Paradoks Bahasa Melayu
Keunikan bahasa Melayu boleh dilihat dalam pelbagai aspek, antaranya sifat paradoks yang terkandung dalam bahasa tersebut. Paradoks bermaksud sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum. Punca pertentangan ini ialah disebabkan oleh intotasi yang salah, struktur ayat yang carcamarba dan ketidakfahaman seseorang tentang maksud yang tersirat dalam ayat yang diungkap. Di bawah ini dipaparkan beberapa contoh untuk menjadi renungan (dan hiburan) para pembaca.
Ahli bahasa mengkategorikan kata ganti nama diri orang pertama "aku" dan ganti nama diri kedua "kau" sebagai bahasa kasar. Sebaliknya "saya" dan "kamu" bernilai lebih tinggi dan lebih sopan. Tetapi, mengapa bahasa yang halus ini (saya dan kamu) tidak serasi (tidak sesuai) digunakan untuk berkata-kata dengan Tuhan atau dengan ibu bapa?
Contoh:
Ya Allah, ya Tuhan saya (tidak sesuai).
Ya Allah, ya Tuhanku (sesuai).
"Ali, tolong saya mengangkat barang ini" kata ibu kepada anaknya, Ali (tidak sesuai).
"Ali, tolong mak mengangkat barang ini" kata ibu kepada anaknya, Ali (sesuai).
Dia cantik? (pada hakikatnya dia hodoh).
Dia cantik. (dia memang cantik).
Dia gila perempuan (dia lelaki).
Dia perempuan gila (dia perempuan).
Itu binatang (benar-benar binatang).
Dia binatang! (dia orang).
Sambungan Selembar Benang 15
Kesilapan yang jarang disedari:
Salah: Di seluruh negara mengalami banjir.
Betul: Seluruh negara mengalami banjir.
Salah: Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
Betul: Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
Salah: Ada pihak membangkang cadangan itu.
Betul: Ada pihak yang membangkang cadangan itu.
Salah: Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.
Betul: Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.
Salah: Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.
Betul: Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.
Salah: Yang manakah betul?
Betul: Yang manakah yang betul?
Kamus bahasa Melayu:
Intonasi: turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap)Cacamarba: mengandungi pelbagai unsur, bercampur aduk, (ber)pelbagaian
44 comments:
Salam Babah,
Nampaknya Blog Meniti Usia semakin berbisa. Teruskan usaha Babah. Itu belum termasuk intonasi ayat dalam bahasa Melayu lagi. Contoh: "Limah, angkat kain! Hujan dah turun!"
assalammualaikum
memang banyak betullah kesilapan saya menulis semasa membuat laporan akhir tahun di sekolah
memang very subjektif kan...... baik untuk kita tapi maybe untuk org lain tak baik....
Thanks
My Followers
Dengar
le Muzik
Salam Cikgu Nizar. Contoh yang diberikan "Limah, angkat kain! Hujan dah turun!", memang hebat. Terima kasih.
Salam Cikgu Normah. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu proses pembelajaran berlaku. Orang yang ingin belajar dan memperbaiki kesilapanlah yang sebenarnya hidup!
Salam saudari sha (sharinginfoz). Dalam kehidupan selalu berlaku begitu...
salam babah,
Makin power blog ini.Baguslah.Banyak kesilapan dilakukan..sedikit pembetulan yang dibetulkan.Kerana ego makhluk yang bergelar manusia.
'aku' hanya akan digunakan apabila telah wujud 'kemesraan', 'kepercayaan', dan yang sewaktu dgnnya....
Salam Anak Muallaf. Ilmu Allah amatlah. Apa yang ada pada kita malu untuk dibanggakan.
Salam Sifu. Mungkin itu jawapannya...
salam
semenjak dh tak belajar bahasa melayu ni, byk tul yg dh berubah. Masa dulu rasanya Yang tak boleh berada di depan ayat, skrg boleh pulak ye?
Salam Ros. Yang boleh berada di depan ayat. Namun, yang lebih penting berada di belakang sa demi keutuhan rumah tangga...
susah jgk bahasa melayu nie rupanya, hehehehe
hamdallah.. ada gak platform nak ulang kaji bahasa melayu.
babah teruskan kelas2 bahasa macam ni ya.
Salam eelobor. Selamat bercuti bersama keluarga dan jangan lupa bawa buku ulang kaji bahasa Melayu. He..he..
Salam greenhall. Nanti jika umur panjang, kita buat kelas bahasa Melayu. Greenhall jadi ketua darjah,Cikti penolong. Ok tak?
Bagaimana dgn ayat ini: Tok Imam dengan 'kuncu-kuncunya' sedang solat berjemaah.
salam,
heeeeeeeeeeeee
cantik ke?
ekekkekek...
saya pun dulu2 byk kesalahan time study, boleh la kita tahu sebab ada pemarkahan.
sekarang time kerja, buat repot, minit mesyuarat?
ada org lain kisah?
heeeeeeeeeee...
