28 May, 2013

Makna beberapa nama rasul dan nabi...

NAMA 25 nabi dan rasul sudah tidak asing lagi bagi umat Islam. Namun, tahukah anda makna sebenar nama-nama nabi dan rasul tersebut?


Di bawah ini dinyatakan makna nama beberapa nabi dan rasul yang wajib diketahui umat Islam.

1. Musa a.s.: Nama ini berasal daripada bahasa Mesir kuno, asal katanya “Mu” yang ertinya air dan “sa” ertinya putera. Musa bermakna ‘Putera Air’ kerana Nabi Musa ditemui di Sungai Nil oleh isteri Fir’aun, Asiyah ketika baginda masih bayi.

2. Hud a.s.: Berasal daripada bangsa Arab keturunan kaum ‘Ad. Nama itu diambil daripada kata jama’ ‘Ha’id’ yang bererti orang yang bertaubat, atau ‘yang kembali kepada kebenaran.’

3. Soleh a.s.: Nabi berbangsa Arab daripada kaum Tsamud. Soleh ertinya orang yang sentiasa beribadah dan sentiasa mendirikan hak-hak Allah.

4. Syu’aib a.s.: Nabi berbangsa Arab daripada kaum Madyan, yang menikahkan puterinya dengan Nabi Musa a.s. Nama itu diambil daripada kata ‘sya’b’ yang bererti kelompok atau generasi manusia, kerana baginda mengumpulkan kembali kaumnya setelah terpisah.

5. Isma’il a.s.: Merupaka putera kepada Nabi Ibrahim a.s.. Nama Ismail merupakan bentuk Murakkab (majmuk) daripada ‘isma’ (mendengar) dan ‘eil’ (Allah) yang ertinya: “Allah mengabulkan.”

6. Ibrahim a.s.: Abul Anbiya (bapak para nabi) dan bapa kepada Isma’il dan Ishaq, yang ertinya ‘bapa kepada orang-orang tertinggi (nabi-nabi).’

7. Muhammad s.a.w.: Nabi berbangsa Arab yang merupakan penutup para nabi. Ertinya ‘orang yang memiliki akhlak yang terpuji.’

[dm/islampos]


 

 
Salawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan para nabi kekasih Allah...

Read more...

27 May, 2013

Hamil walaupun suami di penjara...

SEPULUH wanita Palestin dilaporkan mengalami kehamilan, meskipun suami mereka berada di penjara Israel. Menurut pengakuan para doktor, mereka hamil dengan menggunakan sperma yang diseludup dari penjara. Seorang doktor pakar kesuburan, Salem Abu Khaizaran mengatakan sperma dibawa ke tempat khas di dalam pelbagai wadah, mulai daripada botol kecil hingga ke gelas plastik.



Abu Khaizaran sendiri mengaku tidak tahu, bagaimana pihak-pihak yang terbabit berhasil menyeludup sperma keluar dari penjara Israel yang dikawal ketat. “Jujur saja, saya tidak tahu, dan saya tidak ingin tahu kerana saya tidak ingin terlibat politik. Saya melakukan ini demi tujuan kemanusiaan semata-mata, untuk membantu isteri para tahanan,” kata Dr Abu Khaizaran.


Gambar Hiasan: Ra'id Pejuang Masa Depan

Antara wanita Palestin yang hamil berkat sperma yang diseludupkan dari penjara itu adalah Dallal. Beliau melahirkan seorang anak lelaki, Muhammad Ziben, di Nablus pada tahun 2012 lalu, seperti yang dilaporkan seorang wartawan BBC, Jon Donnison di Tebing Barat. Namun si ayah, Ammar Ziben, sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara Israel, yang dituduh terlibat dalam serangan bom di Jerusalem pada 1997.


Gambar Hiasan: Semoga Ra'id Menjadi Pejuang Agama Apabila Dewasa Nanti

Dallal mengaku ia hamil dengan sperma suami yang diseludupkan dari penjara Israel. “Muhammad adalah anugerah Tuhan,” kata Dallal kepada BBC. “Tetapi kebahagiaan saya tidak lengkap tanpa suami di samping saya,” tambahnya. [sm/islampos/bbc]



 
Semoga Allah melindungi para mujahidin di seluruh dunia, amiin...

Read more...

26 May, 2013

Wanita ini "bangkit daripada kematian" setelah melahirkan anak...

SEORANG wanita Filipina berusia 36 tahun yang telah disahkan meninggal dunia sebelum melahirkan anak di sebuah hospital di Kuwait, tiba-tiba hidup kembali. Wanita ini "bangkit daripada kematian" setelah berlaku pembedahan Caesar yang dilakukan tanpa ubat pelali.



Doktor menggambarkan kes ini sebagai “keajaiban ilmiah.” Menurut laporan akhbar di Emirates pada hari Ahad (12/5) lalu, wanita tenaga kerja asing ini dibawa ke hospital Farawaniya di Kuwait City, namun doktor kemudiannya menyatakan ia telah mati secara klinikal kerana tekanan darah tinggi. Doktor kemudian memutuskan untuk melakukan pembedahan caesar darurat untuk menyelamatkan bayi yang dikandungnya.

Para doktor melakukan pembembedahan ini selama lima minit tanpa memberikan wanita itu ubat pelali anestesia, dengan alasan ia telah pun meninggal dunia. “Jantungnya berhenti dan dia tidak lagi bernafas.

Setelah menyelamatkan bayi, doktor memutuskan untuk melakukan satu usaha terakhir untuk menyedarkan dia dan itu berhasil. Ajaib, ia tiba-tiba mulai bernafas dan jantungnya mulai berfungsi semula. Kami memanggil hal ini sebagai keajaiban ilmiah,” kata Dr. Hamud al-Zubi, Pengarah Hospital Farawaniya. [sm/islampos/e247



 
Pantang maut sebelum ajal..

Read more...

14 May, 2013

Mengapa Dajjal disebut al-Masih?

SEBENARNYA jika kita ingin berfikir sejenak saja, pasti akan menemui kebenaran, mengapa Dajjal disebut Masihid-Dajjal? Mengapa Dajjal disebut al-Masih?



