08 January, 2010

Melayu dan Mata


Tahukah anda bahawa orang Melayu terlalu berlebih-lebihan menggunakan mata mereka. Mereka bukan sahaja memandang, tetapi melihat, memerhati, menengok, menatap, mengintai, melirik, menjeling, mengerling, mengamat-amati, meneliti, mengintip,  menyaksikan, menatap, membelek, menjenguk, menjengah, meninjau, meluluk, mengintip, menonton, merenung, menenung, mencalik, melenak, melengung dan banyak lagi.


Mata melirik

Tidak ada bangsa lain di dunia ini yang mempunyai fungsi mata sebanyak orang Melayu. Ini menunjukkan betapa orang Melayu sangat menyakini mata, kadang kala mengetepikan (bukan mengenepikan) mentah-mentah mata hati (kata hati). Akibatnya, mereka mudah terpedaya. Terpedaya dalam memilih pasangan hidup – mata hanya memandang pada rupa paras (cantik atau yang kacak) dari segi luaran; terpedaya dalam akidah – mata melihat pada keluarbiasaan seseorang; terpedaya dalam perniagaan – mata hanya memerhati kekayaan harta benda (materialistik) dan pelbagai tipu daya lain.



Mata kati           Mata Orang


Menjolok mata      Mencolok mata


Mata kail vs mata orang

Keyakinan orang Melayu terhadap mata dapat diperhatikan dengan banyaknya istilah-istilah Melayu yang menggunakan kata mata, seperti yang berikut:
Mata kapak, mata pisau, mata anak tangga, mata bisul, mata air (punca air), mata air (kekasih), mata (markah), mata angin (arah yang ditunjukkan oleh kompas), mata batin (perasan dalam hati), mata benda (barangan yang berharga), mata gergaji (bahagian gergaji yang tajam atau orang yang suka bermuka-muka), mata hati, mata huruf, mata jahitan, mata jala, mata jalan, mata kail, mata kain (corak kain), mata kaki (buku lali), mata kasar (tanpa mengguna teropong), mata kati (tahil), mata kayu (bekas dahan yang dipotong atau buta huruf), mata keranjang, mata kerbau (telur yang digoreng bulat-bulat), mata lipas (mata yang suram), mata luka (liang luka), mata  panah, mata pelajaran, mata panah, mata pelajaran, mata pena, mata pencarian, mata wang, mata-mata (polis), silap mata dan banyak lagi.


Peribahasa Melayu yang menggunakan perkataan mata:
Mata memandang apa hendak sakit, bahu memikul timpa perasaan
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Mata tidur, bantal berjaga
Hilang di mata, di hati jangan.
Jadi mata dan telinga
Kerana mata buta, kerana hati mati
Silap mata pecah kepala
Tentang mata dengan mata

Pesan babah:
Gunakanlah pancaindera penglihatan anda sebaik-baiknya. Seimbangkan penglihatan mata dengan penglihatan hati dalam membuat pertimbangan. Orang kata ikut hati mati, ikut mata merana. Allah menjadikan mata untuk menilai, bukan untuk membuat keputusan. Serahkan kerja itu kepada akal yang waras. Wallahualam.








 

Kamus bahasa Melayu:
Meluluk - mengintai, mengintip (musuh dll);
Mencalik -  memandang, melihat;
Melengung -   memandang, menoleh.
Melirik - menjeling dgn tajam, mengerling

47 comments:

  1. assalamualaikum tuan!
    dalam kamus dewan: mata gelap (mangamuk kerana marah).
    bagaimana dengan mata gelap = polis SB?

    ReplyDelete
  2. Salam Amalhaj. Polis dipanggil mata-mata. Mata gelap dah tak nampak apa-apa, nak belasah je...

    ReplyDelete
  3. Mata tu perlu sangat..
    tapi mata hati adalah paling utama..
    Tapi kalau dah 'kelam'..
    tu yg dok pangkah sepanjang hayat tu..walaupun tau dok kena 'kemelengmengtongmong' setiap musim..

    ReplyDelete
  4. mata biru macam blueCity. Betulkan babah?

    ReplyDelete
  5. Salam LB. Itu namanya sentuhan kecundang...Apa-apapun titipan LB kali mempunyai pengertian yang mendalam...

    ReplyDelete
  6. Salam Abu Muaz. BluE City ke CikTi?

    ReplyDelete
  7. errr... sakit mata vs mata sakit

    kalau mata lebam... sakit mata ke, mata sakit

    ReplyDelete
  8. Salam Mybabah. Menarik.. Mata, bermacam-macam mata dan kisahnya;-)

    ReplyDelete
  9. Salam Sifu67. Mata lebam sejenis dengan mata sakit. Kedua-duanya boleh dikategorikan sebagai sakit mata.

