10 March, 2013

Mengenali Rasulullah s.a.w berdasarkan hadis...

Sebagai seorang Islam, kita patut berusaha membayangkan idola kita, Rasulullah Muhammad s.a.w. Untungnya, walaupun tidak ada rujukan gambar baginda (karena memang tidak diperbolehkan), banyak para sahabat Rasulullah s.a.w yang telah menyampaikan ciri fisikal baginda menerusi hadis-hadis.



Ciri fizikal Rasulullah Muhammad s.a.w yang disebut para sahabat tersebut, antara lain adalah sebagai yang berikut:

Berpostur tubuh sedang dan tegap;
Tinggi tubuh sedang, tidak tinggi dan tidak pendek;
Warna kulitnya sedang dan cerah, tidak terlalu putih dan tidak terlalu hitam;
Bentuk kepala baginda agak besar dan kuat;
Rambutnya tidak keriting, namun juga tidak lurus. Agak berombak; Rambutnya cukup tebal, panjangnya sampai batas telinga;
Memiliki dahi yang lebar;
Wajah beliau bercahaya;
Alis mata melengkung dan tebal. Antara alisnya nampak urat darah halus yang berdenyut bila baginda emosi atau bergairah;
Warna mata hitam dan bulu mata yang panjang. Terlihat garis-garis merahnya;
Hidung beliau agak melengkung dan mengkilap jika terkena cahaya serta tampak agak menonjol jika pertama kali melihatnya, padahal tidak demikian sebenarnya;
Mulut baginda sedang, agak lebar;
Gigi beliau putih cemerlang dan agak renggang;
Memiliki janggut hitam dengan uban putih. Janggutnya tipis tapi penuh rata sampai di pipi;
Bahunya bidang (lebar) dan kokoh;
Memiliki dada, tangan dan kaki yang kekar;
Pergelangan tangan beliau cukup panjang;
Jari jemari tangan dan kaki baginda tebal dan lentik memanjang;
Telapak tangan dan kaki baginda agak lebar dan padat berisi;
Daerah di sekitar tulang belikat baginda cukup lebar, dan terlihat proporsional;
Memiliki tanda kenabian antara tulang belikat;
Dada dan pinggang baginda seimbang ukurannya;
Lengan dan dada bahagian atas baginda berbulu;
Terdapat bulu-bulu halus tumbuh di dada baginda dan terus ke bawah hingga pusar;
Bahagian-bahagian tubuh baginda yang tidak tertutup bulu lebat satupun nampak bersih dan bercahaya; Tumit baginda langsing;
Telapak kaki baginda cukup lengkungannya dan atasnya halus serta bagus bentuknya.

Rujukan:

Ali bin Abi Thalib, ia berkata, “Rasulullah memiliki jari jemari tangan dan kaki yang tebal dan lentik memanjang.” (HR. Ahmad, Al-Mizzi dalam Tandzib Al-Kamal, dan Ibnu Sa’ad)

Dikisahkan oleh Ismail bin Abi Khalid, “Aku mendengar Abu Juhaifa berkata, “Aku melihat Nabi dan Al-Hasan bin Ali tampak mirip dia. “Aku berkata pada Abu Juhaifa, “Coba gambarkan sosok nabi padaku.” Dia berkata, “Dia berkulit putih dan jenggotnya hitam dengan uban putih. Dia berjanji membei kami 13 ekor unta betina, tapu dia terlanjur mati terlebih dahulu sebelum kami menerimanya.” Hadits riwayat Imam Bukhari, vol.IV no.744

Anas bin Malik meriwayatkan: “Rasulullah saw. bertubuh sedang, bercorak kulit cerah, tidak putih sekali namun tidak pula hitam benar. Rambut baginda dapat dikatakan lurus dan agak berombak. Allah Ta’ala mengangkat baginda sebagai Nabi ketika berusia empat puluh tahun. Sesudah itu baginda sempat tinggal di Mekah selama tiga belas tahun. Lalu di Madinah selama sepuluh tahun. Allah memanggil bagindake hadirat-Nya pada umur enam puluh tiga tahun. Saat itu baru sedikit saja uban yang tumbuh di rambut dan janggut baginda” (Diriwayatkan oleh Anas bin Malik)

Anas bin Malik meriwayatkan: “Rasulullah (saw) tingginya sedang; tidak tinggi benar maupun pendek; baginda tegap. Rambut baginda tidak keriting namun tidak pula lurus sama sekali. Warna kulit baginda sedang, tapi cerah. baginda berjalan dengan gesit. Melangkah dengan tubuh sedikit condong ke depan.” (Diriwayatkan oleh Anas bin Malik).

Bara’a bin Aazib (ra) meriwayatkan: “Rasulullah (saw) tingginya sedang, dengan tulang belikat (pundak) yang bidang. Rambut baginda cukup tebal, panjangnya sampai batas telinga. Saya belum pernah melihat sesuatu yang lebih menarik daripada baginda. (Hadits Bara’a bin Aazib)

Ali bin Abi Thalib (ra) meriwayatkan: “Rasulullah (saw) tidaklah tinggi; juga tidak pendek. Telapak tangan dan kaki baginda padat berisi. Baginda memiliki kepala yang agak besar dan kuat. Bulu-bulu halus tumbuh di dada baginda dan terus ke bawah sampai pusar. Jika baginda berjalan, melangkahnya seolah-olah seperti turun (meloncat) dari suatu ketinggian. Saya belum pernah melihat baginda antara sahabat-sahabatnya, dan daripada antara orang-orang yang datang sesudah (wafatnya) baginda (Riwayat dari Ali bin Abi Thalib).

