27 February, 2010

Iblis Laknatullah dan Syaitan Betina...


“Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.

  Adik Syafia Humairah

Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja. Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah. Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.

Siti  Nor Hanim Aziz, ibu mangsa

Siti Nor Hanim Aziz, ibu Syafiah Humaira yang meninggal dunia akibat didera teman lelaki, kekasih dan buah hatinya sedang meratap dan berjaya meraih simpati orang ramai (?).

Siti Nor Hanim menyiram air mawar di pusara anaknya

Ibu Syafiah yang berkekasihkan "iblis laknatullah" dikhabarkan mempunyai anak berumur 1 tahun lebih hasil hubungan terlarang dengan 'si iblis'. Kini si ibu ini, sedang mengandung 4 bulan, juga hasil daripada hubungan dengan si pembunuh...hubungan terlarang.

Harap tindakan sewajarnya daripada pihak berkuasa seperti JAIS untuk menyedarkan si ibu yang 'khayal' dan mencelikkannya daripada terus 'buta'...




Sesiapa yang memiliki gambar si iblis laknatullah itu, mohon kirim kepada babah di samsudin.jidin@yahoo.com


29 comments:

norliza_osman said...

ya Allah apa nak jadi dengan dunia sekarang ini.. hati ini memang sayu sangat..

Unknown said...

Salam Nor. Babah pun tengah "hangin" sangat dan amat terganggu dengan berita ini...

Md Nizar Parman said...

Salam BABAH,
Nak kata orang, perangai tak macam orang. Nak kata binatang, binatang pun tak macam dia. Alfatihah buat Adik Safiya Humairah...

Unknown said...

Salam Cikgu Nizar. Hukuman paling tepat untuk makhluk ini ialah gantung sampai mati...

eelobor said...

salam saudaraku babah,

semua orang benggang & sedih bila mendengar berita sedemikian rupa. eelobor pun tidak terkecuali. hasil perbincangan tidak rasmi dengan isteri kami bersependapat bahawa si lelaki mempunyai masalah dalaman

Sharinginfoz said...

macam2 jenis manusia le sekarang ni.... hmm tak tahu nak cakap macam mana....

Unknown said...

Salam Eelobor. Si isteri juga ada masalah. Keluarga mereka juga ada masalah. Masyarakat sekeliling tidak terkecuali.

Unknown said...

Salam SIP. Sebagai seorang wanita, apa pendapatan SIP tentang ibu Syafia?

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Saya dah baca banyak entry pasal kes ni dibeberapa blog yg lain. Semua org tengah marah dan kalau pelakunya ada depan mata semua, pasti hancur berkecai tubuh dia ditendang!
Tp dlm kes ni hairan juga, nenak dan atok dia tak tau ke yg anak perempuan dia bersekedudukan hingga lahirkan anak haram? Mungkin org disekeliling tak tahu status mereka, tp kalau dah tahu budak tu kena dera dr awal kenapa tak report pd polis? Hati mereka dh jadi mcm batu atau tak nak susahkan diri/pentingkan diri?
Bala Allah akan mengenai semua org krn sikap tak ambil peduli ni.. nauzubillah.
Semoga kita dilindungi Allah.

black_mel said...

berita paling mengejutkan...si mak lak siap bersekedudukan...xpaham2...
yg laki tu xde otak ker nak dera smpai mcm tu skali..kita ni nk pukul binatang pun x smpai hati...ini orang..

Rohaifi Azri said...

hukum gantung sampai mati? ishhh... xbaik perlakukan suspek camtu. TAK ADIL bagi dia. Kita patutnya lebih mengasihi suspek...
.
kita buat hukum Qisas jea. Bunuh balas bunuh. Dengan cara yg sama suspek perlakukan kepada mangsa. TENDANG, PUKUL DENGAN OBJEK TUMPUL SAMPAI PECAH BUAH PINGGANG DAN ORGAN DALAMAN SUSPEK. Itu baru ADIL!
.
Tak pun... REJAM SAMPAI MAMPUIIIIHHHHH di khalayak ramai.
.
KERAjaan 1Malaysia, bile nak laksana HUDUD?!

pecinta_Islam said...

muga keluarga si mati mendapat hidayah serta diberikan ketabahan dan menjadi pengajaran kpd kita semua pula..

yohteh said...

