28 December, 2009

Jimat...


Antonim bagi perkataan “Motainai” ialah jimat atau berjimat. Jimat bermaksud cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu), hemat, tidak boros. Sinonim bagi kata berjimat ialah berhemat, berdikit-dikit, berekonomi, berhati-hati, beringat-ingat dan berambi. Orang yang terlalu berjimat pula dipanggil Si Kedekut, iaitu sangat berkira-kira hendak membelanjakan wang, bakhil, kikir, lokek dan pelit.  Dalam simpulan bahasa, orang yang seperti ini dipanggil tangkai jering.


Haji Bakhil dalam filem Labu Labi

Dalam konteks ekonomi secara umum, pengguna yang terlalu berjimat akan memberi implikasi negatif kepada ekonomi. Sikap yang sedemikian akan melembapkan aktiviti perniagaan akibat penurunan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan. Syarikat dan kilang akan terpaksa ditutup dan orang ramai akan kehilangan pekerjaan. Ringkasnya, sikap yang terlalu berjimat akan membawa mudarat kepada ekonomi dan masyarakat. Justeru, jika ingin berjimat hendaklah berjimat secara yang berpada-pada.



Jangan terperangkap dengan fahaman salah...

Meskipun anda digalakkan berjimat secara tidak melampau-lampau, elakkan daripada terperangkap dengan istilah berjimat dalam perkara-perkara yang berikut:

1. Pendidikan – Hantar anak-anak ke pusat tuisyen atau universiti yang terbaik mengikut kemampuan dan kelayakan mereka. Jangan sama sekali berjimat untuk membeli buku-buku rujukan (elakkan membeli buku latihan terpakai). 
2. Perubatan – Jika ahli keluarga anda ditimpa musibah penyakit, jangan berkira-kira untuk mendapatkan pengubatan secara alternatif (selain daripada perubatan moden) terlebih dahulu atas alasan untuk menjimatkan belanja. Jika perlu, berhutanglah demi menyelamat nyawa keluarga.
3. Makanan – Utamakan makanan yang berkhasiat dan segar.  Jangan terlalu memikirkan soal harga dalam memilih makanan.
4. Perbelanjaan untuk ibu bapa – Berikan keperluan yang terbaik untuk ibu bapa. Anak-anak yang “tidak mengenang budi” sahaja yang berjimat untuk memberi wang atau memberi hadiah kepada ibu bapa mereka.

Jangan berkecil hati jika saya katakan anda adalah golongan yang kedekut dan bakhil (terlalu berjimat konon!) kerana Allah s.w.t. Sendiri yang mengatakan sedemikian.



Surah Al-Ma'arij ayat 19-25 yang membawa maksud:
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya.
Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). 


Nak berjimat, berjimatlah. Tetapi jangan sampai kedekut pula...




Nota Bahasa:
Antonim = kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain
Sinonim = kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain
Berambi = berhati-hati, beringat-ingat, cermat, teliti.
Kikir = terlalu berkira-kira atau berhati-hati membelanjakan wang, kedekut, lokek.
Pelit = kedekut, kikir, lokek.
Berpada-pada = elok-elok cukup, tidak berlebih-lebihan

40 comments:

Md Nizar Parman said...

Salam Babah,
Tetapi ramai juga dalam kalangan orang yang terkenal dengan sifat "tangkai jering" ini berulang kali menunaikan fardu haji ke Mekah. Sebagai guru, saya mendapati ramai orang kita yang berjimat tak kena tempat. Yuran untuk anak yang tak sampai RM50.00 liat sungguh nak bayar, walaupun itu merupakan tanggungjawab utama ibu bapa. Tetapi, bayar RM500 untuk kereta tiap-tiap bulan tak apa pula (maklumlah hutang bank wajib dibayar, nama pun hutang. Tak bayar kereta kena tarik. Kalau tak bayar, bank tak dapatlah untung. Kalau bank tak untung, macam mana nak isi kantung? Kalau kantung kosong, banyaklah puak-puak yang melopong. Tak gitu? Gurau-gurau saja)

Unknown said...

aku dah perabih 500 yg tok jib bagi untuk barang sekolah 3 orang anak aku... kira aku berjimat-cermat dijalan yg betul la tu agaknya eii

Unknown said...

Salam Cikgu Nizar. Jika tak jadi tangkai jering, tak sampai ke Mekah kot. Kalau sekali sahaja ke Mekah kerana sikap tangkai jering tak apalah. Tetapi, apabila sikap itu berterusan untuk ke Mekah berkali-kali dah jadi lain cerita. Soal yuran dan ansuran kereta kedua-duanya penting, tetapi yang lebih penting ialah keberkatan anak-anak menimba ilmu di sekolah. Wallahualam.

arizWanmerahs said...

Salam Babah,

namun begitu kita digalakkan bersedekah juga terutama kepada kanak2 dan mereka yang memerlukan.

Unknown said...

Salam Shifu67, bab bebanan pelbagai yuran sekolah, semua orang menanggungnya. Adil dan saksama. Bagi orang seperti saya (penyokong parti bulan) mungkin berhak merungut, tetapi bagi sesiapa yang tegar memilih kati, mereka sepatutnya bersyukur kerana 10 tahun lagi kita akan mencapai taraf negara maju. Balasan komen yang melalut daripasa saya. Maaf Sifu...

Unknown said...

