31 December, 2009

Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim bin Samsudin

 
 Anwar Ibrahim lahir ketika D.S. Anwar Ibrahim berada di Penjara


Anwar Ibrahim lahir pada 26 Jun 2001

 Sofia Adila binti Samsudin


Sebelum itu, kami kehilangan seorang anak perempuan bernama "Sofia Adila" yang meninggal dunia kerana barah otak. Nama anak ini diambil sempena nama ADIL, iaitu sebuah NGO yang ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib D.S. Anwar Ibrahim



AIC: Anwar Ibrahim Club



Anwar bersama Mama & Y.B. Nurul Izzah


 
Menyambut Aidilfitri tanpa D.S. Anwar Ibrahim


 
Sambutan Aidilfitri pertama selepas D.S. Anwar Ibrahim keluar dari penjara

 

Saya turut berkempen pada pilihan raya Permatang Pauh
sehingga D.S. Anwar Ibrahim kembali ke persada politik 

Entri ini sengaja dipertontonkan kepada anda menjelang 1 Januari 2010 kerana pada firasat saya, D.S. Anwar Ibrahim akan kembali menonjol dalam arena politik tanah air dan beliau dijangka akan menerima tekanan yang lebih hebat daripada musuh politiknya.

Nota:
Meskipun saya dilihat seperti penyokong tegar ("hard-core") PKR, namun saya tidak pernah mendaftar sebagai ahli parti itu. Parti pilihan saya tetap parti "Bulan Mengambang" yang komited untuk terus memperjuangkan hasrat menjadikan negara ini sebuah Negara Islam.







72 comments:

Maiyah said...

lihatlah wjh tuan guru penuh tersirat.. moga perjuangannya ttp diteruskan

Unknown said...

Salam Maiyah. Bila masa Maiyah tidur? Sudah lewat malam, sempat ziarah babah lagi... Hari ini sudah 1 Januari 2010. Udara di luar sana sama sahaja macam tahun lepas. Hanya nasib kita sahaja yang tidak ketahuan lagi. Moga tahun ini tahun cemerlang untuk kita semua.

anakmuaallaf said...

Salam,
Selamat tahun baru dengan harga gula baru.Tahniah juga buat junior Anwar Ibrahim..dah besar..Semoga menjadi pejuang suatu hari nanti..

Unknown said...

Salam Zaleha. Lama menunggu Zaleha memberi komen di blog babah ini. Sebagai penghargaan kepada pemilik blog Anak Muallaf, saya link blog di blog saya, agar mudah diketahui khabarnya Zaleha di sana...

Daud Mili said...

Anuar Ibrahim,...x semua orang betul2 cuba untuk kenali insan ini...sepatutnya, dia perintah masa PRU 12, baru boleh kita bezakan skrg..tapi sempat ke,..dia pun cam dah tua...~

Unknown said...

Salam Daud. Bagi saya, tidak dapat memerintah tidak semestinya gagal. Saya menjangkakan suatu masa nanti, apabila cucu cicit kita menyingkap kembali sejarah, mereka akan memperoleh jawapan yang berbeza daripada apa yang orang ramai sangkakan sekarang ini. Ketika itu, anak cucu kita lebih cerdik dan matang...

mazru said...

selamat tahun baru 2010..harapan yg terbaik buat babah dan keluarge.

abu muaz said...

Salam dan selamat tahun baru tuan. Semoga hidup tuan dan keluarga sentiasan berada di bawah rahmat dan lindungan illahi.

Apapun harga gula sudah naik.

Unknown said...

Salam Mazru. Moga Mazru dan keluarga juga dilimpah kesejateraan yang berpanjangan.

Unknown said...

Salam Abu Muaz. Akibat kenaikan harga gula, kesan rantaiannya (contagion effect) akan merebak ke barang-barang lain, khususnya makanan. Langkah terbaik menghadapi keadaan ini ialah mengurangkan penggunaan gula.

