02 February, 2013

Termakan babi kena kumur dengan air tanah...

Hari ini Bro Firdaus Wong dalam FBnya di sini meminta dalil tentang seseorang yang termakan babi difatwakan untuk berkumur dengan sekali air tanah dan senam kali air mutlak.


Beliau bertanya "ada sesiapa yang tahu ulama mana yang sebut dan kitab mana yang mengatakan kalau seseorang termakan babi kena samak mulut dengan kumur air tanah 7 kali?".

Saya hormat Ustaz Azhar Idrus tetapi... kenyataannya yang sebegini telah mengelirukan orang terutamanya kepada orang yang baru memeluk Islam. Apa yang beliau kata ada sandaran daripada Quran dan sunnah kita terima tetapi yang ini terlalu mendukacitakan".

"Mohon siapa yang belajar pondok, lulusan agama dalam luar negara untuk menjawab "fatwa" UAI ini adakah benar atau sebaliknya" kata beliau lagi.


Mybabah juga tidak bersetuju dengan jawapan UAI kerana hal ini masih perlu pencerahan yang lebih mendalam. Jika kaedah fikh mahu dilaksanakan secara tuntas dalam hal ini, kaedah berkumur hanya meliputi sebahagian daripada kewajipan. Seharusnya tempat lalu najis secara keseluruhan perlu disucikan. Ringkasnya, air lumpur sepatutnya ditelan...

Pandangan Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal dalam hal ini nampak lebih praktikal dan menepati hukum:

Termakan daging khinzir dimaafkan, sebab kita tidak tahu dan tidak sengaja memakannya. Tetapi jangan pula kita buat-buat tidak tahu atau sudah tahu tetapi tetap makan juga setelah mengetahuinya. Setelah kita menyedarinya, tapi masih tidak mengendahkannya yakni tetap memakannya, maka ia menjadi haram disebabkan sengaja memakan binatang yang haram dimakan dalam Islam. Khinzir itu adalah binatang yang haram dimakan dan merupakan najis yang paling berat (najis muqallazah) - Blog Ustaz Noramin di sini.

Jika ada ustaz di luar sana yang lebih arif, sila berikan pencerahan kepada Bro Firdaus Wong kita itu.

Wallahualam.






Apa-apapun kena rujuk pakar...

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...