Salam Merah. Bersedekah jika masih ada yang berlebih daripada keperluan bukan ketika berlebihan (macam orang jual kueh tak habis baru sedekah). Macam zakat,cukup nisab dan haulnya baru wajib zakat. Jika ada manusia yang kedekut untuk bersedekah, Allah lebih-lebih lagi kedekut nak mereka pahala. Zakat pula, tak timbul istilah kedekut kerana ia wajib.

Maiyah said...

sy lagik jimat hehe :)

Unknown said...

Salam Maiyah. Jimat-jimat juga, tetapi jangan sampai kedekut...

saharul said...

nak berjimat sokmopun tak boleh juga, nanti hilang nikmat dunia....

Unknown said...

Cikgu Jang, jangan berjimat beli tayar kereta terpakai ye, bahaya! Rasanya bas-bas ekspres banyak yang guna tayar kitar semula. Itu sebab banyak yang terbabas.

eelobor said...

salam babah....jimat & kedekut ni sama ada dua istilah yang memberi maksud sama ker? hampir sama ker? atau tak sama langsung?

mizaranun said...

Salam Babah..

Menarik! 4 perkara yg babah senaraikan tu memang tak boleh untuk berkira dlm berbelanja, kalau tidak buruk padahnya hilang juga nikmat dunia.. :)

~sebaik-baik urusan adalah yg pertengahan~

Nida n' Hanafi said...

Salam Babah..
Itulah tabiat orang kita.. pada kereta, pada rumah tak kisah untuk berhabis,tapi bila part nak keluarkan duit utk kepentingan anak (yuran tuisyen, yuran sekolah, buku2 latihan) amatlah liatnya...

beli KFC, McD setiap bulan takpe, tapi bila nak beli supplement utk anak2 membazir katanya... hmmm, ntah ler...

Unknown said...

Salam Eelobor. Jimat & kedekut dua perkara berbeza dgn ciri-ciri yang berbeza juga. Berjimat cermat sememangnya dituntut oleh agama dan adat budaya. Tetapi jika terlalu sangat berjimat, kita mungkin akan digelar orang kedekut. Sebelum dicop yang sedemikian, maka berpada-padalah.

Unknown said...

Salam Mizaranum. Bersederhana dalam semua segi merupakan jalan bagi mengelakkan terlalu berjimat (kedekut) dan terlalu membazir (motainai).

Unknown said...

Salam Nida. Seseorang itu dianggap berhemat jika pandai meletakkan sesuatu pada tempatnya...

daun kesum said...

jimat boleh,.
tp jgn smpai tahap kedekut atau bakhil

Unknown said...

Salam CikTi. Babah nampak kebanyakan remaja sekarang ramai yang boros. CikTi bagaimana?

abu muaz said...

kalau tak kedekut susah juga ya.
terlalu boros susah juga.....

jadi ambil jalan tengah.....
kedekut pun tidak boros pun tidak.

Unknown said...

Salam Abu Muaz. Bersederhana...

rosnanie said...

salam, jimat pada hemat saya berbelanja mengikut keperluan tetapi kalau kedekut, keperluan pn diabaikan

Unknown said...

Salam Ros. Ya, berbelanja mengikut keperluan adalah satu elemen daripada sikap berjimat.

Unknown said...

Berjimat = berpada dalam perbelanjaan ...
Dlm jihad tak de istilah berjimat..
tak gitu mybabah.?hmmm..

Unknown said...

Salam Lana. 100% sokong. Dalam jihad tiada istilah jimat...

Kakcik Seroja said...

Seeloknya biarlah kita bersederhana dan berpada-pada. :)

Unknown said...

Salam Kakcik. Selalunya orang perempuan yang mempunyai sikap-sikap begitu. Lelaki kurang. Akauntan yang paling cekap di dunia ini ialah emak kita. Betul tak Kakcik?

Abd Razak said...

Salam Babah,

Bersederhana dalam semua perkara

Unknown said...

Salam Razak. Itu yang babah amalkan dalam membesarkan anak seramai tujuh orang. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Lia3003 said...

babah, baru 1st time dengan word pelit tu.. apa ye maksudnya..

nota kaki: saya kena berjimat sebab 3 bulan x dpt gji ..huhu

Unknown said...

Salam Lia. Sedihnya... Lia baca tak habis. Makna pelit berada di bawah artikel.

hentian said...

Ya lah, aku akui kedekut. terutama bila hujung bulan....

Guru said...

assalammualaikum

saya ni kekadang boros,
tapi ada kalanya berjimat juga.

tengok keadaan

Unknown said...

Salam bro insan marhaen. Orang yang mengakui dia kedekut lebih baik daripada orang yang "tahi hidung masin" suka tunjuk-tunjuk diri pemurah tetapi cerita-cerita di belakang.

Unknown said...

Salam Cikgu Normah. Definisi boros berbeza bagi setiap orang. Kadang-kadang belanja sedikit-sedikit sudah dikata boros. Wallahualam.

azieazah said...

Ada orang jimat gak.. langsung tak sentuh duit EPF dia...


Terimakasih BABAH, berkongsi info dan berpesan-pesan...

Unknown said...

Sama Azieazah. Jimat membawa berkat, keluarga selamat...
Jangan kedekut, sampai ikat perut, semua orang merungut, kasih sayang tak sangkut.

en_me said...

dah lamer tak tengok labu labi tewww.. ehehe, salamm abang babah itteww

Unknown said...

Salam en-me. Lama menyepi...

anaklaut said...

salam...

sedekah skdr yg termampu..

Unknown said...

Itulah yang terbaik sahabatku anaklaut...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...