16 April, 2013

Kalau Syiah sesat, mengapa mereka boleh mengunjungi tanah suci?

Oleh: AM Waskito

Bertahun-tahun silam pernah diadakan perbincangn antara seorang Ustaz dari PP Persis Bandung dengan Jalaluddin Rahmat (tokoh Syiah asal Bandung). Dalam makalahnya, Ustaz Persis itu tanpa teragak-agak membuat kenyataan “Syiah Bukan Sebahagian daripada Islam”. Ketika sesi dialog berlangsung, Ustaz Persis itu -dengan pertolongan Allah- mampu mematahkan argumen-argumen Jalaluddin Rahmat. Kejadiannya mirip, ketika dilakukan diskusi di Malang antara Jalaluddin Rahmat dengan Ustaz-ustaz Persis Bangil; ketika memberi maklum balas ke atas buku Islam Aktual, karya Jalaluddin Rahmat. Menjelang akhir perbincangan di Bandung itu, Jalaluddin mengatakan, “Kalau memang Syiah dianggap sesat dan bukan sebahagian daripada Islam, mengapa Pemerintah Saudi masih memperbolehkan kaum Syiah menunaikan Haji ke Tanah Suci?”



Nah, atas pernyataan ini, tidak ada tanggapan serius daripada para Ustaz di atas. Ternyata, mereka masih memerlukan kunjungan ke tanah suci (Mekah dan Madinah). Dan ternyata, kata-kata serupa itu dipakai oleh Prof. Dr. Umar Shibah, tokoh Syiah yang menyusup ke lembaga MUI Pusat. Ketika kaum Syiah terdesak, dia mengemukakan alasan pembelaan yang sama. “Kalau Syiah dianggap sesat, mengapa mereka masih boleh berhaji ke Tanah Suci?” Lalu, bagaimana kalau pertanyaan di atas disampaikan kepada anda semua wahai, kaum Muslimin? Apa jawaban anda? Apakah anda akan memberikan jawaban yang tepat, atau memilih menghindar? Sekadar catatan, konon dalam sebuah perbincangan antara Jalaluddin Rahmat dengan Ustaz M. Thalib (sekarang Amir MMI). Ya, ini sekadar catatan, agar kita selalu mempersiapkan diri dengan argumen-argumen yang mantap sebelum “bersilat” pemahaman dengan orang yang berbeza akidah.

Mengapa kaum Syiah masih boleh masuk ke Tanah Suci, baik MakkahAl Mukarramah maupun Madinah Al Munawwarah? Mari kita jawab pertanyaan ini:

PERTAMA, sebaik-baik jawaban ialah Wallahu a’lam. Hanya Allah yang maha tahu sebenar-benar alasan di balik kebijakan Pemerintah Saudi memberikan tempat bagi kaum Syiah untuk ziarah ke Mekah dan Madinah.

KEDUA, dalam sekte Syiah terdapat banyak golongan. Antara mereka ada yang lebih dekat ke golongan Ahlus Sunnah (iaitu Syiah Zaidiyyah-meski sebahagian ulama mengatakan Syiah Zaidiyyah sudah tergolong sesat dengan Syiah lainnya-Red), ada yang sederhana kesesatannya, dan ada yang ekstrim (seperti Imamiyyah dan Ismailiyyah). Terhadap kaum Syiah ekstrim ini, rata-rata para ulama tidak mengakui keislaman mereka. Nah, dalam praktiknya, tidak mudah membezakan kelompok-kelompok tadi.

KETIGA, usia sekte Syiah sudah sangat tua. Hampir setua usia sejarah Islam itu sendiri. Tentu cara menghadapi sekte seperti ini berbeza dengan cara menghadapi Ahmadiyyah, aliran Lia Eden, dll. yang termasuk sekte-sekte baharu. Bahkan Syiah sudah mempunyai sejarah sendiri, sebelum kekuasaan negeri Saudi dikuasai Dinasti Saud yang berfahaman Salafiyyah. Jauh-jauh hari sebelum Dinasti Ibnu Saud berdiri, kaum Syiah sudah masuk Mekah-Madinah. Ibnu Hajar Al Haitsami penyusun kitab As Shawaiq Al Muhriqah, beliau menulis kitab itu dalam rangka memperingatkan bahaya sekte Syiah yang pada masanya banyak muncul di Kota Mekah. Padahal kitab ini termasuk kitab turats klasik, sudah ada jauh sebelum era Dinasti Saud.