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan Samsudin,
Saya masih menyimpan sebahagian bahan berita dan koleksi zaman reformasi tahun 1998 - 2000.
Siapapun dia bernama Anwar itu tetapi entah mengapa sehingga kini dek kerana peristiwa 'kezaliman dan kerakusan bertindak' pada September 1998 membuatkan saya sungguh terkesan akan peristiwa itu. Walau Anwar itu 'diserang dan dituduh' pelbagai sudut dan cara, beliau juga manusia biasa yang punya minda dan jiwa, namun beliau merupakan fenomena di Malaysia dan serantau.
Saya juga bukan ahli parti dalam PR, apatah lagi jauh sekali menjadi ahli dalam parti BN.
Saya juga pemangkah pada Mac 2008 hingga membawa anak sulung Anwar itu ke Parlimen, inikan sebuah negara demokrasi.
Saya tertarik sungguh dengan entri kali ini, inilah entri yang paling kerap saya baca dan tatap dalam blog tuan setakat ini.
Tahniah Tuan.

Sharinginfoz said...

selamat tahun baru... bosan2 singgah le..

Abd Razak said...

Salam...

Teruskan perjuangan dan semoga dikurniakan kemenangan suatu hari nanti

atie said...

Salam Mybabah..

Salam tahun baru.. semoga sentiasa bahagia.... anak anuar semoga jadi seorang pemimpin yag baik... kpd anak sofia yg disayangi Ilahhi tunggu ibu dan abah dipintu syurga...

Unknown said...

Salam Rusdi. Semasa Anwar dibebaskan daripada dakwaan di Palace of Justice, saya menitiskan air mata di hadapan bangunan itu. Malamnya saya turut ke KLIA melihat pemergian Anwar ke Jerman. Sama menumpang kereta saya ke KLIA ialah Zunar yang terkenal itu. Malam itu juga saya menyiram bara reformasi dalam hati dan berniat untuk bersara. Tetapi, saya melanggar niat itu dan terus juga bereformasi sehingga di tangkap dan direman selama 10 jam di Balai Polis Dang Wangi kerana berdemo di hadapan KLCC, Kedutaan Amerika dan Australia semasa penaklukan Iraq. Banyak cerita lagi yang akan dikongsi dengan Rusdi pada masa-masa depan.

Unknown said...

Salam Sharinginfo. Terima kasih kerana singgah. Insya-Allah, nanti saya akan membalas kunjungan.

Unknown said...

Salam Razak. Anak muda seperti anda adalah urat dan nadi kami untuk terus memperjuangkan kebenaran di bumi tercinta ini.

Unknown said...

Salam Atie. Terima kasih kerana dapat menyelami perasaan babah ketika melakar entri ini. Semoga doa Atie dimakbul Allah. Amin...

rosnanie said...

salam babah, semoga anwar ibrahim bin shamsudin membesar menjadi anak yang soleh dan hambanya yg taat kepadaNya

Fatihah juga kepada sofia adila, persoalan saya terjwab kini

Umi Azuddin said...

Salaam Tuan Samsudin,

Semoga anakanda Anwar Ibrahim bin Samsudin bakal menjadi pemimpin yang bertakwa dan anakanda Sofia Adila bahagia di samping-Nya.

Selamat tahun baru 2010 buat tuan sekeluarga. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

VpeaceV

Unknown said...

Salam Ros. Komen sungguh lunak dan menenangkan jiwa nurani saya. Persoalan terjawab menjadi persoalan pula kepada saya. Persoalan apa yang terjawab?

Unknown said...

Salam Umi. Naluri ibu seribu kali lebih sensitif daripada si bapa. Justeru, tidak hairanlah komen-komen para ibu di sini sungguh istimewa dan menyentuh rasa. Terima kasih Umi.

ajahare said...

HIDUP PAKATAN RAKYAT..

Unknown said...

Salam Ajahare. HIDUP ISLAM!

amalhaj said...

assalamualaikum tuan!
"Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya)
(AL-BAQARAH: 269)
selamat tahun baru 2010

Unknown said...

Salam Amalhaj. Ayat-ayat al-Qur'an akan tetap relevan hingga ke hari akhirat. Terima kasih tuan.

zul permatang badak said...

salam perjuangan....semoga mybabah berolih kejayaan dlm segala hal

Unknown said...

Salam Zul. Semoga semua yang kita hajati terlaksana...

mizaranun said...

Salam babah...
Salam perjuangan..moga hukum Tuhan tertegak dibumi Malaysia...Islam 4 AlL.. ^^,

Nida n' Hanafi said...

Salam Babah..

