Penjelasan oleh: Badrul Tamam
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas kurnia dan nikmat-Nya. Salawat dan salam atas hamba dan utusan-Nya, Nabi Muhammad s.a.w keluarga dan sahabat beliau yang mulia. Pandangan seseorang memiliki pengaruh dalam kekusyukan ketika solat. Sementara khusyuk merupakan salah satu unsur penting sama ada solat diterima atau tidak. Bahkan seseorang itu tidak akan merasakan nikmatnya ibadah teragung ini kecuali dengan kekhusyukan.
Oleh sebab itu, syariat mengatur hukum berkaitan dengan pandangan mata dalam solat. Kita bertemu dengan larangan keras oleh Nabi s.a.w. daripada melihat ke atas atau ke langit, dan melarang pula menengok dan melirik ke arah kanan dan kiri. Daripada Jabir bin Samurah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,
Daripada 'Aisyah r.a. berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang menoleh dalam solat? Baginda menjawab,
Jadi, ke manakah pandangan kita patut diarahkan?
Para ulama berbeza pendapat tentang arah yang dituju oleh pandangan seorang yang sedang menunaikan solat:
Pertama, Imam Malik berpendapat pandangan hendaklah diarahkan ke kiblat. Imam Al-Bukhari menguatkan hal ini dalam sahih-nya dengan membuat bab Raf'ul Bashar Ilal Imam Fii al-Shalah (Bab mengangkat (mengarahkan,-ter) pandangan ke imam dalam Solat). Pendapat ini memiliki beberapa hadis yang menyokongnya, bahawa para sahabat melihat kepada Rasulullah s.a.w ketika mereka solat dalam pelbagai kesempatan untuk memperhatikan gerakan-gerakan baginda s.a.w. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak menghadap ke tanah atau ke tempat sujud. Beberapa hadits yang dijadikan sandaran:
Daripada Ma'mar, ia berkata: Aku bertanya kepada Khabbah,
Al-Barra' pernah berkhutbah dan menyampaikan, "Apabila para sahabat solat bersama Rasulullah s.a.w. maka beliau mengangkat kepalanya daripada ruku' maka mereka berdiri sehingga mereka melihat beliau sudah sujud." (HR. Al-Bukhari).
Daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata: "Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w. lalu baginda solat. Mereka (para sahabat) bertanya, "Wahai Rasulullah, kami melihat anda mengambil sesuatu ketika di kedudukanmu, lalu anda mundur kembali?" Baginda menjawab: "Aku diperlihatkan syurga, lalu aku diberikan setandan anggur. Jika aku mengambilnya nescaya kalian akan memakannya yang akan mengakibatkan terabaikannya urusan dunia." (HR. Al-Bukhari).
Pendapat kedua, Imam Syafi'i dan para ulama Kuffah –ini yang sahih daripada madhab Hanafi-, disunnahkan bagi orang yang solat mengarahkan pandangannya ke tempat sujudnya; karena akan lebih mendekatkan kepada khusyuk Syaikh Al-Albani menyebutkan dalam Sifat Solat Nabi s.a.w. pada bab Al-Nadhar Ilaa Maudhi' al-Sujud wa Al-Khusyu'. Lalu beliau menyebutkan sejumlah hadis di bawahnya, antaranya:
Muhammad bin Sirin berkata: para sahabat s.a.w. mengangkat pandangan mereka ke langit dalam solat. Maka ketika turun ayat ini:
Hukum asal makmum melihat ke tempat sujudnya karena yang diinginkan adalah khusyuk kecuali apabila dia perlu sekali melihat apa yang dikerjakan imam untuk mengikutinya . Al-Hafidh Ibnu Hajar memperincikan masalah ini, "Mungkin boleh kita bezakan antara imam dan makmum. Disunnahkan bagi imam melihat ke tempat sujud. Begitu juga bagi makmum. Kecuali ketika mereka ingin memperhatikan imam. Adapun munfarid (orang solat sendirian), hukumnya seperti hukum imam." Pendapat beliau berlandaskan beberapa hadis yang disebutkan imam Bukhari tentang menghadapkan pandangan ke imam, "Dan maksud ulasan boleh membawa erti, hukum asal makmum melihat ke tempat sujudnya kerana yang diinginkan adalah khusyuk kecuali apabila mereka perlu sekali melihat apa yang dikerjakan imam untuk mengikutinya, ini sebagai contoh."
Penjelasan Al-Hafidz di atas adalah sebagai upaya menjama' (mengompromikan) hadis-hadis yang disebutkan Imam al-Bukhari dan hadis-hadis menundukkan pandangan ke arah sujud. Ini adalah kompromi yang sangat bagus. Wallahu Ta'ala A'lam. [PurWD/voa-islam.com] .
لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ يَرْفَعُونَ أَبْصَارَهُمْ إِلَى السَّمَاءِ فِى الصَّلاَةِ أَوْ لاَ تَرْجِعُ إِلَيْهِمْ
"Hendaknya kaum-kaum yang mengarahkan pandangan mereka ke langit dalam solat itu bertaubat atau pandangan mereka terebut tidak akan kembali kepada mereka." (HR. Al-Bukhari Muslim). Dalam riwayat al-Bukhari, "Hendaknya mereka berhenti daripada hal itu atau akan disambar pandangan mereka." Daripada 'Aisyah r.a. berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang menoleh dalam solat? Baginda menjawab,
هُوَ اِخْتِلَاسٌ يَخْتَلِسُهُ اَلشَّيْطَانُ مِنْ صَلَاةِ اَلْعَبْدِ
"Itu adalah pencurian yang dilakukan syaitan terhadap solat hamba." (HR. Al-Bukhari) Jadi, ke manakah pandangan kita patut diarahkan?
