Bahasa ialah maruah bangsa dan negara. Bahasa Melayu akan terus menghadapi cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden. Bahasa sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh tercicir atau tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya. Itulah harapan setiap orang yang berbangsa Melayu.
TETAPI, sekonyong-konyong penggunaan bahasa Inggeris sama ada secara formal mahupun tidak formal mengacung dan menjadikan status bahasa Melayu semakin rencam. Fenomena ini berlaku dalam kedua-dua aspek penting komunikasi, iaitu penulisan dan pertuturan. Bahkan tanpa disedari seakan-akan bahasa Melayu telah menurun tarafnya menjadi bahasa pengantar kedua selepas bahasa Inggeris. Ini amat bertentangan sekali dengan apa yang tersurat di dalam Perlembagaan Malaysia. Atas sebab itu, jelas terasa bahawa kualiti penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan orang ramai tampak semakin merosot hari demi hari. Isu mengenai dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang masih belum nampak penghujungnya terus menginjak martabat bahasa Melayu. Yang menghairankan, bangsa Melayu sendiri yang bertelagah tentang hal ini, bangsa lain hanya menonton dan menunggu siapa bakal menjadi pemenang dan siapa pula yang akan kecundang. Kesudahannya nanti ialah bangsa ini yang akan mengusung keranda bahasanya sendiri menuju ke liang lahad.
Kini, timbul persoalan adakah suatu masa nanti bahasa Melayu akan pupus?
Kita dimaklumkan bahawa daripada 6,000 bahasa yang dipertuturkan, hanya 300 sahaja yang dituturkan oleh lebih sejuta orang penutur dan yang lainnya, dituturkan kurang satu juta orang. Dijangka separuh daripada 5,700 bahasa ini akan pupus dalam tempoh seabad. Lebih menakutkan, jika dahulu bahasa yang mengalami kepupusan antara dua hingga empat generasi atau antara 50 hingga 100 tahun, tetapi dengan keganasan globalisasi, kadar kebinasaan ini berlaku hanya dalam satu hingga dua generasi. Bahasa Sanskerta (Sanskrit) yang pernah menjadi bahasa lingua franca atau bahasa global pada masa dahulu, telah pun pupus ditelan zaman.
Jika hanya berdasarkan jumlah penutur, saya bersikap begitu pesimistik tentang masa depan bahasa Melayu kerana penutur bahasa Melayu secara relatifnya memang sedikit (kurang daripada 25 juta) dan semakin berkurang berbanding dengan penutur bahasa Indonesia yang berjumlah lebih 238 juta orang. Mujurlah bahasa Melayu diikat oleh Perlembagaan (dalam Perlembagaan disebut bahasa Melayu) yang mampu memanjangkan jangka hayat bahasa itu, meskipun kini namanya telah diwartakan sebagai bahasa Malaysia, bukan lagi bahasa Melayu.

Wah, sekarang kita menyandarkan pula nasib bahasa kita dengan bahasa Indonesia! Ada pihak berkata, perbezaan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia umpama perbezaan antara bahasa Inggeris Britain dan bahasa Inggeris Amerika kerana kedua-duanya boleh memahami antara satu sama lain, walaupun berbeza dari segi ejaan dan kosa kata. Tetapi, saya beranggapan sebaliknya. Ramai penutur bahasa Melayu tidak lagi memahami apa yang dituturkan oleh bangsa Indonesia, malah setiap filem Indonesia di kaca TV sudah diberi sari kata dalam bahasa Melayu yang menggambarkan bahawa sari kata semakin penting bagi memudahkan penonton faham akan dialog yang diucapkan dalam filem tersebut.
Justeru, untung nasib bahasa Melayu tidak langsung bergantung pada jumlah banyaknya penduduk Indonesia kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia sememangnya berbeza dan kian asing bagi kedua-dua penutur. Perbezaan menjadi semakin ketara kerana penyerapan kata-kata asing yang amat berleluasa dalam kedua-dua bahasa itu. Mungkin dalam penyerapan perkataan Arab, Farsi, Tamil, Sanskerta, dan Cina perbezaannya tidak begitu jelas, tetapi penyerapan kata-kata Eropah Barat memperlihatkan perbezaan yang agak menonjol. Faktor penjajahan menjadikan bahasa Indonesia lebih banyak menyerap perkataan Eropah melalui bahasa Belanda, sementara bahasa Melayu pula lebih banyak menyerap bahasa Inggeris. Penyerapan kata-kata asing ini memungkinkan suatu hari nanti kedua-dua bahasa tidak lagi saling difahami oleh penutur bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.
Contoh:
Bahasa Melayu
Basikal, polis, polisi (insurans), parti, universiti, ofis, pensyarah
Bahasa Indonesia
Sepeda, polisi, polis (asuransi), partai, universitas, kantor, dosen.
Selain itu, penyerapan daripada perkataan bahasa Inggeris bagi bahasa Indonesia diserapkan terus, sebalik bagi bahasa Malaysia, kebanyakan perkataan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Bahasa Inggeris: identity, business, insurance, management
Bahasa Melayu: mengenal pasti, perniagaan, insurans, pengurusan
Bahasa Indonesia: mengidentifikasikan, bisnes, asuransi, manajemen
Perbezaan dari segi ejaan.
Perbezaan dari segi ejaan.
Contoh:
Bahasa Melayu: erti, harung, putera, beza, kendera, kerana, Isnin, wang
Bahasa Indonesia: arti, arting, putra, beda, kendara, karena, Senin, uang,
Perbezaan dari segi sebutan.
Perbezaan dari segi sebutan.
Contoh:
Bahasa Melayu:
Mac, Ogos, cabaran, bercakap, kedai, tiket, farmasi, restoran, hospital, zoo, televisyen, ibu pejabat, kereta, tanah
Bahasa Indonesia:
Maret, Agustus, tantangan, berbicara, toko, karcis, apotik, rumah makan, rumah sakit, kebun binatang, televisi, kantor pusat, mobil, lahan.
Sekarang, mari kita fikirkan apakah faktor lain yang dapat menyelamatkan bahasa kita atau membiarkan sahaja bahasa Melayu terus tercungap-cungap dan semput menuju ke destinasi akhir yang dinamakan kematian...

Persemadian Bahasaku
1 comment:
Salam...
benar sekali apa yang diperkatakan. tiada sebarang bantahan dari saya. ini komen saya tentang bahasa kita;
Oleh; Ampuan Awang
Terkenang bahasa Ibundaku
semakin terhakis di atas landasan zaman
Orang-orang semakin lupa
Hilang gaya dan tatasusilanya
Bahasa Rojak
menyakitkan...
Apakan daya
ia digemari di pasaran...
Hatta yang empunya tulisan tangan
selalu mengiyakan
Ya! Ikut saja rentaknya wahai teman
tutup hati menentang kegusaran
Takut dikatakan
Ibarat anjing menyalak di perbukitan
disorong-sorongkan
Mungkinkah ada bahasa lain bisa menjadi pengganti
atau mungkin bahasa penjajah beraja di hati
atau mungkin kita sudah tidak peduli
akan nasib bahasa kita di kemudian hari...
Post a Comment