25 March, 2013

Pihak Gereja Benarkan Orang Islam Solat di Premis Mereka

Sebuah gereja Scotland menjadi yang pertama di UK membuka premisnya untuk umat Islam menunaikan ibadah solat. Gereja Episcopal St John di Aberdeen mengalu-alukan beratus-ratus umat Islam bersolat lima kali sehari di dalam premis itu kerana masjid berdekatan tidak mampu menampung jumlah jemaah yang sebahagiannya terpaksa menunaikan solat di luar masjid. Rev Ishak Poobalan menyerahkan sebahagian daripada dewan gereja kepada Ketua Imam Ahmed Megharbi dan orang Islam menunaikan solat di situ.



Rev Poobalan berkata bahawa tidak lengkap imannya jika beliau tidak menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Beliau berkata: 'Sembahyang tidak salah. Tugas saya ialah menggalakkan orang ramai untuk, menunaikan solat. 'Masjid itu penuh pada kebanyakan masa, ada orang yang terpaksa menunaikan solat di luar dalam keadaan kesejukan dan ditimpa hujan." -DCM/DM



Sumber berita di sini dan di sini.



 

Alhamdulillah!

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...