Usaha menguruskan hutang sama sukarnya dengan usaha "menguruskan" badan. Biasanya, kedua-dua ikhtiar tersebut tidak bertahan lama. Kebanyakan berlangsung hanya separuh jalan, "seperti hangat-hangat tahi ayam".
Kesukaran orang ramai menguruskan hutang berpunca daripada ketidakfahaman mereka tentang definisi sebenar hutang. Bagi mereka hutang hanya terhad kepada pinjaman yang dibuat daripada seseorang atau daripada institusi berlesen, seperti bank dan syarikat kewangan. Pada hakikatnya definisi hutang adalah lebih luas daripada itu, sehingga bil-bil utiliti, seperti bil air, bil api dan bil telefon sepatutnya perlu dianggap sebagai hutang kerana perkhidmatan tersebut telah digunakan terlebih dahulu dan pembayaran hanya dibuat kemudian. Menjadi penjamin juga perlu dianggap sebagai berhutang kerana seandainya peminjam tidak menunaikan tanggungjawabnya membayar hutang berkenaan, maka penjamin perlu membayar hutang itu bagi pihak peminjam yang ingkar. Sekiranya gagal berbuat demikian, penjamin boleh diambil tindakan sehingga boleh diisytihar muflis. Ingatlah, hutang merupakan satu kebocoran dalam pendapatan. Oleh itu, awas, kebocoran yang kecil, jika dibiarkan, boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar!
Masih ramai dalam kalangan orang Melayu (dibaca: Islam) yang tidak sedar bahawa istilah-istilah seperti kredit, pinjaman, pembiayaan, ansuran, gadaian, jual beli, overdraf dan kutu-kutu (bahagian pemain telah diterima) merupakan istilah-istilah yang indah bagi hutang. Namun, hutang tetap hutang. Ia wajib dibayar. Ramai pula yang mendakwa bahawa mereka telah mengkhatamkan al-Qur'an sebanyak beberapa kali. Namun, hanya sedikit daripada mereka yang sedar bahawa terdapat satu ayat di dalam al-Qur'an (salah satu ayat yang terpanjang) membicarakan soal hutang secara yang amat mendalam.
Ayat 282, Surah al-Baqarah
Kesan tidak melangsaikan hutang bukan sahaja akan ditanggung di akhirat, tetapi juga deritanya dapat dirasai di dunia lagi. Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan pada malam hari dan menyebabkan kehinaan pada siang hari.”
Rumah dibakar kerana tidak dapat membayar hutang Ah Long
Pesan Babah.
Kita boleh berhutang tetapi dengan syarat, berusahalah untuk membayar balik hutang tersebut. Perkara-perkara yang dibolehkan berhutang, antaranya adalah untuk membiayai pembelian rumah, kenderaan, perubatan, pendidikan dan makanan (jika langsung tidak mempunyai sumber wang). Apabila sudah berhutang, maka uruslah hutang tersebut secara yang berhemat. Banyak kaedah pengurusan hutang yang boleh dipelajari dan digunakan. Salah satu daripadanya ialah kaedah "Debt Snowball" yang diperkenalkan oleh Dave Ramsey. Untuk pembacaan lanjut klik di sini. Babah telah menggunakan kaedah ini dan mendapati ia sungguh berkesan. Babah juga mengamalkan doa yang berikut dan tidak pernah alpa daripada membacanya selepas solat (sejak beberapa tahun dahulu).
Katakanlah (wahaiMuhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup daripada benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati daripada sesuatu yang hidup. Engkau jualah memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,dengan tiada hitungan hisabnya.
Babah masih berhutang kepadaku sehelai baju...
nasib sy xde hutang
ReplyDeleteterima kasih babah..satu pesanan yg baik bg mereka yg suke berhutang..
ReplyDeleteSalam Samsudin,
ReplyDeleteMemang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw.. tak senang duduk bila banyak hutang.. lebih2 lagi dah lansia masih tak langsai hutang..
Salam Babah..
