28 February, 2010

Aku Pemburu Jin 10: Pedoman...


Ibnu Al-Jauziah telah menggambarkan pertarungan antara manusia dan jin (syaitan) dengan gambaran yang indah, katanya:

"Ketahuilah sesungguhnya hati itu laksana suatu benteng yang di atasnya dikelilingi pagar-pagar. Pada pagar itu terdapat pintu-pintu dan celah-celah. Penghuninya adalah akal dan malaikat mengawal benteng tersebut. Di sekitarnya ada "rabadh" yakni tempat yang dihuni oleh hawa nafsu. Syaitan juga menempati ruang itu tanpa sebarang rintangan. Pertarungan sentiasa berlaku antara penghuni benteng dan penghuni rabadh. Syaitan sentiada meronda di sekitar benteng mencari-cari peluang daripada kelalaian manusia untuk menerobos melalui celah-celah pagar. Oleh itu, hendaklah penjaga benteng memantau semua pintu-pintu benteng yang dijaganya dan memastikan ke semua celah-celah tidak diterobos oleh syaitan. Hendaklah jangan sampai lengah daripada penjagaan, walaupun hanya sesaat, kerana sesungguhnya musuh tidak pernah lengah".


Seseorang pernah bertanya kepada Hasan Al-Bashri:

"Adakah iblis itu tidur?". Hasan menjawab: "Sekiranya dia tidur, dapatlah kita beristirahat".

Kisah seorang ulama salaf dengan anak muridnya sebagai mutiara ilmu untuk anda.

Tuan Guru: Apakah yang akan engkau buat jika syaitan berusaha menyeretmu pada kesalahan?
Murid: Aku akan lawan dia.
Tuan Guru: Jika dia datang lagi menyerang?
Murid: Aku akan lawan dia lagi.
Tuan Guru: Jika dia datang menyerang lagi?
Murid: Aku akan lawan lagi.
Tuan Guru: Kalau macam ini berpanjanganlah masalahnya.
Murid: (Diam)
Tuan Guru: Bagaimana pendapatmu seandainya engkau membawa kambing, tiba-tiba digonggong oleh anjing yang menghalang kamu daripada berjalan, apakah yang akan kamu lakukan?
Murid: Aku akan mempertahankannya dan sedaya upaya dan melawan anjing itu!
Tuan Guru: Kalau begitu panjang masalahnya. Jalan yang terbaik adalah meminta tolong kepada tuan pemilik anjing itu supaya menahannya daripada terus mengganggu kamu!
Murid: (Diam, sambil tersengeh)

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan di dalam tubuh manusia mengikut aliran darah. Dan aku bimbang tercampak ke dalam hatimu sesuatu keburukan atau berkata sesuatu" (H.R. Bukhari dan Muslim).




 Entri Aku Pemburu Jin 11: Penutup (saya khuatir ia semakin membosankan)






9 comments:

hentian said...

yang bimbang ialah ibli berkepala manusia...

jebat_berani said...

SALAM KEKANDAKU BABAH..

MANA MUNGKIN HAMBA BERASA BOSAN DENGAN ENTRY YANG BEGITU MENARIK SEPERTI INI..HANYA MANUSIA YANG TIDAK MAHU MENERIMA ILMU SAHAJA YANG AKAN BERASA BOSAN..TERUSKAN KANDAKU BABAH BERKONGSI ILMU YANG SANGAT MENARIK INI..PEDULIKAN KALAU ADA YANG BERASA BOSAN...

Unknown said...

Buat menghindarai rasa kebosanan ..jarakkan n3 ttg jin ini kepada tempoh yg sedikit lebih lama..maybe seminggu sekali ke..ok apa kan..
atau 2 minggu sekali kaa..
benda ilmiah letakkan je..
setidak2nya udah terlepas dari disoal..nanti..
amacam?

Unknown said...

Salam IM. Contoh iblis berkepala manusia ialah pembunuh adik Syafiyah. Syaitan pun meluat.

Unknown said...

Salam adinda Jebat. Komen yang cukup memberi motivasi. Terima kasih.

Unknown said...

Salam saudaraku Lana. Insya-Allah saya akan ikut saranan tuan.

aShaBuLz said...

jangan risau babah, tak bosan baca nih. ilmu2...

Unknown said...

Salam Ashabulz. Terima kasih.

Khaulah Al-Azwar said...

Salam babah,,
nape dlm masyarakat kt hari ni msh menggunakan cara yg kotor dn halus utk mengkhianati sesama manusia cth menggunakan perantaan makhluk halus...apakah balasan yg akan diterima org spt ni?

hehe,sori babah klu soalan lari drpd entri ni...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...