Beginilah selalunya berlaku di jabatan-jabatan agama. Buat kerja terkedek-kedek. Tugas yang sepatutnya mereka lakukan, banyak disubkon kepada orang lain. Sehinggakan banyak isu agama yang sepatutnya mereka tangani, tetapi mereka rela tercanguk dan berdiam diri mengira elaun lebih masih mengendap orang berkhalwat.
Yang terkini, pintu pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah digegarkan oleh NGO An-Nasr yang datang membuat laporan tentang sebuah filem Tamil yang sedang ditayangkan di ibu negara telah menghina Islam. Filem bernama Vishwaroopam ini dilakonkan oleh pelakon Tamil terkemuka yang beragama Islam, iaitu Kamal Hasan. Menurut Pengerusi An-Nasr, iaitu Salim Hasan (bukan adik beradik dengan Kamal Hasan), filem tersebut sudahpun diharamkan penayangan di beberapa negara seperti Singapura, Sri Lanka dan UEA, namun ia terus ditayangkan di Malaysia.
Berita daripada Harakahdaily di sini
Berita daripada The Time of India
Ish...ish...ish...
No comments:
Post a Comment