Gempar! Arnaud Van Dorn anggota Parti Kebebasan berhaluan kanan Belanda yang sebelum ini telah terlibat secara langsung dalam pembuatan sebuah filem yang menghina peribadi Rasulullah s.a.w yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kini dilaporkan telah memeluk Islam!
Akhbar-akhbar Saudi termasuk 'Ukkaz dan lain-lain melaporkan bagaimana Arnaud Van Dorn yang sebelum ini begitu menentang dan sangat membenci Islam, kini sedang berada di Arab Saudi malah turut menyiarkan gambar beliau sedang solat di Masjid Nabawi dan menjahit kelambu Kaabah!
Sewaktu beliau menziarahi Masjid Nabawi dan makam Nabi s/a.w.beliau dilihat menangis teresak-esak hingga dapat dilihat oleh semua yang hadir. Ketika ditanya apakah punca yang membawanya memeluk Islam. Beliau menyatakan bahawa sebenarnya reaksi dan kemarahan luar biasa umat Islamlah yang telah mendorongnya untuk mengkaji dan mencari apakah rahsia sebenar di sebalik kecintaan yang begitu mendalam umat Islam terhadap peribadi agung tersebut. Sehinga pada akhirnya, beliau mendapati bahawa Nabi Muhammad s.a.w yang pernah dimusuhinya itu sebenarnya adalah satu peribadi paling agung dalam sejarah peradaban manusia! 'Tangisan' beliau semakin kuat ketika beliau berdiri di hadapan makam Baginda s.a.w.. Kini beliau merancang untuk mengerjakan umrah dan akan kembali ke Madinah al-Munawwarah.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar...
2 comments:
Alhamdulillah,Allahuakbar ,Allahuakbar;Allahuakbar
bahagianya, jika hidup ini sentiasa didalam rahmat ALLAH. semoga kita tergolong dalam kalangan yang dirahmati ALLAH....Aminnnn
Post a Comment