24 February, 2013

Pastor Katolik diizinkan berkahwin?

Hidayatullah.com: 23 Februari 2013 Pemimpin Katolik paling senior di England menyarankan agar pemimpin (pastor) umat Katolik diizinkan berkahwin dan memiliki anak. Ia juga menyatakan, hidup membujang bukanlah "berasal daripada Tuhan". Kardinal Keith O'Brien mengatakan, banyak para pendeta merasa "sangat sulit menjalankan" kehidupan membujang, untuk itu larangan berkahwin sebaiknya segera ditarik balik di seluruh gereja.


Diberitakan The Guardian, Juma'at (22/2/2013), Kardinal menyarankan Paus berikutnya perlu mengkaji semula larangan perkahwinan bagi para pendeta. Apalagi perkahwinan telah diperbolehkan dalam beberapa hal di gereja belakangan ini. Gereja Katolik England mengizinkan mantan pendeta Anglikan untuk berkahwin, di bawah kebenaran Paus sekarang, Benediktus XVI, pada tahun 2011. Ketika ini O'Brien dikenali sebagai seorang yang kuat menentang undang-undang dan pernikahan gay. Ia akan menjadi wakil Katolik England dalam konklaf di Vatikan pada bulan depan bagi memilih pengganti Paus Benediktus. Kehadirannya di Vatikan itu akan menjadi tugas rasmi terakhirnya. Sekarang ini ia memasuki masa untuk bersara, selanjutnya akan berundur daripada Uskup Agung St Andrew dan Edinburgh, dan sebagai ketua gereja Katolik Rom di Skotlandia.

Dalam wawancara dengan BBC, ia mengatakan, ada beberapa ajaran "dogmatis dasar" Katolik, seperti menentang penguguran dan eutanasia. Namun larangan berkahwin terhadap para pemimpin gereja tidak termasuk daripada ajaran itu. "Misalnya membujang yang dilakukan para pendeta, atau apakah pendeta melakukan pernikahan, Nabi Isa tidak menyebutkan sesuatu tentang itu," kata O'Brien. "Ada suatu masa pendeta melakukan pernikahan, dan tentu saja kita tahu pada ketika ini di beberapa cawangan gereja Katolik, pendeta boleh bernikah. Jadi jelas membujang bukan daripada Tuhan, dan kita sebaiknya tidak membahasnya lagi." Namun untuk dirinya dia tidak mahu mempertimbangkan melakukan perkahwinan, karena "terlalu sibuk" dengan tugas-tugas. "Saya tidak begitu berkeinginan melakukannya". "Ketika saya masih muda, para pendeta memang tidak berkahwin, itu saja." "Saya akan sangat senang jika orang lain memiliki kesempatan untuk mempertimbangkan, apakah mereka mau berkahwin atau tidak." "Ini adalah dunia yang bebas dan saya menyedari bahawa banyak pendeta sulit menjalani kehidupan membujang, dan dalam menjalankan aktiviti kepimpinannya merasa perlu pendamping, seorang perempuan, yang dinikahi dan memiliki keluarga dalam kehidupannya." Pemimpin senior gereja Katolik Skotlandia, termasuk mantan Uskup Agung, telah membolehkan para pastor berkahwin untuk mengatasi makin berkurangnya minat kaum muda memasuki kehidupan kepastoran. Beberapa paroki di Skotlandia terpaksa harus berbahagi pastor kerana terlalu sedikitnya pastor.* Rep: Insan Kamil Red: Syaiful Irwan

Tuntutan berkahwin dalam Islam:
Dalil daripada Al-Quran yang bermaksud : "Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil(antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja"(Surah An - Nisaa' - Ayat 3 )

Dalil daripada As-sunnah yang bermaksud: "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng"(Riwayat Muslim )

Dari Ijmak Ulama : Semua ulama sepakat mengatakan bahawa hukum perkahwinan itu adalah dituntut oleh Hukum Syarak.

 
Katolik Kristian pun banyak mengamalkan bidaah...

1 comment:

ijoks2009 said...

Paderipun ada nafsu dan keinginan membina keluarga jugak,mana mungkin boleh menyekat fitrah manusia.
Islam terbukti agama yang tidak pernah menyekat fitrah manusia dan hanya mengawal bukan menyekat.

Mana-mana undang-undang ciptaan manusia yang berlawanan dg fitrah lambat laun akan dipinggirkan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...