10 April, 2010

Kejahilan Berpolitik 2


Beberapa minggu lagi kita akan menyaksikan satu fenomena kejahilan murakab di Malaysia, iaitu satu pesta rasuah yang terang-terangan berlaku di depan mata. Di manakah itu? Di HULU SELANGOR...

 

Fenomena memberi rasuah yang juga dikenali sebagai tumbuk rusuk, wang suap, wang sogok, sorong, duit kopi, tip, korapsi dan rayap sememangnya berleluasa sewaktu pilihan raya. Rasuah jenis ini seakan-akan mendapat restu bukan sahaja daripada institusi pembanteras rasuah seperti SPRM, PDRM dan RM-RM lain, tetapi juga rakyat seantero negara.


"Jika setakat memberi makan dahulu, kemudian baharu menjalankan tugas, tidaklah seteruk mana. Majlis kenduri doa selamat lagi teruk  Minta orang ramai untuk "bertahlil" dahulu, baharu rasuah mereka dengan memberi makan, lagi hebat..." kata pengikut setia Parti Wahabi.


Kesan jangka pendek - pemimpin yang terpilih akan menjadi seperti katak yang kepanasan dek bahang rasuah dan dia akan terus melompat untuk mencari duit haram demi kesinambungan hidupnya.

Kesan jangka panjang - rakyat yang memilih pula akan terus dihimpit kesusahan kerana kejahilan mereka memilih pemimpin dan akhirnya, negara akan terus MELINGKUP...


Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w.:


“Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dan mereka yang menjadi orang tengah (perantaraan) keduanya.” (Riwayat Ahmad)

“Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya masuk neraka.” (Riwayat Tarmizi)







34 comments:

Imanisa riana @ sarimah said...

salam..
Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 177

“Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui.”

Sabda Nabi S.A.W

“Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”

Semua hasil yang dimakan dari rasuah adalah Haram, menurut Nabi S.A.W “As-suhut” iaitu api neraka lebih utama dengannya.

eelobor said...

Ya Allah, jauhkan lah aku & ahli keluargaku dari tipu daya syaitan.

Malaysia antara negara top ranking tertinggi kadar rasuah kan? Mungkin babah boleh kupas tentang rating rasuah di Malaysia

Aida Ali said...

Salam. Dalam hati berkata-kata : mengapa semakin menjadi-jadi? Gunakanlah kematangan masing-masing dalam menilai. Sesungguhnya rakyat dah semakin bijak dan matang dalam politik

mazru said...

kenapa bile dlm politik mst ade isu rasuah ye?

macam2 sekarang ni..

najihah said...

*geleng kepala*

beginilah 1 Malaysia!

HAHA..

Babah,saya dengan rendah hati ingin memberikan hadiah buat followers saya..

Kalau Babah sudi,terima lah ya..

terima kasih! :)

saharul said...

duit.....buat org kabur mata dan kabur fikiran....senjata paling utama untuk menang dan merupakan fenomena yg biasa berlaku pada politik kat malaysia ...

Unknown said...

betul tu babah...mendengar hadis tentang rasuah membuatkan saya takut.Saya belum melangkah ke alam pekerjaan,jadi mmg saya tak jumpa lagi dgn jenayah ini.Doakan saya kuat...

Rusdi Abd Rahman said...

Salan Tuan Samsudin,
Diri ini tetap pengunjung utama blog ini cuma kadang kala tidak sempat mengutus komen.
Ya... dengar khabarnya pelbagai program, pameran, sumbangan, rasmi itu ini, khidmat masyarakat dan pelbagai lagilah sama ada besar atau mini sedang dirancang dan sudah dibuat di sana itu... yang buatnya pasti pihak yang berkuasa segalanya iaitu wang dan media...

Werdah said...

Salam Samsudin.

Mudah2an kita dijauhkan daripada terlibat dalam menerima dan memberi rasuah ini kerana kita tahu kesannya amat pedih bila berhadapan dengan Allah nanti.

terokai seni said...

aiseh kena bertugas kat sana la... mals betul

Abd Razak said...

Salam..

Semuanya adalah angkara sikap manusia yang rakus untuk mengejar kekayaan dan kemewahan duniawi hingga melanggar perintah Tuhan.

ahmad humairi said...

salam,

pilihan di tangan pengundi....jangan tersilap pilih..