Kerana Dajjal selalu menunaikan tugasnya atas nama “al-Masih”, yang julukan ini diberikan oleh Allah kepada nabi ‘Isa berdasarkan wahyu-Nya. Diberikannya julukan al-Masih kepada Dajjal menunjukkan, bahawa Dajjal akan menunaikan pekerjaan atas nama insan suci ini, dan inilah sebenarnya yang menyebabkan dia disebut Dajjal atau penipu, kerana ia menggunakan nama “al-Masih”, seorang Nabi dan hamba Allah yang tulus, tetapi ia berbuat sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ajaran baginda.



Al-Masih ‘Isa mengajarkan bahawa Allah itu Esa, dan tidak ada Tuhan selain Dia yang wajib disembah; tetapi Dajjal mengangkat nabi ‘Isa itu sendiri sebagai Tuhan. Selanjutnya, al-Masih ‘Isa mengajarkan bahawa semua Nabi adalah hamba Allah yang tulus, tetapi Dajjal mengutuk semua Nabi yang suci sebagai orang berdosa. Mengapa demikian? Kerana jika para Nabi utusan Allah ini tidak dikutuk sebagai orang berdosa, maka tidak perlu timbul Putera Allah yang tidak berdosa, untuk menebus dosa sekalian manusia. Selanjutnya, al-Masih ‘Isa mengajarkan bahawa setiap orang akan mendapat ganjaran atau hukuman sesuai perbuatan yang ia lakukan, tetapi Dajjal yang bertopengkan al-Masih mengajarkan bahawa Putera Allah sudah cukup untuk menebus dosa ummat Kristian. Al-Masih ‘Isa mengajarkan bahawa orang kaya tidak dapat masuk dalam kerajaan Surga, tetapi Dajjal yang mengaku al-Masih mengajar supaya manusia menghimpun-himpun kekayaan. Ringkasnya, kitab-kitab Hadis menggunakan julukan “Al-Masihid Dajjal” hanyalah untuk menjelaskan, bahawa Dajjal adalah nama lain belaka bagi agama Kristian sekarang ini. Nama Al-Masih dan agama al-Masih hanyalah digunakan sebagai topeng untuk menutupi penipuan (dajala) yang ada di belakang itu. [islampos/islamsiana]



 
Allahualam..

Read more...

13 May, 2013

Demba Ba Jual Ferrari Bantu Muslim Myanmar

Pemain bola sepak terkenal Chelsea Demba Ba, sangat mengambil berat tentang penderitaan saudara semuslim di Myanmar. Bagi membantu musibah yang menimpa Muslim Rohingnya, penjaring gol Chelsea ini menjual kereta Ferrari kesayangannya untuk diinfaqkan kepada mangsa persengketaan agama di Myanmar itu.


Demikian dilaporkan oleh bilik berita Rohingnya, Khamis (09/05/10). Sebahagian laporan berita mengungkapkan, striker The Blues itu menjual kereta mewahnya dan hasil jualannya disumbangkan kepada Muslimin Burma yang menjadi sasaran kekerasan oleh orang-orang Budha.



Demba Ba terkenal sangat dermawan demi dakwah Islam di Eropah, seperti menyumbang pembangunan salah sebuah masjid di London. Dia juga selalu mengekspresikan ke-Islamannya kepada dunia di lapangan bola, seperti sujud syukur setiap kali menjaringkan gol. Hal itu dilakukannya semenjak berada di New Castle United sebelum pindah ke Chelsea. Bukan hanya itu, Demba Ba bahkan menghafal beberapa juz daripada Al-Qur’an dan memiliki peranan menjelaskan Islam dalam kalangan rakan-rakan sepasukannya(Muslim/ACT/Islampos)



 

Semoga Allah membalas segala kebaikan Demba Ba. Kita pula patut malu memikirkan sumbangan kita yang tersangat sedikit kepada saudara kita di Myanmar..

Read more...

28 April, 2013

Tentera Korea berbondong-bondong masuk Islam...

Seramai 38 orang tentara Korea Selatan secara spontan berikrar masuk Islam. Tentara-tentera Korea Selatan itu terdiri daripada seorang komandan bernama Kapten San Jin Gu manakala 37 orang yang lainnya merupakan perajurit.



Kapten San adalah salah satu komandan Brigade 11 SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yang ditugaskan di Irak. Mereka bertugas di wilayah Irbil, Irak Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, Kapten San Jin-Gu sering mengamati orang-orang Islam solat berjamaah di masjid. Markas pasukannya memang berada berhampiran sebuah masjid. Ia terpesona dengan gerakan-gerakan solat. Kerana dihinggapi rasa ingin tahu, ia cuba meniru seluruh gerakan solat dan dipraktikan di biliknya sendirian.

Pada saat mempraktikan solat itu, Kapten San merasakan ketenangan dan perasaan damai di dalam hatinya. Itulah sebabnya, gerakan-gerakan solat itupun kemudian ia jadikan program meditasi di pasukan yang ia pimpin (di samping Yoga). Dan ternyata setelah mempraktikan gerakan-gerakan solat itu, sebagian besar perajurit merasakan hal yang sama. Mereka juga merasa lebih tenang dan damai. Sejak saat itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalinya dengan lebih mendalam lagi. Sehingga akhirnya ia memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika niatnya hendak memeluk Islam disampaikan kepada anak-buahnya, ia berkata : “Aku telah menemukan cahaya kehidupan yang sesungguhnya. Aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”. Tanpa ia duga, secara spontan kesemua 37 orang perajurit yang ia pimpin mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandannya untuk turut memeluk Islam.



 

Subhanallah...

Read more...

26 April, 2013

Jangan biarkan lidahmu menyakiti hati ibubapa...

Allah berfirman: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara kedua-duanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (Al-Israa: 23)


Berapapun usia kita sebagai anak, kita terikat dengan kewajiban untuk senantiasa taat kepada kedua ibu bapa. Kita berkewajipan untuk mencurahkan segala kebaikan yang mungkin yang dapat kita lakukan kepada mereka. Berbuat baik kepada orang tua adalah ibadah. Senyum dan kebahagiaan mereka, adalah pahala bagi kita. Jangan sampai kata-kata dan tindakan kita membuatkan mereka sedih. Apapun yang kita lakukan tidak akan dapat membalas kebaikan mereka terhadap kita.