ReplyDeleteOrang2 kita... "Biar papa asal bergaya".. biar hutang keliling pinggang janji semua barang peribadi serba mahal
Salam Babah :)
ReplyDeleteIslam mengharuskan seseorang itu berhutang terutamanya ketika berada dalam kesempitan hidup. Namun, Rasulullah SAW tidak menggalakkan seseorang membiasakan diri dengan berhutang.
Hutang perlu dilangsai sebelum kita meninggalkan dunia.
Salam Babah
ReplyDeleteSyukran, 1 article yang menarik dapat menyedarkan para perhutang dan pemegang kad kredit. Moha dapat memberi manuafaat kepada semua
Salam Bang Samsudin.
ReplyDeleteSaya suka dengan ayat pertama post ini; 'menguruskan hutang...menguruskan badan'. 'Menguruskan' dalam dua maksud.
Saya pula sekarang sedang berusaha untuk 'menguruskan hutang' dan mengurangkan 'menguruskan dompet'.
Sebuah peringatan yang baik dari abang, terutama untuk orang muda macam saya, yang mudah kelabu mata melihat peluang berhutang.
salam, terima kasih babah atas peringatan... ramai yang berhutang sikit2(jumlah kecil2) dan buat2 lupa nak bayar
ReplyDeleteapa nak buat, hidup dibelenggu hutang.. hutang dengan bank, dengan orang dan dengan Allah...
ReplyDeleteBenar sekali tuan . Kebocoran kecil jika dibiarkan memang boleh tenggelam kapal yang besar.Sangat benar orang yang berhutang malamnya gelisah dan siangnya pasti terhina.
ReplyDeleteTapi ramai masih terperangkap dalam hutang.Kesian juga pada mereka Babah.
Terimakasih BABAH berpesan dan berkongsi info yang sangat berguna.
ReplyDeleteAda juga kita terlalai dengan anak-anak.. pun dikira hutang. Hutang tanggungjawab dan hutang janji....
yang penting bila berhutang jangan lupa bayar pas tu pulak seboleh2nya jangan berhutang....
ReplyDeletePerlu ke Telefon Mahal????
Kesian Danish Batuk
tu la kan babah,.
ReplyDeleteramai orang suka berhutang,,
dapat duit,,bahagiala,.
tp nk bayar tu,,baru senak otak,.
ade orang brhutang ngn mak lbih 10k,.
tak bayar smpai sekarang.,.
kenapa la ade org mcm ni
salam,
ReplyDeletepada hemat saya setiap insan perlu dididik agar tidak berhutang semasa di peringkat sekolah rendah lagi dan lebih baik sekiranya setiap ibu bapa memainkan peranan ini seawal usia anak-anak boleh bercakap
Teman pun mempunyai hutang dan seram jugak bila terkenang..
ReplyDeletenamun tetap berusaha melangsaikannya..
Dulu bukan main payah pihak bank nak beri hutang tapi kini dah terbalik...
saya cukup kesian kepada penjamin2 yang terpaksa membayar hutang orang yang dijaminnya .. keadaan itu kadang2 membuatkan saya serba salah untuk menjadi penjamin.
ReplyDeletesalam babah. apa khabar?
ReplyDeletewa, entry babh ni keluar tepat pada masanya. kami golongan muda sangat terleka dengan hutang. dan secara jujurnya kami amat lemah dalam hal2 pengurusan hutang ni.
terima kasih banyak2 untuk info yang amat berguna ni babah. =)
~hutang boleh diiktiraf sebagai penyakit kardiovaskular baru. haha
Salam Babah,
ReplyDeleteAduhhh. Syukurlah belum ada hutang. Hutang janji aje lagi ni. Masih cuba melaksanakan janji tersebut.
Terima kasih entry ini Babah. Sangat2 bagus untuk disebarkan.
Salam Maiyah. Alangkah bahagianya orang yang langsung tidak mempunyai hutang seperti Maiyah. Namun, saya rasa Maiyah mungkin ada berhutang dalam bentuk lain seperti berhutang budi...Hutang ini, jika tak dibayar balik pun tidak mudharat...
