29 November, 2009

SASANA KIJANG: MERCU TANDA BAHARU BNM



Sasana Kijang

Kompleks Sasana Kijang merupakan satu lagi mercu tanda unggul sektor kewangan yang dijangka menjadi tumpuan orang ramai pada tahun depan. Komplek ini terletak di hadapan Memorial Tun Hussein Onn, Jalan Dato’Onn, 50480 Kuala Lumpur. Galeri Numismatik (koleksi mata wang lama) yang terdapat di dalam kompleks ini dikatakan sebagai sebuah galeri yang terbesar di dunia. Selain itu, kompleks ini juga mempunyai ruang pejabat (pejabat baharu saya – kami akan berpindah dari Petaling Jaya (Pusat Latihan BNM) ke Sasana Kijang pada pertengahan tahun depan), dewan konvensyen, institusi pendidikan dan muzium. Anda boleh berkunjung ke Muzium dan Galeri Lukisan BNM apabila kompleks ini dibuka kelak (Klik di sini). Suatu pengalaman pembelajaran sepanjang hayat menanti anda di Galeri Ekonomi, Galeri Kewangan Islam, Galeri Numismatik dan Galeri Kanak-kanak.


Sudut-sudut yang menarik di dalam Sasana Kijang

 
Sebahagian koleksi lukisan di Galeri Seni


Sebahagian koleksi lukisan di Galeri Seni


Sebahagian koleksi lukisan di Galeri Seni


Sebahagian koleksi lukisan di Galeri Seni

Khidmat Percuma:

14 comments:

Guru said...

assalammualaikum

ada maksud, SASANA KIJANG tu?

Unknown said...

Salam Warga KL, terima kasih kerana bertanya. Sebenarnya,saya pun tidak begitu ambil peduli makna Sasana sebelum Warga KL bertanya. Maka, saya terpaksa Google. Jawapannya ialah ajaran, amalan dan doktrin. Yang menggerunkan, maknanya berkait rapat dengan Buddha. Rujuk di http://babylon.com/definition/sasana/English. Oleh sebab, Buddha bukanlah suatu doktrin agama, saya rasa lega sedikit. Nama ini dipilih oleh pihak pengurusan kami melalui peraduan dalam kalangan kakitangan. Wallahualam.

Guru said...

assalammualaikum

ajaran sang kijang lah ya??
kenapa tidak sasana kancil ya??

pelik juga ya...
kadang-kadang pemilihan nama hanya bersandar ke'elit'an dan keunikannya sahaja ya

Unknown said...

Kijang ialah maskot Bank Negara Malaysia. Gambar dekat duit kita tu adalah gambar Kijang. Mengapa dulu kami pilih Kijang bukan Kancil, saya tak ada jawapan. Yang pasti, Kijang lebih besar daripada Kancil, tetapi tidak semestinya ia lebih cerdik. Masa kecil-kecil dulu kita banyak baca tentang kecerdikan Kancil mengalahkan Sang Harimau dan Sang Buaya. Sepatutnya BNM pilih Kancil sebagai maskot. Wallahualam.

saharul said...

salam kembali....semoga anda sihat dan dilindungi Allah SWT...berkenaan dgn post kat atas tu, pasti menambah ilmu pemnegtahuan..

Unknown said...

Salam Cikgu Jang. Cikgu bolehlah bawa murid-murid cikgu datang melawat ke sana. Pada pemerhatian saya, yang ramai datang ke Muzium Matawang BNM yang lepas-lepas adalah dalam kalangan murid-murid Tiong Hua. Melayu kurang. Tempat baharu ini lebih menarik untuk murid-murid sekolah. Banyak ilmu pengetahuan yang bakal mereka peroleh. Jika berminat, gunakan alamat di link yang saya sertakan di atas.

Unknown said...

lawa lukisan tu ;)

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... ziarah sahabat... berkenaan soalan babah.. saya x kawin lagi.. kenapanya ? kenalkan la dgn awek babah yang pakai tudung putih berbaju hitam ada dot dot putih yang dlm gambar tu.. hehehhee

Shahrin Zaidy Ahmad said...

assalammualaikum... babah... makasih saya klik balik mr potato... babah nak gambar yg mcm mana...?? klu bole saya usahakan...

Unknown said...

Salam. Kalau Bujang nak berkenalan cari dalam facebook babah. Cuba sendiri ye..

Shahrin, nanti kalau ada gambar-gambar yang uniklah. Nanti datang BNM ambil gambar. Saya tunggu. Shahrin kena ambil gambar yang ingin diketahui oleh dunia supaya ramai masuk blog bila diorang search. Betul tak?

Anas Saufi said...

bila nak siap bangunan sasana kijang ni?

Aina said...

Berkenaan gambar pertama yang muncul dalam entry ini, ia adalah daripada laman Flickr saya. Harap anda menyatakan asal gambar ini diambil dan tidak menggunakan watermark blog anda di atas nya. Terima kasih.

Anonymous said...

tak kisah aper jua namer nyer..sasana kijang ke...sasana kucing ke...sasana tenuk ke...

aper yg Pak Samad tau..hampeh punye projek..luar cantik..dlm penuh ngan defect...major retak saner..major retak cini..yg spatutnya leh pakai 2010 trpakse tunda Oktober 2011..

aper punye hampeh contractor yg dlantik tu...kroni kpd tut!!!!!!!!!

bangunan cimb yg trsergam indah yg sama naik ngan projek sasana kijang ne pun dah lame siap..

bangunan burj khalifa dubai yg wat tahun 2004 pun dah lame siap...169 tingkat tu...harge bratus2 billion lak tu...

apesal bumi sjahtera malaysia camne...biler la agak nak aman ne..dr atas sampai ler ke bwh..huhu..

Pak Samad Pnky

Anonymous said...

Salam semua, hmm lain mcm je maksud "sasana" ni.

Noun: (Teaching, discourse, message). Buddhas teaching.
Generally, the term designates everthing that is related to Buddhas teaching, its propagation, its study and its putting into practice. We also say buddha sasana.

sasana also designates the period during which Buddhas teaching is made known to beings and practised.

Lagi satu betul ke logo BNM tu kijang... raser2 mcm Anjing je sebab kijang mana ader ekornya panjang ye tak? and Bulan penuh and separuh .. mcm ada pengaruh Mesir Lama Anubis, Raa and Horus....mohon pencerahan....untuk golongan so called 'elit' tertentu simbol ni mcm seolah2 magic utk derang...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...