18 March, 2013

Aduhai, kita hanya tinggal di dunia ini 2 minit 6 saat...

Had masa kehidupan seorang manusia di muka bumi ini sangatlah singkat laksana seorang pengembara yang singgah untuk sekadar minum, begitulah Rasullullah s.a.w, manusia agung pilihan menggambarkannya. Sungguh, sebentar sahaja waktunya...



Setiap bayi yang lahir di alam fana ini tidak mempunyai pilihan untuk hidup melainkan dengan dua buah kitab, iaitu kitab catatan perbuatan baik (sijjin) dan kitab mencatat perbuatan buruk (illiyin) yang akan mengiringinya sampai ke akhirat nanti. Ditambah lagi amanah daripada Allah yang khusus diberikan kepada manusia, iaitu solat. Suatu ketika sahabat melihat Ali bin Abi Thalib r.a. ketika berwudu' kulitnya berwarna kuning, dan bergementar badannya ketika solat. Maka sahabat yang melihat peristiwa itu bertanya kepada Ali, “wahai Ali mengapa engkau kelihatan seperti tidak sihat ketika berwudu dan solat?”. Ali bin Abi Thalib pun menjawab “Bagaimana aku tidak gementar jika gunung, pepohon dan makhluk lain ciptaan Allah tidak sanggup memegang amanah ini daripada Allah”

Hidup di dunia ini sangatlah singkat, tidak sebanding dengan kehidupan di akhirat. Sebagaimana firman Allah di dalam surat Al Ma’arij ayat 4:

“Para malaikat dan jibril naik menghadap kepada Allah, dalam sehari setara dengan lima puluh ribu tahun”.

Berarti, sehari di akhirat sama dengan 50,000 tahun di dunia. Apabila dibandingkan umur manusia berdasar ukuran usia Rasullullah s.a.w. 63 tahun, maka hakikatnya, kehidupan manusia hanya setara dengan dua minit enam saat di akhirat. Belum lagi ibadah yang dilakukan seseorang hamba yang belum tentu diterima oleh Allah s.w.t. Oleh itu, gunakanlah waktu sekelumit yang diberikan kepada anda itu dengan sebaik-baiknya...

Sumber cerita di sini.



 

Masya-Allah...

2 comments:

ijoks2009 said...

Begitulah hakikatnya,tapi kebanyakan dari kita menyibukkan diri hanya untuk keperluan 2 minit itu sahaja.

Benarlah firman Allah,Demi masa manusia itu sentiasa dalam kerugian..

Unknown said...

Rahmat Allah sahaja yang boleh menjadikan 2 minit 6 saat setanding dengan ribuan tahun di akhirat. Wallahualm.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...