15 January, 2010

Sofia, apa khabar kau wahai anakku?


Sudah tentulah Sofia lebih baik di bawah penjagaan Allah, berbanding  penjagaanku yang serba kekurangan ini. Allah s.w.t. menganugerahi Sofia Adila binti Samsudin kepada kami pada 23 April 2000.  Allah mengambilnya kembali pada 23 Mei 2002. Tempoh titipan ini hanya selama 2 tahun sebulan. Seandainya Allah terus meminjamkan Sofia kepada kami, umur anak itu pada 23 Mei 2010 akan menjangkau 10 tahun. Meskipun pemergian Sofia sudah lama berlalu, tetapi ingatan kami sekeluarga kepadanya tetap terpahat di hati, senyuman Sofia tetap berada di hujung kelopak mata.



Sofia anak yang senantiasa ceria

Allah s.w.t. memberi notis kepadaku hanya seminggu. Namun aku gagal mengesan notis itu. Si Anak sering muntah apabila diberi susu. Doktor klinik biasa (GP Doctor) setakat ilmunya yang ada, menasihati kami supaya menukar susu anak itu. Melihat Sofia semakin tidak selesa dan sering tidak tidur malam (namun tidak pula menangis), lantas kubawa Sofia ke Hospital Pakar Kampung Baru, Kuala Lumpur. Atas nasihat doktor pakar di sana, kami membawa pula Sofia ke Hospital  Ampang Puteri. Di sana Sofia disahkan menghidapi tumor otak (kanser) yang dipanggil "Brain Stem Gliomas" di peringkat paling kritikal. Apabila diberitahu hal itu, aku hanya mampu berkata "Ya Allah!"



Seminggu kemudian, Sofia "berjaya" menjalani pembedahan. Hospital dipenuhi keluargaku yang begitu ramai termasuk orang-orang yang aku tidak kenali. Ramai, sememangnya ramai. Dia  berjaya meraih kasih sayang hampir kesemua yang berada di sana.  Itulah Sofia kesayangan Allah. Aku tidak henti-henti menelefon kawan-kawan dan sahabat handai untuk mengungkap rasa gembiraku yang teramat sangat atas "kejayaan" pembedahan tersebut.


Hari raya Aidilfitri terakhir bersama Sofia

Tetapi, menjelang dinihari, aku dipanggil doktor kerana terdapat komplikasi pada anakku. Hatiku luluh, remuk, hancur, kakiku menggeletar hampir tidak mampu berdiri apabila melihat anakku sedang bertarung dengan nyawanya. Mulut hanya mampu berkata "Ya Allah". Sedetik kemudian, aku berlari mencari surau. Aku bersolat sunat dua rakaat. Namun, aku tidak dapat menahan tangis. Aku lebih banyak menangis daripada membaca ayat-ayat Allah.  Selepas memberi salam, aku berpaling memandang isteriku dan mendengar "bah, anak kita sudah tiada..."


Malam sebelum hari pembedahan.
Sofia sedang membaca buku bersama mama "Ini matanya, ini mulutnya..."
 Sofia selepas dibedah


Sejam sebelum Sofia meninggalkan kami

Jika masa dapat diputarkan kembali atau jika aku sedar akan notis yang Allah berikan  kepadaku, niscaya aku tidak akan melepaskan peluang untuk mendakap Sofia erat-erat, menciumnya tak henti-henti, mendukungnya biar lenguh tangan dan jari.


Sofia anak babah, babah tetap merindui Sofia walaupun Sofia telah jauh meninggalkan babah. Kita akan berjumpa di sana, tetapi ketika itu Sofia mungkin sudah dewasa.



Air mata babah mengalir di dalam hati apabila teringat lagu
Ayam Oh Ayam McD, nyanyian SOFIA.
 "Ayam oh ayam, mengapa engkau......"




92 comments:

mie said...

salam..
moga rohnya sentiasa terpelihara!!!

p/s: nak tanya skit la...mcm mana nk buat entri lepas yg sentiasa bergerak tu....contoh seperti dlm blog ni...thankz

Unknown said...

