Menurut syara‘ rasuah adalah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar, kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil al-Qur’an, hadis dan ijma’ para ulama.
Allah swt berfirman: mafhumnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (188) (Surah al-Baqarah: 188)
Firman Allah s.w.t lagi: mafhumnya: “Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)….” (42) (Surah al-Ma’idah: 42)
Berdasarkan ayat-ayat al-Qur‘an di atas bahawa Allah s.w.t melarang umat-Nya memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Perbuatan rasuah termasuk memakan harta dengan jalan yang salah itu.
Perbuatan rasuah disebut juga oleh Rasulullah s.a.w dengan hukuman laknat atau kutukan Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Antara hadis yang membincang perkara rasuah, hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin ‘Amru, beliau berkata: Maksudnya: “Bersabda Rasulullah s.a.w: “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya: Maksudnya: “Rasulullah s.aw. melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukuman.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi).
Pembuktian UMNO Parti Rasuah...
Jika tidak takut laknat Allah, undi UMNO @ BN...
No comments:
Post a Comment