosedur Encik" balasnya.

”Prosedur yang tak betul kena diperbaiki”, kata saya dengan suara yang agak tinggi.

”Oklah Encik. Saya akan maklumkan masalah ini kepada pihak atasan kami. Mengenai kehilangan kad ATM Encik, kami tidak boleh menggantung perkhidmatan kad Encik. Encik kena pergi ke cawangan kami yang berhampiran untuk menukar kad baharu. Tetapi kami akan mengenakan caj sebanyak RM12.00”.

”Mengapa tidak boleh digantung dahulu, sedangkan kad kredit boleh? Saya tidak mahu dengan mudah kehilangan RM12.00 kepada Maybank" jerit saya yang sudah hilang sabar sedikit.

”Ini prosedur Encik” balas penyambut panggilan.

”Prosedur lagi... Kalau tak dapat bantu saya tak apalah” kata saya dengan kecewa.

”Ya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu lagi” katanya mengikut format khidmat pelanggan Maybank.

”Maaf, dari mula lagi anda tidak membantu saya”, balas saya dan terus menamatkan panggilan.

Begitulah cerita bagaimana sakitnya hatiku berhadapan dengan syarikat kewangan di Malaysia yang menggunakan sepenuhnya sistem pasaran monopolistik mereka. Orang ramai terpaksa akur

Sakit Hati Tahap Ketiga
Sakit hati dan mata apabila syarikat sebesar Maybank ini tidak cuba menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Sekali-sekali guna bahasa Melayu pun masih hancai-boncai (kata pasar).


Deposit ialah kata nama yang bermaksud simpanan. Kata kerjanya ialah mendepositkan. Oleh itu ayat "Depositlah hari ini" pada kain rentang seperti dalam gambar di atas sangat jelas kesalahannya. Begitu juga dengan perkataan minima yang sepatutnya ditulis minimum.


"Tembak"mana-mana yang pincang"



Nota:
Pasaran monopolistik adalah salah satu bentuk pasaran yang terdapat banyak pengeluar dengan menghasilkan barangan serupa tetapi memiliki perbezaan dalam beberapa aspek. Penjual dalam pasaran monopolistik tidak terbatas, namun setiap produk yang dihasilkan pasti memiliki karakter tersendiri yang membezakannya dengan produk lain. Contohnya ialah syampu, ubat gigi, dan lain-lain. Meskipun fungsi semua syampu sama, yakni untuk membersihkan rambut, tetapi setiap produk yang dihasilkan pengeluar berbeza, misalnya perbezaan dari segi aroma, warna, kemasan, dan lain-lain. Dalam pasaran monopolistik, pengeluar memiliki kemampuan untuk mempengaruhi harga, walaupun pengaruhnya tidak sebesar pengeluar daripada pasaran monopoli atau oligopoli.

25 comments:

Cikgu Jang .. said...

sabar jelah bang...kadang2 kemudahan yg ada menyusahkan kita pula...

cikTi said...

sabar la babah,.
cikti pun selalu rasa mcm nak bergaduh dgn operator kalau sistem terlalu bnyk prosedur,.

Mybabah said...

Salam Cikgu Jang. Selama 3 tahun saya berada di Jabatan Konsumer & Amalan Pasaran BNM. Kami memantau gelagat bank menerusi "mistery shopping" tetapi masih juga berlaku perkara-perkara seumpama ini. Itu yang "hot" sangat.

Mybabah said...

Salam CikTi. Terima kasih kerana sudi datang memberi komen di blog babah ini.

amalhaj said...

tekan 1 untuk bahasa malaysia
tekan 2 untuk bahasa inggeris
tekan 3 untuk bahasa mandarin
tekan 4 untuk bahasa tamil
tekan 5 untuk bahasa urdu
tekan 6 untuk bahasa temiat
tekan 7 untuk bahasa .......
gitu le yg perlu dihadapi
zaman ini...........

Mybabah said...

Salam amalhaj. Begitulah jika terlalu bersikap toleransi...

Mazru Majid said...

hmm..sabarlah,memang menykitakan hati kena camni

Werdah said...

Salam samsudin,

Kadang-kadang memang terasa kebanyakan syarikat atau individu seolah-olah ingin menyusahkan perkara yang mudah. Entah apa yang didapatnya daripada prosedur itu!!

Mybabah said...

Salam Mazru. Sakit hati yang terpaksa dipendam kerana tidak banyak pilihan yang boleh dibuat. Dikhabarkan bank-bank lain juga banyak karenah. Terima kasih.

Mybabah said...

Salam Werdah. Di negara maju hal-hal sedemikian jarang-jarang berlaku. Malaysia pula sedang menuju ke arah itu. Tetapi, masih banyak perkara-perkara asas seperti hak-hak pengguna yang kita jauh kebelakang. Nanti orang kata kita hanya gah dari segi fizikal tetapi fikiran dan tindakan kekal kolot seperti amalan negara dunia ke-3.

azieazah said...