    ReplyDelete
  10. Salam ustaz. Mata adalah salah satu anggota penting yang perlu dijaga dengan betul dari aspek agama. Ustaz lebih arif daripada saya dalam hal ini.

    ReplyDelete
  11. Salam..
    Menilai dengan mata hati pasti ketemu jalan Ilahi...

    ReplyDelete
  12. Salam Niza. Menilai dengan mata hati dan memohon bimbingan Illahi (istikharah).

    ReplyDelete
  13. Salam Maiyah. Ada petua orang tua suruh guna susu ibu letak kat mata apabila sakit. Ada yang cuba. Akhirnya, mata si pesakit buta kerana susu itu membawa bakteria. Ini cerita benar...Iktibar, guna eyemore jelah seperti yang disaran oleh Maiyah.

    ReplyDelete
  14. salam,

    budak2 zaman la ni suka guna perkataan:

    menskodeng!! iaitu mengintai
    hahahahah..

    oit, en abu muaz duk mengata saya ya?
    hahhahah..
    skodeng gak namanya tuh
    ekekkek

    ReplyDelete
  15. haaaaaaaa
    satu lagi, org suka panggil spek mata..
    lalallal

    ReplyDelete
  16. mata pena... walaupun tumpul tetapi mampu membuatkan mata berair. jika ceritanya sedihlah.

    mata pena... juga boleh bikin mata terbeliak (tercengang) kalau ceritanya panas dan gempar lah.

    yang paling best mata pena... boleh lukis mata sendiri... kah..kah..kah

    ReplyDelete
  17. Salam BluE. Saya biasa juga dengan Skodeng. Ngendap orang. Nanti kalau kerap guna,mungkin DBP boleh masukkan dalam daftar istilah. Tentang spek mata, orang luar bandar suka panggil cermin mata lagu tu. Macam panggil karen untuk elektrik.

    ReplyDelete
  18. Wah budak kampung hebat beri komen. Rumusan bagi mata pena yang lengkap.

    ReplyDelete
  19. Salam Sharinginfo. Terima kasih kerana menggerakkan mata hati saya menyertai komuniti blogger. Sekarang dah tahu buat Nufnang Innit. Jazakaullah...

    ReplyDelete
  20. Salam Babah,
    Selain mata, kaki juga merupakan perkataan yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Dalam konteks ini, kaki dikaitkan dengan istilah "gila", tetapi bukan merujuk kepada "tidak waras" walaupun menjadi "kaki" itu secara berlebih-lebihan juga membawa pengertian "gila" juga. Contoh, kaki bola, kaki botol, kaki betina, kaki kapur, kaki ekor, dan sebagainya. Saya amat menghargai entri ini. Teruskan usaha Babah.

    ReplyDelete
  21. Tuan Samsudin,
    Mata kini ingin lihat siapakah JUARA RAKYAT dan siapakah pula PENGKHIANAT RAKYAT...
    Tertarik mata dengan catatan ini oleh seorang orang besar itu (hiba dan jenaka bercampur baur dalam diri ini pabila melihat kenyataan ini):
    "Kita pilih Juara Rakyat sebagai tema kita........ segala perasaan rendah diri menerima keputusan pilihan raya umum lepas, yang mana rakyat telah memberi isyarat....."
    "Kami dengar dan kami terima bahawa rakyat telah memberi teguran......, teguran itu kami akan hayati bukan saja kami dengar tapi kami insaf bahawa dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat ialah kuasa keramat dan mutlak,” katanya.

    ReplyDelete
  22. yg paling penting ialah mata asal kita...kalau rosak, hilanglah nikmat hidup..

    ReplyDelete
  23. Salam Cikgu Nizar. Entri saya tentang kaki yang lepas ada memasukkan sebahagian daripada tulis dalam komen ini.

    ReplyDelete
  24. Salam RAR, kita berkongsi perasaan. Jelik yang teramat sangat dengan retorik yang berpanjangan. Tidak semua Melayu cepat lupa dan RAR & saya termasuk dalam golongan ini. Mudah-mudahan idealisme yang kita harapkan dapat nikmati anak cucu kita kelak.

    ReplyDelete
  25. Salam Cikgu Jang. Ramai yang kufur nikmat atas pemberian Allah termasuklah dalam aspek pancaindera penglihatan (mata). Ramai Melayu tersulap mata mereka dengan keindahan palsu. Wallahualam.

    ReplyDelete
  26. salam babah..
    Kalo 'mata air' nape plak diberi makna kekasih macam lain jer.. :)

    ReplyDelete
  27. Salam Babah.......

    Uwaaaaa, ngerinyer tgk jari dlm mata tu, Babah. Nehiiii, nehiiii...

    ;)

    ReplyDelete
  28. Makin saya baca entri diblog tuan, makin banyak saya perlu pelajari lagi. Banyak kesilapan dari segi bahasa telah saya lakukan.

