Setelah melakukan penyelidikan yang terperinci dengan mentelaah kitab-kitab muktabar, seperti al-Umm, kitab Fiqh Imam as-Syafie, al-Muwatta, kitab karangan Imam Malik, yang mengandungi hadis-hadis hukum, kitab Masail Ushul, iaitu kitab fiqh yang berisi keterangan yang diriwayatkan oleh para imam Mazhab Hanafi dan kitab-kitab muktabar daripada Mazhab Hambali, seperti Al-Mustaw‘ib, Al-Furu‘, Al-Iqna‘ li Talib al-Intifa‘ dan Mukhtasar al-Kharqi dan al-Mughni, jelas menyatakan bahawa solat berjamaah tidaklah dituntut @ tidak perlu khususnya untuk individu-individu seperti yang berikut:
Sesiapa yang malas solat berjamaah, patut malu dengan lelaki ini...
1. Orang dewasa yang disahkan oleh doktor pakar bahawa mereka mempunyai masalah pendengaran yang kronik. Tidak dituntut bagi seseorang yang pekak (bukan pekak badak) untuk menunaikan solat berjamaah. Golongan ini langsung tidak dapat mendengar laungan azan walaupun pembesar suara diletakkan di telinga mereka, apatah lagi bacaan dan takbir imam ketika rukuk serta sujud.
2. Orang dewasa yang menghadapi masalah penglihatan. Golongan buta (tidak termasuk buta hati) juga tidak dikehendaki untuk hadir solat berjamaah, jika hidup bersendirian. Tanpa dipimpin perjalanannya pasti sukar bagi mereka meraba-raba mencari jalan ke masjid atau surau serta semasa berdiri di dalam saf.
3. Orang dewasa yang menjadi hamba abdi moden. Sekarang ini ramai para bapa yang menjadi "bibik" di rumah. Nak kena masak untuk isteri balik daripada kerja, menyusukan anak, basuh baju, mop lantai dan macam-macam lagi kerja di rumah. Tidak dibuat, kena tengking dengan isteri. "Bibik" memang tidak dituntut solat berjemaah.
4. Orang dewasa yang hilang ingatan dan menghadapi masalah gangguan mental juga tidak perlu hadir untuk solat berjamaah. Mustahil pesakit-pesakit mental mampu mengikut imam solat berjamaah. Kelak, lain yang imam buat di depan, lain pula nanti makmum di belakang menggayakannya.
Jika anda mempunyai salah satu daripada ciri-ciri yang dinyatakan di atas, anda termasuk dalam golongan orang yang tidak perlu hadir berjemaah di surau atau di masjid. Jika anda bukan golongan di atas, tetapi malas untuk ke surau atau ke masjid atau malu dengan masyarakat di sekeliling anda yang memandang sinis kepada anda kerana tidak solat berjamaah, gantung papan tanda di leher anda dengan perkataan-perkataan yang berikut:
1. Maaf saya tidak dapat ke surau atau ke masjid kerana saya PEKAK.
2. Maaf saya tidak dapat ke surau atau ke masjid kerana saya BUTA.
3. Maaf saya tidak dapat ke surau atau kemasjid kerana saya GILA.
4. Maaf saya tidak dapat ke surau atau kemasjid kerana saya "BIBIK".
Ya Allah, istiqamahkan aku untuk berjamaah di surau atau di masjid...
No comments:
Post a Comment