19 April, 2013

Cristiano Ronaldo dihadiahi Mushaf Al-Qur'an...

Selain terkenal sebagai seorang pemain boleh sepak terhandal dunia, Cristiano Ronaldo juga membintangi beberapa iklan. Dalam satu pengambaran iklan terbarunya di Dubai, pemain yang kerap membela Islam itu menerima hadiah mushaf Al Qur'an daripada seorang lelaki Arab.



 "Cristiano Ronaldo diberi sebuah salinan Al Qur'an setelah menyelesaikan pengambaran iklan komersial untuk syarikat telefon bimbit Arab," dengan pelancar 101greatgoals.com. Berita Ronaldo menerima mushaf Al Qur'an itu juga disertai bukti sah berupa foto yang mengabadikan saat tersebut, seperti yang dikutip oleh Republika, Khamis (18/4) malam.

Meski beragama Katolik, Ronaldo nampak senang dengan hadiah mushaf tersebut. Foto dan berita itu pun dengan cepat tersebar ke seluruh dunia melalui media sosial, terutama twitter dan facebook. Sebelum ini, pemain yang bergelar CR7 itu sudah sering dikait dengan Islam dan nampak menyukainya. Bersama-sama sahabat baik Mesut Ozil, pemain kelahiran 5 Februari 1985 itu selalu mengingatkan Ozil untuk membaca bismillah.



Bahkan, Ronaldo sendiri dberitahu sudah menghafal surat Al Fatihah. Pemain Real Madrid dengan jersi bernombor 7 itu juga dikenali sebagai insan memiliki keprihatian yang tinggi terhadap Palestin. Ronaldo pernah menyumbangkan kasut emasnya senilai 18.4 ribu juta untuk anak-anak Gaza.


 
Jika aku mempunyai wang sebanyak itu, adakah aku akan melakukan seperti yang dilakukan Ronaldo terhadap rakyat Palestin? Masya-Allah...

3 comments:

Unknown said...

Satu persoalan timbul,boleh atau tidak memberikan naskah alquran dibawah jagaan orang bukan islam.setahu saya ianya tidak dibolehkan.Jika nak berdakwah .hadiahkan sebarang kitab yang tidak mengandungi ayat suci tak apa.Wallahuaklam.

Unknown said...

Memang terdapat khilaf dalam hal menghadiahi al-Quran kepada orang kafir. Tetapi kebelakangan ini banyak pihak telah menjalankan kempen menghadiahi al-Quran seperti yang dilakukan dalam Street Campaign di London dan baru-baru ini dilakukan oleh sebuah NGO Islam di Ipoh. Mybabah bersetuju jika al-Quran itu disertai terjemahan dupaya dapat dimanfaatkan segera oleh penerima. Wallahualam.

Anonymous said...

ijok, kita kena tengok dulu, siapa penerimanya. walaupun tahap bukan islam, tapi dia amat cenderung kpd islam, for sure dia akan hormat kpd kitab suci, berbanding org melayu (yg x der ciri-ciri islam), lu rasa dia buat apa ataupun letak kat mana. paling hebat pun berabuk dlm almari jer kan ? oh yer, Al-Quran ijoks ada kat mana?

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...