    Saya pernah tulis macam ni dulu. tak tahu lah betul atau tidak.

    Saturday, September 5, 2009

    KATA HATI - 1

    bukannya aku tak tahu
    dulu lagi
    jauhari telah berpesan
    kata hati jangan di turutkan
    nanti merosak badan.

    tapi ...
    aku tak peduli
    walau apa terjadi
    akan ku turutkan juga kata hati
    kalau tidak ...
    kata siapa lagi?
    kalau pun terpaksa mati
    biarlah ... puas hati.

    bukannya aku turut melulu
    tetapi aku tahu
    kata hati tak pernah tipu !

    al-lavendari

    ReplyDelete
  29. Salam saudaraku al-lavendari. Sajak merupakan hasil nukilan yang unik. Kadang kala penulis sengaja melanggar peraturan bagi menambahkan keunikan itu. Sajak saudara memang bagus dan terkesan di hati. Hanya jika ditinjau dari segi tatabahasa terdapat sedikit khilaf (bukan tidak disengajakan), seperti diturutkan (kena rapat), tapi (bahasa pasar) - tetapi bahasa tinggi, bagus letak apapun selepas walau, kuturutkan (rapat ku dengan turut). Penggunaan titik cukup bagus kerana titik hanya boleh guna tiga (3)sahaja secara berturut-turut. Sajak ini amat bersesuaian dengan entri saya kali ini. Mesej yang ingin disampaikan amat mendalam sekali, iaitu khusus kepada bangsaku. Wallahualam.

    ReplyDelete
  30. dari mata jatuh ke hati,
    takkan ilang melayu di dunia ini..

    ReplyDelete
  31. Salam JMR. Malangnya Melayu hanya tinggal Baju Melayu dan Keretapi Tanah Melayu...

    ReplyDelete
  32. Jangan buta mata sudahlah
    Buta mata hati lg teruk..

    ReplyDelete
  33. Salam Encik Kamikaze. Kedua-duanya kena dijaga dengan baik. Insya-Allah, hidup akan berjalan lancar hingga ke penghujungnya.

    ReplyDelete
  34. after online verty tired
    drink fruit juice relax your mind
    http://www.e2station.co.nr
    kindly share this with your friend
    rewards yourself online shopping
    http://www.emily.fr.ht

    ReplyDelete
  35. babah, ngerinyer tgk ganbar mata& mata kail tu... apa2 pn,
    pandangan mata selalu menipu
    pandangan aqal selalu tersalah
    pandangan nafsu selalu melulu
    pandangan hati itu yang hakiki

    wallahualam

    ReplyDelete
  36. Salam,
    Kita sering tertipu dengan bicara mata yang nampak pragmatik berbanding bicara akal yang kadang-kadang idealistik.

    ReplyDelete
  37. saya berterima kasih banyak2 atas susah payah tuan memberi nasihat itu. akan saya cuba perbaiki di masa mendatang. tapi bila dah tua2 ni, sering terlupa !

    ReplyDelete
  38. Hi m-online08. Good effort. Will give you a visit later.

    ReplyDelete
  39. Salam Ros. Madah tentangan "pandangan" yang baik. Saya akan simpan sebagai kenangan.

    ReplyDelete
  40. Salam Tuan Shapiai. Terima kasih titipan kata-kata yang tersusun rapi dan indah.

    ReplyDelete
  41. Salam al-lavendari. Wang jika dibelanjakan akan berkurang tetapi jika ilmu disampaikan, ia akan bertambah.

    ReplyDelete
  42. salam babah, eelobor pun baru jer balik dari bercuti ke Pulau Pangkor. Sepanjang 3 hari di sana, almaklumlah, walau sudah mengelak namun mata tetap juga terpandang. Boleh di kategorikan salah guna mata jgk ker? hehehehe

    ReplyDelete
  43. Salam. Best blog tuan, banyak info dan sangat menarik. Kedai cermin mata bagitau bila kita dah berumur 40 tahun, semua kita akan jadi rabun. Rabun pun dah cukup buat kita insaf yang kita dah kehilangan satu pancaindera berharga walaupun baru sikit. Harap kita pelihara kesihatan mata kita.

    ReplyDelete
  44. Salam saudaraku eelobor. Macamana percutian di Pangkor? Pasti seronok. Tentang mata yang memandang, kalau sekali tidak apa, tetapi jangan pula asyik berpaling atau berselindung di sebalik cermin mata hitam.

    ReplyDelete
  45. Salam Aida. Alhamdulillah, umur saya akan mencecah 46 tahun bulan Februari ini. Mata tak ada masalah. Tetapi, mungkin beberapa bulan lagi akan terjejas sedikit kerana asyik menatap "laptop" sahaja.

    ReplyDelete