25 January, 2013

Cium Tangan: Adakah ia sunnah Nabi s.a.w.

Dalam kitab “al Mausu’ah al FIqhiyah” disebutkan bahwa diperbolehkan mencium tangan seorang alim, penguasa yang adil, mencium tangan kedua orang tua, ustaz dan setiap orang yang layak mendapatkan penghormatan sebagaimana dibolehkan mencium kepala, dahi serta di antara kedua bola mata, namun (hanya dibolehkannya) hal demikian jika bertujuan baik, memberi penghargaan, menunjukkan perasaan sayang ketika bertemu dan berpisah dan penghormatan yang bebas daripada syahwat.


Terdapat sebuah riwayat bahwa Nabi s.a.w. memeluk Ja’far ketika tiba dari Habasyah dan mencium antara kedua matanya.”

Diriwayatkan pula.”Daripada Ibnu Umar bahwa beliau pernah mengikuti suatu ekspedisi ketenteraan Rasulullah s.a.w.kemudian menceritakan kejadiannya. Ia berkata,’Maka kami pun mendekati Rasulullah s.a.w.dan kami pun mencium tangannya.”

Ibnu Batthal mengatakan bahwa Imam Malik mengingkari mencium tangan dan mengingkari riwayat yang menyebutkan hal itu. Al Abhariy berkata,”Sesungguhnya pengingkaran Imam Malik apabila hal itu untuk pengagungan dan kesombongan. Adapun jika untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan agamanya atau ilmunya atau kemuliaannya maka hal demikian dibolehkan.” (al Mausu’ah al Fiqhiyah juz II hal 468)/

Abu Daud meriwayatkan daripada Ummu Aban binti al Wazi' bin Zari' daripada datuknya Zari' saat itu ia sedang bersama rombongan utusan Abdu Qais, ia berkata, "Ketika kami tiba di Madinah, kami saling berlumba memacu kendaraan kami, lalu kami mencium tangan dan kaki beliau (Raslullah s.a.w)".

Cium tangan yang mendapat pahala

Imam an Nawawi mengatakan bahwa disunnahkan mencium tangan seorang soleh, zahid, alim dan yang sepertinya dalam kalangan ahli akhirat. Adapun mencium tangannya karena kekayaannya, dunianya, kekuatannya dan kedudukannya daripada ahli dunia dan orang-orang seperti mereka maka hal demikian sangat dimakruhkan. Bahkan al Mutawalli mengisyaratkan bahwa hal itu haram. (al Majmu’ juz IV hal 636).

Cium tangan yang membawa pelbagai maksud - halal @ haram ?

Cium tangan yang haram tetapi dihalalkan oleh Ustazah Mashitah


Sumber di sini.



 

Cium tangan: Jangan ikut Si Jahil...


Read more...

Gunakan Bicara Hati...

Tidak ada musuh yang tidak dapat ditundukkan oleh cinta. Tidak ada penyakit yang tidak dapat disembuhkan oleh kasih sayang. Tidak ada permusuhan yang tidak dapat dimaafkan oleh ketulusan. Tidak ada kesulitan yang tidak dapat dipecahkan oleh ketekunan. Tidak ada batu keras yang tidak dapat dipecahkan oleh kesabaran.



Semua itu haruslah berasal daripada hati anda. Bicaralah menggunakan bahasa hati, maka akan sampai ke hati pula. Kejayaan dicapai bukan semata-mata kerana kuatnya otot atau cerdasnya akal anda, tetapi juga kerana lembutnya hati anda dalam menempuh segala sesuatunya. Anda tidak akan dapat menghentikan tangisan seorang bayi dengan hanya memeluknya dalam lengan yang kuat. Atau, memujuknya dengan pelbagai barang mainan dan kata-kata manis. Anda harus mendakapnya hingga ia merasakan degup jantung yang tenang jauh di dalam dada anda.




Read more...

Info Penting: Sebarkan...

Ayat Al-Quran Diubah Dalam Aplikasi Apple App Store | Mohon Edarkan!!!

Masih tidak ramai pengguna telefon pintar yang tahu akan hal ini. Satu versi baru al-Quran yang dikeluarkan oleh Apple App Store telah mengguris hati ramai kaum muslimin. Applikasi ini dihasilkan oleh kumpulan Ahmadiyyah dan Qadiani, dengan nama "The Holy Quran Arabic text and English translation”. Ayat-ayat al-Quran dalam versi ini diterjemah oleh Maulvi Sher Ali dan Ahmadiyyah Muslim Community yang jelas dinyatakan dalam maklumat di iPhone App Store itu.