Salam Wak. Konco (bukan kuncu) ialah rakan, sahabat teman, kakitangan pembantu. Tetapi bagi macam ada elemen puak. Solat berjemaah tidak sepatutnya ada elemen ini. Wallahualam.
Salam BluE. Proses pembelajaran bahasa patut diteruskan. Nanti kalau anak-anak tanya, takkan nak geleng kepala je. Betul tak?
salam ziarah kali pertama. satu blog yang mendidik dan informatif. saya suka.
Salam al-lavendari. Terima kasih tuan. Semoga persahabatan terus terjalin...
wah, gambar2nya kelakar hahaha.
berkenaan tips bahasanya, amat berguna sekali, thanks cikgu.
sy sbg penulis novel, cikgu amat membantu saya.
Ini goreng pisang ani. (Ini pisang goreng ani)
Itu beruk pak mad. (Itu pak mad beruk)
Kenapa makan daging goreng rasa telur?
he..he..
Salam Khairi. Saya bukan cikgu. Saya "banker" tetapi minat bahasa...
Salam budak kampung. Pisang goreng dan goreng pisang; yang pertama frasa nama dan yang kedua frasa kerja.
Pak Mad beruk, rasanya bukan pak mad macam beruk kot, tetapi orang nak bezakan pak mad yang ada beruk dengan pak mad-pak mad lain. Soalan akhir,saya tak faham!
Itu beruk pak mad. (Sebab beruk akan duduk dihadapan palang basikal pak mad dan dibawa bersiar2 = beruk dahulu baru pak mad)
Itu pak mad beruk. (Takkan pak mad nak ganti beruk duduk kat depan, sapa pulak yang nak bawa basikalnya..heh..heh)
Dalam menghayati keenakkan daging goreng, tangan abu turun kebawah untuk rasa telurnya.. ha..ha.. ada lagi .. Kenapa makan daging goreng rasa telur ekk? kah..kah.. just kidding.
Oh gitu...Rasanya budak bandar tak buat, budak kampung je...He...he...
saya ni pemalu la babah.. haha. saya jadi awak-awak dah la. ushar cikti dari jauh pun dah cukup. haha
babah, 'aku' menunjukkan keakraban kan?
menarik, perkara yg terlepas pndang
Bahasa melayu nampak mudah tetapi tidak boleh dipandang mudah...thanks! dpt belajar bahasa hari ni..
salam Babah,
Banyak juga kesilapan penulisan kalau ditelti betul2.. saya budak baru dalam dunia blog.. mintak tunjuk ajar.
My Blog
Salam Dewanhijau. Aku hanya menunjukkan keakraban kepada rakan sebaya, tidak kepada orang-orang lebih tua, muda dan keluarga (terutamanya ibu bapa dan adik beradik). Pasal Cikti, usha-ushalah (ini bahasa rock). Apa-apa yang susah dapat, nilainya tinggi...
Salam Maiyah. Dalam hidup kita ini, banyak perkara yang terlepas pandang salah satunya bahasa.
Salam Mizaranum. Apabila kita selalu "take for granted" apa-apa yang disangka mudah, maka akan berlaku kesilapan dan kelemahan. Kita lihat pelajar-pelajar asing lebih banyak mendapat keputusan terbaik dalam bahasa Melayu berbanding pelajar Melayu.
Salam Encik Taufiq. Jika anda memerlukan apa-apa bantuan daripada saya, emelkan pertanyaan di samsudin.jidin@yahoo.com.
salam babah,
sy bakal guru bahasa, kos pngjian melayu, dari penilaian ilmu yang cetek ini, terdapat beberapa ayat yang saya setuju dan dan saya kurang setuju mengikut hukum tatabahasa.
apa pun, teruskan usaha memartabatkan bahasa Melayu :)
Salam Mohd. Saya orang bank yang minat bahasa Melayu. Ilmu bahasa saya juga masih cetek. Kita boleh saling berkongsi pengetahuan. Di sisipan blog saya ada sekumpulan arif bahasa yang boleh kita rujuk. Apa-apapun, kita boleh terus bertukar-tukar fikiran.
tatabahasa ni bukan sesuatu yg mudah...perlu berhati2 sewaktu menulisnya...
saya sendiri kadang2 tu tersilap penggunaan 'tatanahasa' dalam P&P kpd murid..tapi dapat dikesan apabila bunyinya kurang enak didengari
Salam Cikgu Jang. Memang, kadang-kadang bunyi yang sumbang juga boleh menjadi penentu sama ada tatabahasa kita betul atau salah.
assalamualaikum tuan!
bahasa Melayu baru,
terlalu cantik = cantik giler
terlalu pandai = pandai giler
terlalu ramai = ramai giler
dan macam2 lagi.
bukan hanya komunikasi malahan lebih lagi,
"desafm best giler"
orang tua2 kata 44 kali sebut giler maka akan jadi giler.
Salam Amalhaj. Satu pemerhatian yang baik daripada Amalhaj.
wah...makin best blog babah [:
Post a Comment