Salam Mie. Terima kasih. Tentang gambar bergerak, saya guna photobucket dan upload gambar format gif. Kalau nak buat gambar sendiri, kena tangkap gambar satu--satu ikut pergerakan dan eksport ke photobucket dan buat animasi. Cubalah...

hida said...

owh, alangkah tersentuhnya hati keibuanku membaca entry anda ini...

al fatihah untuk sofia.

Maiyah said...

mngalir airmata ni.. mmg sgt fhm kalo disituasi mybabah pun.. ish.. x bleh nk kata apa.. moga dia tenang disana

iBu...gUru said...

salam my babah,
kalau jadi kpd ibu guru tak taulah........ kerana ibu hanya ada satu permata hati pengarang jantung

al-lavendari said...

Saya memang keras hati, tapi coretan ini telah berjaya memecahkan empangan di
Tasik Kenyir !

Saya belum pernah mengalaminya, tapi saya memohon kepadaNya supaya saya janganlah di uji kerana saya tahu saya tidak kuat menempuhinya.

Unknown said...

Salam anggun. Kalau saya, Sang Bapa hampir tak sanggup menghadapi kehilangan anak ini, apatah lagi Sang Ibu yang hati-hati mereka lebih murni pada Si Anak. Namun, di depan hidup kita, segala kemungkinan ada...

Unknown said...

Salam Ibu Guru. Nasihat saya,jika mampu tambahlah anak lagi...

Unknown said...

Salam al-lavendari. Memanglah sedih teramat sangat. Rasulullah pun sedih apabila isteri baginda yang tersayang, Khadijah wafat. Tetapi,keistimewaannya orang-orang Islam seperti kita, jaminan Allah mempertemukan kita di akhirat mampu melegakan kesedihan itu.

Sharinginfoz said...

I am so sorry about that...... yang penting kita redha apa yang berlaku....apa-apa pun ada kemudahan atas apa yang belaku....

Diet untuk 20-an

KWSP Online

Unknown said...

Salam sharinginfo. Itulah keunikan cinta kasih sayang yang Allah curahkan kepada manusia. Tidak terbayang pula bagaimana Maha Cinta, Maha Kasih, Maha Sayang Allah kepada kita...

Unknown said...

Salam Maiyah. Terima kasih kerana berkongsi kesedihan dengan saya. Yang pasti,perasaan ibu jauh lebih hebat daripada itu...

eelobor said...

salam babah, mmg saya mempunyai jiwa yg mudah tersentuh. Al-Fatihah...

Unknown said...

Salam eelobor. Jiwa yang murni saudaraku eelobor...

Perindu Malam... said...

alhamdulillah, beruntungnya Tuan... dikurniaNya zuriat penghuni SYURGA..!

Unknown said...

Salam Perindu Malam. Komen yang melunakkan hati nurani. Terima kasih.

abu muaz said...

InsyaAllah Sofia akan membantu Babah nanti di sana.

Unknown said...

Salam Abu Muaz. Insya-Allah.

daun kesum said...

salam babah,

cikti sdg menangis smasa mnulis komen ini,.

semoga sofia tenang2 saja di sana,.

Unknown said...

Salam CikTi. Babah terharu dengan komen CikTi. Terima kasih...

greenhall said...

salam babah. selama ni saya sentiasa tercari-cari mana pergi sorang lagi anak babah coz dia tak ada dalam gabar famly babah tu. pada awalnya saya sangka dialah yang tolong snap gambar tu, sebab tu dia tak ada..
akhirnya hari ni baru saya tau di mana dia..

takziah babah! sofia menanti babah di syurga..

al-fatihah untuk sofia. .

Abd Razak said...

Salam...

Alhamdulillah, sdra beruntung kerana anak itu akan menunggu sdra di pintu

|| NaFiRaa || said...

semoga sofia tenang di sana..

*sebak..:(

Unknown said...

