29 January, 2013

Pengantin Baru bertempur di barisan hadapan Syria...

Aleppo, Syria - Mahmoud al-Halabi pernah menjadi pemandu kepada salah seorang isteri menteri di Syria. Nour al-Hassan pula pernah menjadi pendandan rambut gaya baharu. Semasa meningkatnya penentangan di Syria, mereka dipertemukan apabila kedua-duanya menjadi pejuang di medan pertempuran Aleppo dengan tentera Presiden Bashar al-Assad.

Mahmoud al-Halabi dan Nour al-Hassan berkahwin selepas setahun mereke berkenalan [Basma Atassi/Al Jazeera]

Mahmoud, 28 tahun, pemberontak yang berada di barisan hadapan di sempadan Sheikh Saeed, tiga tahun lalu dipecat sebagai pemandu. Beliau dipenjara dan disiksa oleh regim Bashar selama setahun dan memaksanya meninggalkan Syria. Kesalahan yang dilakukannya hanyalah kerana jatuh cinta dengan anak perempuan seorang menteri. Beliau berhijrah ke Lybia, di mana beliau meneruskan minatnya dalam bidang seni ukir.  Tetapi apabila revolusi Libya berlaku pada bulan Februari 2011, beliau menyertai kawan-kawannya menentang tentera Muammar Gaddafi. "Di sinilah mulanya saya mempelajari kemahiran berperang yang sekarang saya gunakan menentang Assad," kata Mahmoud kepada Al Jazeera di Sheikh Saeed.

Nour, 22, pula seorang penggaya rambut di sebuah salon di tengah-tengah Aleppo. Beliau merupaka anak kepada seorang pegawai kanan Kerajaan dalam pemerintahan Parti Baath.

Teruskan pembacaan di sini





Jodoh pertemuan di Tangan Allah....

2 comments:

Anonymous said...

Mereka bukan bemberontak tapi mereke mujahidin kebangaan rasulullah?.tolong jgn jd mcm tv3 penipu rakyat

Unknown said...

Perkataan pemberontakan tidak semestinya selalu membawa konotasi negatif. Memberontak adalah reaksi sepontan untuk menyatakan ketidakpuasan hati. Usahlah terlalu sibuk berbalah dgn perkara temeh yg akhirnya memecah ukhwah. Wallahualam.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...