ReplyDeleteSalam Mazru. Gambar rumah terbakar yang tertulis $$$$ itu saya tangkap sendiri. Rumah ini terletak di Taman Jazmin Kajang. Kawan-kawan telefon, terus sambar motor dan pecut ke sana. Gambar ini hanya saya yang ada...
ReplyDeleteSalam Werdah. Pesanan Rasulullah relevan sampai bila-bila. Apabila mangsa Ah Long terbaca hadis ini, pasti mereka tersentak!
ReplyDeleteSalam Nida. Kebanyakan orang kita memang macam itu. Walaupun dalam dompet duit berkepuk, tetapi apabila membeli barang-barang masih menghulur kad kredit. Yang kaya bank korporat (baca: keparat).
ReplyDeleteSalam Razak. Kita dinasihati berbelanja mengikut kemampuan, begitu juga berhutang. Berhutanglah mengikut kemampuan untuk membayar balik.
ReplyDeleteSalam Ayid. Ayid banyak berhutang ke? Dahulu semasa saya muda-muda, hutang keliling pinggang. Walaupun saya mampu membayar balik, tetapi hidup sangat susah. Sekarang, walaupun masih berhutang, tetapi lebih selesa. Ini berkat pengurusan hutang yang saya amalkan beberapa tahun lampau. Sekarang hutang rumah sudah selesai. Alhamdulillah.
ReplyDeleteSalam Ustaz. Berhutang boleh tetapi jangan sampai terperangkap dengan belenggu hutang. Hidup yang sederhana lebih baik. Yang penting fikiran kita lapang dan ibadat kita lebih kusyuk. Jika terlalu banyak hutang, fikiran akan terganggu dan ibadat juga akan terjejas.
ReplyDeleteSalam Ros. Dalam hutang magnitud akan menjadi soal kedua. Yang penting, kecil atau besar kita kena bayar. Oleh itu, fikirkan kemampuan untuk membayar balik. Selalunya pinjaman yang kecil kita buat daripada kawan-kawan. Jika tidak terbayar, sahabat akan menjadi musuh pula.
ReplyDeleteSalam Cemomoi. Berhutang sudah menjadi lumrah dan kebiasaan dalam zaman sekarang ini. Yang luar biasanya ialah orang malas nak bayar hutang. Tak lama lagi, penyakit ini akan menjadi kebiasaan pula.
ReplyDeleteSalam Abu Muaz. Kiasan lain untuk hutang ialah seperti anai-anai yang memakan bangunan. Bila-bila masa sahaja bangunan itu akan runtuh...
ReplyDeleteSalam Azie. Sebenarnya anak-anak kita kita didik untuk berhutang. Selepas tamat pengajian, mereka bukan sahaja membawa segulung ijazah, tetapi juga hutan PTPTN. Sepatutnya, wang untuk mereka belajar sudah disediakan lebih awal atau menerusi pembelian insurans. Alhamdulillah, anak saya ambil pun PTPTN.
ReplyDeleteSalam Sharinginfo. Penyakit orang sekarang, jika ditanya tentang hutang, mereka kata kalau boleh tak mahu berhutang. Tetapi jika berhutang juga, tak mahu bayar. Ini suatu penyakit yang akan menjadi barah kepada negara.
ReplyDeleteSalam CikTi, hutang mak ayah selalu orang ambil kesempatan tidak mahu membayar balik. Walaupun mak ayah sentiasa menghalalkan, janganlah hendaknya kita mengambil kesempatan.
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dengan Cikgu Zam. Kami di BNM, telah pun memberi pendidikan cara mengurus wang saku kepada kanak-kanak sekolah. Setiap sekolah rendah dan menengah masing-masing telah ada bank angkat yang akan mendidik mereka cara penggunaan wang yang betul. Harap-harap generasi akan datang lebih berhemat lagi...
