29 March, 2013

Macai UMNO hina agama Hindu...

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).



KUALA LUMPUR,— Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Zulkifli Noordin dikritik pemimpin Hindu apabila beliau menyampaikan kuliah agama baru-baru ini dengan mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak melindungi kedainya daripada ditimpa banjir. Ahli parlimen bebas itu juga mempersoalkan kesucian Sungai Ganges, yang juga dikenali sebagai Ganga di India, yang dianggap suci oleh penganut Hindu. “Saya pernah ke Sungai Ganga dahulu. Bagaimana boleh kata ia suci? Terdapat bangkai ayam dan ranting kayu terapung-apung,” kata Zulkifli yang direkod dalam video bertajuk “Zulkifli Nordin (PERKASA) menghina agama hindu” yang dimuat naik di laman sosial YouTube semalam. Naib Presiden PKR N Surendran mengatakan kenyataan Zulkifli sebagai “serangan ganas” ke atas orang India di Malaysia. “Kata-kata yang dikeluarkan Zulkifli Noordin adalah yang paling teruk dalam menyerang agama lain di negara ini,” kata Surendran yang dipetik dari lidah parti PAS, Harakahdaily, hari ini. “Kita mahu Ketua Polis Negara dan Peguam Negara menyiasat dan mendakwa Zulkifli Noordin di bawah seksyen 298A,” kata peguam tersebut, merujuk kepada Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang menyebabkan ketidakharmonian, dan mencetus kebencian antara kaum.

-themalaysianinsider.com



  
Manusia ini bertopengkan agama Islam untuk kekal berkuasa...

3 comments:

ijoks2009 said...

Saya pernah dengar kata-kata ini dalam kuliah Zul Nordin di masjid Ketika dia bersama Pakatan Lagi..

Unknown said...

Jika begitu, betullah kata orang, ilmu agamanya separuh masak...

Anonymous said...

itu video lama bodoh! Bkn bru..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...