03 January, 2010

Jangan Terjebak...


Kenaikan harga gula menyambut kita di gerbang sambutan tahun baharu 2010. Ini akan disusuli dengan kenaikan harga petrol (maklumat ini masih bertaraf desas-desus atau khabar-khabar angin) dan harga barang-barang lain yang menggunakan gula atau petrol sebagai input pengeluaran barangan tersebut. Natijahnya, harga umum akan meningkat dan kos hidup juga akan turut melonjak.


Semua ini akan menyusahkan hidup kita yang sedia susah, iaitu  kesusahan yang diwarisi dari tahun 2009 atau tahun-tahun sebelumnya.


Jika kita sedar akan hakikat ini, maka kita akan lebih berhati-hati dalam segala tindak tanduk dan cuba mengelakkan hidup lebih terhimpit dan menjadi lebih "miskin", seperti terjebak dalam pelbagai bentuk penipuan, antaranya penipuan kewangan...




Penipuan di mesin teler automatik (ATM) yang berlaku di banyak tempat baru-baru ini merupakan antara bentuk penipuan terkini dan berupaya membuatkan anda tidak tidur lena untuk satu jangka masa yang panjang. Bagaimana penipuan ini berlaku?



Kronologi kejadian:
1. Mangsa berbaju kuning. Suspek A bertopi berbaju belang. Suspek B bertopi berbaju kelabu.
2. Suspek B mengintai nombor pin mangsa.
3. Suspek A memberi isyarat kepada suspek B.
4. Suspek B menabur beberapa keping duit kertas.
5. Suspek A menegur mangsa dan memberitahu bahawa duit mangsa tercicir.
6. Suspek B menukar kad ATM mangsa.
7. Mangsa terpedaya dengan helah mereka.
8. Suspek C cuba menarik perhatian pelanggan lain.
9. Suspek B bergerak ke mesin ATM yang lain, sementara mangsa masih mengutip duitnya yang disangka tercicir.
10. Suspek B mencuba kad ATM yang baharu ditukar (milik mangsa).
11. Mangsa yang tidak sedar pergi meninggalkan bank.
12. Suspek B dan suspek C berjaya mengeluarkan duit mangsa.


Penipuan pelaburan merupakan satu lagi bentuk jenayah kewangan yang sedang berlaku secara berleluasa dan berskala lebih besar, berbanding dengan penipuan ATM.  Penipuan ini bukan sahaja boleh membuatkan anda tidak tidur lena pada malam hari, malah anda akan mengalami trauma yang berpanjangan dan sering terkejut daripada tidur (seperti orang yang dirasuk syaitan).  Di bawah ini disenaraikan nama-nama syarikat penjenayah yang telah mengambil deposit secara haram daripada orang ramai. Sila lihat satu persatu di sini. Mungkin anda juga sudah terjebak dalam salah satu syarikat yang tersenarai...




Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd
Etika Emas Estet Sdn Bhd
Genneva Sdn Bhd
Bestino Group Berhad
AK United Sdn Bhd
Dinari Capital Sdn Bhd
myDNA International Sdn Bhd
E-Eagle Sdn Bhd
Walton International Property Group (M) Sdn Bhd
Gemilang Mirza Sdn. Bhd
Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd
Noradz Travel & Services Sdn.  Bhd
Jazmeen (M) Sdn. Bhd
Eastana Farm Industries Sdn. Bhd
Reed Corporation Sdn Bhd
Sigma Platinum Sdn Bhd
Wisdom Spectrum Sdn Bhd
Maxficient Consultancy Sdn Bhd
Practical Support Sdn Bhd
Pan Phoenix Dina Sdn. Bhd
Sunshine Empire Sdn Bhd
Mercantile Point Sdn Bhd
AB Fund
G-Gold Gallery Sdn Bhd


Selain itu, terdapat juga penipuan atau jenayah kewangan lain yang perlu anda elakkan, seperti jenayah pelaburan yang melanggar Akta Suruhanjaya Sekuriti dan Akta Jualan Langsung. Kedua-duanya boleh dirujuk di sini dan di sini.