ReplyDeleteTuan LB, jika semua orang mempunyai perasaan prihatin terhadap hutang seperti tuan, insya-Allah NPL bank akan menurun. Masalahnya, ramai yang tak kisah sehingga diisytihar muflis...
ReplyDeleteSalam Lavendari. Menjadi penjamin cukup berisiko. Penjamin kepada peminjam Bank Rakyat banyak yang menghadapi masalah. Peminjaman tak bayar, terus cekup penjamin. Saya selalu menasihati orang ramai supaya cuba elakkan menjadi penjamin...
ReplyDeleteSalam greenhall. Sikap berhemat dalam pengurusan hutang perlu dipupuk dari peringkat remaja seperti anda. Bila nak turun KL. Saya belanja makan. Bayar tunai, bukan hutang. He..he..
ReplyDeleteSalam Iris. Masalah hutang ialah masalah sejagat. Saya percaya di Indonesia masalah tidak membayar balik hutang pasti wujud. Mungkin pendekatan selepas ini perlu tertumpu pada aspek agama. Baru orang ramai akan sedar...
ReplyDeletesalam babah...
ReplyDeleteterimakasih dengan artikel yg menarik ini..saya antara di kalangan yg bersyukur dgn rezeki diberi NYA..
rumah kami yg bernilai rm110k dibeli pada tahun 1998 yg mengikut jadual bayaran tamat pada 2018.. sudah habis dibayar tahun 2009 lepas...dan kereta pun juga sudah habis dibayar(nak berhutang kereta untuk bergaya..nanti2 lah..anak2 masih perlu lebih dari kereta baru)dulu kami juga pengguna kad kredit yg sangat2 MERBAHAYA itu..tapi kini semua kad kredit telah dipulangkan dan dibatalkan kerana kesedaran yang tinggi..akibat dari kad kredit yg membawa hutang yang tak akan habis keusia tua..jumlah akan dibawa ke depan bila masuk tahun baru.. disitulah seksa yg akan menimpa sipengguna kad kredit yang tidak membayar jumlah yang digunakan dgn maksima..tapi hanya membayar jumlah yang minima..hari ini fikiran lega kerana tak perlu fikir lg hutang kad kredit..jiwa lapang rasanya..mmg berbeza dgn dulu semasa ada kad kredit..memang la kan ada kad "SWIPE" saja dapat apa nak beli..tapi tidak masa nak bayar bil2 yang datang..
Mengenai budaya berhutang ni...
majoriti org melayu kita la kan..susah nak nasihat untuk kebaikan masa depan sebab mereka tak nampak apa yang berlaku di masa depan dan tak mahu buka minda seluasnya juga berfikir..
seperti membuat pinjaman ASB..maaf saya menulis atas dasar pengetahuan sendiri sebagai agen unit amanah dan agen insuran Takaful Ikhlas...pinjaman mesti kena bayar..ada tempoh 10 tahun..tapi bila matang 10 tahun yang dapat tak penuh seperti pinjaman..cuba anda kaji dan tanya pada yang pernah buat pinjaman itu..tapi kalau dalam unit amanah berapa anda simpan..bayar bulanan dan matang lepas 10 tahun,jumlah simpanan anda akan hampir berganda atau lebih..yang jelas saya menulis dari bukti yang ada..suami sudah melabur dengan unit amanah selama 5 tahun dengan modal 25k dan sekarang sudah menjejaki jumlah 50k..bukan cakap kosong.. saya pun tak berani...
dan lagi untuk insuran pula..org kita mmg masih jauh ketinggalan.. kerana telah dimonipoli oleh bangsa cina yg mana anak mereka lahir sudah di belikan insuran kerana bila anak berusia 18 atau 21tahun..sudah ada tabungan untuk sambung belajar ke IPT..tanpa perlu membuat pinjaman disamping jika ada sakit atau dimasuk kan ke hospital sudah ada perlindungan dan dibiaya..tak perlu nak fikir mana nak cari duit untuk bayar bil2yang ada..
maaf saya menulis dari pengalaman yang saya ada..juga sebagai agen unit amanah dan agen insuran..ilmu yang saya ada memang tidak sedalam mana tapi saya telah dibuka minda dan hati untuk membantu semua orang2 melayu terutamanya untuk menabung dan berlindung juga mengurangkan diri kita untuk berhutang...fikir2 kan lah...
