20 January, 2013

Solat: Golongan Yang Solat Mereka Tidak Diterima...

Solat merupakan tiang agama. Amalan yang pertama sekali akan dihisab oleh Allah swt di akhirat kelak ialah solat. Sekiranya solat tidak diterima, maka semua amalan lain tidak akan diterima, tetapi sekiranya solat diterima, maka barulah akan dihisab amalan-amalan yang lain.



Namun begitu, hendaklah diingat bahawa terdapat beberapa golongan manusia yang Allah tidak akan menerima solat mereka. Antara golongan tersebut ialah:

- Solat yang dilakukan secara bersendirian (tidak berjamaah, tanpa uzur yang diterima syara').
- Solat orang yang tidak keluarkan zakat sedangkan mereka mampu mengeluarkan zakat.
- Solat orang yang melakukan zina dan mereka tidak taubat nasuha kepada Allah swt.
- Solat orang yang memakan riba dan tidak bertaubat nasuha kepada Allah swt.
- Solat orang yang menyamun.
- Solat orang yang makan dan minum benda yang haram,
- Solat orang yang makan dan minum daripada rezeki yang haram.
- Solat orang yang berjual beli benda yang haram.
- Solat seorang hamba yang lari daripada tuannya.
- Solat seorang wanita yang derhaka, masam muka atau bercakap kasar terhadap suaminya.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh daripada Allah.”


Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”


Wallahualam.

Saksikan iklan solat berjamaah yang tidak terdapat di Malaysia di sini...




Semoga Allah menerima solat kita...

3 comments:

ijoks2009 said...

Salam tuan tanah,Terimakasih atas nasihat diatas,sesungguhnya tiada yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w dan nasihat menasihati adalah umpama brake yang dapat menghalang kita dari terbabas.

Samsudin Jidin said...

Terima kasih tuan kerana sudi menziarah kami di sini...

ijoks2009 said...

Blog my babah antara blog yang selalu menjadi tatapan saya(jika line tenet ok)
Kadang2 saya copy artikel kat sini dg disertakan linknya ,harap halalkan :)

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...