Pesan Babah:
Bagi penipuan di ATM, anda hendaklah sentiasa berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali yang berada di sekitar kawasan ATM. Bagi golongan wanita, mintalah suami atau abang menemani anda apabila anda  berhasrat untuk mengeluarkan wang di mesin ATM.  Cuba elakkan daripada melakukan transaksi perbankan pada waktu malam.

Bagi penipuan berskala besar, seperti "Skim Cepat Papa" (bukan "Skim Cepat Kaya"), ingatlah tidak ada di  dunia ini perniagaan yang sangat mudah memperoleh keuntungan yang besar dalam sekelip mata. Elakkan segala bentuk tawaran yang terlalu istimewa, iaitu dalam istilah bahasa Inggerisnya, "too good to be true". Melaburlah di syarikat-syarikat berlesen, dengan mengesahkan terlebih dahulu lesen-lesen syarikat berkenaan dengan pihak-pihak berkuasa, seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.




43 comments:

terokai seni said...

setuju sangat dengan saranan tu.. tak ada orang yang senang-senang nak bagi kita kaya, kita ni bukan sedara mara diorang kalau betullah hatinya baik nak tolong orang... bak kata cerita madu tiga tu "baik ada maknaaa.." bacalah surah 3 qul semoga kita dijauhi kejahatan jin dan manusia

Anonymous said...

thanks for sharing uncle..nanti saya bgtauk parent saya psl pengeluarn wang menerusi mesin ATM tu..:)

Unknown said...

Salam Cemomoi. Apabila orang datang minta derma ikhlas buat masjid, kita selidik sampai ke akar umbi. Tetapi,apabila malaun-malaun nak songlap duit kita, bukan sedikit, puluhan ribu, cepat pula kita percaya. Inilah namanya tamak haloba untuk kekayaan dunia...

Unknown said...

"Dear Monica". Poster ini "uncle" ambil di Maybank Kajang, Selangor. Jangan pesan kepada ayah ibu sahaja. Beritahu juga yang lain,jika boleh. Mustahil penjenayah ini hanya tahu buat jenayah di Maybank.Justeru pengguna-pengguna khidmat bank lain juga harus berwaspada.

anakmuaallaf said...

Salam Sahabat,
Alhamdulillah saya tak terlibat langsung dalam pelaburan di syarikat yang tersenarai.
Ada juga kawan-kawan yang ngajak tapi hati dan fikiran yang dipinjamkan sementara oleh Allah tak tergerak untuk tujuan itu.

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Terimakasih atas info ini. Mcm2 jenis putar alam ni. Nak salah sapa bila keadaan ekonomi menghimpit? Kerajaan atau diri sendiri?

Maiyah said...

zamn skrg ni mcm2 helah penyangak buat kerja.. takut gak skrg dorang dah makin berani berkasar

Unknown said...

Alhamdulillah saudaraku Anak Muallaf. Hakikatnya, belum pernah kita dengar orang menjadi kaya dengan skim sedemikian. Yang sering kita dengar ialah orang bercerai berai suami isteri, dikejar Ah Long, tidak bertegur sapa dengan saudara mara, akibat meminjam untuk menyertai skim tersebut. Mohon Allah lindungi kita daripada sikap tamak haloba. Wallahualm.

Unknown said...

Salam Shaniza. Dalam kes ini, saya lebih menyalahkan individu yang tamak yang mahukan keuntungan dengan segera, malas berusaha, suka meminjam dll. Pada hemat saya, hukuman yang disediakan untuk penjenayah ini memadai. Apa-apapun, penjenayah tetap penjenayah. Jika kita menyokong penjenayah dengan menyertai skim penipuan mereka, kita juga boleh dianggap sebagai penjenayah. Wallahualam.

Unknown said...

Malumat yg berguna ..
TQ..

Sharinginfoz said...

memang kena hati2 kan.. tahnsk for sharing

Pengalaman Bersama Nuffnang…

Puji Jangan Tak Puji

Unknown said...