Salam Razak. Insya-Allah...

Unknown said...

Salam Nafira. Terima kasih.

Unknown said...

Salam Greenhall a.k.a Incredible Hulk. Walaupun Sofia tidak ada dalam gambar, dalam kiraan, dia tetap nombor enam...

myQza said...

sofia pasti sedang bahagia!

Werdah said...

Salam Samsudin,

Betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya. Takziah buatmu berdua.. sesungguhNya Allah Maha Mengetahui setiap apa yang dilakukanNya dan Allah berfirman; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah [2] : 216)

Bersabarlah! sungguh Allah dah janjikan anak2 yang belum baligh meninggalkan kita tanpa dosa dan menunggu di syurga.

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

mugkin sofia kini sedang menantikan serta sentiasa berdoa untuk keluarganya di pintu syurga..

arsaili said...

salam..tersentuh hati membaca entry ini dan teringat kepada arwah my niece...inilah kasih sayang ibu bapa yg tiada galang gantinya....tapi bila memikirkan pada hari ini, ramai yg membuang ibu bapa...dimanakan sifat kemanusiaan...

Al Fatihah buat Arwah Sofia dan juga my niece Iman Nabila

Unknown said...

Salam SlTedi. Saya yakin begitu.

Unknown said...

Salam Werdah. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang Maha Mengetahui Segala Sesuatu. Dia Berhak Memberi dan Berhak Pula Mengambilnya Kembali...

Unknown said...

Salam Zulfadhli. Terima kasih. Sesungguhnya saya menunggu rezeki Allah yang itu.

Unknown said...

Salam Arsaili. Maka menjadi hinalah orang-orang yang mengabaikan pemberian Allah...

Aida Ali said...

Moga mybabah sekeluarga terus tabah hendaknya

Ayu Cute said...

SAlam ziarah dan kenal Mybabah...

Tersentuh hati tatkala baca coretan seorang ayah yg mengingati anaknya yg telah tiada....syurga Firdauslah tempatnya untuk arwah adik Sofia!

Unknown said...

Salam Aida. Terima kasih. Saya juga mendoakan anda sekeluarga senantiasa dilindungi Allah.

Unknown said...

Salam Ayu. Terima kasih. Saya mengakui dalam menghadapi peristiwa ini isteri saya lebih tabah berbanding saya. Mulanya saya risau juga, takut-takut kesedihannya dipendam dan akan memberi kesan jangka panjang. Tetapi tidak. Saya masih ingat pesan isteri saya,"kita sudah ada pelaburan yang besar di akhirat". Alhamdulillah...

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan Samsudin,
Besar rahmat-Nya, besar kurnia-Nya. Kekuatan tuan inilah yang mewujudkan semangat jitu dalam keluarga tuan.

Unknown said...

Terima kasih saudaraku Rusdi.

ummu said...

Salam
Semoga Sofia bahagia di sana menanti ibubapanya di pintu syurga

Unknown said...

Salam Ummi Masyitah. Amin...

rosnanie said...

salam babah, insya Allah dia sedang berbahagia di sana, Fatihah untuknya dan seluruh muslimin muslimat yang telah meninggal dunia. Hari tu masa tahu pasal sofia pn sy dh sedih, tp hari ni, saya sangat2 sedih. Kdg2 tak dpt sy bygkan kalau kehilangan tu dialami oleh sy. Tak pasti samada sy boleh setabah isteri babah.

-Comelnya sofia tu, ikut muka saper ye

Lia3003 said...

babah..sedihnya..tapikan, untung meninggal masa kecil., dapat tolong mak masuk syurga... sofia comel... moga dia bahagia di sana

Unknown said...

