01 March, 2013

Polis memburu singa di Mekah...

Hidayatullah.com—Seekor singa berusia empat bulan terlepas ke alam bebas di wilayah kota Suci Mekah dan pihak polis telah melakukan pencarian mulai semalam. Polis mengatakan, mereka mendapat laporan pada hari Khamis malam (28/2/2013) daripada seorang lelaki yang mengaku singa peliharaannya terlepas dari kandang di rumahnya. Pasukan pencari sudah dikerah ke seluruh penjuru kota, namun “haiwan hilang” itu belum dijumpai, lapor Al-Arabiya (1/3/2013).



Di negara-negara kawasan Teluk seperti Arab Saudi, United Emirate Arab dan Qatar, haiwan-haiwan yang jarang ditemui atau hampir pupus dan dilindungi seperti singa, cheetah, dubuk dan monyet kadang-kadang boleh ditemui di rumah-rumah orang kaya yang dipelihara sebagai simbol status. Kerajaan melarang perdagangan haiwan yang hampir pupus, namun penyeludupan masih berlaku melalui perbatasan Yaman. Berdasarkan laporan The Guardian terkini, harga anak-anak singa boleh mencapai lebih US$13.000 seekor dan penyeludupan haiwan seumpama ini merupakan salah satu kesempatan bagi orang-orang Yaman di perbatasan yang miskin untuk mendapatkan sumber pendapatan. Jaringan penyeludup itu tidak hanya menjual singa, tetapi juga cheetah, harimau bintang, gazelle, dubuk dan monyet.*



 

Pak Arab memang suka menghambur-hamburkan wang untuk menjaga status...

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...