Salam Maiyah. Terdapat 2 kategori penjenayah. 1 penjenayah penakut dan 1 lagi lebih "brutal". Kategori pertama, mungkin terpaksa menjadi penjenayah atas sebab2 tertentu, cth kesusahan hidup. Kategori kedua, yang ini kita kena lebih berhati-hati. Grup ini menjadikan jenayah sebagai profesion. Selain daripada berusaha mengelakkan diri daripada golongan ini, kita juga perlu selalu berdoa supaya Allah senantiasa melindungi kita. Wallahualam.

Unknown said...

Salam saudaraku Lana. Mulanya saya bercadang menyambung entri yang lalu dengan cerita bagaimana kami suami isteri menghadapi saat getir kehilangan anak akibat kanser otak. Tetapi, terjumpa pula poster penipuan ini. Saya rasa cerita ini lebih penting dan lebih mendesak...

Unknown said...

Salam Sharinginfo. Terima kasih atas komen dan terima kasih juga kerana melinkkan blog dan entri anda. Sepatutnya anda sudah lama menjadi sahabat saya, mengapa saya terlepas pandang. Babah selalu tertidur kot...

Nida n' Hanafi said...

Salam Babah...

Mana ada dalam dunia ni orang akan kaya senang2 tanpa berusaha (kecuali kena judi ler). Kadang2 peliklah Babah macam mana orang yang diberi otak boleh percaya benda2 ni semua... wallahualam

Unknown said...

Salam Nida. Di Malaysia, masih ramai orang yang macam ni, termasuk guru-guru. Kawan saya, seorang pengetua/guru besar sekolah terjebak dan kerugian hampir RM300,000 (RM150,000 duit sendiri + RM150,000 duit pinjaman Bank Rakyat). Ketika saya berjumpa beliau, wajahnya teramatlah suram dan apabila berkata-berkata tidak fokus (merapu). Beliau meminta nasihat saya. Saya bertanya, ada tak no telefon saya dalam h/p u. Dia periksa, ada rupanya. Saya kata, mengapa tak telefon saya sebelum melabur. Selama beberapa tahun saya menjadi penceramah kewangan (Kerajaan), tetapi kawan-kawan dan sahabat handai terkena juga. Itu yang saya kesalkan...

daun kesum said...

takut pulak nk keluarkan diut kat bank,.
manusia jahat ni,,bnyk sungguh idea2 baru dan kreatif

Ahmad Muslihin said...

salam uncle..
begitu senang penipuan berlaku ye..
rasuah..??ohh..lg senang..

Unknown said...

Salam CikTi. Orang yang banyak duit macam CikTi perlu lebih berhati-hati. He..he..

Unknown said...

Salam Ahmad. Bunyi macam nak "provoke" babah je. Lain kali kita cerita pasal rasuah pula.

jan.naimah said...

giler la dorg tuh....kne la lebih bhati2

abu muaz said...

terima kasih banyak-banyak kerana memberi peringatan ini.moga ia termasuk dalam amal solehah tuan. amin

Unknown said...

Salam Annas. Banyak yang sudah jadi gila termasukkan gilakan dunia, hingga sanggup menipu.

Unknown said...

Salam Abu Muaz. "Sampaikanlah walaupun dengan satu ayat".

mizaranun said...

Tima kasih babah bg maklumat berguna..
kali ni kena lebih berhati-hati p kuar duit kt atm..

Unknown said...

Salam Mizaranum. Ada yang "lebih cerdik" lagi, iaitu beri nombor pin pada seseorang, minta tolong dia keluarkan duit. Biasanya, hal ini berlaku semasa dilamun cinta. Minta tolong sang kekasih, yang akhirnya duit lesap. Kemudian menyalahkan bank kerana duit dalam akaun hilang. Perkara ini dimaklumkan oleh Biro Pengantara Kewangan kepada kami semasa sesi soal jawab tentang kehilangan wang dalam akaun.

Daud Mili said...

saya anti-MLM...~

Unknown said...