Ali bin Abi Thalib (ra) juga meriwayatkan: Rambut Rasulullah lurus dan sedikit berombak. Baginda tidak berperawakan gemuk dan tidak pula tampak terlalu berat, baginda berperawakan baik dan tegak. Warna kulit baginda cerah, mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang. Sendi-sendi tulang baginda kuat dan dada baginda cukup kekar, demikian pula tangan dan kaki baginda. Badan baginda tidak berbulu tebal, tapi hanya bulu-bulu tipis dari dada ke bawah sampai di pusar baginda. Jika baginda sedang berhadapan dengan seseorang, maka baginda akan mengarahkan wajah baginda ke orang tersebut (penuh perhatian). Antara tulang belikat baginda “tanda” kenabian baginda. Baginda adalah orang yang paling baik hati, orang yang paling jujur, orang yang paling dirindukan dan sebaik-baik keturunan. Siapa saja yang mendekati baginda akan langsung merasa hormat dan khidmat. Dan siapa yang bergaul dengan baginda akan langsung menghargai dan mencintainya. Saya belum pernah melihat orang lain seperti baginda (Riwayat dari Ali bin Abi Thalib).

Hind bin Abi Halah (ra) menceritakan sebagai berikut: “Rasulullah (saw) memiliki peribadi mulia dan diakui sangat agung dalam pandangan orang yang melihatnya. Wajah baginda bercahaya seterang bulan purnama. Baginda sedikit lebih tinggi daripada rata-rata kami tapi lebih pendek daripada orang yang jangkung. Kepala baginda lebih besar daripada rata-rata, dan rambut baginda agak keriting (berombak). Jika dapat dikuakkan (dibelah), maka beliau kuakkan, Jika tidak dapat maka baginda biarkan saja. Ketika rambut baginda agak panjang, akan mencapai kuping telinga baginda. Kulit baginda berwarna cerah dan dahi baginda lebar. Alis mata baginda lengkung hitam dan tebal, di antara alisnya nampak urat darah halus yang berdenyut bila baginda emosi atau berghairah. Hidung baginda agak melengkung dan mengkilap jika terkena cahaya serta tampak agak menonjol jika kita pertama kali melihatnya, padahal tidak demikian sebenarnya. Baginda berjanggut tipis tapi penuh rata sampai di pipi. Mulut baginda sedang, gigi baginda putih cemerlang dan agak renggang. Pundak baginda bagus dan terpasang kokoh, seperti di cor dengan perak. Anggota tubuh baginda yang lain serba normal dan proporsional. Dada dan pinggang baginda seimbang ukurannya. Daerah di sekitar tulang belikat baginda cukup lebar, dan terpasang dengan baik. Bahagian-bahagian tubuh baginda yang tidak tertutup bulu lebat satupun nampak bersih dan bercahaya. Kecuali bulu-bulu halus yang tumbuh dari dada dan tumbuh sampai ke pusar. Lengan dan dada bahagian atas baginda berbulu. Pergelangan tangan baginda cukup panjang, telapak tangan baginda agak lebar serta baik telapak tangan maupun kaki baginda padat berisi, jari-jari tangan dan kaki baginda cukup langsing. Telapak kaki baginda cukup lengkungannya dan atasnya halus serta bagus bentuknya, sehingga saat baginda mencucinya, maka air akan meluncur dengan cepat ke bawah. Jika baginda berjalan, bagindau melangkah dengan posisi badan agak condong ke depan, tapi baginda melangkah dengan anggun. Langkah baginda panjang dan cepat serta terlihat seperti turun (loncat) dari suatu ketinggian. Jika baginda sedang berhadapan dengan seseorang, maka baginda memandang orang itu dengan penuh perhatian. Pandangan baginda selalu ditundukkan sesuai aturan (dalam Alquran), dan lebih sering melihat ke bawah daripada ke atas. Baginda tidak pernah membesarkan mata kepada seseorang, pandangan mata baginda selalu menyejukkan. Baginda juga selalu berjalan agak di belakang, terutama ketika melakukan perjalanan jauh dan baginda selalu lebih dulu menyapa orang yang ditemuinya di jalan.” (Hind bin Abi Halah (ra) telah diceritakan oleh Hasan bin Ali).

Rasulullah  s.a.w. memiliki mulut yang agak lebar, pada mata baginda terlihat juga garis-garis merahnya. Dan tumit baginda langsing. Saya berkesempatan melihat Rasulullah s.a.w di bawah sinar rembulan, san (saya) perhatikan pula rembulan tersebut, bagi saya baginda lebih indah daripada rembulan tersebut.” (Diriwayatkan Jabir bin Samurah)


 

Allahum salli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad...

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...