Pengalaman saya diragut dulu buat saya demam 2 hari 2 malam.

Pegi Maybank untuk sekat kad dan ganti baru. U know what they said?
Kena ada Mykad dulu. Mykad pun kene ragut?

Pegi buat Mykad dulu. No money sebab kad bank pun kene ragut? Lalu?

Macam orang gila ke sana sini. Pastu buat Mykad nak mintak discount ilang kad, kene ada report polis (itu yg saya baca di akhbar) tapi TIPU!. Depa BOHONG..! Saya tetap kene bayar RM80 kehilangan kali pertama. Itupun bercawan2 air mata saya tumpah atas kaunter pegawai depa.. HAMPEHH!

Pastu balik ke Bank bawak MyKad sementara yang sebesar A4 paper tu. Kena jugak denda RM12..

Bank memang BIJAK buat duit... Kalau 1K orang menyumpah, tak halal, taktau cemana pegawai2 bank terima gaji dari sumpah seranah pelanggan?

azieazah said...

Mujur kawan sekerja saya bersuamikan pegawai kerja MAYBANK ni..

Saya selalu bertanya perkara2 yang saya rasa pelik. Malah saya juga dinasihatkan utk tidak buat itu tidak melabur ini.. tidak apply ini itu...

sbb orang dalam pun ada yang tidak setuju.. hahahaha...

Mybabah said...

Salam Aziezah. Saya benar-benar bersimpati dgn anda. Seperti balasan komen saya kepada kawan-kawan di atas, kami di BNM amat prihatin tentang perkara ini. Kami memantau dari masa ke masa tentang masalah yang dihadapi oleh pengguna. Anda boleh mengemukakan aduan di Jabatan Konsumer & Amalan Pasaran atau menerusi Telelink (1-300-88-5465) atau datang terus ke LINK.

Abd Razak said...

Salam...

Bersabarlah...insya Allah yg hilang akan Allah gantikan dgn lebih baik.

Mybabah said...

Salam Razak. Bukan kehilangan yang menyakitkan hati, tetapi ketidakprihatin pihak bank menangani masalah pengguna. Pihak terlalu mementingkan aspek keuntungan. Prinsip yang tertumpu semata-mata kepada keuntungan tidak lagi diterima pakai di negara-negara maju. Dalam Islam pun prinsip begitu sudah lama ditolak.

Putra Al-Maliki said...

nie adalah salah satu ujian untuk abang.. mungkin ade hikmah di sebaliknya, insyaAllah.. =)

Mybabah said...

Salam Putera. Pengalaman buruk yang boleh dikongsi bersama. Tetapi, pengalaman Azieazah lebih dahsyat daripada saya.

kakcikseroja said...

Salam Babah..

berurusan dengan bank memang kadangkala boleh membuatkan darah melepasi kepala! :)

Babah - BNM kat mana? ;-) (saja tanya, manalah tahu.. entah2 kita berjiran pejabat.. )

Mybabah said...

Salam Kakcik. Sekarang HCDC, Sebelum ni di JKAP. 3 tahun jadi penceramah tunggal Bank. Betul ke jiran ni?

Md Nizar Parman said...

Salam Babah,
Apa yang nyata sekarang adalah, maklumat perbankan kita bukan sesuatu yang peribadi lagi. Apa khabar CTOS? Hehehe.... Sakit hati dengan sebuah yang dikatakan yang terbaik di Malaysia, makluman dalam bahasa Melayu ditulis satu muka surat bersama bahasa Inggeris, makluman dalam Bahasa Cina, satu muka penuh!

Mybabah said...

Salam. Tidak lama lagi Akta Perlindungan Data (Data Protection Act) akan dibawa ke Parlimen untuk dibincangkan. Dimaklumkan kepada saya bahawa Akta ini mempunyai kuasa untuk membawa Pengarah atau CEO syarikat yang menggunakan data individu lain tanpa kebenaran. Lebih hebat lagi, kesalahan tersebut dianggap sebagai kesalahan jenayah (Criminal Offence). Wallahualam.

kakcikseroja said...

Babah..

maksud kakcik BNM kat KL ke? Kakcik kat Jln Sultan Salahudin :)

Mybabah said...

Salam. BNM Jalan Kuching. Tetapi sekarang di HCDC, Petaling Jaya. Sekali-sekali ke HQ apabila ada mesyuarat.

Liyana said...

wah, baru nampak babah marah..bukan nampak, but rasa..xpe, sabar 1/2 dari iman

Mybabah said...

Salam lia. Bukan marah, "hangin" saje.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...