Beberapa minggu lagi kita akan menyaksikan satu fenomena kejahilan murakab di Malaysia, iaitu satu pesta rasuah yang terang-terangan berlaku di depan mata. Di manakah itu? Di HULU SELANGOR...
Fenomena memberi rasuah yang juga dikenali sebagai tumbuk rusuk, wang suap, wang sogok, sorong, duit kopi, tip, korapsi dan rayap sememangnya berleluasa sewaktu pilihan raya. Rasuah jenis ini seakan-akan mendapat restu bukan sahaja daripada institusi pembanteras rasuah seperti SPRM, PDRM dan RM-RM lain, tetapi juga rakyat seantero negara.
"Jika setakat memberi makan dahulu, kemudian baharu menjalankan tugas, tidaklah seteruk mana. Majlis kenduri doa selamat lagi teruk Minta orang ramai untuk "bertahlil" dahulu, baharu rasuah mereka dengan memberi makan, lagi hebat..." kata pengikut setia Parti Wahabi.
Kesan jangka pendek - pemimpin yang terpilih akan menjadi seperti katak yang kepanasan dek bahang rasuah dan dia akan terus melompat untuk mencari duit haram demi kesinambungan hidupnya.
Kesan jangka panjang - rakyat yang memilih pula akan terus dihimpit kesusahan kerana kejahilan mereka memilih pemimpin dan akhirnya, negara akan terus MELINGKUP...
Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w.:
“Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dan mereka yang menjadi orang tengah (perantaraan) keduanya.” (Riwayat Ahmad)
“Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya masuk neraka.” (Riwayat Tarmizi)
salam..
ReplyDeleteFirman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 177
“Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui.”
Sabda Nabi S.A.W
“Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”
Semua hasil yang dimakan dari rasuah adalah Haram, menurut Nabi S.A.W “As-suhut” iaitu api neraka lebih utama dengannya.
Ya Allah, jauhkan lah aku & ahli keluargaku dari tipu daya syaitan.
ReplyDeleteMalaysia antara negara top ranking tertinggi kadar rasuah kan? Mungkin babah boleh kupas tentang rating rasuah di Malaysia
Salam. Dalam hati berkata-kata : mengapa semakin menjadi-jadi? Gunakanlah kematangan masing-masing dalam menilai. Sesungguhnya rakyat dah semakin bijak dan matang dalam politik
ReplyDeletekenapa bile dlm politik mst ade isu rasuah ye?
ReplyDeletemacam2 sekarang ni..
*geleng kepala*
ReplyDeletebeginilah 1 Malaysia!
HAHA..
Babah,saya dengan rendah hati ingin memberikan hadiah buat followers saya..
Kalau Babah sudi,terima lah ya..
terima kasih! :)
duit.....buat org kabur mata dan kabur fikiran....senjata paling utama untuk menang dan merupakan fenomena yg biasa berlaku pada politik kat malaysia ...
ReplyDeletebetul tu babah...mendengar hadis tentang rasuah membuatkan saya takut.Saya belum melangkah ke alam pekerjaan,jadi mmg saya tak jumpa lagi dgn jenayah ini.Doakan saya kuat...
ReplyDeleteSalan Tuan Samsudin,
ReplyDeleteDiri ini tetap pengunjung utama blog ini cuma kadang kala tidak sempat mengutus komen.
Ya... dengar khabarnya pelbagai program, pameran, sumbangan, rasmi itu ini, khidmat masyarakat dan pelbagai lagilah sama ada besar atau mini sedang dirancang dan sudah dibuat di sana itu... yang buatnya pasti pihak yang berkuasa segalanya iaitu wang dan media...
Salam Samsudin.
ReplyDeleteMudah2an kita dijauhkan daripada terlibat dalam menerima dan memberi rasuah ini kerana kita tahu kesannya amat pedih bila berhadapan dengan Allah nanti.
aiseh kena bertugas kat sana la... mals betul
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteSemuanya adalah angkara sikap manusia yang rakus untuk mengejar kekayaan dan kemewahan duniawi hingga melanggar perintah Tuhan.
salam,
ReplyDeletepilihan di tangan pengundi....jangan tersilap pilih..
salam..
