13 October, 2009

Selembar Benang 5


Minggu ini saya ingin mengambil perhatian anda tentang penulisan SMS bahasa Melayu. Dalam hal ini, kita harus menerima hakikat bahawa penulisan SMS dalam bahasa Melayu yang cacamarba @ cacamerba (tidak bersempang) sedikit sebanyak telah menyumbang kepada kemerosotan mutu penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan orang ramai. Tahukah anda bahawa kini sudah ada singkatan dan simbol baku atau standard dalam penulisan SMS bahasa Melayu? Untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai hal ini, sila lawatan laman-web Dewan Bahasa dan Pustaka.
 
Di bawah ini saya senaraikan beberapa contoh singkatan sms biasa dan simbol baku untuk pengetahuan anda.
 
Singkatan      Singkatan            Maksud
   Salah              Betul              Sebenar
        4                  utk                untuk
        U                 awk               awak

         I                    sy               saya
        Y                   knp             kenapa
        N                    &                 dan
      Cite                 crt                 cerita
      Gak                  jg                 juga
      Fon                  tel                telefon
      Leh                  blh                boleh
     Ngan                dgn              dengan
      Ari                     hr                 hari
     Cam                mcm             macam
      Tq                    tk             terima kasih
    Tima                 trm               terima
      Jer                   shj               sahaja
     Coz                  sbb              sebab
     Lom                  blm              belum

Simbol emotikon - simbol emotif yang universal diterima pakai dalam penulisan SMS bahasa Melayu.
:-) - gembira
:-( - sedih
:-d - ketawa
;-) - bergurau atau kenyit mata
:-* - ciuman
:-o - terkejut
:-II - marah
:-p - mengejek

Pelbagai vs berbagai-bagai
Perkataan pelbagai sama maknanya dengan berbagai-bagai dan kedua-duanya boleh ditukar ganti. Tetapi ingat, menulis pelbagai atau berbagai-bagai dengan pelbagai-bagai atau berbagai adalah salah.

Setengah-setengah vs setengah; kedua-dua vs kedua
Selain daripada perkata berbagai-bagai yang tidak boleh diringkaskan penggunaannya menjadi berbagai, terdapat beberapa perkataan lain yang apabila diringkaskan akan membawa makna yang lain atau menyalahi maksud.

Salah: Bagi setengah orang, perkara ini tidak menjadi masalah besar kepada mereka
Betul: Bagai sesetengah (setengah-setengah) orang, perkara ini tidak menjadi masalah yang besar kepada mereka.

Salah: Kedua bank itu telah menunjukkan prestasi yang baik pada tahun ini.
Betul: Kedua-dua bank itu telah menunjukkan prestasi yang baik pada tahun ini.

Nota:
Setengah bermaksud separuh, manakala setengah-setengah bermaksud beberapa atau sebilangan. Kedua ialah kata bilangan yang nombor dua, manakala kedua-dua pula ialah kata sifat yang bermaksud kesemua atau all).

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...