Al-Fatihah buat adik Sofia Adila... tersentuh hati saya apabila membaca sebab musabab kematian adik Sofia..

p/s: seorang insan kerdil yg hanya baru berusia 7 bulan (anak kepada salah seorang pekerja High Commissioner di NZ) sedang bertarung dengan maut disalah sebuah hospital di sini. Doktor memberikan harapan tipis untuk adik tersebut melihat dunia.. sama2lah kita doakan yg terbaik buat adik tersebut...

daun kesum said...

suka entry nihh.,
hihi,.,

bab2 politik nih cikyi bminat btol,.,

Unknown said...

Salam Mizaranum. Insya-Allah...

Unknown said...

Salam Nida. Anak kami Sofia Adila, diketahui mengidap kanser hanya 5 hari sahaja. Sebelum itu nampak sihat walafiat, macam dalam gambar. Selepas 10 jam dibedah di Ampang Puteri, beliau meninggal. Dia memang budak baik. Sebelum meninggal dia sudah pandai menyanyi lagu Mc D, Ayam oh Ayam". Mungkin Nida ingat lagu tu. Dia juga sangat cantik...

Unknown said...

Salam CikTi. Dah sampai ke umur untuk menjadi daftar pemilih? Babah harap CikTi membuat pilihan yang bijak semasa Pilihan Raya kelak...

Md Nizar Parman said...

Salam Babah,
Terlebih dahulu saya ucapkan takziah atas pemergian puteri Babah (Adila). Walaupun kita berbeza aliran siasah, tetapi bagi saya itu bukanlah suatu alasan untuk kita tidak berinteraksi kerana saya masih berpegang pada prinsip bahawa seluruh umat Islam itu ialah saudara kita kerana kita mengucapkan Kalimah Syahadah dan menghadap ke Kiblat yang sama (antara pertanyaan Mungkar dan Nangkir di dalam alam yang satu lagi). Setiap orang mempunyai pendirian yang menjadi pegangan dalam kehidupannya. Setiap insan dikurniai Allah OTAK untuk berfikir, dan apa yang kita fikirkan tidak semestinya sama dengan apa yang orang lain fikirkan. Wallahua'lam....

Guru said...

assalammualaikum

pandangan politik yang agak complicated ya.
penyokong Anwar, tetapi tetap memilih bulan.

apa pun, 2010 tetap menjelang dengan berita2 menarik yang bakal mencorak senario 1Malaysia yang lebih mencabar.

Unknown said...

Anwar dah kembali ke Parlimen... dah habis 2009, cerita nak tukar tak tau kemana... bulan berapa pulak 2010 nak janji TUKAR tak tau la!

apa yg peting asal bahagia dengan pilihan masing-masing... salam tahun baru! :)

Unknown said...

Salam Cikgu Nizar. Berlainan pandangan politik tidak menjadi hal selagi akidah yang dipegang tetap SATU.

Unknown said...

Salam Cikgu Normah. Politik matang ialah politik yang memperjuangkan keadilan sejagat. Bukan satu yang komplikated penyokong sesuatu parti menyokong parti yang lain yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun dasar parti masing2 adalah berbeza. Wallahualam.

Unknown said...

Salam Sifu67. Tindakan Anwar itu perlu dilihat sebagai suatu strategi politik. Inilah yang membuatkan kita berbeza dgn masyarakat awam. Dalam apa-apa pun kehidupan, di pejabat, dalam perniagaan, berkeluarga dll strategi memainkan peranan. Setiap anak pun mempunyai strategi pendekatan yg berbeza untuk menangani mereka, inikan pula politik. Lebih-lebih politik sekarang bercampur baur dgn taktik kanibal yg membelakangkan tatasusila.

hentian said...

serupalah kita ya. kagum dengan DSAI tapi daftar dengan bulan. Ibu_suri semasa dia sihat dahulu adalah timbalam ketua wanita PKR di tempat aku tinggal ini. cukup aktif terutama semasa PRK Lunas.

kini bila dia sakit, dia tinggal sendirian.

beginilah kehidupan...

Unknown said...