Produk ini wajib diboikot kerana ia menyeleweng dan mengelirukan serta bercanggah dengan ayat-ayat suci al-Quran yang asal. Kami memohon anda  berkongsi dengan semua rakan-rakan anda tentang perkara ini. Sekiranya mereka bukan pengguna android atau iPhone, sekurang-kurangnya mereka boleh memberitahu orang lain, insya-Allah.






Macam-macam cara kafir laknat cuba mengelirukan umat Islam...
Read more...

Sah, mayat itu ialah adik William Yau

Betapa luluhnya hati Si Ibu dan relainya hati Si Bapa apabila melihat sekujur tubuh yang berada di hadapan mereka merupakan anak yang tercinta.  Biar dikatakan kelalaian ibu bapa sebagai puncanya, Si  Ibu dan Si Bapa tidak akan memaafkan diri mereka sehingga ke akhir hayat atas kecuaian itu.

Adik William Yau Zhen Zhong

Semoga Allah memberi ketenangan dan kesabaran kepada kedua-dua ibu bapa William Yau. Peristiwa ini seharusnya menjadi iktibar kepada ibu bapa lain supaya tidak mengambil ringan aspek keselamatan anak-anak. Ingat, seminit kita alpa, bertahun hidup menderita...

Papa dan Mama William Yau

Sumber berita di sini.

SUBANG JAYA – Polis sahkan mayat kanak-kanak ditemui di jeti Kampung Sungai Sireh Pelabuhan Klang malam tadi adalah William Yau, 6, yang dilaporkan hilang di Putra Heights minggu lalu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, ia berdasarkan pengecaman dibuat kedua ibu bapa mangsa, Goh Ying Ying dan Yau Kok Kang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pagi tadi. Bagaimanapun, menurutnya pihak polis masih menunggu ujian DNA, yang dijangka diperoleh dalam tiga hari lagi untuk pengesahan lanjut.

Yahaya berkata, ibu bapa William sahkan seluar pendek, seluar dalam, parut di dahi serta di bahagian belakang kepala mayat mirip anak mereka.



 


Apa khabar Sofia Adila di sana...




Read more...

Waktu pejabat sudah habis, sila datang esok...

Beginilah selalunya berlaku di jabatan-jabatan agama. Buat kerja terkedek-kedek. Tugas yang sepatutnya mereka lakukan, banyak disubkon kepada orang lain. Sehinggakan banyak isu agama yang sepatutnya mereka tangani, tetapi mereka rela tercanguk dan berdiam diri mengira elaun lebih masih mengendap orang berkhalwat.


Yang terkini, pintu pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah digegarkan oleh NGO An-Nasr yang datang membuat laporan tentang sebuah filem Tamil yang sedang ditayangkan di ibu negara telah menghina Islam. Filem bernama Vishwaroopam ini dilakonkan oleh pelakon Tamil terkemuka yang beragama Islam, iaitu Kamal Hasan.  Menurut Pengerusi An-Nasr, iaitu Salim Hasan (bukan adik beradik dengan Kamal Hasan), filem tersebut sudahpun diharamkan penayangan di beberapa negara seperti Singapura, Sri Lanka dan UEA, namun ia terus ditayangkan di Malaysia.

Berita daripada Harakahdaily di sini 

Berita daripada The Time of India


 

Ish...ish...ish...

Read more...

Amalan Istighfar & Taubat Bakal Mengubah Hidup Anda...

Mahu mengubah hidup anda daripada keadaan semalam yang kusam kepada keadaan hari ini dan hari esok yang lebih ceria?

Beristighfar dan taubatlah sebanyak mungkin dan jadikan ia amalan wirid harian.

Luangkan sedikit masa mendengar pesanan Dr Maza di dalam video klip tentang istighfar dan taubat di bawah ini. Insya-Allah, sesuatu yang bernilai akan anda peroleh selepas menontonnya...



Ingatlah!

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali.

Dalam hadis lain, Nabi bersabda dengan mafhumnya: Wahai manusia, bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya setiap hari 100 kali.

Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca:


Maksudya: Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripada-Nya, yang hidup dan yang menguruskan makhluk-Nya dan aku bertaubat kepada-Nya. nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.

Sabdanya yang bermaksud: Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.

Sabdanya yang bermaksud: Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.


 

Amalkan...


Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...