RUSIA (voa-islam.com) – Isnin (25/03/13) di internet telah tersebar video seorang pastor Rusia yang membuat pengakuan bahawa masa depan dunia adalah di tangan kaum muslimin dan mereka yang akan mewarisi bumi dan memakmurkannya.
Pastor itu menyebutkan alasan-alasan kaum muslimin mewarisi bumi iaitu kerana mereka mempunyai keinginan untuk menegakkan syiar-syiar agama mereka sepenuhnya. “Ketika muslimin mengerjakan shalat ‘Id, mereka menggentarkan jiwa raga orang-orang yang lalu lalang kerana menyaksikan mereka yang berjumlah puluhan ribu sujud merendah diri kepada Tuhan mereka” ujar pastor.
Dia seterusnya berkata pemandangan seperti itu tidak dimiliki oleh orang-orang masihi (Nasrani). Mereka tidak melihat di gereja melainkan wanita-wanita tua. Pengakuan pastor ini juga disebabkan kisah yang diceritakan oleh seorang wanita tua Rusia. Wanita itu bercerita bahawa ada seorang pemandu teksi muslim yang tidak meminta bayaran daripadanya kerana menganggap wanita tua itu sebagai ibunya. Terlebih ketika waktu solat, ia segera menunaikan solat dan tidak meminta bayaran. Sedangkan pemandu Nasrani tetap akan meminta bayaran dengan berkata “Ini pekerjaanku”.[usamah/imo]
Akhlak Islam sebenar membuatkan Islam tersebar...
No comments:
Post a Comment