24 January, 2013

Kerajaan Perpaduan: Minat Najib yang tak kunjung padam...

Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib Tun Razak, pencetus idea glokal untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan, meskipun gagal membentuk Kerajaan Perpaduan antara UMNO dan PAS di peringkat lokal, idea ini terus dicanang ke peringkat global - antarabangsa, iaitu usaha untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan antara Hamas dan Fatah, di Gaza Palestin



Berita daripada Utusan Online:

GAZA 22 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak yang hari ini mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin menawarkan bantuan Malaysia untuk menjayakan pelan perdamaian antara Hamas dan Fatah.

Sambil menyatakan Malaysia bersedia melakukan apa juga cara bagi menjayakan usaha itu, Perdana Menteri berkata, tawaran tersebut atas keyakinan hanya melalui perpaduan sahaja keamanan dan kemakmuran akan tercapai.

Walau bagaimanapun, hasrat "murni" Dato' Seri Najib mungkin tidak kesampaian apabila  kunjungan beliau ke Gaza dikecam oleh Presiden Palestine Mahmoud  Abbas.


Kini Kerajaan Perpaduan tajaan Dato' Seri Najib mungkin akan gagal buat kali kedua...

 

Yang untung ialah Nasa dan Zul Kulim yang dapat melancong percuma ke Gaza...


Read more...

Bebalisme: Pertandinigan Karaoke Sempena Maulidur Rasul...

Kita sering dicanangkan oleh pihak tertentu akan pencapaian umat Islam di Malaysia yang dikatakan sering menjadi suri teladan kepada umat Islam di dunia luar sama ada dari aspek kemajuan ukhrawi atau pun kemajuan duniawi.

Namun, apa yang selalu kita lihat dan dengar adalah sebaliknya. Sindrom bebalisme dalam masyarakat Islam terus menjadi penyakit yang sukar diubati. Pelanggaran hukum dibuat secara terang-terangan dan penghinaan terhadap Allah dan rasul-Nya terus dilakukan tanpa penghujung.

Di bawah ini ditunjukkan satu contoh bebalisme dalam kalangan umat Islam.

Penganjur, peserta, penonton dan pemerhati luar yang diam sama-sama berkongsi "saham" ini.

Bebalisme, dunguisme, benakisme, bangangisme, bengapisme, bongokisme, tongongisme, tololisme, dongokisme, baghalisme, bahlulisme, bingungisme, pandikisme, jahilisme, sementungisme, ngongisme, paluisme, hamikisme, goblokisme, pongahisme, bongakisme, congongisme, songorisme dan pandirisme yang masih berleluasa dalam kalangan umat Islam jelas menunjukkan betapa teruknya sistem pendidikan Islam di Malaysia.

Kalau tahun lepas, kita boleh memarahi penganjur bukan Islam yang cuba mempromosi Aidul Adha dengan Perayaan Hantu "Haloween", tetapi kali ini, adakah sesiapa yang berani menegur pihak penganjur program karaoke sempena Malidur Rasul, iaitu Belia 1Malaysia.

   

 

Macam inilah orang bodoh yang selalu dikatakan oleh UAI...


Read more...

23 January, 2013

Sebarkan: Kebimbangan Dr Hamid Arshat...

Kebimbangan seorang pakar sakit puan tempatan, Dr Hamid Arshat tentang gejala penyakit kanser dalam kalangan kaum wanita di negara ini jelas tergambar dalam postingnya di FB.  Mybabah rasa bermanfaat untuk kita bersama-sama menyebarkan maklumat ini.

Dr Hamid berasa bimbang akan kejadian penyakit kanser yang semakin berleluasa, khususnya kanser payu dara.  "Mungkin estrogen yang berlebihan menjadi salah satu penyebab angka pesakit kanser semakin meningkat" katanya.

Dr Hamid menyarankan agar wanita jangan memakan atau mengguna terlalu banyak bahan yang mengandungi estrogen, lebih-lebih lagi tanpa pengawasan doktor.   


Wanita yang tidak berkahwin, atau yang berkahwin tetapi tidak hamil, atau yang beranak tetapi tidak menyusukan anak mereka dan wanita yang gemuk mempunyai risiko yang lebih tinggi dihinggapi kanser.

Dr Hamid menasihati wanita supaya selalu menuam payu dara mereka dengan tuala suam dan mengurutnya daripada garis luar ke arah puting untuk mencegah kilang susu daripada tersumbat. Amalkan memakan sayur-sayuran seperti salad, tomato, karot, brokoli, timun dan lain-lain. Amalkan juga memakan buah beri dan anggor berserta bijinya, delima dengan bijinya juga, air lemon dan madu. Sering periksa payu dara ketika mandi sarannya lagi.


Nota:
Estrogen ialah satu kumpulan hormon yang memainkan peranan penting dalam pembangunan seksual normal dan reproduktif pada wanita. Hormon ini juga dipanggil hormon-hormon seks. Ovari wanita menghasilkan kebanyakan hormon estrogen, walaupun kelenjar-kelenjar adrenal turut mengeluarkan sejumlah kecil hormon.

Sebagai tambahan kepada mengatur kitaran haid, estrogen menjejaskan saluran reproduktif, saluran kencing, hati dan urat darah, tulang-tulang, buah dada, kulit, rambut, membran berlendir, otot-otot pelvik dan otak. Ciri-ciri seksual yang sekunder, seperti pubis dan bulu ketiak juga mula membiak apabila tahap-tahap estrogen meningkat. Banyak sistem organ, termasuk sistem musculoskeletal dan kardiovaskular, dan otak terjejas oleh estrogen.


 

Sebarkan...


Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...