Saya pun masih ada hutang lain..bukan tak ada lansung..cuma hutang yang besar2 tu dah tak ada la..WAJIB bayar hutang tu..
sekarang saya dan suami mahu ikut konsep org cina..nak elak berhutang tapi nak banyak menabung..nak guna rm dah sedia ada...alangkah bahagianya rasa..
wallahuala'lam
aduhai...
ReplyDeletebilalah hutang piutangku dapat dilangsaikan.. :(
Salam NJ. Sebenarnya ada dua kategori utama hutang,iaitu hutang yang produktif dan hutang yang membebankan. Hutang yang produktif adalah seperti hutang untuk menjana pendapatan masa depan seperti pelaburan (kos pinjaman lebih murah daripada jangkaan pulangan), pendidikan (kenaikan pangkat), perubatan (supaya sihat agar dapat bekerja lebih kuat dan membayar balik hutang) dll. Manakala hutang yang membebankan ialah berhutang untuk kepuasan nafsu, seperti membeli barangan yang di luar kemampuan, berpoya-poya, melancong dan sebagainya. Kategori kedua amat digemari oleh orang Melayu demi menjaga prestij kononnya, atau merealisasikan pepatah Melayu songsang "biar papa asal bergaya".
ReplyDeleteSalam Kakcik. Semakin cepat hutang dilangsaikan semakin bagus. Kita kena menerapkan sikap apabila mendapat gaji (pendapatan), terus terfikir tentang pembayaran hutang, bukannya berkira-kira untuk berbelanja semata-mata.
ReplyDeleteSalam Babah,
ReplyDeleteInfo yang sangat baik dan bermanfaat. Ini baru hutang dari segi materialistik, belum hutang dengan Allah. Sesiapapun di dunia ini sebenarnya tidak suka berhutang namun senario hari ini mengharuskan kita berhutang seperti yang Babah nyatakan (untuk keperluan yang perlu kita gunakan kerana tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi). Kalau orang bergaji RM1000 sebulan pada masa kini, agak2nya berapa lamalah dia hendak membina sebuah rumah yang selesa untuk keluarganya jika tidak berhutang membeli sebuah rumah kos rendah? Keperluan semakin meningkat... Kata orang, zaman sekarang ni selangkah keluar dari pintu pagar rumah DUIT!
koi paling nyampah kalau org berhutang dgn kita tapi tak ada niatpun nak bayar balik..
ReplyDeleteMacamana nak buat kalau adik beradik kita yang berhutang tapi buat tak faham je? Dah bertahun-tahun pulak tu.
ReplyDeletesalam babah, benar, hutang satu tanggungjawab yang besar ditanggung hingga mati jika xselsai :)
ReplyDeleteSalam Cikgu Nizar. Sedar tak kita betapa pemberi hutang mampu membina bangunan yang tinggi dan memberi gaji sebesar-besarnya kepada kakitangan mereka dengan hanya memberi hutang? Contohnya MBf Mastercard, AEON (sehingga mampu membeli Jaya Jusco) bank-bank dan syarikat-syarikat kewangan. Hakikatnya, kitalah penyumbang kepada kekayaan mereka.
ReplyDeleteSalam Cikgu. Jika manusia disuruh menyembah Allah, mereka ingkar. "Apalah sangat dengan hutang yang seciput" kata mereka.
ReplyDeleteSalam Aida. Kita berhutang pula dengan mereka. Nanti kita tebus hutang dengan hutang. Apa pendapat Aida?
ReplyDeleteSalam Mohamad. Hakikat perangai buruk manusia, apa-apa yang disuruh Allah tidak mahu dipatuhi,apa-apa yang dilarang, itu yang dibuat...
ReplyDelete