Allah berfirman: “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu-bapa mereka; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (QS Luqman: 14)

 

Ya Allah, ampunilah aku, kedua-dua ibubapaku, dan kasihanilah kedua-duanya seperti mana mereka mengasihani aku semenjak kecil...

Read more...

25 April, 2013

Enam Ketakutan Seorang Mukmin...

MENURUT Saidina Usman ibni Affan, "Ada enam jenis ketakutan yang menghantui dan membayang-bayangi diri seorang Mukmin”.



Pertama, takut jika Allah s.w.t. mencabut iman daripada dirinya.
Kedua, takut kepada malaikat pencatat kalau-kalau mereka mencatat segala sesuatu kejelekan yang memalukannya pada hari kiamat.
Ketiga, takut syaitan yang akan membatalkan (merosak) amal-amalnya.
Keempat, takut kepada malaikat maut yang akan meragut nyawanya secara mendadak dalam keadaan dirinya lalai.
Kelima, takut kepada dunia yang dapat memperdaya dan menyibukkan dirinya sehingga akhirnya melalaikan akhirat.
Keenam, takut kepada anak isteri dan keluarga yang menyebabkan dirinya sibuk mengurusi mereka dan melupakan zikir kepada Allah s.w.t.”



 
Takut ialah takwa...

Read more...

Memotong kuku mengikut sunnah...

Bemula malam ini dan sepanjang hari esok kita disunatkan memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari. Mungkin antara kita atau kebanyakan kita memandang perkara ini remeh sedangkan ia merupakan sunnah dan menghidupkan sunnah dijanjikan Allah suatu ganjaran pahala yang besar.

Nabi SAW yang bersabda yang bermaksud: “Siapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada umatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid”. (Riwayat Baihaqi). Dalam riwayat Thabarani daripada Abu Hurairah ra. ada sedikit perbezaan, iaitu sabdanya yang bermaksud: “Baginya pahala orang yang mati syahid”.

Dalam aspek memotong kuku, umpamanya ramai daripada kita membuatnya sambil lewa— mulai daripada tangan kiri atau kanan, langsung tidak berperaturan dan memandang kecil perkara itu.


Walhal, dalam beberapa perkara hukum Islam, kuku tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Misalnya ketika seseorang dalam keadaan ihram haji atau umrah, mereka akan dikenakan denda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sahnya wudu atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku. Beberapa permasalahan lainnya, yang berhubungan dengan kuku dari segi hukum, hikmah memotong kuku, memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan dalam artikel yang akan datang.

1. Hukum dan Hikmah Memotong Kuku: Memotong kuku adalah amalan sunnah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat ‘Aisyah r.a.: “Sepuluh perkara yang termasuk fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggot, bersikat, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: “berkata Mus’ab: “Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur-kumur.” Sekali lagi ini adalah bentuk menghilangkan segala kotoran yang melekat di celah-celah kuku, apa lagi jika kuku dibiarkan panjang.

2. Cara dan Benda Untuk Memotong Kuku: Menurut Imam an-Nawawi, sunnah memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya dan dimulai daripada jari kelingking lalu sampai pada ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking ke ibu jari. Sementara alat untuk memotong kuku hendaklah menggunakan gunting, pisau atau benda khas yang tidak menyebabkan mudarat pada kuku atau jari seperti alat pemotong kuku. Setelah selesai memotong kuku, sebaiknya segera membasuh tangan dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru anggota badan, dikhuatirkan akan menyebabkan penyakit kusta. Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi juga akan menyebabkan penyakit kusta.

3. Waktu Memotong Kuku:  Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik: “Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.” “Adapun menurut Imam asy-Syafi’e dan ulama-ulama asy-Syafi’eyah, sunnah memotong kuku itu sebelum mengerjakan solat Juma’at, sebagaimana disunatkan mandi, bersikat, memakai wangi-wangian, berpakaian rapi sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Juma’at,” (Hadis riwayat Muslim)

4. Menanam Potongan Kuku:  Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu ‘Umar r.a. menanam potongan kuku.

5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas dan Junub:  Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, janganlah dia memotong rambut, kuku atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.

6. Memanjangkan Kuku dan Mewarnainya ( Cutex): Tabiat memanjangkan kuku dan membiarkannya tanpa dipotong adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. kerana beliau menggalakkan supaya kita memotong kuku. Jika dibiarkan kuku itu panjang, niscaya banyak perkara-perkara yang membabitkan hukum seperti wudu, mandi wajib dan sebagainya. Adapun dalam hal mewarnai kuku (cutex), perempuan yang bersuami adalah haram mewarnai kuku jika suaminya tidak mengizinkan. Sementara perempuan yang tidak bersuami pula, haram baginya mewarnai kuku. Demikian juga jika pewarna itu diperbuat daripada benda najis kerana akan menghalang daripada masuknya air ketika berwudu.

Sumber: Indahislam

Diterjemah dan disunting oleh Mybabah.


 
Mari kita hidupkan sunnah yang terabai...

Read more...

24 April, 2013

Al-Quran Berbahasa Portugal untuk Cristiano Ronaldo

Dakwatuna.com – Madrid.
Kita sudah mendengar khabar Cristiano Ronaldo mendapat hadiah salinan mushaf al-Qur'an setelah selesai menjadi duta syarikat yang berkaitan telekomunikasi Arab Saudi, Mobily, sedikit masa dulu. Tetapi, tahukah kalau salinan mushaf kitab suci al-Qur'an yang dihadiahkan kepada pemain unggul Real Madrid itu ternyata sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Portugal?



Begitu laporan yang diterbitkan oleh harian Al-Riyadh. Kehadiran CR7 ke Arab Saudi adalah berkaitan dengan kerjasama beliau dengan syarikat telekomunikasi untuk menjadi duta produk Mobily. Pemain termahal dunia itu akan membintangi sejumlah iklan selama tiga bulan dengan pengambilan lokasi pengambaran di ibu kota Arab Saudi, Riyadh. Sebagai pampasan, selain mendapat bonus kitab suci al-Qur'an, kapten Pasukan Nasional Portugal itu juga mendapat bayaran tinggi bernilai enam juta dolar AS.