Salam Ros. Saya masih ingat, seminggu sebelum Sofia meninggal, jiran kami kematian anaknya yang lemas di dalam kereta yang berkunci di depan rumah (agak sebaya dengan Sofia). Reaksi kami (saya dan isteri) ketika itu seperti orang lain, tak sanggup menghadapi musibah sedemikian. Tetapi apabila anak sendiri meninggal, kami redho (kena redho). Lagi pula kehilangan Sofia bukan atas dasar kecuaian kami. Selalunya, jika kita cuai impaknya adalah lebih besar. Terima kasih Ros kerana sudi berkongsi perasaan dengan kami dan pupuklah hati itu kerana simpati sedemikian boleh melegakan perasaan orang yang menerima musibah. Tidak ramai orang boleh melahirkan/mengungkap kata-kata simpati yang jujur.

Unknown said...

Salam Liyana. Begitulah yang kami sekeluarga harapkan. Terima kasih.

Guru said...

assalammualaikum mybabah

ujian yang maha hebat ini membuktikan mybabah sekeluarga adalah insan2 terpilih yang Allah ingin naikkan darjat di sisiNya.
semestinya ia meninggalkan kesan yang dalam, tapi saya pasti ia makin mengeratkan kasih sesama keluarga. semoga Allah merahmati mybabah sekeluarga dan dipertemukan sofia nanti dalam suasana yang lebih bahagia.

Unknown said...

Assalamualakum Cikgu Normah. Serumpun kata-kata hikmat daripada cikgu yang melegakan hati saya. Terima kasih.

Md Nizar Parman said...

Salam Babah,
Maaf kerana dapat mencatatkan sesuatu untuk entri ini agak lewat. Beberapa kali sebenarnya saya menyinggahi blog Babah ini tetapi jari-jari seolah-olah kaku untuk mencatatkan sesuatu. Insya-Allah, Sofea sentiasa dalam peliharaan-Nya. Kisah ini mengingatkan saya kepada seseorang yang sangat menguji kekuatan dan ketabahan saya serta ISTERI saya (terutama). Jika ada kesempatan, saya akan kongsikan dengan Babah.

Azian Nd said...

Tersentuh hati membaca N3 ini. Tentu lebih berat lagi untuk si isteri. Sesungguhnya itu adalah dugaan Allah dan dia akan menanti di pintu Syurga......

ALRIS said...

Membaca kisah bang Sam saya jadi sedih, ingat anak saya. Saya ikut berduka. Allah swt pasti memberikan yang terbaik buat kita. Amin.

mizaranun said...

Salam babah...

Takziah atas apa yg berlaku..walaupon masa dh berlalu kasih sayang seorang ayah tidak mudah dipadam...ada kebaikkan diakhirat sianak kecil akan mencari kedua ibu bapanya untk dibawa ke syurga.... :)

Unknown said...

Salam cikgu Nizar. Ketika saya menulis N3 ini semalam saya mengalirkan air mata. Walaupun begitu, kesedihan dan dugaan yang saya terima ini cuma sedikit berbanding dengan seorang teman yang kamijumpa 5 bulan selepas Sofia meninggal. Pertemuan itu kemudian kami anggap sebagai penenang jiwa yang dihantar oleh Allah s.w.t kepada kami. Kesedihan beliau lebih dahsyat lagi kerana anaknya yang berumur lima tahun juga menderita kanser otak yang berada di tahap yang tidak boleh dibedah lagi. Kanser itu berada di dalam "brainstem". Anak itu melalui segala proses penderitaan yang akan dialami oleh Sofia jika tidak dibedah. Diceritakan oleh teman saya itu anaknya mengalami lumpuh, bisu dan akhirnya buta. Bayangkanlah bagaimana perasaan si ibu melihat penderitaan anak itu,lebih-lebih lagi kasih sayang telah dipupuk lebih lima tahun.Beliau terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anaknya sepanjang masa. Adakalanya takut untuk meninggalkan anak itu keseorangan walaupun hanya ke bilik air. Namun begitu, peristiwa yang tidak dapat dilupakan si ibu apabila anak itu hanya mampu menunjukkan tanda "good" menerusi ibu jari kerana menikmati sedapnya masakan ibu. Sesungguhnya,jika kita menyangka kita adalah orang yang paling sedih, hakikatnya ada lagi insan lain di dunia ini yang lebih menderita. Penderitaan kawan tadi jelas kelihatan di wajah mereka suami isteri meskipun ketika itu anak mereka telah lima tahun meninggal dunia. Wallahualam.