Para ulama berbeza pendapat tentang arah yang dituju oleh pandangan seorang yang sedang menunaikan solat:
Pertama, Imam Malik berpendapat pandangan hendaklah diarahkan ke kiblat. Imam Al-Bukhari menguatkan hal ini dalam sahih-nya dengan membuat bab Raf'ul Bashar Ilal Imam Fii al-Shalah (Bab mengangkat (mengarahkan,-ter) pandangan ke imam dalam Solat). Pendapat ini memiliki beberapa hadis yang menyokongnya, bahawa para sahabat melihat kepada Rasulullah s.a.w ketika mereka solat dalam pelbagai kesempatan untuk memperhatikan gerakan-gerakan baginda s.a.w. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak menghadap ke tanah atau ke tempat sujud. Beberapa hadits yang dijadikan sandaran:
Daripada Ma'mar, ia berkata: Aku bertanya kepada Khabbah,
أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ قَالَ نَعَمْ قُلْنَا بِمَ كُنْتُمْ تَعْرِفُونَ ذَاكَ قَالَ بِاضْطِرَابِ لِحْيَتِه
"Apakah yang dibaca Rasulullah s.a.w. ketika solat zuhur dan asar?" beliau menjawab, "Ya." Kami bertanya, "Bagaimana kamu mengetahui hal itu?" beliau menjawab, "Dengan gerakan janggutnya." (HR. Al-Bukhari)Al-Barra' pernah berkhutbah dan menyampaikan, "Apabila para sahabat solat bersama Rasulullah s.a.w. maka beliau mengangkat kepalanya daripada ruku' maka mereka berdiri sehingga mereka melihat beliau sudah sujud." (HR. Al-Bukhari).
Daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata: "Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w. lalu baginda solat. Mereka (para sahabat) bertanya, "Wahai Rasulullah, kami melihat anda mengambil sesuatu ketika di kedudukanmu, lalu anda mundur kembali?" Baginda menjawab: "Aku diperlihatkan syurga, lalu aku diberikan setandan anggur. Jika aku mengambilnya nescaya kalian akan memakannya yang akan mengakibatkan terabaikannya urusan dunia." (HR. Al-Bukhari).
Pendapat kedua, Imam Syafi'i dan para ulama Kuffah –ini yang sahih daripada madhab Hanafi-, disunnahkan bagi orang yang solat mengarahkan pandangannya ke tempat sujudnya; karena akan lebih mendekatkan kepada khusyuk Syaikh Al-Albani menyebutkan dalam Sifat Solat Nabi s.a.w. pada bab Al-Nadhar Ilaa Maudhi' al-Sujud wa Al-Khusyu'. Lalu beliau menyebutkan sejumlah hadis di bawahnya, antaranya:
كان صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذا صلى؛ طأطأ رأسه، ورمى ببصره نحو الأرض
"Adalah Rasulullah s.a.w. apabila solat maka baginda menundukkan kepalanya dan mengarahkan pandangannya ke arah tanah." (Disebutkan Imam al-Hakim dan beliau berkata: Ini sesuai dengan syarat Muslim saja).Muhammad bin Sirin berkata: para sahabat s.a.w. mengangkat pandangan mereka ke langit dalam solat. Maka ketika turun ayat ini:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ
"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." (HR. Al-Mukminun: 1-2), mereka menundukkan pandangan mereka ke tempat sujud." (Dinukil daripada Tafsir Ibnu Katsir) .Hukum asal makmum melihat ke tempat sujudnya karena yang diinginkan adalah khusyuk kecuali apabila dia perlu sekali melihat apa yang dikerjakan imam untuk mengikutinya . Al-Hafidh Ibnu Hajar memperincikan masalah ini, "Mungkin boleh kita bezakan antara imam dan makmum. Disunnahkan bagi imam melihat ke tempat sujud. Begitu juga bagi makmum. Kecuali ketika mereka ingin memperhatikan imam. Adapun munfarid (orang solat sendirian), hukumnya seperti hukum imam." Pendapat beliau berlandaskan beberapa hadis yang disebutkan imam Bukhari tentang menghadapkan pandangan ke imam, "Dan maksud ulasan boleh membawa erti, hukum asal makmum melihat ke tempat sujudnya kerana yang diinginkan adalah khusyuk kecuali apabila mereka perlu sekali melihat apa yang dikerjakan imam untuk mengikutinya, ini sebagai contoh."
Penjelasan Al-Hafidz di atas adalah sebagai upaya menjama' (mengompromikan) hadis-hadis yang disebutkan Imam al-Bukhari dan hadis-hadis menundukkan pandangan ke arah sujud. Ini adalah kompromi yang sangat bagus. Wallahu Ta'ala A'lam. [PurWD/voa-islam.com] .
Bersujudlah dengan sebenar-benar sujud dan perbanyakkan doa ketika melakukan sujud...
No comments:
Post a Comment