Cerita tentang Ronaldo dihadiahi al-Quran pun beredar luas. “Cristiano Ronaldo diberi sebuah salinan al-Qur'an setelah menamatkan pengambaran iklan komersial untuk syarikat telepon bimbit Arab,” demikian dilaporkan oleh 101greatgoals. Muncul spekulasi, Mobily memilih Ronaldo lantaran sikapnya yang terkenal sebagai seorang dermawan dan beberapa kali mendermakan sejumlah pendapatannya untuk perjuangan Palestin. Meskipun begitu, hanya mantan pemain Manchester United itu yang tahu mengapa beliau terpilih menjadi duta jenama syarikat pengusaha telefon di negara tempat lahirnya agama Islam itu.

Diterjemah dan disunting oleh Mybabah.



 
Insya-Allah, dengan izin Allah CR7 akan memeluk Islam...

Read more...

Arnaud Van Dorn, penghina tegar Nabi s.a.w memeluk Islam...

Gempar! Arnaud Van Dorn anggota Parti Kebebasan berhaluan kanan Belanda yang sebelum ini telah terlibat secara langsung dalam pembuatan sebuah filem yang menghina peribadi Rasulullah s.a.w yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kini dilaporkan telah memeluk Islam!



Akhbar-akhbar Saudi termasuk 'Ukkaz dan lain-lain melaporkan bagaimana Arnaud Van Dorn yang sebelum ini begitu menentang dan sangat membenci Islam, kini sedang berada di Arab Saudi malah turut menyiarkan gambar beliau sedang solat di Masjid Nabawi dan menjahit kelambu Kaabah!



Sewaktu beliau menziarahi Masjid Nabawi dan makam Nabi s/a.w.beliau dilihat menangis teresak-esak hingga dapat dilihat oleh semua yang hadir. Ketika ditanya apakah punca yang membawanya memeluk Islam. Beliau menyatakan bahawa sebenarnya reaksi dan kemarahan luar biasa umat Islamlah yang telah mendorongnya untuk mengkaji dan mencari apakah rahsia sebenar di sebalik kecintaan yang begitu mendalam umat Islam terhadap peribadi agung tersebut. Sehinga pada akhirnya, beliau mendapati bahawa Nabi Muhammad s.a.w yang pernah dimusuhinya itu sebenarnya adalah satu peribadi paling agung dalam sejarah peradaban manusia! 'Tangisan' beliau semakin kuat ketika beliau berdiri di hadapan makam Baginda s.a.w.. Kini beliau merancang untuk mengerjakan umrah dan akan kembali ke Madinah al-Munawwarah.



 
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar...

Read more...

Selembar Bulu Mata Sebagai Penyelamat..

Oleh: Abdurrahman Arroisi

DIRIWAYATKAN pada hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia dengan berbuat maksiat. Tetapi dia menafikan dan membantah. “Tidak! demi langit dan bumi sesungguhnya itu tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan dan ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, dia tidak menjumpai seorang saksi pun yang berada di situ. Hanya dia sendirian. Maka dia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada sesiapa kecuali aku dan suaramu.”


“Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat. Tiba-tiba mata mula berbicara, “Saya yang memandang.” Disusuli oleh telinga, “Saya yang mendengar.” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang membau.” Bibir mengaku, ”Saya yang merayu.” Lidah menambah, “Saya yang merasa.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba.” Kaki menyusul, “Saya yang diguna lari apabila dikejar.” “Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ujar malaikat. Orang tersebut tidak dapat mempertahankan sanggahannya lagi. Dia berputus asa dan amat berdukacita, sebab sekejap lagi dia bakal dihumban ke dalam neraka jahanam. Padahal, rasa-rasanya dia telah terbebas daripada tuduhan dosa itu.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan yang amat sangat itu, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut daripada selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.” “Silakan”, kata malaikat. “Terus terang sahaja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang sunyi dan hening, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika dia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah Nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang dibasahi oleh air matanya, namun sudah diharamkan dirinya daripada ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Lantaran dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan daripada neraka dan dihantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: “Lihatlah, hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata.” “Dan jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir,” (QS. Yusuf: 87).

Sumber: Islam Pos

Diterjemah dan disunting oleh Mybabah.


 
Satu cerita yang boleh menjadi iktibar kepada kita semua...

Read more...

23 April, 2013

New York: Umur 21 Tahun ke Bawah Dilarang Merokok

Islamedia - Bandar raya penghisap rokok tertinggi di dunia, New York, kembali mengambil langkah ekstrem dengan menaikkan had umur orang yang boleh merokok sehingga hanya 21 tahun. Pihak berkuasa setempat mengambil langkah ini dalam upaya mengurangi ketagihan rokok dalam kalangan remaja yang jumlahnya mulai meningkat beberapa tahun terakhir ini.



Pemerintah Kota New York akan segera mengesahkan satu Rancangan Undang Undang (RUU) dan sudah mendapatkan sokongan penuh daripada Dato Bandar Kota New York, Michael Bloomberg. Sebelumnya, had umur individu yang boleh merokok di New York adalah 18 tahun ke bawah. "Terlalu banyak perokok remaja di bawah 21 tahun yang mula membiasakan diri dengan perbuatan keji dan mematikan ini. Dengan menunda umur anak-anak remaja kita merokok sehingga mencapai umur yang dibolehkan, bererti kita boleh mewujudkan sebuah bandar yang sihat," kata Jurubicara Pemerintah Kota New York, Christine Quinn seperti dilapor oleh the Guardian, Rabu (24 April 2013).

Pemerintah di Malaysia tidak sangat mengambil berat tentang hal ini kerana terlalu sibuk dengan politik dan pengumpulan harta.


Hasil survei menunjukkan delapan dari 10 perokok dewasa di New York mulai merokok secara teratur ketika mereka berusia di bawah 21 tahun dan sebagian besar perokok yang berusia di bawah 18 tahun itu memperoleh rokok dari individu yang hanya beberapa tahun lebih tua dari mereka. Kenaikan pajak rokok memberikan kontribusi penurunan 15 persen perokok remaja dalam medio 1999-2007. Jumlah perokok usia perguruan tinggi stabil sekitar 8,5 persen dalam enam tahun terakhir. Sebungkus rokok yang dijual di New York saat ini menyumbang 4,35 dolar AS untuk pajak negara dan 1,5 dolar AS untuk pajak kota. Ini menjadikan New York sebagai kota dengan penjualan rokok paling mahal di dunia.

