Kita sering dicanangkan oleh pihak tertentu akan pencapaian umat Islam di Malaysia yang dikatakan sering menjadi suri teladan kepada umat Islam di dunia luar sama ada dari aspek kemajuan ukhrawi atau pun kemajuan duniawi.
Namun, apa yang selalu kita lihat dan dengar adalah sebaliknya. Sindrom bebalisme dalam masyarakat Islam terus menjadi penyakit yang sukar diubati. Pelanggaran hukum dibuat secara terang-terangan dan penghinaan terhadap Allah dan rasul-Nya terus dilakukan tanpa penghujung.
Di bawah ini ditunjukkan satu contoh bebalisme dalam kalangan umat Islam.
Penganjur, peserta, penonton dan pemerhati luar yang diam sama-sama berkongsi "saham" ini.
Bebalisme, dunguisme, benakisme, bangangisme, bengapisme, bongokisme, tongongisme, tololisme, dongokisme, baghalisme, bahlulisme, bingungisme, pandikisme, jahilisme, sementungisme, ngongisme, paluisme, hamikisme, goblokisme, pongahisme, bongakisme, congongisme, songorisme dan pandirisme yang masih berleluasa dalam kalangan umat Islam jelas menunjukkan betapa teruknya sistem pendidikan Islam di Malaysia.
Kalau tahun lepas, kita boleh memarahi penganjur bukan Islam yang cuba mempromosi Aidul Adha dengan Perayaan Hantu "Haloween", tetapi kali ini, adakah sesiapa yang berani menegur pihak penganjur program karaoke sempena Malidur Rasul, iaitu Belia 1Malaysia.
Macam inilah orang bodoh yang selalu dikatakan oleh UAI...
No comments:
Post a Comment