08 March, 2013

Masjid Kobe: Tanda Keagongan Allah...

Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini didirikan pada tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe bererti "gate of God" atau gerbang Tuhan. Tahun 1945, Jepun terlibat dengan perang Dunia Kedua. Serangan Jepun ke atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah membuat pemerintah Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sebuah peperangan. Dan Jepun pun tewas. Dua kotanya, Nagasaki dan Hiroshima dibom oleh Amerika.


Masjid Kobe Tidak Hancur oleh Bom Amerika
Ketika itu, kota Kobe juga tidak terkecuali daripada menerima akibatnya. Hampir semua kawasan di Kobe menjadi rata dengan tanah. Ketika bangunan di sekitarnya musnah, Masjid Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca jendelanya pecah. Bahagian luar masjid menjadi agak hitam karena asap serangan bom. Tentara Jepun yang berlindung di tingkat bawah tanah masjid selamat daripada ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat menampung mangsa perang. 

Hal ini saling tak tumpah seperti apa yang berlaku kepada sebuah Masjid di Aceh ketika negara itu dilanda Tsunami besar pada tahun 2004.

Masjid di Banda Aceh terus kukuh walaupun sekitar seperti pada jarak padang tekukur

Pemerintah Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana untuk pengubahsuaian dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca jendela yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan langsung dari Jerman. Sebuah lampu hias baru digantungkan di tengah ruang soalat utama. Sistem pengatur suhu ruangan lalu dipasang di masjid ini. Sekolah yang hancur akibat perang kembali diubah suai  dan beberapa bangunan tambahan pun mulai dibangunkan. Umat Islam kembali menjalankan kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Kobe.


Masjid Kobe terus kukuh dengan izin Allah

Krisis kewangan sering menghantui jawatankuasa masjid. Sewa bangunan yang tinggi membuat jawatankuas masjid harus mengeluarkan cukup banyak biaya dari simpanannya. Beruntung, banyak penderma yang bersedia memberikan infak untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan ubah suai masjid ini. Derma yang diterima mampu membuat Masjid Kobe menjadi semakin berkembang. Kekokohan Masjid Kobe diuji lagi dengan gempa bumi paling dahsyat tahun 1995. Tepatnya pada pukul 05.46 Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe sahaja, tetapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lainnya. Meski gempa bumi hanya berlaku 20 saat, namun gempa ini memakan korban jiwa sebanyak 6.433 orang, yang sebahagian besar merupakan penduduk kota Kobe. Selain itu gempa itu juga juga mengakibatkan kerosakan besar kota seluas 20 km dari pusat gempa. Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kokoh dan tegak, seakan-akan tidak terjejas langusng meski diduga dengan pelbagai bencana. Semoga dakwah Islam di Jepun setegar masjid ini.



 

Allahu Akbar walillahilham...

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...