Diterjemah oleh Mybabah

Sumber: Islamedia.web.id

 
Setelah mencandui rokok selama lebih 25 tahun, Mybabah sudah berjaya berhenti secara total daripada tabiat buruk itu. Kita sudah hampir 3 tahun Mybabah tidak merokok. Alhamdulillah...

Read more...

Sebutan Amin, Aamin, Amiin, Aamiin, ataukah Amien?

Sebutan mana yang betul?



Amin yang seringkali dilafazkan setelah membaca surah al-Fatihah ketika solat mempunyai 4 perbezaan sebutan dan makna seperti yang berikut :


1. Amin , أَمِيْنٌ (a: pendek, min: pendek), ertinya ‘orang yang amanah atau terpercaya’
2. Aamin, أٰمِنْ (a: panjang, min: pendek), ertinya ‘berimanlah’ atau ‘berilah jaminan keamanan’.
Ketika solat, kita tidak boleh membaca Amin dengan dua cara baca di atas.
3. Aamiin, آمِّيْنَ (a: panjang 5 harakat, mim: bertasydid, dan min: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.
Menurut Al Wahidi, sebahagian ulama' yang membolehkan membaca Amin dalam solat dengan bentuk bacaan seperti ini. Pun begitu Imam An Nawawi mengatakan bahawa pendapat ini sangat aneh. Manakala kebanyakan ahli bahasa menganggapnya sebagai kesalahan pengucapan orang awam. Beberapa ulama mazhab Asy Syafie mengatakan, ‘Siapa saja yang membaca Amin dengan cara ini dalam solatnya maka solatnya batal.’ (At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, muka surat 134)
4. YANG BETUL ialah Aamiin , أٰمِيْنَ (a: panjang 2 harakat kerana mengikuti mad badal, min: panjang 4–6 harakat kerana mengikut mad ‘aridh lis sukun, dan nun dibaca mati), ertinya ‘kabulkanlah’. Inilah bacaan Amin yang benar.

Sumber: Di sini

Jika ditinjau dari segi penulisan, bagaimana pula jika amin ditulis dengan amien?
Sebaik mungkin cuba hindari atau jangan sekali menulis dengan kata amien. Kerana kata amien diucapkan oleh penyembah berhala. Jadi, penulisan yang benar adalah aamiin (ya Allah kabulkanlah doa’ku).

Sumber: Islam Pos.

 
Aamiin...

Read more...

Kesah Tamelan dan Ibunya yang menyayat hati...

DAGESTAN (Arrahmah.com) - Tamerlan Tsarnaev, pemuda Muslim Rusia yang dituduh AS sebagai pengganas yang melancarkan bom Maraton Boston bersama adiknya Dzhokhar Tsarnaev, masih sempat menelefon ibunya pada hari Khamis pagi  (18 April 2013), saat-saat terakhir sebelum beliau ditembak oleh polis AS, lapor LATimes. “Dia menelefon saya setiap hari dari Amerika pada saat-saat terakhir,” kata Zubeidat Tsarnaev, ibu kepada Tsarnaev bersaudara, pada hari Ahad (21 April 2013) dalam sebuah wawancara melalui telefon dengan The Times dari rumahnya di republik Rusia Dagestan.


Tamerlan menghubungi ibunya buat kali terakhir pada pagi hari [sebelum ditembak oleh polis AS]. “Dia kata  dia mendapat panggilan telefon peribadi daripada FBI dan menyatakan bahawa mereka dicurigai dan harus datang menyerah diri,” katanya. “Anda tahu, FBI telah mengikutinya selama beberapa tahun dan ketika dia kembali dari Dagestan tahun lalu mereka memanggilnya dan bertanya apa tujuan mereka pulang ke tanah airnya itu,” Si Ibu berkata sambil terisak. Ibu Tsarnaev bersaudara juga menyatakan, “Ketika Tamerlan berbual dengan saya untuk kali terakhir, Dzhokhar juga berada di rumahnya, dan dia kata dia diberi izin menumpang di rumah itu,” kata ibu mereka. “Dan kemudian pada hari berikutnya anak perempuan saya, Bella, menelefon saya dan berkata, ‘Ibu, buka televisyen’ … Dan sekarang, saya biarkan televisyen terbuka sepanjang waktu,” katanya sambil menangis.


Dua anak Zubeidat dituduh sebagai pelaku bom Boston, dikejar, dan ditembak oleh polis AS. Dokter mengatakan bahawa Tamerlan (26) mengalami luka dari kepala sampai ke kaki ketika dia tiba di hospital dengan keadaan yang sangat kritis dan kehilangan banyak darah serta mengalami begitu banyak luka yang menembusi tubuhnya. Dia tak mampu bertahan dan akhirnya meninggal dunia. Sementara adiknya Tamerlan, Dzhokhar (19), yang juga dituduh sebagai pelaku pemboman, saat ini berada dalam keadaa kritis di hospital setelah dikejar dan ditangkap polis AS pada hari Juma'at malamnya (19 April 2013).


Dzhokhar, yang berada di unit perawatan intensif Beth Israel Deaconess Medical Center, dilaporkan tidak boleh berkata-kata kerana tembakan di mulut yang tembus dari belakang ke lehernya. Selain itu, dia juga menderita luka tembakan di kakinya. Zubeidat Tsarnaev menyatakan dia dan suaminya merancang untuk pergi ke Amerika Syarikat bagi membersihkan nama baik anak-anak mereka. Ia menyatakan adik suaminya “adalah seorang peguam syarikat petroleum yang besar dan dia mengatakan bahawa dia akan membantu kami mencari peguam yang terbaik untuk Dzhokhar.”


Zubeidat menyatakan bahawa dalam beberapa bulan terakhir, melalui telefon Tamerlan mengatakan beberapa kali bahawa yang dia teringin untuk kembali tinggal Dagestan meskipun dia suka dan menikmati hidup tinggal di Amerika dan cuba memujuk isterinya, seorang warga Amerika, untuk kembali bersamanya beserta puteri mereka. ”Dia ingin berada dekat dengan orang Rusia, dekat dengan sanak saudara, dekat kampung halamannya,” katanya, terisak-isak.