KEEMPAT, kalau melihat identiti kaum Syiah yang datang ke Mekah atau Madinah, ya rata-rata tertulis “agama Islam”. Negara Iran saja mendakwa mereka sebagai Jumhuriyyah Al Islamiyyah (Republik Islam). Revolusi mereka disebut Revolusi Islam (Al Tsaurah Al Islamiyyah). Data seperti ini tentu sangat menyulitkan untuk memastikan jenis sekte mereka. Semuanya disebut “Islam” atau “Muslim”.

KELIMA, kebanyakan kaum Syiah yang datang ke Mekah atau Madinah, mereka orang awam. Artinya, kesyiahan mereka umumnya hanya ikut-ikutan, kerana tradisi, atau kerana desakan lingkungan. Orang seperti ini berbeza dengan tokoh-tokoh Syiah ekstrem yang memang sudah dianggap murtad daripada jalan Islam. Tanda kalau mereka orang awam iaitu kemauan mereka untuk datang ke Tanah Suci Mekah-Madinah itu sendiri. Kalau mereka Syiah ekstrim, meraka tidak akan mahu datang berkunjung ke Tanah Suci Ahlus Sunnah. Mereka sudah punya “tanah suci” sendiri iaitu: Karbala’, Najaf, dan Qum. Perlakuan terhadap kaum Syiah awam tentu harus berbeza dengan perlakuan kepada kalangan ekstrim mereka.

KEENAM, orang-orang Syiah yang datang ke Tanah Suci Mekah-Madinah sangat diharapkan akan mengambil banyak-banyak pelajaran daripada kehidupan kaum Muslimin di Mekah-Madinah. Apabila mereka tertarik, terkesan, atau bahkan terpikat; mudah-mudahan mereka mahu bertaubat daripada agamanya, dan kembali ke jalan lurus, agama Islam Ahlus Sunnah.

KETUJUH, hadirnya ribuan kaum Syiah di Tanah Suci Maeah-Madinah, hal tersebut adalah BUKTI BESAR betapa ajaran Islam (Ahlus Sunnah) sesuai dengan fitrah manusia. Meskipun para ulama dan kaum penyesat Syiah sudah bekerja keras sejak ribuan tahun lalu, untuk membuat-buat agama baru yang berbeza dengan ajaran Islam Ahlus Sunnah; tetap sahaja fitrah mereka tidak dapat dicemari, bahawa hati-hati mereka terikat dengan Tanah Suci kaum Muslimin (Mekah-Madinah), bukan Karbala, Najaf, dan Qum.

KELAPAN, kaum Syiah di negerinya sangat biasa memuja kubur, menyembah kubur, tawaf mengelilingi kuburan, meminta tolong kepada ahli kubur, berkorban untuk penghuni kubur, dll. Kalau mereka datang ke Mekah-Madinah, maka praktik “ibadah kubur” itu tidak ada di sana. Harapannya, mereka dapat belajar untuk meninggalkan ibadah kubur, kalau nanti mereka sudah kembali ke negerinya. Insya-Allah.

KESEMBILAN, pertanyaan di atas sebenarnya lebih layak diajukan kepada kaum Syiah sendiri, bukan kepada Ahlus Sunnah. Mestinya kaum Syiah jangan bertanya, “Mengapa orang Syiah masih boleh ke Mekah-Madinah?” Mestinya pertanyaan ini diubah dan diajukan ke diri mereka sendiri, “Kalau Anda benar-benar Syiah, mengapa masih datang ke Mekah dan Madinah? Bukankah Anda sudah mempunyai ‘kota suci’ sendiri?” Demikian sebagian jawaban yang boleh diberikan. Semoga bermanfaat.


 
Wallahualam...

5 comments:

Anonymous said...

Hj kahar,ayahpin..tok bomoh menurun..kalau daftar tabung haji..dapat visa..maka akan duk dimekah la mereka sebulan dua..hehehehe

Anonymous said...

Hanya Allah yg lebih tahu!
Bagi kita:
1.Mereka bertaqiyah;semakin bertaqiyah semakin tinggi dan teguh imannya
2.Kerajaan Arab tak boleh bertindak drastik menghalang mereka kerana dari segi politik ia memudaratkan@ia menguasai teknologi

ijoks2009 said...

Hari ini dapat jawapan yang selama ini bermain di fikiran saya :)

Anonymous said...