Unknown said...

Salam Azian. Sememangnya saya "salute" dengan kaum ibu kerana kekuatan jiwa dan raganya menghadapi rintangan melebihi kaum bapa, khususnya dalam hal-hal begini. Isteri saya jauh lebih tabah daripada saya. Saya berada dalam keadaan murung agak lama juga. Mujur isteri saya tidak begitu. Jika tidak, keluarga akan mengalami kucar kacir.

Unknown said...

Salam Alris. Jika nanti ketemu dengan anak Alris, sampaikan peluk dan cium saya buat anak itu.

Unknown said...

Salam Mizaranum. Insya-Allah, janji Allah pasti terlaksana.

Nida n' Hanafi said...

Wahai adik Sofia.. damailah kau di sana... kami di sini akan sentiasa mendoakan adik Sofia... Dirimu beruntung kerana disayangi Allah dan semua orang... moga rohmu dicucuri rahmat.. Al-Fatihah

Unknown said...

Salam. Semoga Allah mendengar dan memakbulkan doa Nida untuk anakanda Sofia. Semoga kita semua dilimpahi rahmat daripada Allah di dunia dan di akhirat. Amin...Ya Rabbal Alamin.

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Janganlah terlalu bersedih kerana kasih Allah terhadap sofia lebih besar dr kita dan insyaAllah sofia menanti ibubapanya dipintu syurga...
al-fatihah utk sofia.

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum.. Berat mata memandang berat lagi bahu mengalas bebanan. Namun perginya sofia terjamin sudah syurga buatnya. Kita yang tinggal akan terus jua menghadapi dugaan demi dugaan.. entahkan terhidu haruman syurga.

Hamba yang banyak mengheret dosa didalam dunia yang penuh noda ini terkadang terdetik rasa cemburu. Cemburu kepada insan seperti Sofia. Meronta hati yang jelek ini bertanya, kenapa aku tidak seuntung Sofia. Babah jgn bersedih.. terjamin sudah syurga buat sofia. Hamba lebih bersedih biarpun redha kerana tidak ditakdirkan menjadi seperti Sofia.

"Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab" (az-Zumar: 10).

Mungkin mudah untuk hamba melafaskan namun hakikatnya Allah saja yang tahu perit getir hamba yang dikasihinya. Justeru itu apa yang mampu hamba yang lemah ini perlakukan. Hanya mencoret segugus tulisan buat babah dan keluarga semoga tabah menghadapi ujian. Bersabar dan bersyukurlah Babah.. mungkin nampak seperti seperti satu ujian yang harus kita tanggung bersama kesedihan.. namun percayalah Babah.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Bersyukurlah babah.. jika boleh saya sangat-sangat ingin menjadi seperti Sofia.

" Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMU.. namun tak jua aku sanggup kenerakaMU "

Wassalam.

F I T said...

salam takziah..saya bleh rasa camna ilang orang tersayang macam Mybabah..sebab saya anak yatim..moga roh orang-orang Islam dicucuri rahmat...

Unknown said...

Salam Niza. "Daripada Allah kita datang kepada Allah kita dikembalikan",hendaknya bila kita dikembalikan dalam keadaan baik. Amin..

Unknown said...

Salam Bujang. Allah pernah berkata dalam al-Qur'an, jangan menganggap diri kamu sudah beriman, selagi kamu tidak diduga. Dugaan kita hanya "seciput" berbanding orang lain, seperti ulama-ulama yang ada antara mereka dipenjara dan dibunuh kerana mempertahankan agama.

Unknown said...

Salam FIT. Dugaan yang Allah beri kepada anda jauh lebih besar daripada saya. Redho menerima ketentuan Allah merupakan salah satu daripada cabang iman.

anismi said...

