28 February, 2010

Aku Pemburu Jin 10: Pedoman...


Ibnu Al-Jauziah telah menggambarkan pertarungan antara manusia dan jin (syaitan) dengan gambaran yang indah, katanya:

"Ketahuilah sesungguhnya hati itu laksana suatu benteng yang di atasnya dikelilingi pagar-pagar. Pada pagar itu terdapat pintu-pintu dan celah-celah. Penghuninya adalah akal dan malaikat mengawal benteng tersebut. Di sekitarnya ada "rabadh" yakni tempat yang dihuni oleh hawa nafsu. Syaitan juga menempati ruang itu tanpa sebarang rintangan. Pertarungan sentiasa berlaku antara penghuni benteng dan penghuni rabadh. Syaitan sentiada meronda di sekitar benteng mencari-cari peluang daripada kelalaian manusia untuk menerobos melalui celah-celah pagar. Oleh itu, hendaklah penjaga benteng memantau semua pintu-pintu benteng yang dijaganya dan memastikan ke semua celah-celah tidak diterobos oleh syaitan. Hendaklah jangan sampai lengah daripada penjagaan, walaupun hanya sesaat, kerana sesungguhnya musuh tidak pernah lengah".


Seseorang pernah bertanya kepada Hasan Al-Bashri:

"Adakah iblis itu tidur?". Hasan menjawab: "Sekiranya dia tidur, dapatlah kita beristirahat".

Kisah seorang ulama salaf dengan anak muridnya sebagai mutiara ilmu untuk anda.

Tuan Guru: Apakah yang akan engkau buat jika syaitan berusaha menyeretmu pada kesalahan?
Murid: Aku akan lawan dia.
Tuan Guru: Jika dia datang lagi menyerang?
Murid: Aku akan lawan dia lagi.
Tuan Guru: Jika dia datang menyerang lagi?
Murid: Aku akan lawan lagi.
Tuan Guru: Kalau macam ini berpanjanganlah masalahnya.
Murid: (Diam)
Tuan Guru: Bagaimana pendapatmu seandainya engkau membawa kambing, tiba-tiba digonggong oleh anjing yang menghalang kamu daripada berjalan, apakah yang akan kamu lakukan?
Murid: Aku akan mempertahankannya dan sedaya upaya dan melawan anjing itu!
Tuan Guru: Kalau begitu panjang masalahnya. Jalan yang terbaik adalah meminta tolong kepada tuan pemilik anjing itu supaya menahannya daripada terus mengganggu kamu!
Murid: (Diam, sambil tersengeh)

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan di dalam tubuh manusia mengikut aliran darah. Dan aku bimbang tercampak ke dalam hatimu sesuatu keburukan atau berkata sesuatu" (H.R. Bukhari dan Muslim).




 Entri Aku Pemburu Jin 11: Penutup (saya khuatir ia semakin membosankan)







Read more...

Aduhai Imigresen...


Pukul 7:45 pagi aku sudah terpacak di sini untuk memperbaharui pasport antarabangsa aku.


Kemudian sewenang-wenang, aku diarah pergi ke pejabat  baharu Bahagian Pasport Malaysia, di Presint 14 dengan dibekalkan sekeping peta sebagai panduan.

 

Mujurlah ada beberapa orang pekerja "bangla" yang tahu akan lokasi yang disebutkan, sehingga aku berjaya sampai ke tempat yang mempunyai nama "orang putih" ini:


Chancery Place

dengan pandu arah bercorak Islamik...


Ejaan betul bagi pasport ialah pasport bukan passport (bahasa Inggeris)

Bahagian Pasport telah dipindahkan ke sebuah kawasan pembangunan baharu yang terpencil. Kepala "hotak" aku mula ligat bertanya, mengapa hal ini terjadi. Jawapan aku, kepala "hotak" diaorang ligat memikirkan bagaimana untuk memajukan kawasan baharu, lantas terkucil idea untuk membawa Bahagian Pasport ini ke sana dengan harapan, kawasan tersebut dapat membangun dengan sendirinya. Kepala "hotak" jenis ini, memang kepala "hotak" yang terlalu mementingkan diri sendiri dan menyusahkan rakyat marhaen seperti aku. Maka, bangunan asal yang bernilai jutaan ringgit akan menjadi tugu pameran untuk tatapan pelancong dalam dan luar negeri sahaja. Memang cerdik kepala "hotak" korang...

Semasa menaiki tangga ke tingkat 1 (dari tempat parkir), aku tersentak apabila terpandang:

Ayatul Kursi dilekatkan pada dinding

Pada pendapatan aku, inilah justifikasi mengapa Bahagian Pasport dipindahkan ke sini. Rupa-rupanya, bangunan ini sudah mula berhantu...

He...he...








Nota: Aku terpaksa menghabiskan separuh hari hanya untuk menyerahkan borang pembaharuan semula pasport aku. Punyalah efisien Imigresen kita...Tahniah beb!




Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...