Salam Daud. Mesti ada cerita di sebalik anti itu? Anti kerana ejen MLM selalu datang mengganggu atau tak pernah "menjadi" walaupun telah banyak kali menyertai syarikat MLM?

saharul said...

artikel yg menarik....hehehe

tanya sikit boleh tak, bukan hendak menguji ...cuma saya nak tanya perbezaan perkataan 'antara dengan di antara'....boleh jelaskan sikit tak....saya masih terkeliru, sebab ada soalan tanya gitu...
Tuan mungkin boleh jelaskan kpd saya..

abu muaz said...

Assalamualaikum Babah.
Kenyataan Presiden PAS mengenai penggunaan perkataan Allah sudah baca ke?

Abd Razak said...

Salam...

Jika hasil negara itu dibahagikan sama rata, wang zakat itu dikeluarkan dgn baik mengikut syarak dan kehidupan rakyat terjamin tanpa meminta kerana sudah mencukupi maka segala maksiat menipu, mencuri dan sebagainya akan lenyap.

Unknown said...

Salam Cikgu Jang. Saya sudah masukkan masalah penggunaan kata antara dan di antara dalam entri yang lalu (Selembar Benang @ e-Tip Bahasa Melayu). Kalau rajin carilah. Tetapi secara ringkasnya, kata di antara digunakan untuk menggambarkan sempadan di antara dua objek (ada elemen jarak), contohnya di antara tiang lampu, di antara rumah anda dan rumah saya, di antara langit dan bumi dll. Manakala kata antara lebih abstrak, contohnya antara kaum, antara satu sama lain dll.

Unknown said...

Salam Abu Muaz. Saya belum baca. Saya dapat tahu Ustaz Haron Din juga telah membuat pernyataan yang tegas dalam hal ini. Nanti Abu Muaz tolong berikan saya Link untuk bacaan boleh tak?

Unknown said...

Salam Razak. Keadaan yang digambarkan oleh Razak sangat ideal dan itulah yang dikehendaki oleh semua orang. Tetapi, dalam realiti keadaan ini sukar diwujudkan. Maka dengan itulah Allah yang Maha Bijaksana mewujudkan hukum hudud dan kisas bagi membendung masalah seumpama itu daripada berleluasa. Hukum ciptaan manusia nampaknya gagal menangani persoalan ini. Wallahualam.

Catwoman said...

Salam Babah.....

Bahaya kannn. Byk sgt penipuan di sekeliling kita.

;)

Unknown said...

Zyma hati-hati. Nanti akan menyusul bentuk-bentuk penipuan lain yang babah peroleh semasa babah aktif berceramah kewangan setahun yang lepas. Datanglah baca ye...

CITY® said...

salam mybabah..

hmmmmmmmm
peliks
semakin lama semakin maju
semakin tak selamat
semakin byk penipuan
semakin hilang kasih sayang

semakin lama rakyat biasa semakin susah?
negara semakin maju
rakyat semakin tak selamat?
negara makin canggih

so,
salah kah kalau saya sukar mempercayai org lain?

hmmmmmmm

Unknown said...

Salam BirU. Dalam keadaan ekonomi yang teruk (keluarga atau negara), ramai yang hidup susah, maka kesannya jenayah akan bertambah. Oleh itu, berhati-hatilah...

hai said...

yang herannya ramai gak org yang tertipu tu datangnya dari golongan yang terpelajar ...

Unknown said...

Salam Hai. Apa nak hairan, orang yang terpelajarlah yang banyak duit, kerja bagus dan "lebih tamak berbanding orang tak terpelajar"...

Md Nizar Parman said...

Salam Babah,
Terima kasih atas info yang amat bermanfaat ini. Dalam keadaan ekonomi seperti sekarang ini, rupa-rupanya ramai yang mengabil kesempatan dalam kesempitan.

Unknown said...

Salam Cikgu Nizar. Terima kasih.

Ken Wooi said...

yeah.. must always be careful! =)

kenwooi.com

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...