ReplyDeleteSaya terpaksa tutup blog saya dan buka blog baru...
http://duniacik.blogspot.com/
Salam ,Memang itulah kenyataannya.
ReplyDeleteizinkan saya copy artikel ni.
SALAM BABAH,.,
ReplyDeleteMULA2 SKALI,.MAAF..LANMA TAK DATANG SINI..
SEBAB MOOD BLOGGING BERKURANG SEKETIKA ARI TU...
PASAL MEMBELI UNDILA,,RASUAHLA,,MAIN BAWAH MEJA LA..SEKARANG MEMANG SEMUA BENDA BERLAKU,,SEBAB MANUSIA SUDAH HILANG PERTIMBANGAN..NAK CEPAT SENANG..
SAMPAI MENGABAIKAN UNSUR2 AGAMA,,
HUKUM2 ALLAH DILANGGAR SEWENANG2..
Salam Babah,
ReplyDeletesemakin kuat kempen nak menghapuskan rasuah ni, nampak pulak semakin berleluasanya ia.. Dimana silapnya?? Kita kenalah cari mana akarnya.. Cuba fikir2kan kat mana akarnya iya? Bila dah nampak akarnya, maka marilah ramai2 kita musnahkan akar ni, barulah kan jaya.. TAk gitu? Sekarang ni kita tak korek ini akar, tapi kita dok cantas dahan2nya, daun2nya, pasal tu lah tak jaya.. Daun2 rasuah, dahan2 rasuah kita dok cantas sekarang ni, tapi akar rasuah tu dok hidup lagi... mana mungkin lah berjaya dihapuskan... Wallahu a'lam..
very interesant blog
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesaya jug tirut sedih dengan gejala rasuah yang semakin menggila dalam masyarakat kita sekarang, apakah nasib kita raktat malaysia pada masa akan datang, harap perubahan berlaku dengen segere, bersama kita sentiasa berdoa...ke arah kebaikan demi kesejahteraan, Amin
salam babah.
ReplyDeleteberdasarkan pengalaman sendiri; rasuah ni akan memakan diri. pasti!
salam tuan. apa khabar? garang nampaknya ?
ReplyDeletemungkin ini dh jd trend manusia yg berhati binatang dalam berpolitik..apabila tiba pilihanraya maka tangan2 jahat akan mula untuk memberi rasuah kepada tangan-tangan jahat yang lain..maka nantilah akan azab Allah yang sangat dasyat.
ReplyDeleteSalam mybabah,
ReplyDeleteAda bukti orang beri rasuah tolong report kat sprm,kalau tak nampak sekadar cakap tak boleh ,orang kata fitnah juga.
Semuga amalan tak sihat ini dapat di hapuskan dari masyarakat kita..Klau tidak habis jahanam negara kita...
ReplyDeleteJangan lupa masa kecil dulu.
ReplyDeleteKalau mak suruh pergi kedai, tak dapat duit extra tak mau pi.
Itu kira rasuah ke upah?
salam.
ReplyDeleteentri ini menarik, sahabat.
sayang sekali kita tak dapat berjumpa di sabah tempohari
salam babah.. harap sehat. maaf lama tak ziarah..
ReplyDeletedi manakah tuan punya tanah ni? sudah lama membisu
ReplyDeleteSalam perkenalan.. Nice n3..
ReplyDeleteSPRM pun bwh telunjuk kepala perasuah, sape lg nak harap.tggl masayarakat itu sendiri yg membenteras secara diam.
ReplyDeleteSalam Babah..
ReplyDeleteLama menyepi... tertanya perkhabaran babah di sana..
assalamualaikum..
ReplyDeletebabah, awat lama tak dengar khabar berita??harap babah sehat slalu.. :)
Assalamualaikum ww,
ReplyDeleteBang Sam, selamat hari raya iedul fitri 1432 H, maaf lahir dan bathin.
Salam,
Alris
Dimana sahaja memang berlaku laku curang ini. Caranya bermacam-macam ada. Kalau di indonesia yang sering adalah pemberian duit kepada pemilih menjelang pilihan raya.
ReplyDeleteBang Sam sudah lama tidak update ni.
Apa kabar?
waduh ampe sgitunya yah !
ReplyDelete