Salam,
sedihnya terasa... berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul... namun kuasa Allah tiada siapa yang mampu menahannya. semoga Allah cucuri rahmat ke atas arwah..

Melihat Kesunyataan said...

Sdr. Shamsudin,
Sedih saya membaca entri ini. Allah mahapemurah. Dia mengambil satu daripada kita, tetapi memberi enam anak-anak lain.
Saya pun mengalami pemergian anak yang pertama, tetapi selepas itu Allah berikan enam anak ( 5 lelaki dan seorang perempuan). Kini mereka sudah besar dan bekerja. Cuma anak bongsu masih di IPTA.
Bila tinggal berdua kini,terasa pula sunyi. Kalau boleh memilih, saya ingin anak-anak masih kecil kerana ketika itulah saat paling manis dalam hidup kita.

Unknown said...

Salam Anismi. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua sama ada yang hidup atau pun yang telah pergi. Amin.

Unknown said...

Salam Tuan Shapiai. Betul kata tuan. Ketika anak-anak masih kecil memanglah kelam kabut sedikit kehidupan kita. Mana nak jaga pelajaran mereka, perangai pula berbeza-beza. Ditambah lagi dengan anasir luar yang menggerunkan. Tetapi apabila masa berlalu, kenangan itu menjadi indah dan rasa ingin diulangi lagi. Alhamdulillah, anak-anak tuan sudah dewasa. Masa banyak diperuntuk untuk beribadat pula. Itulah kitaran kehidupan kita sebagai manusia. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua.

rosnanie said...

salam babah, tahun 2007, seorang kawan pernah kehilangan anak keduanya akibat kemalangan- kereta brtembung dengan kereta lain yang dipandu dlm keadaan mabuk. Sy masa itu agak pelik kerana dia sedikitpun tidak mengalirkan air mata ketika brcerita dgn saya, sedangkan sy yg bergenang air mata. Bila baca entry babah ni, baru saya mengerti, mungkin dia macam isteri babah dan babah- redho dengan ktentuanNya

Unknown said...

Salam Ros. Yakin kepada janji Allah merupakan satu sebab terjadi begitu. Kedua, tidak kesal kerana bukan atas kelalaian tetapi ketentuan. Mudah-mudahan Allah tidak menduga kami seberat itu lagi...

anakmuaallaf said...

Salam,
Redho dengan kehilangan anak tersayang sekurang-kurangnya sudah ada penghuni syurga dalam keluarga babah...

Unknown said...

Salam Ummi. Semoga anak itu dapat membela mama dan babah dia di akhirat kelak. Amin...

CITY® said...

salam mybabah...

teharunya saya baca n3 ini

semoga anak tuan berada bersama2 org yg beriman, amin.

Unknown said...

Salam. Terima kasih cik BluE.

azieazah said...

Salam..

takziah atas pemergiannya..

Semoga beliau berbahagia di sana dan menanti BABAH sekeluarga dengan penuh kerinduan..

Sesungguhnya mati itu pasti...

UstazCahaya said...

Salam Bang Samsudin.

Saya pernah dengar, anak yang diambil Allah kembali sebelum baligh boleh jadi saham untuk ibubapa di akhirat, namun saya tidak pasti 'tahap kesahihan' pendapat tersebut.

Al-Fatihah untuk Sofea, dan semoga ini benar menjadi saham untuk abang, Amin Ya Rabb Al-Alamin.

thatguy said...

salam tuan,

minta maaf lambat membaca entry kali nie..kami dari blog colourluna mengucapkan takziah buat keluarga tuan..

insyallah apa yg baik itu semua nya dari DIA..kita cuma mampu berdoa..

Floral Cakes said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad Muslihin said...

salam babah:tersentuh hati sy ble bace entry abah ini..

ibu bapa mane yg tidak sygkn ank2 mereka...
tp sedih..ble anak2 yg sggup mmbuang ibu bapa nye sndiri..

semoga babah tabah dgn susunan perjalanan yg Allah telah tnjukkn kpda kite..