Saudaraku sekalian, kenapa Syiah boleh masuk ke Mekah dan MAdinah ni sebenarnya adalah persoalan kebijaksaan menerusi semangat diplomasi.
Kerajaan Saudi boleh saja tidak membenarkan Syiah memasuki tanah suci kerana byk isunya. antaranya, dunia semua tahu bahawa Syiah berkali memijak kubur para sahabat Nabi yg mulia di perkuburan Baqi' hinggakan ada di kalangan mrk yg keterlaluan ingin mengorek kubur2 tersebut dan meludah ke atasnya. buktinya sgt byk penganut Syah dihukum oleh pihak berkuasa Saudi.
itu belum dikira peristiwa seorang delegasi Iran yg diketuai seorang Ayatollah meludah maqam saidina Umar dan mencacinya.
Namun saudaraku sekalian, ingatlah kalau sekiranya Saudi melarang penganut Syiah utk ke Mekah dan MAdinah, nescaya orang2 kafir akan menuduh bahawa Saudi mengkhianati "saudara seislam"/ tidakkah ini akan menjadi fitnah yg akan merosakkan imej Ahli Sunnah wal jamaah. dan fitnah inilah yg dinantikan oleh penganut SYiah. dlm hal ni, sama sj dgn sikap Nabi Muhammad yg tidak membunuh Abdullah bin Ubay krn bimbang org kafir akan mengatakan bahawa ini dia Muhammad sanggup membunuh "
"saudara seislamnya sndiri"

Anonymous said...

KH. HASYIM ASY`ARI dalam kitabnya
“Muqaddimah Qanun Asasi li Jam’iyyah
Nahdlatul Ulama’” memberi peringatan kepada
warga nahdliyyin agar tidak mengikuti paham
Syi’ah. Menurutnya, madzhab Syi’ah
Imamiyyah dan Syi’ah Zaidiyyah bukan
madzhab sah. Madzhab yang sah untuk diikuti
adalah Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hambali.
Beliau mengatakan: “Di zaman akhir ini tidak
ada madzhab yang memenuhi persyaratan
kecuali empat madzhab; Hanafi, Maliki, Syafi’i
dan Hambali. Adapun madzhab yang lain
seperti madzhab Syi’ah Imamiyyah dan Syi’ah
Zaidiyyah adalah ahli bid’ah. Sehingga
pendapat-pendapatnya tidak boleh
diikuti” (Muqaddimah Qanun Asasi li
Jam’iyyah Nahdlatul Ulama’, hlm: 9).

BUYA HAMKA
Menilik kesemuanya ini dapatlah saya,
sebagai Ketua Majelis Ulama Indonesia
atau sebagai pribadi menjelaskan
pendirian saya dengan Revolusi Iran.
1. Sesuai dengan preambule
(pembukaan) UUD 1945, saya simpati
atas revolusi yang telah berlaku di negeri
Iran. Saya simpati karena mereka telah
menentang feodalisme Kerajaan Syah
yang tidak adil.
2. Karena ternyata revolusi Islamnya ialah
berdasar Mazhab Syi’ah, maka kita tidak
berhak mencampuri urusan dalam negeri
orang lain, dan sayapun tetap seorang
Sunni yang tak perlu berpegang pada
pendapat orang Syi’ah dan ajaran-ajaran
Ayatullah.
Ketika saya di Iran, datang empat orang
pemuda ke kamar hotel saya, dan dengan
bersemangat mereka mereka mengajari
saya tentang revolusi dan menyatakan
kenginannya untuk datang ke Indonesia
guna mengajarkan revolusi Islam Syi’ah
itu di Indonesia. Boleh datang sebagai
tamu, tapi ingat kami adalah bangsa
yang merdeka dan tidak menganut Syi’ah!
Ujar Buya Hamka.
Posisi Buya Hamka sendiri terkait Syi’ah
dapat kita rujuk dari tulisan-tulisannya.
Dalam majalah Panji Masyarakat No.
169/Tahun ke XVII, 15 Februari 1975 (4
Shafar 1395 H) hal 37-38, Buya Hamka
sudah menjelaskan lebih jauh kritiknya
terhadap ajaran Syi’ah yang menyelisihi
ahlus sunah. Bahkan Buya Hamka pun
mendudukkan posisi Hasan dan
Muawiyah sebagai dua pihak yang
menghendaki persatuan Islam. Jauh dari
lontaran caci maki seperti ditulis oleh
para tokoh-tokoh dan kitab-kitab Syi’ah
selama ini terhadap Muawiyah.
(Islampos.com)

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...