Salam Insan Marhaen. Pada hemat saya (bukan masuk bakul angkat sendiri), ahli parti yang paling prihatin dan ambil berat tentang masyarakat keliling ialah ahli PAS. Kenduri kendara, menziarah orang sakit, soal kematian, memakmurkan masjid atau musolla, tak lain tak bukan orang PAS. Bantuan tidak memilih warna kulit atau parti apa. Saya bangga dengan sikap terbuka orang2 PAS. Tetapi semua ini tidak pernah dinyatakan dengan betul di dalam akhbar2 perdana. Menteri2 BN pun sering mengakui hakikat ini. Bagi sesiapa kurang yakin, selidikilah sendiri. Kita ahli PAS tidak pernah mengharapkan apa2, pangkat atau projek. Malah kena keluar belanja sendiri untuk sebarang aktiviti. Tetapi kita ikhlas. Kita percaya ganjaran daripada Allah pasti menunggu di sana...

Unknown said...

Mybabah..
Bersabar dan tahniah sbb sudah ada kunci yg menunggu di SANA..Anak yg pergi tu dah confirm syurga..cuma menunggu ibubapa yg soleh/solehah..
SubahanaALLAH..
Teman berbangga dgn penampilan mybabah sempena tahun baru hijrah dan masihi ini..
Sudah terang lagi bersuluh kini..
Islamlah pilihan kita semua. tak da tengah2 lagi..

Unknown said...

Salam Lana. Terima kasih atas komen yang menyenangkan hati nurani. Meskipun pendekatan mendedahkan identiti dan pegangan tidak popular dalam kalangan blogger kerana akan kehilangan pengikut yang tidak sehaluan, tetapi ini penting supaya mesej yang ingin kita sampaikan lebih mudah diterima dengan hati yang terbuka. Harap begitulah...

Catwoman said...

Salam Babah.....

Manis nama anak2 Babah.
DSAI adalah seorg pejuang yg dikagumi dan hebat. Sy tak pernah percaya pd fitnah yg dikelaurkan dlm akhbar ttg DSAI....bagi sy DSAI seorg yg menyayangi isteri dan anak2 beliau.

Semoga anak2 babah membesar dan menjadi insan yg berguna, soleh, beriman serta menyayangi & menghormati org2 tua.

;)

Unknown said...

Salam Zyma. Babah baharu pulang dari Segamat, hantar anak balik ke Uitm. Nama anak Zurina Amira. Selepas 3 bulan bercuti, sedih berpisah kembali. Namun, selepas membaca komen Zyma, terubat sedih. Terima kasih.

Lia3003 said...

oh, politik..no komen..hihi...sori babah

Unknown said...

Salam Lia. Satu hari, ketika minda tenang, fikirkan soal siasah. Bagaimana ia penting dan tidak boleh diabaikan sama sekali...

BUJANG SUSAH said...

Salam babah.. semoga Anuar Ibrahim Samsudin mempunyai semangat juang spt babah.

Pic babah kat permatang pauh tu hensem, mcm geng kelab simpang tiga la... ///

Unknown said...

Salam Bujang. Terima kasih. Cuba tengok dekat shoutbox, ada pengunjung yang percaya fitnah kata "taksub betul pada al-juburi". Dalam laman-laman web ramai yang percaya Anwar peliwat, sedangkan mereka tak perasan ramai pemfitnah sudah terima habuan masing-masing. Akhir sekali hakim gula-gula hacks yang dikhabarkan kepada kita sebelum mati, dia ditimpa penyakit kronik. Sebelum-sebelum ini ramai sudah menerima nasib malang spt hakim Mokhtar, Qistina, KPN dan ramai lagi. Harap yang masih percaya, hentikanlah kepercayaan pada fitnah kerana "kalau tak percaya" bukannya berdosa pun...". Lagi pula, konspirasi yang dibuat ke atas DSAI saling taktumpah macam cerita kartun Doraemon.

pecinta_Islam said...

sy mengandaikan encik mengagumi dato seri anuar ibrahim kerna kepimpinannya dan bknlah lbh fanatik kpd pkr..namun pd masa yg sama encik masih menyokong penuh perjuangn islam..maafkn sy klu sy tersilap..

papepun muga hidup endcik sekeluarga sentiasa diberkati.insyarallah
:)

Unknown said...

