Di Kuala Lumpur, khutbah Juma'at hari ini amat menjengkelkan kerana khatib bagai burung kakak tua menyampaikan khutbah yang bertemakan janji ditepati oleh Kerajaan yang ada, lantas manusia digesa supaya terus memilih pemimpin yang sedemikian meskipun sang khatib amat arif tentang apa-apa yang sedang berlaku di sekitar mereka.
Lain pula apa yang berlaku di Kuantann. Rata - rata jamaah Masjid al-Fatah Kuantan siang tadi menangis dengan pengisian khutbah yang disampaikan oleh Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official): Inti sari khutbah oleh al-fadhil ustaz itu adalah seperti yang berikut:
1. Sekarang bukan lagi zaman menjadi penyokong, sekarang zaman semua kena menjadi petugas untuk memenangkan Islam.
2. Jika ditakdirkan kita tewas, jaganlah berasa dukacita atas kekalahan itu, tetapi berdukacitalah kerana kita tidak menyumbang kepada kemenangan. Orang yang telah bekerja keras tidak perlu bersedih, kerana itu adalah kehendak Allah.
3. Berilah sumbangan kepada perjuangan memenangkan Islam.
4. Dalam sebuah peperangan yg sangat penting di zaman Nabi s.a.w., Nabi s.a.w. menyuruh semua sahabat menginfaqkan harta. Saidina Umar menyumbang separuh hartanya, Saidina Abu Bakar menyumbang semua hartanya termasuk jubah yang sedang dipakai, tetapi ada seorang ahli jamaah yg kudung kedua dua tangan dan kakinya, menyumbang segantang kurma, hasil dia mengumpul setelah lama bekerja menjadi hamba mengangkat air dari perigi.
5. Si kudung kaki dan tangan pun menyumbang untuk Islam, sanggupkah kita hanya setakat menjadi penyokong, bila kalah nanti dia bersedih, sedangkan orang lain berjaga sampai lewat pagi untuk gerak kerja Islam, dia di rumah menonton tv!
6. Perjuangan ibarat sebuah bangunan. Semuanya saling memerlukan..siapa yang jadi atap, jangan komplen kepada lantai, yang menjadi tangga jangan komplen kepada dinding, yang menjadi tiang jangan komplen kepada tingkap...
Berjuanglah sahabatku ...
Sumber FB Rasmi PAS Pusat
Allahu Akbar!...
No comments:
Post a Comment