...siibu dan siiblis yang salah kerana keluar dari landasan agama..!!!

Hairun Azmi said...

Mereka mesti di hukum dengan hukuman mati...

Maiyah said...

ibunya pun bengong, wat muka toya lak

Unknown said...

Salam Shaniza. Ada baca tak tentang perebutan Syafia antara keluarga pembunuh dgn keluarga Mak dia. Ini kerja paling bahlol yang pernah saya dengar...

Unknown said...

Salam Black_Mel.Mak mangsa buat muka toye dan tunjuk sedih dan marah. Temberang. Budak tu dah lama menderita.

Unknown said...

Salam Rohaifi. Binatang tu layak disembelih je...

Unknown said...

Salam Syah. Itulah yang sebenarnya kita harapkan.

Unknown said...

Salam Yohteh. Apabila agama diperlekehkan inilah akibatnya.

anismi said...

Salam,
Al-Fatihah buat adik Safiya...
itulah dunia akhir zaman.. manusia sudah tidak dapat membezakan yang mana halal dan yang mana haram...
Kalau sudah tidak mempunyai pegangan agama yang kuat, kita semua akan mudah hanyut dengan godaan hawa nafsu..

eelobor said...

harap dapat "mencelikkan" mata masyarakat yang hanya diam membisu terhadap isu sebegini. jgn pula bila sudah terhantuk dan benjol di kepala bru nak sapu minyak. tanggungjawab terletak pada semua. salam

Unknown said...

Salam mybabah,manusia ni kalau baik dia akan diangkat martabtnya lebih baik dari malaikat sebab dia mampu mengawal nafsunya tapi jika jahat tarafnya lebih hina dari syaitan sebab syaitanpun tahu sayangkan anakmya,bahkan syaitan akan mengamuk jika manusia tersimbah airpanas atas kepala anaknya.

saharul said...

bunuh hukumnya bunuh balik....kalo mahkamah tak jatuhkan hukum bunuh jugak....tak tahulah gone mahkamah kat sini memberi keadilan...

cm said...

Ssalam babah
kadang-kadang kita sebagai masyarakat hanya sedar bila nasi dah jadi bubur... Sepatutnya dari awal lagi datuk & nenek atau keluarganya yg lain bertindak terhadap ibu mangsa yang jauh tersimpang dari agama. Bila dah berlaku... apa lagi boleh buat... satu nyawa melayang, dan aib sudah tersapu ke seluruh keluarga.

jebat_berani said...

apabila agama hanya dianuti bukan difahami maka inilah jadinya..siapa yang salah???lu pikirlah sendiri(kata nabil)

Unknown said...

Salam saudara-saudaraku anismi, ijok, cikgu jang, cikgu math dan Jebat, mari kita sama-sama peka pada persekitaran. Jika ada orang seumpama ini kita lapor pada pihak polis kalau tidak berani menanganinya dengan tangan sendiri. Mari kita bertekad untuk menjaga tepi kain orang...(dalam hal-hal begini)

umi_e said...

salam... amat sedih :((

* hairan kenapa tak ada orang yang menghalang atau menghentikan perbuatan si jahanam itu? apakah cukup dengan menyuruh dia berhenti sahaja spt yg dinyatakan oleh saksi?

** ibu kanak2 malang itu juga sama sahaja sebenarnya! Tak malu - nak minta perlindungan jabatan kebajikan masyarakat sedangkan diri sendiri melakukan kesilapan...

*** mana pergi ibu kanak-kanak itu semasa kanak2 itu didera??? Biasanya ibu sanggup bergadai nyawa asalkan anaknya selamat...

**** geram je...

Haslina Mohamad said...
This comment has been removed by the author.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...