15 October, 2009

Selembar Benang 6


Tahukah anda apakah makna sebenar perkataan lestari? Kalau tidak tahu, saya berikan satu klu atau pembayang. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggunakan perkataan ini sebagai slogan, iaitu “Jadilah Pengguna Lestari”.  Bunyi sebutannya semacam bestari yang membawa maksud cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan dan berbudi pekerti yang baik. Begitulah tanggapan kebanyakan orang. Tetapi cuba kita lihat Kamus Dewan Edisi Ke-4 untuk mencari makna sebenar perkataan lestari. Dalam Kamus Dewan, lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal atau tetap, Melestarikan bermaksud menetapkan atau mengekalkan. Contoh: mengekalkan hutan. Kelestarian pula bermaksud keadaan (hutan, persekitaran) yang tidak berubah atau terpelihara seperti asal. Mari kembali kepada slogan “Jadilah Pengguna Lestari” dan gantikan perkataan lestari kepada makna sebenarnya "Jadilah Pengguna yang Tidak Berubah-ubah”. Harap-harap KPDNKK tidak bermaksud begitu...



Sambungan Selembar Benang.

Bila vs apabila
Bila ialah kata tanya, manakala apabila pula ialah kata hubung. Dengan perbezaan ini, kedua-dua kata tersebut tidak boleh disamakan.

Contoh:
Salah: Saya akan membantu awak bila tugas saya selesai.
Betul: Saya akan membantu awak apabila tugas saya selesai


Salah: Midah termenung bila menerima berita itu.
Betul: Midah termenung apabila menerima berita itu.

Antara vs di antara
Antara merupakan kata sendi nama, manakala di antara pula berfungsi sebagai penanda arah, iaitu digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau arah. Ini bermakna kedua-dua kata ini tidak boleh digunakan untuk maksud yang sama.

Contoh:
Salah:Ipoh terletak antara Kuala Kangsar dengan Gopeng.
Betul: Ipoh terletak di antara Kuala Kangsar dengan Gopeng.


Salah: Hubungan diplomatik di antara China dengan Taiwan tidak pernah wujud.
Betul: Hubungan diplomatik antara China dengan Taiwan tidak pernah wujud.

Jumpa lagi minggu hadapan.  Jom makan Kingkong Belacan.



8 comments:

LanaBulu said...

Salah: Hubungan diplomatik antara China dengan Taiwan tidak pernah wujud.

Betul: Hubungan diplomatik antara China dengan Taiwan tidak pernah wujud.
p/s- 22 ayat di atas adalah salah.
tersalah taip tu..hee
boleh betulkan nanti ok!!

Babah said...

Terima kadih bro. Saya akan betulkan kesilapan.

kakcikseroja said...

Salam Babah..

alamak! kenapa kakcik tak boleh nak pos komen???

kakcikseroja said...

Eh! boleh la pulak.. tadi dah taip panjang-panjang, tak lepas. Apa-apapun, kakcik bersyukur dapat mengenali blog ini. Mudah2an dapat memperbaiki tatabahasa (mungkin juga budi bahasa) kakcik. :)

Babah said...

Jazakaullahu khairan kathira kakcik. Nanti sekali-sekali datanglah bertandang lagi.

Alamanda said...

mencari keredhoanNya
Kalau ikut Kamus Dewan, sepatutnya keredaan-Nya.
Kingkong Belacan tu apa???

... said...

Jazakaullah hu khairan kathira

... said...

Lupa nak jawab.
1. Guna perkataan redho kerana ada bunyi arab sikit;
2. King kong telah disalah eja oleh pemilik restauran. Sepatutnya, kangkung.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...