Tidak tahu dari mana asal usulnya, dalam bahasa Melayu sekarang ini terdapat dua pasang rujukan hormat berdasarkan jantina, iaitu tuan-puan dan encik-cik. Pasangan tuan-puan merupakan rujukan kepada nama orang yang biasanya mempunyai gelaran bukan diraja, seperti gelaran profesional atau gelaran keagamaan, misalnya profesor, Dr., Profesor Madya, Haji dan Hajah, dan menghasilkan sebutan-sebutan seperti Tuan Profesor, Puan Hajah, Tuan Dr., dan sebagainya, sebelum nama sebenarnya Sebagai sebutan untuk diri orang kedua; kata tuan atau puan boleh digunakan untuk sesiapa sahaja termasuk yang mempunyai gelaran diraja atau yang tidak bergelaran sama sekali.
Pasangan encik-cik pula hanya merupakan rujukan hormat yang digunakan sebelum nama sebenar, misalnya Encik Ali, Cik Aminah dan sebagainya, tetapi tidak nampak rasminya jika digunakan untuk menyebut diri orang kedua. Contohnya, jika Encik Ali ditulis pada ruang kiri sebelah atas dalam surat rasmi, tetapi panggilan untuk beliau dalam surat itu seterusnya ialah tuan dan bukan encik. Ayat seperti "surat encik/cik sudah saya terima" akan menjadikan sesuatu surat rasmi itu "kurang rasmi" sifatnya.
Menurut pakar bahasa di Jabatan Linguistik Melayu, Universiti Malaya, iaitu Profesor Asmah Haji Omar, perbezaan panggilan bagi kategori wanita yang sudah berkahwin (puan) dan belum berkahwin (cik) mungkin bersumberkan bahasa Inggeris yang membezakan panggilan antara Mrs. dengan Miss. Menurut beliau, pembezaan yang serupa itu merupakan sesuatu yang di luar tabii bahasa Melayu. Bahkan kebanyakan orang Melayu sendiri pun tidak sedar akan perbezaan itu. Usaha menimbulkan perbezaan "kahwin-belum berkahwin" itu adalah sesuatu yang sengaja diada-adakan dan yang sememangnya tidak perlu diada-adakan, kerana perbezaan ini tidak pernah wujud dalam alam bahasa orang-orang Melayu. Beliau berharap dengan adanya usaha orang-orang barat (Anglo-American) yang cuba menghapuskan perbezaan antara Miss dan Mrs. dengan menggantikan kedua-duanya dengan Ms., orang Malaysia perlulah kembali berfikir dalam alam bahasa Melayu yang lebih waras dan asli. Orang Indonesia sudah pun menghapuskan penggunaan Nyonya (sudah berkahwin) dan Nona (belum berkahwin) dan kedua-dua panggilan itu telah digantikan dengan kata Ibu atau Bu.
Rujukan Biadap...
(Bergantung pada sistem sosial yang merangkum struktur sosial, susun lapis masyarakat, status dan prestij)
Yang di-Pertuan Agong | Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda |
Permaisuri Agong | Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda |
Sultan | Duli Yang Maha Mulia |
Sultanah | Duli Yang Maha Mulia |
Raja Perempuan | Duli Yang Maha Mulia |
Tengku Ampuan | Duli Yang Maha Mulia |
Tengku Ampuan (balu) | Yang Maha Mulia |
Tengku Mahkota | Yang Teramat Mulia |
Raja Muda | Yang Teramat Mulia |
Tengku (kerabat) | Yang Mulia |
Raja | Yang Mulia |
Sayid | Yang Mulia |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat |
Perdana Menteri (bergelar Tengku/Raja) | Yang Amat Berhormat Mulia |
Timbalan Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat |
Menteri Besar | Yang Amat Berhormat |
Ketua Menteri | Yang Amat Berhormat |
Wakil Rakyat | Yang Berhormat |
Menteri (bergelar Tengku/Raja) | Yang Berhormat Mulia |
Wakil Rakyat (bergelar Tengku/Raja) | Yang Berhormat Mulia |
Yang di-Pertua Dewan Negara | Yang Berhormat |
Yang di-Pertua Dewan Rakyat | Yang Berhormat |
Tun | Yang Amat Berbahagia |
Toh Puan | Yang Amat Berbahagia |
Tan Sri | Yang Berbahagia |
Puan Sri | Yang Berbahagia |
Dato Seri | Yang Berbahagia |
Datin Seri | Yang Berbahagia |
Dato’ | Yang Berbahagia |
Datin | Yang Berbahagia |
Toh Puan | Yang Berbahagia |
Setiausaha Kerajaan | Yang Berhormat |
Pegawai Kewangan | Yang Berhormat |
Penasihat Undang-undang Negeri | Yang Berhormat |
Mantan (bekas) Tunku Ampuan | Yang Maha Mulia |
Undang Luak & Tunku Besar Tampin | Yang Maha Mulia |
Anak-anak Raja Bergelar | Yang Mulia |
Senator | Yang Berhormat |
Dato’-dato’ Kurnia | Yang Berbahagia |
Ketua Hakim Negara | Yang Amat Arif |
Hakim | Yang Arif |
Hakim bergelar Tengku/Raja | Yang Arif Mulia |
Yang di-Pertua Negeri | Tuan Yang Terutama |
Gabenor (bukan BNM) | Tuan Yang Terutama |
Duta/Duta Asing | Tuan Yang Terutama |
Pesuruh Jaya Tinggi Asing | Tuan Yang Terutama |
Pegawai-pegawai tinggi kanan tidak bergelar | Yang Amat Berusaha |
Pegawai Kanan Yang Tidak Bergelar | Yang Berusaha |
Pegawai Daerah | Yang Berusaha |
Mufti | Yang Berbahagia |
Kadi | Yang Arif |
Ketua Pengarah | Yang Berbahagia |
Pengarah | Yang Berbahagia |
Haji | Tuan Haji (tidak digunakan untuk Hajah) |
Orang Biasa | Tuan/Puan |
Sambungan e-Tip Bahasa Melayu
e-Tip kali ini meneruskan perihal kata ialah. Terdapat dua lagi rumusan yang perlu kita fahami sebelum pegangan tentang kata ialah menjadi mantap dalam minda kita.
e-Tip kali ini meneruskan perihal kata ialah. Terdapat dua lagi rumusan yang perlu kita fahami sebelum pegangan tentang kata ialah menjadi mantap dalam minda kita.
1. Kata pemeri ialah tidak boleh hadir dengan kata nafi
Contoh:
Salah: Kakitangan yang baharu itu ialah bukan seorang ahli ekonomi.
Betul: Kakitangan yang baharu itu bukan seorang ahli ekonomi
2. Kata pemeri ialah tidak boleh diikuti dengan kata kerja.
Contoh:
Salah: Kenaikan harga umum ialah disebabkan oleh kenaikan harga bahan api.
Betul: Kenaikan harga umum disebabkan oleh kenaikan harga bahan api.
Posting yang akan datang saya akan membawa isu tentang penggunaan perkataan yang jelas salah dari segi tatabahasa dan "haram" digunakan.
1 comment:
Terima kasih tuan. Banyak ilmu yang saya perolehi disini.
Post a Comment