Unknown said...

Salam Aziezah. Sesungguhnya mati itu pasti, dan masing-masing akan menempuhnya. Bila? Allah sahaja yang tahu. Semoga Allah melimpahkan rasa kasih dan sayang-Nya ketika menerima kita kembali. Amin...

Unknown said...

Assalamualaikum. Moga doa kita, lebih-lebih lagi doa ustaz, didengari Allah hendaknya. Amin...

Unknown said...

Terima kasih tuan/puan dari blog colourtuna. Semoga anda semua juga dilimpahi rahmat oleh Allah...

Unknown said...

Salam Suri. Semua orang menempuh sangat getir masing-masing. Suri juga telah mengalami peristiwa yang sama. Tanggungjawab yang lebih besar menanti di depan untuk menjadikan anak itu anak yang soleh pula. Moga kita semua dilimpahi rahmat oleh Allah.

Unknown said...

Salam Ahmad. Terima kasih dengan kata-kata yang melegakan jiwa nurani babah dan isteri. Sudah menjadi tugas kita untuk menjaga anak-anak. Terpulanglah pula kepada anak-anak untuk menjaga kita pula apabila kita tua. Allah sahaja yang menentukan. Yang penting, dari kecil kita pupuk jiwa anak-anak supaya menyanyangi orang tuanya.

terokai seni said...

sama-sama menghadiahi al-fatihah. ujian yang getir namun manfaat yang besar kerana anak yang meninggal sebelum umur baligh akan menjadi pelindung ibu bapanya yang redha di akhirat kelak

Unknown said...

Salam. Terima kasih saudaraku Cemomoi. Semoga kita semua dirahmati Allah hendaknya...

pecinta_Islam said...

sedih tul..sy jg pernah melalui saat2 seumpama ini..namun alhamdulillah kehidupan keluarga kami kembali cam sblm ni balik.amat bersyurku..namun kadang2 ada jg sdkt perasaan lama kembali menghantui...dulu ayh sy dimasukkn ke ijn dan doc mcm x bolh kasi harapn sngt..kami hnya mampu berdoa dan solat hajat sebanyak mungkin..tidak putus..malah telefon kenalan,saudara mara,ustaz yg knl mntk tlng belas simpati sembahyang hajat ataupn paling krng doakan muga ayh saya selamat n pnjng umur..alhamdulillah kini dh ok.berkat doa semua orng dan dngn kehendak Allah jua.setiap apa yg berlaku ada hikmahnya..

apa yg menimpa keluarga tuan mmg memeritkan..tapi pd masa sama ada hikmahnya..spt yg dijanjikan, syurga lah tempat si kecil yg tak pernah menyentuh dosa ini..itu suatu kepastian yg sngt nyata..
:)

Unknown said...

Salam Syah. Kadang-kadang kita perlu mengalami saat-saat seumpama ini untuk memahami dan menghayati kesedihan yang dialami orang lain. Pengalaman itu kemudiannya boleh digunakan untuk meredakan perasaan saudara mara atau rakan taulan yang menerima dugaan yang sama pada masa-masa depan. Ini yang kami lakukan sehingga bersusah payah menziarahi orang yang tidak dikenali yang menerima nasib yang serupa. Pada riak wajah mereka terasa lega setelah mendengar bahawa orang lain juga mengalami situasi yang sama seperti mereka.

Che' Pit said...

salam ziarah n salam kenalan..
hmm CP turut merasakan kepiluan my babah..

sangat pilu.. hampir bergenang air mata (kat opis ni, kena kontrol)

semoga my babah tenang hadapi ujian ini

Unknown said...

Salam CP. Terima kasih.

TMUkmkd said...

dia anak istimewa :)
mendapat kasih sayang keluarga
sehingga nafas terakhir

windi said...

tersentuh membaca entry ini..keluarga kami pernah mengalami kehilangan begini sebanyak 3 kali..memang sedih tapi redha..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...