Keluarga Tsarnaev adalah etnis Chechen dari Soviet Republic of Kirgistan. Pada tahun 1992 mereka cuba untuk kembali ke tanah air bersejarah mereka di Chechnya, wilayah yang tengah bergolak di selatan Rusia, tetapi pada tahun 1994 perang pertama antara Moskow dan Chechnya bermula. Keluarga Tsarnaev pun memutuskan untuk pindah kembali ke Kirgistan dan dari sana pada tahun 1999 mereka pindah ke Dagestan. Sampai akhirnya pada tahun 2002 mereka berhijrah ke Amerika Syarikat. Kedua-dua orang tua Tsarnaev kembali ke Dagestan setahun yang lalu sementara anak-anak mereka tetap tinggal di AS.

Pada hari Ahad (21 April 2013), media rasmi Mujahidin Imarah Kaukasus daerah Dagestan, mengeluarkan pernyataan komandan Mujahidin Dagestan sehubungan dengan peristiwa baru-baru ini di Boston, Amerika Syarikat. Pernyataan itu mengungkap: Setelah peristiwa di Boston, AS menyebarkan maklumat di media mereka yang mengatakan bahawa salah satu daripada Tsarnaev bersaudara telah menghabiskan waktu selama enam bulan di Dagestan pada tahun 2012. Atas dasar ini, terdapat spekulasi dan andaian bahwa dia mungkin telah berhubungan dengan Mujahidin Imarah Kaukasus, khususnya Mujahidin Dagestan. Komandan Mujahidin Dagestan mengiystihar bahwa Mujahidin Kaukasus tidak terlibat dalam peristiwa itu. Para ahli dan aktivis hak asasi di Moskow bersetuju bahawa pengganas di Amerika Syarikat tidak membantu Mujahidin Islam Rusia saat ini, meskipun dengan retorik anti-Amerika mereka. “Saya fikir kita boleh mempercayai pernyataan pengiytiharan itu, kerana menyerang Amerika Syarikat bukanlah kepentingan Mujahidin Kaukasus Utara,” kata Tatiana Kasatkina, seorang Pengarah Eksekutif Memorial, sebuah kelompok HAM yang berpangkalan di Moskow yang memantau peristiwa di wilayah-wilayah bermasalah. (banan/arrahmah.com)

 
Kebencian Amerika Syarikat laknatullah kepada Islam membuatkan tindak tanduk mereka nampak bertambah kejam terhadap umat Islam...

Read more...

22 April, 2013

Dua helai janggut Rasulullah s.a.w. dicuri...

REPUBLIKA.CO.ID, ANKARA -- Daripada 1,800 masjid di Turki yang menyimpan janggut Nabi Muhammad s.a.w, terjadi dua kes kecurian. "Tetapi kes itu berjaya diselesaikan," kata Wakil Perdana Menteri Turki, Bekir Bozdag kepada Parlimen, Isnin (22 April 2013).


Pernyataan itu disampaikan Bozdag untuk menjawab pertanyaan anggota Parlimen daripada Parti Rakyat Republik(CHP), Ihsanozkes yang bertanya berapa masjid yang menyimpan potongan helai janggut Rasulullah s.a.w. Bozdag menyatakan, rata-rata tiga masjid dirompak setiap hari di Turki. “Sekitar 4,950 masjid telah dirompak selama lima tahun terakhir. Dari 4,950 kes itu, hanya 454 kes telah diselesaikan," kata Bozdag, seperti yang dikutip The Hurriyet Daily News. Menurut Bozdag, sebahagian besar barang-barang yang dicuri daripada masjid, antara lain, karpet, barangan elektronik, batu bara, kasut, wang dan lain-lain.

Wartawan: Agung Sasongko
Redaktur : Karta Raharja Ucu



 
Semoga suatu hari nanti Mybabah dapat menyentuh helaian janggut Rasulullah s.a.w itu...

Read more...

Menguap pun ada adabnya...

SALAH satu ibadah yang sering diremehkan oleh sebahagian kaum muslimin adalah menjaga adab-adab yang telah diajarkan oleh Islam. Ada antara adab-adab tersebut seakan-akan tidak penting, tetapi jika kita mengamalkannya dengan niat beribadah dan dengan niat mencontohi Nabi s.aw., amal tersebut akan bernilai ibadah di sisi Allah Ta’ala. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi s.a.w., “Sesungguhnya setiap amal perbuatan tergantung pada niatnya dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan hasil sesuai dengan niatnya.”(HR. Bukhari dan Muslim).



Menguap dianggap perkara remeh oleh sebahagian orang. Meskipun begitu perbuatan itu masih menjadi perbahasan dalam Islam. Salah satu adab Islam yang sudah banyak ditinggalkan kaum muslimin adalah adab ketika menguap. Banyak kaum muslimin ketika ini yang tidak mengetahui adab ini. Ketika menguap, seharusnya seorang muslim menahannya semampu mungkin. Akan tetapi, kebanyakan kita, membuka mulut lebar-lebar ketika menguap, sehingga semua orang pun boleh melihat seluruh isi mulutnya. Sesungguhnya jika seorang muslim mengetahui betapa besar pahala yang akan diberikan oleh Allah s.a.w. ketika seorang muslim mencontohi Rasul-Nya s.a.w sudah pasti manusia akan berlumba-lumba melaksanakan adab-adab yang telah diajarkan oleh Islam ini. Meskipun hal tersebut dalam perkara yang remeh di mata manusia.

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari Rasulullah s.a.w bersabda: “Menguap itu daripada setan, maka apabila seorang daripada kalian menguap, hendaklah ia berusaha menolaknya semaksimum mungkin, (HR. Muslim). Berdasarkan hadis ini dan hadis-hadis lain kita akan mempelajari adab mulia yang mesti diperhatikan oleh orang yang menguap. Yang berikut beberapa adab tersebut:

1. Anjuran untuk menolak menguap: Hal ini sebagaimana dalam hadis yang telah kita jelaskan di atas bahwa menguap adalah daripada syaitan, maka itu kita dianjurkan untuk menolaknya semaksimum mungkin lebih-lebih lagi ketika solat. Menguap ketika solat lagilah perlu dielakkan sebab kedudukan solat lebih utama untuk dijaga daripada hal-hal yang lain. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Apabila seseorang daripada kalian menguap dalam solat, maka hendaklah ia menahannya semaksimum mungkin, sebab syaitan boleh masuk, (HR. Muslim). Syaitan akan masuk? Hal ini bukan hal yang aneh bagi mukmin yang beriman, sebab syaitan benar-benar boleh masuk ke tubuh manusia. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya syaitan boleh berjalan pada (tubuh) manusia seperti mengalirnya darah,” (HR. al-Bukhari dan Muslim).