Imanisa riana @ sarimah said...

salam..
Saya terpaksa tutup blog saya dan buka blog baru...
http://duniacik.blogspot.com/

Unknown said...

Salam ,Memang itulah kenyataannya.
izinkan saya copy artikel ni.

daun kesum said...

SALAM BABAH,.,

MULA2 SKALI,.MAAF..LANMA TAK DATANG SINI..
SEBAB MOOD BLOGGING BERKURANG SEKETIKA ARI TU...




PASAL MEMBELI UNDILA,,RASUAHLA,,MAIN BAWAH MEJA LA..SEKARANG MEMANG SEMUA BENDA BERLAKU,,SEBAB MANUSIA SUDAH HILANG PERTIMBANGAN..NAK CEPAT SENANG..
SAMPAI MENGABAIKAN UNSUR2 AGAMA,,
HUKUM2 ALLAH DILANGGAR SEWENANG2..

arizWanmerahs said...

Salam Babah,

semakin kuat kempen nak menghapuskan rasuah ni, nampak pulak semakin berleluasanya ia.. Dimana silapnya?? Kita kenalah cari mana akarnya.. Cuba fikir2kan kat mana akarnya iya? Bila dah nampak akarnya, maka marilah ramai2 kita musnahkan akar ni, barulah kan jaya.. TAk gitu? Sekarang ni kita tak korek ini akar, tapi kita dok cantas dahan2nya, daun2nya, pasal tu lah tak jaya.. Daun2 rasuah, dahan2 rasuah kita dok cantas sekarang ni, tapi akar rasuah tu dok hidup lagi... mana mungkin lah berjaya dihapuskan... Wallahu a'lam..

sebi_2569 said...

very interesant blog

Cikgu Zam said...

salam
saya jug tirut sedih dengan gejala rasuah yang semakin menggila dalam masyarakat kita sekarang, apakah nasib kita raktat malaysia pada masa akan datang, harap perubahan berlaku dengen segere, bersama kita sentiasa berdoa...ke arah kebaikan demi kesejahteraan, Amin

greenhall said...

salam babah.


berdasarkan pengalaman sendiri; rasuah ni akan memakan diri. pasti!

abu muaz said...

salam tuan. apa khabar? garang nampaknya ?

pecinta_Islam said...

mungkin ini dh jd trend manusia yg berhati binatang dalam berpolitik..apabila tiba pilihanraya maka tangan2 jahat akan mula untuk memberi rasuah kepada tangan-tangan jahat yang lain..maka nantilah akan azab Allah yang sangat dasyat.

Nurimo said...

Salam mybabah,

Ada bukti orang beri rasuah tolong report kat sprm,kalau tak nampak sekadar cakap tak boleh ,orang kata fitnah juga.

Hairun Azmi said...

Semuga amalan tak sihat ini dapat di hapuskan dari masyarakat kita..Klau tidak habis jahanam negara kita...

hentian said...

Jangan lupa masa kecil dulu.

Kalau mak suruh pergi kedai, tak dapat duit extra tak mau pi.

Itu kira rasuah ke upah?

Ampuan Awang said...

salam.

entri ini menarik, sahabat.

sayang sekali kita tak dapat berjumpa di sabah tempohari

greenhall said...

salam babah.. harap sehat. maaf lama tak ziarah..

eelobor said...

di manakah tuan punya tanah ni? sudah lama membisu

a LoT oF LuV said...

Salam perkenalan.. Nice n3..

Shaizul Sapar said...

SPRM pun bwh telunjuk kepala perasuah, sape lg nak harap.tggl masayarakat itu sendiri yg membenteras secara diam.

Nida n' Hanafi said...

Salam Babah..

Lama menyepi... tertanya perkhabaran babah di sana..

~ abil CUMA ~ said...

assalamualaikum..
babah, awat lama tak dengar khabar berita??harap babah sehat slalu.. :)

Alris said...

Assalamualaikum ww,

Bang Sam, selamat hari raya iedul fitri 1432 H, maaf lahir dan bathin.

Salam,
Alris

Alris said...

Dimana sahaja memang berlaku laku curang ini. Caranya bermacam-macam ada. Kalau di indonesia yang sering adalah pemberian duit kepada pemilih menjelang pilihan raya.
Bang Sam sudah lama tidak update ni.
Apa kabar?

Harga Trica Jus said...

waduh ampe sgitunya yah !

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...