Hari ini saya menghadari satu program kebahasaan sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 peringkat Bank Negara Malaysia. Program ini diberi nama "Sepetang Bersama Personaliti Bahasa". Ia menampilkan beberapa tokoh bahasa dan sasterawan serta individu terkenal dalam bidang penyiaran. Personaliti-personaliti tersebut ialah Prof. Dr. Lim Swee Tin (UPM), Prof. Madya Dr. Victor A. Pogadaev (UM), Puan Selena Lee (Munsyi Dewan), Encik Karam Singh (TV3) dan Encik Charles Mohan (NTV7).
Dalam program ini tokoh-tokoh tersebut diberi masa selama 15-20 minit untuk bercerita tentang pengalaman mereka mempelajari bahasa Melayu sehingga mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar dan bersahaja. Saya kagum dengan kemampuan mereka berceloteh dan mengeluarkan hujah secara spontan tanpa memerlukan sebarang teks. Kesimpulan yang boleh saya buat melalui program ini ialah seandainya suatu ketika nanti bahasa Melayu menjadi asing di tanah air ini, keterasingan itu bukanlah kerana faktor lain selain daripada kealpaan bangsaku sendiri...Wallahualam.
Gambar-gambar lain
3 comments:
Assalammualaikum...dalam menyemai diri untuk membudayakan bahasa melayu, Program-program macam ini perlulah dianjurkan supaya bahasa melayu dapat digunakan sebagai bahasa rasmi secara menyeluruh...mmm
Dr. Victor Pogadaev
Sasterawan Rusia tentang bahasa ibunda mereka:
“Pada hari-hari yang penuh kebimbangan, pada hari-hari yang penuh renungan berat tentang nasib tanah airku maka kaulah, Bahasa Rusia yang agung, perkasa, jujur dan bebas merupakan satu-satunya sokongan dan dukungan bagiku! Kalau bukan kewujudan kau – aku pasti putus asa melihat segala yang terjadi di tanah airku. Tidak mungkin tidak percaya bahawa bahasa agung seperti itu diberikan kepada bangsa yang agung juga!”
Ivan Turgenev (1818-1883), penulis Rusia
Kita tahu apa yang ditaruh
Dan apa yang berlaku kini.
Keberanian diperlukan
Dan keberanian tidak luput kita.
Kita tidak takut mati ditembak,
Tidak takut kehilangan rumah,
Asal bahasa Rusia
Bahasa Agung kita tetap kekal
Kita membawanya melalui masa,
Bebas dan murni,
Dan serahkan kepada cucu
Untuk selama-lamanya.
Anna Akhmatova (1889-1966), penyair perempuan Rusia
Terima kasih Zool atas komen anda dan juga Prof. Dr. Victor atas coretan anda di blog ini. Selalu-selalulah lagi melawat ke sini.
Post a Comment