2. Menutup mulut dengan tangan: Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, no. 2995 Nabi s.a.w  bersabda: Apabila seseorang daripada kalian menguap, hendaklah ia menutup mulutnya dengan tangan, sebab syaitan boleh masuk. (HR. Muslim)

3. Tidak mengucapkan ‘Haaah’ , ‘Huuaaah’ atau semacamnya: Hal ini sebagaimana telah dijelaskan pada hadis di atas. Alasannya adalah, suara seperti ini dapat membuat syaitan ketawa. Ia mentertawakan orang yang menguap dengan cara seperti itu. Inginkah anda ditertawakan oleh syaitan? Tentu saja kita tidak ingin membuat syaitan tertawa lantaran merasa senang, girang dan menang.

4. Tidak mengangkat suara ketika menguap: Mengangkat suara ketika menguap termasuk adab yang tidak baik, tidak enak didengar dan dapat membuat orang lari menjauh. Sebahagian orang kadang kala sengaja mengangkat suara ketika menguap untuk membuat orang tertawa, dan dia bangga melakukannya. Ketahuilah! Itu bukan adab yang baik. Justeru sebaliknya syaitan yang akan mentertawakannya. Maka itu, hendaklah ia meninggalkan menguap dengan cara seperti ini.

[Sumber: muslim.or.id dan diterjemah oleh Mybabah]




 
Ya Allah, jauhikanlah aku daripada sikap buruk yang disukai syaitan...

Read more...

Mengapa Bersin sunnah ucapkan Alhamdulillah...

Bersin disebabkan aliran udara yang masuk melalui rongga hidung yang diselimuti selaput lendir hidung yang terkena bahan-bahan kerengsaan atau alergi sehingga berlakunya bersin. Bersin juga boleh muncul akibat adanya peradangan (rhinosinusitis), benda asing, infeksi virus, atau reaksi alergi.


Gejala alergi boleh menimbulkan reaksi bersin, hidung gatal dan hidung tersumbat.

Bersin sebenarnya berguna untuk menjaga agar hidung tetap bersih. Bersin yang terjadi berulang-ulang diharapkan dapat membantu pembersihan di dalam rongga hidung.

Ada sedikit hikmah yang belum begitu kita ketahui, bahawa sebenarnya Allah s.w.t. cinta kepada orang yang bersin dan malah benci kepada orang yang menguap, namun ada baiknya kita semak hadis yang berikut:

عن أبي هريرة رضي الله تعالى عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (( إن الله يحب العطاس ويكره التثاؤب، فإذا عطس فحمد الله فحق على كل مسلم سمعه أن يشمته، وأما التثاؤب فإنما هو من الشيطان فليرده ما استطاع، فإذا قال: ها، ضحك منه الشيطان )) صحيح البخاري في الأدب 6223

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, “Sungguh Allah mencintai orang yang bersin dan membenci orang yang menguap, maka jika kalian bersin maka pujilah Allah, maka setiap orang yang mendengar pujian itu untuk menjawabnya; adapun menguap, maka itu daripada syaitan, maka lawanlah itu sekuat tenagamu. Dan apabila seseorang menguap dan terdengar bunyi: Aaaa, maka syaitan pun tertawa kerananya”. (Shahih Bukhari, 6223).

 
 

Alhamdulillah - Yarham kallah!
Read more...

21 April, 2013

Keutamaan Selawat Nabi s.a.w. dan lafaz-lafaznya yang sahih...

Islamedia - Daripada Anas bin malik r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barang siapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di surga kelak)”[ Hadits Riwayat An-Nasa’i dan Ahmad].


“Bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda, “Orang yang bakhil (kikir/pelit) itu ialah orang yang apabila namaku disebut disisinya, kemudian ia tidak berselawat kepadaku (dengan ucapan-red) صلى ا لله عليه وسلم (“shallallahu ‘alaihi wa sallam””). [Hadits RiwayatAT Tirmidzi dan Ahmad]

Banyak berselawat kepada Rasulullah s.a.w. merupakan tanda cinta seorang muslim kepada baginda kerana para ulama mengatakan: “Barang siapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya” Inilah Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih:

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
“Ya Tuhan kami, limpahkanlah shalawat ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.” (An Nasa’i: 1292, shahih)

Kemudian terdapat riwayat-riwayat yang sahih dalam lapan riwayat lain, iaitu:

1. Daripada Ka’ab bin ‘Ujrah r.a.
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” (HR Al Bukhari dan Muslim)

2. Daripada Abu Humaid As Sa’di r.a.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan isteri-isteri baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (HR Al Bukhari dan Muslim).

3. Daripada Abi Mas’ud Al Anshari r.a
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas seluruh alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (HR Muslim)

4. Daripada Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al Anshari r.a (jalan kedua)
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad, nabi yang ummi, dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, nabi yang ummi, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (HR Abu Dawud no. 981, shahih)

5. Daripada Abi Sa’id Al Khudri r.a
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ.
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim.” (HR Al Bukhari)

6. Daripada seorang lelaki, Sahabat Nabi s.a.w.
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli baitnya,isteri-isterinya, dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (HR Ahmad, shahih).

7. Daripada Abu Hurairah r.a.
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ وبَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (HR Ath Thahawi dalam Musykil Al Atsar 3/75, An Nasa-i dalam Amalul Yaum wal Lailah no 47, shahih)

8. Daripada Thalhah bin ‘Ubaidullah r.a.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (HR Imam Ahmad, shahih).

DR Abdul Basith Abdur Rahman dikutip daripada Fimadani



 

Masih segar dalam ingatan bagaimana Mybabah tidak dapat mengawal perasaan sebak yang teramat sangat di sisi baginda s.a.w....Mybabah ditenangkan oleh seseorang yang berbangsa Arab...
Read more...

Kajian Ilmiah: Sunnah tidur miring ke kanan...