Salam Shah. Tidak ada istilah fanatik bagi orang yang cintakan keadilan dan bagi orang yang ingin melahirkan tanda sokongan kepada insan yang teraniaya...

rosnanie said...

salam babah

saya selalu tertanya2 kenapa anak yg ada dalam gambar ada 6 sdgkan babah ada 7 anak. Bila babah tulis mcm ni baru tau. Mungkin babah ada tulis dimana2 tp sy jenis malas nak menyoroti hingga ke awal entry, hehe, segan nak tanya

Unknown said...

Salam Ros. Di mana-mana dan pada bila-bila masa saya akan mengatakan anak saya 7 orang. Sedih nak asingkan yang seorang itu. Kami sekeluarga anggap Sofia masih dgn kami. Hingga sekarang dia macam ada sahaja bermain di sekeliling kami, walaupun telah menemui Allah tujuh tahun lepas. Mana mak bapak yang tak sayang anak. Lebih-lebih lagi anak dah besar (masa tu 2 tahun 3 bulan). Semoga Allah mencucuri rahmat kepada ruh anak kami SOFIA. Babah akan senantiasa mengingati SOFIA sehingga kita berjumpa lagi di sana...

Anonymous said...

salam reformasi,

salam perkenalan dari kami Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar, Johor. Semoga keadilan untuk semua tertegak di bumi bertuah ini.

Memimpin harapan rakyat

ANGKATAN MUDA KEADILAN
CABANG MUAR

Unknown said...

Salam AMK Muar. Babah terus bertekad menjaga Anwar Kecil dan menyokong Anwar Besar dgn izin Allah. Hanya orang yang putus urat kepala sahaja yang percaya pada tohmah dan mehnah terhadap Anwar Besar. Anda yang muda-muda teruskan perjuangan dengan ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan dunia, seperti yang kami lakukan dahulu...

rosnanie said...

salam babah
insya Allah dia menanti babah dan mamanya di sana. Anak kecil tempatnya mmg di syurga

-anak yang trpisah seminggu dua pn kita rasa rindu, apatah lg yg pergi selama2nya

Fatihah untuknya

Unknown said...

Salam Ros. Terima kasih.

Werdah said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Amin ya rabbal alamin...Terima kasih Werdah...

Werdah said...

Salam samsudin

Komen tadi tersilap taip.

Sebenarnya masa bersekolah dahulu semasa di tingkatan 6 DSAI di Universiti Malaya, selalu mendengar pidato beliau.

Untuk Anwar Ibrahim bin Samsudin kak doakan agar dapat meneruskan perjuangan babahnya dan kpd samsudin teruskan perjuangan.

kak agak sibuk sekarang nak jengok blog kawan2.

azieazah said...

Semoga SOFIA dirahmatiNYA...

Maaf, politik bukan bidang saya...

Unknown said...

Salam Werdah. Amin yang rabbal alamin. Terima kasih.

Unknown said...

Salam Azie. Insya-Allah, suatu masa nanti mahu tidak mahu Azie akan meminati juga bidang politik, terutamanya apabila kepincangan yang ada menjejaskan kehidupan kita.

Anonymous said...

TAKBIRRR!!!! -Necrofis

Unknown said...

Salam tuan pemalu (tidak bernama). Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Jemputlah datang selalu.

izazin said...

Salam Tuan , dah lama tak kacau blog u rindu plak. Thanks about de info yg kat bank tu.Tapi bab org Pas ni, I ingat org Tabligh kt tempat I lg rajin pg campur masyarakat.Org Pas tak pun.Tak tau la plak kt tpt lain.

Unknown said...

Salam. Mungkin u seksi sangat. Orang PAS tak berani dekat. Takut fitnah...

izazin said...

Hahahaha, mungkin gak sebab tu depa tak dtg dekat. Ada sape2 nak sponsor tudung ke? Telekung ke?

Unknown said...

Salam Izazin. Kebanyakan orang PAS penyegan, kecuali saya. Kalau I nak sedekah tudung dan telekung kat u, macamana? Kalau u nak 2 set,minta juga pada Bujang Susah.

Kiasan Chenta said...

salam Mybabah..
saya mmg minat politik..dan sy juga seorang yg penah turut serta dlm kempen2 ketika pilihanraya..hehe...
Mase pilihanraya di permatang Pauh..saya x perasan la Mybabah tuut serta..pe2 pown..Hidup PKR!! Hidup Islam..!!

Anonymous said...

mana saya boleh dapatkan baju AIC??

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...