Kedudukan tidur juga memberi kesan terhadap kesihatan kita. Tidur berbaring dengan kedudukan terlentang adalah perbuatan yang kurang sihat, sebab ia akan menekan atau menyesakkan tulang belakang, bahkan kadangkala boleh menyebabkan kita terasa untuk membuang air kecil.

Tidur menelungkup tidak baik untuk pernafasan. Tidur dengan bertumpu pada sisi kiri badan (menghadap ke kiri) boleh menghimpit kedudukan jantung sehingga peredaran darah terganggu dan pengedaran darah ke otak berkurangan. Dengan berkurangnya pengedaran darah ke otak, tidur pada kedudukan kiri boleh juga mengakibatkan kita sering mengalami mimpi-mimpi yang tidak baik (nightmares), serta berjalan dalam keadaan tidur (somnabulisme).

Kedudukan tidur terbaik menurut kajian ilmiah adalah dengan bertumpu pada sisi kanan tubuh (menghadap ke kanan). Fakta yang telah diuji melalui kajian perubatan moden ini bersesuaian dengan anjuran Rasulullah s.a.w. dalam sunnah, jauh sebelum era teknologi seperti sekarang. Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada para pengikut baginda untuk tidur berbaring pada sisi badan bahagian kanan. Dalam sunnah, kedudukan tidur diusahakan agar kepala menghadap ke utara dan kaki mengarah ke selatan, sehingga tubuh tidak menolak arus/medan magnet konstan mengaliri sekujur tubuh daripada kutub magnetik utara menuju ke selatan dan berpengaruh baik terhadap sistem saraf kita. Hendaknya mendahulukan kedudukan tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan) dan berbantal dengan tangan kanan, tidak mengapa apabila setelahnya berlaku perubahan posisi di atas sisi kiri (rusuk kiri sebagai tumpuan). Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710).

Salah satu adab tidur adalah dianjurkan untuk miring ke kanan, dan di sebalik sunnah Nabi s.a.w. ini ternyata banyak sekali hikmah dan manfaat yang boleh kita ambil dari segi kesihatan.

Yang berikut ialah manfaat tidur miring ke sebelah kanan menurut kajian perubatan:

Mengistirahatkan otak sebelah kiri. Secara anatomi, otak manusia terbahagi dua bahagian kanan dan kiri. Bahagian kanan adalah otak yang mengawal saraf organ tubuh sebelah kiri dan sebaliknya. Umumnya kita menggunakan organ tubuh bahagian kanan sebagai anggota tubuh yang dominan dalam aktiviti seperti makan, memegang dan lainnya.Dengan tidur pada posisi sebelah kanan, maka otak bahagian kiri yang mengawal saraf segala aktiviti organ tubuh bahagian kanan akan terhindar daripada bahaya yang timbul akibat peredaran darah yang melambat saat tidur/diam. Bahaya tersebut meliputi pengendapan bekuan darah, lemak, asid sisa oksidasi, dan peningkatan kecepatan atherosclerosis atau penyempitan pembuluh darah. Sehingga jika seseorang berisiko terkena strok, maka yang berisiko adalah otak bagian kanan, dengan akibat kelumpuhan pada sebelah kiri (bahagian yang tidak dominan).

Mengurangi beban jantung. Keduduksan tidur ke sebelah kanan yang rata, memungkinkan cairan tubuh (darah) teragih secara merata dan tertumpu di sebelah kanan (bawah). Hal ini akan menyebabkan beban aliran darah yang masuk dan keluar jantung lebih rendah. Kesan posisi ini adalah denyut jantung menjadi lebih lambat, tekanan darah juga akan menurun. Keadaan ini akan meningkatkan kualiti tidur.

Tidur miring ke kanan membuat jantung tidak tertimpa organ lainnya. Hal ini disebabkan kedudukan jantung yang lebih condong berada di sebelah kiri. Tidur bertumpu pada sisi kiri menyebabkan curah jantung yang berlebihan, kerana darah yang masuk ke atrium juga banyak yang disebabkan kerana paru-paru kanan berada di atas. Sedangkan paru-paru kanan mendapatkan eadaran darah yang lebih banyak daripada paru-paru kiri.

Mengistirahatkan perut. Perut manusia berbentuk seperti tabung berbentuk koma dengan hujung katup keluaran menuju usus menghadap ke arah kanan bawah. Jika seseorang tidur ke sebelah kiri maka proses pengeluaran chime (makanan yang telah dicerna oleh perut dan bercampur asid lambung) akan sedikit terganggu, hal ini akan memperlambat proses pengosongan perut. Hambatan ini pada akhirnya akan meningkatkan akumulasi aid yang akan menyebabkan hakisan dinding perut. Posisi ini juga akan menyebabkan cairan usus yang bersifat basa bias masuk balik menuju perut dengan akibat hakisan dinding perut dekat pylorus.

Meningkatkan pengosongan kandung hempedu dan pankreas. Adanya aliran chime yang lancar akan menyebabkan keluaran cairan hempedu juga meningkat, hal ini akan mencegah pembentukan batu kandung hempedu. Keluaran getah pankreas juga akan meningkat dengan posisi miring ke kanan. Meningkatkan waktu penyerapan zat makanan. Saat tidur pergerakan usus meningkat. Dengan posisi sebelah kanan, maka perjalanan makan yang telah tercerna dan siap diserap akan menjadi lebih lama, hal ini disebabkan posisi usus halus hingga usus besar ada di bawah. Waktu yang lama selamat tidur memungkinkan penyerapan bias optimal. Merangsang buang air besar (BAB). Dengan tidur miring ke sebelah kanan, proses pengisian usus besar sigmoid (sebelum anus) akan lebih cepat penuh, jika sudah penuh akan merangsang gerak usus besar diikuti pengenduran otot anus sehingga mudah buang air besar.

Mengisitirahatkan kaki kiri. Pada orang dengan pergerakan kanan, secara ergonomis guna menyeimbangkan posisi saat beraktiviti cenderung menggunakan kaki kiri sebagai pusat pembebanan. Sehingga kaki kiri biasanya cenderung lebih merasa sakit daripada kanan, apa lagi kaki posisi paling bawah di mana aliran darah balik cenderung lebih lambat.

 

Pembuktian saintifik sunnah nabi .s.a.w. hebat...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...